Buka menu utama

Dalam fizik, panjang gelombang, λ merupakan jarak antara dua titik gelombang yang berulang. Panjang gelombang diukur dengan unit SI meter.

Panjang gelombang

Perhubungan dengan frekuensiSunting

Panjang gelombang sesuatu gelombang dapat dikira dengan halaju, v dan frekuensi, f gelombang itu. Apabila frekuensi sesebuah gelombang bertambah, panjang gelombangnya adalah lebih kecil, manakala apabila halajunya bertambah, panjang gelombang akan bertambah dan sebaliknya. Ini bermaksud panjang gelombang adalah berkadar langsung dengan halajunya dan berkadar songsang dengan frekuensinya. Kenyataan ini dapat dirumuskan seperti berikut

 

Persamaan ini juga dikenali sebagai "persamaan gelombang".