Graviti atau daya berat ialah daya tarikan yang bertindak di antara zarah-zarah yang mempunyai jisim. Graviti menentukan berat sesuatu objek daripada jisimnya.

Graviti mengakibatkan benda-benda langit berada pada orbit masing-masing dalam mengelilingi matahari

Setakat ini, hukum graviti yang paling "berjaya" (tepat) ialah teori relativiti am (general relativity) oleh Albert Einstein. Walau bagaimanapun, Hukum Graviti Newton adalah lebih mudah dan cukup tepat untuk kebanyakan perkara, jadi ia lebih popular. (Dimanakah pusat Graviti di Bumi .. Pusat graviti berada di lapisan bumi paling bawah.)

Semua objek di sekeliling kita ditarik ke arah pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan graviti bumi. Daya ini menyebabkan objek jatuh ke arah bumi apabila dilepaskan. Suatu objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti, tanpa pengaruh daya-daya luar seperti rintangan udara dikatakan sebagai jatuh secara bebas atau jatuh bebas.

Secara praktiknya, jatuh bebas hanya berlaku dalam keadaan vakum iaitu dalam ruang yang tidak mengandungi udara vakum.

Objek yang jatuh bebas akan memecut. Pecutan yang berlaku ini dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak bergantung bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya.

Hukum Graviti Newton sunting

Pada tahun 1687, Isaac Newton menerbitkan Hukum Graviti Newton (Law of Gravitation). Menurut beliau:

Semua jisim di alam semesta ini menarik antara sama satu lain dan daya yang bertindak adalah berkadar terus dengan hasil darab jisim-jisim itu dan berkadar songsang dengan kuasa dua jarak antara jisim-jisim itu.

Maka formula untuk daya graviti,   ialah:

 

di mana

  ialah jisim objek
  ialah jarak antara jisim-jisim
  ialah pemalar graviti bersamaan dengan  

Menentukan pemalar graviti sunting

Untuk menentukan pemalar graviti,  , daya graviti diantara dua objek. Pada tahun 1798, Sir Henry Cavendish menggunakan neraca kilas untuk menentukan nilai pemalar graviti. Maka, dari eksperimen beliau, nilai pemalar graviti ialah:

 

Berat sunting

Berat,   ialah jumlah daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek oleh objek-objek lain. Maka, berat sesuatu objek di permukaan bumi ialah

 

di mana

  ialah jisim bumi
  ialah jejari bumi
  ialah jisim objek

Mengikut Hukum Newton Kedua,

 

maka

 
 
 

adalah pecutan disebabkan oleh graviti


Tenaga Keupayaan Graviti sunting

Kerja yang dilakukan graviti ialah

 

di mana

 

maka

 

maka tenaga keupayaan graviti ialah

 

Kerja yang dilakukan oleh graviti juga boleh ditulis

 

maka jika sesuatu objek menghampiri permukaan bumi dan dari persamaan pecutan graviti di atas

 
 

Graviti dalam Al-Qur'an sunting

"Bukankah Kami telah menjadikan bumi (sebagai tempat) penampung dan penghimpun (penduduknya)? yang hidup dan mati"

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ كِفَاتًا[1]

Perkataan kifatan dalam ayat diatas diambil dari perkataan ka-fa-ta, yak-fi-tu yang bermaksud untuk memegang, melekat dan mengikat.

Salah satu keupayaan bumi adalah mengikat dan memegang segala objek yang ada dipermukaannya atau lebih ringkas diterjemahkan sebagai daya tarikan graviti.

Semua makhluk yang ada di permukaan bumi sama ada hidup ataupun tidak semuanya akan dipengaruhi daya tarikan graviti. Malah berat sesuatu objek turut ditentukan oleh daya tarikan bumi yang dikenakan ke atasnya.

Secara ringkas, kehidupan tanpa pegangan atau ikatan dari permukaan bumi seakan-akan mustahil. Ketika bumi berputar pada paksinya dengan kelajuan 1,670km/jam,  tidak mungkin akan ada kehidupan atas muka bumi tanpa ada satu tarikan yang akan menyelamatkannya dari terpelanting jauh ke angkasa lepas.

Allah menjadikan bumi ini berputar namun dalam masa yang sama masih selamat untuk dihuni oleh sekalian makhlukNya.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ (77:25) Diarkibkan 2014-03-09 di Wayback Machine[pautan mati]
  2. ^ "Scientific Wonders on the Earth & in Space, By: Yusuf Al-Hajj Ahmad, Translator: Nasiruddin Al-Khattab". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-03-11. Dicapai pada 2014-03-11.