Sir Isaac Newton (إسحاق نيوتن; lahir 4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam dengan hukum-hukum gerakan Newton dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga pengasas kalkulus pembezaan.


Isaac Newton

Potret Pria hitam dengan sebahu, rambut cokelat bergelombang, hidung besar dan tajam, dan tatapan terganggu
Issac Newton saat berusia 46 tahun pada lukisan karya Godfrey Kneller, 1689.
KelahiranTemplat:OldStyleDateNY
Meninggal duniaTemplat:OldStyleDateNY
DikebumikanWestminster Abbey
WarganegaraInggris
Pusat pendidikanTrinity College, Cambridge
Terkenal kerana
Anugerah
Kerjaya saintifik
Bidang
Institusi
Penasihat akademik
Pelajar terkemuka
Tandatangan
Is. Newton

Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di kauunti Lincolnshire. Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya. Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.

Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti seutas tali yang terikat ke seketul batu yang diputarkan di sekeliling kepala, jika tali putus batu akan tercampak jauh.

Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej yang terang mempunyai tepi bewarna.

Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.

Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua warna.

Newton bukan sahaja paling cerdas otak diantara barisan mereka yang pintar, tetapi sekaligus dia merupakan tokoh yang paling berpengaruh di dalam perkembangan teori ilmu.[perlu rujukan] Itu sebabnya beliau memperolehi kehormatan untuk berada dalam urutan hampir teratas dari sekian tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Newton menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1727, dikebumikan di Westminster Abbey, ilmuwan pertama yang memperoleh penghormatan macam itu.

Kehidupan awal sunting

Isaac Newton dilahirkan pada 4 Januari 1643 [KJ: 25 Disember 1642] di Woolsthorpe-by-Colsterworth, sebuah desa di kaunti Lincolnshire. Pada saat kelahirannya, masyarakat Inggeris masih mengguna pakai kalendar Julian sehingga hari kelahirannya dicatat sebagai 25 Disember 1642, yakni pada hari Natal. Ayahnya yang juga bernama Isaac Newton meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton. Newton dilahirkan secara pramatang; dilaporkan pula ibunya, Hannah Ayscough, pernah berkata bahwa beliau dapat muat ke dalam sebuah cangkir (≈1.1 liter).[5] Ketika Newton berumur tiga tahun, ibunya berkahwin lagi dan meninggalkan Newton di bawah asuhan neneknya, Margery Ayscough. Newton pada zaman muda tidak menyukai ayah tirinya dan menyimpan rasa benci terhadap ibunya karena menikahi lelaki tersebut, seperti yang tersingkap dalam pengakuan dosanya ketika umur 19 tahun: "Threatening my father and mother Smith to burn them and the house over them."[6]

Sejak berusia 12 hingga 17 tahun, Newton belajar di sekolah The King's School yang terletak di Grantham. Namun begitu, keluarganya mengeluarkan Newton daripada sekolah dan melatih beliau menjadi petani saja; Newton tidak menyukai pekerjaan baharunya.[7] Pengetua sekolah King's School kemudian meyakinkan ibunya untuk mengirim Newton kembali ke sekolah sehingga dapat menamatkan pendidikannya. Newton dapat menamatkan sekolah pada usia 18 tahun dengan nilai yang memuaskan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Fellows of the Royal Society". London: Royal Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 March 2015.
  2. ^ Feingold, Mordechai. Barrow, Isaac (1630–1677), Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, September 2004; edisi atas talian, Mei 2007; dicapai 24 Februari 2009; penerangan lanjut dalam artikel Mordechai Feingold, "Newton, Leibniz, and Barrow Too: An Attempt at a Reinterpretation" in Isis, Vol. 84, No. 2 (Jun 1993), m/s 310–338.
  3. ^ "Dictionary of Scientific Biography". Notes, #4. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2005.
  4. ^ Gjertsen 1986
  5. ^ Storr, Anthony (December 1985). "Isaac Newton". British Medical Journal (Clinical Research Edition). 291 (6511): 1779–1784. doi:10.1136/bmj.291.6511.1779. JSTOR 29521701. PMC 1419183. PMID 3936583.
  6. ^ Keynes, Milo (20 September 2008). "Balancing Newton's Mind: His Singular Behaviour and His Madness of 1692–93". Notes and Records of the Royal Society of London. 62 (3): 289–300. doi:10.1098/rsnr.2007.0025. JSTOR 20462679. PMID 19244857.
  7. ^ Westfall (1993) m/s. 16-19

Pautan luar sunting