Teleskop adalah sejenis alat optikal yang digunakan untuk memerhatikan benda-benda yang jauh jaraknya dengan menumpukan kesemua sinaran elektromagnetik, seperti cahaya misalnya. Istilah ini biasanya merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain.

Very Large Telescope 8.2 m
Teleskop terbias 50 sm di Balai cerap Nice.

Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.

Ciri imej terakhir ialah infiniti, maya, songsang dan lebih besar dari objek.

Sejarah sunting

 
Sekumpulan Teleskop Newtonian di Balai cerap Perkins, Delaware, Ohio

Teleskop berfungsi yang pertama dicatitkan merupakan teleskop biasan yang tercipta di Belanda pada tahun 1608 hasil penemuan Hans Lippershey dan Zacharias Jansen yang merupakan pembuat kacamata dari Middelburg serta Jacob Metius dari kota Alkmaar.[1] Setahun kemudian, seorang ahli nujum dari Itali iaitu Galileo Galilei turut mencipta teleskopnya dengan sedikit penambahbaikan reka bentuknya.[2]

Galileo umumnya diberikan penghargaan sebagai orang pertama untuk menggunakan teleskop bagi tujuan-tujuan astronomi. Teleskopnya terdiri daripada sebuah kanca objek kembung dan sebuah kanca mata cekung (digunakan sebagai pemidang tilik untuk banyak kamera mudah, dan umumnya dipanggil "teleskop Galileo"). Melalui penciptaan inilah juga Galileo dapat menemukan bulan-bulan planet Musytari, fasa-fasa peredaran planet Zuhrah serta bentuk permukaan Bulan. Alat yang dihasilkan Galileo diberikan nama "teleskop" buat pertama kalinya pada tahun 1611[3] daripada gabungan bahasa Yunani τῆλε / tele- "jauh" dan σκοπεῖν / skopein "mencari atau melihat" yakni τηλεσκόπος teleskopos yang bererti 'berpandangan jauh'.

Kemudian, Johannes Kepler menghuraikan optik kanca (sila lihat buku-bukunya, Astronomiae Pars Optica dan Dioptrice), termasuk sejenis teleskop astronomi yang baru yang mengandungi dua kanca kembung (prinsip yang sering dipanggil teleskop Kepler). Tatasusunan Interferometer optik dan tatasusunan teleskop radio dikembangkan jauh lebih terkini.

Jenis-jenis teleskop sunting

Teleskop-teleskop biasanya diklasifikasikan berdasarkan kebolehan mereka mengesan jenis-jenis cahaya yang berbeza jarak gelombang:

  • teleskop sinaran X yang menggunakan jarak gelombang yang lebih rendah berbanding cahaya ultraungu
  • teleskop ultraungu yang menggunakan jarak gelombang yang lebih rendah berbanding cahaya yang boleh dilihat
  • teleskop optikal yang menggunakan cahaya yang boleh dilihat
  • teleskop inframerah yang menggunakan jarak gelombang yang lebih panjang berbanding cahaya yang boleh dilihat
  • teleskop submilimeter yang menggunakan jarak gelombang yang lebih rendah berbanding cahaya inframerah

Teleskop-teleskop boleh dikenalpasti berdasarkan lokasi mereka tidak kiralah ia berpangkalan di tanah (teleskop tanah), di angkasa (teleskop angkasa) mahupun dipasangkan pada kenderaan yang terbang seperti belon atau kapal terbang (teleskop terbang). Mereka juga boleh dikenalpasti melalui pengendaliannya sama ada oleh ahli nujum yang profesional mahupun yang amatur.

Perbandingan cahaya
Nama Jarak gelombang Frekuensi (Hz) Tenaga foton (eV)
Sinar gama < 0.01 nm > 10 EHZ 100 keV – 300+ GeV
Sinar-X 0.01 to 10 nm 30 EHz – 30 PHZ 120 eV hingga 120 keV
Ultraungu 10 nm – 400 nm 30 PHZ – 790 THz 3 eV hingga 124 eV
Cahaya biasa 390 nm – 750 nm 790 THz – 405 THz 1.7 eV – 3.3 eV
Inframerah 750 nm – 1 mm 405 THz – 300 GHz 1.24 meV – 1.7 eV
Gelombang mikro 1 mm – 1 meter 300 GHz – 300 MHz 1.24 meV – 1.24 µeV
Radio 1 mm – km 300 GHz – 3 Hz 1.24 meV – 12.4 feV

Teleskop optik sunting

Teleskop optik berfungsi dengan mengumpul serta menumpukan cahaya dalam lingkungan spektrum elektromagnet yang boleh dilihat[4] kepada suatu titik tumpu yang boleh dikesan dengan mata kasar menggunakan binaan optik yang ada seperti kanta dan cermin. Prinsip yang sama turut dipakai pada teropong dan lensa kamera.

  • Teleskop biasan menggunakan kanta untuk menghasilkan imej.
  • Teleskop pantulan menggunakan cermin untuk menghasilkan imej.
  • Teleskop katadioptrik menggunakan gabungan kedua-dua komponen di atas untuk menghasilkan imej.

Teleskop radio sunting

Teleskop radio terdiri daripada antena-antena radio terarah yang digunakan untuk kajian astronomi radio. Binaan teleskop-teleskop ini terdiri daripada pring yang diperbuat daripada jaringan wayar di mana bukaan jaringan tersebut lebih kecil daripada jarak gelombang yang ingin diperhatikan.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ galileo.rice.edu The Galileo Project > Science > The Telescope by Al Van Helden: "The Hague discussed the patent applications first of Hans Lipperhey of Middelburg, and then of Jacob Metius of Alkmaar... another citizen of Middelburg, Sacharias Janssen had a telescope at about the same time but was at the Frankfurt Fair where he tried to sell it"
  2. ^ Aleck Loker, Profiles in Colonial History, page 15
  3. ^ Rosen, Edward, The Naming of the Telescope (1947)
  4. ^ Jones, Barrie W. (2 September 2008). The Search for Life Continued: Planets Around Other Stars (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. ISBN 9780387765594.

Pautan luar sunting

Error: tiada nama laman disertakan (help).