Westminster Abbey
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Westminster Abbey (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Gereja Berkolej St Peter di Westminster (bahasa Inggeris: Collegiate Church of St Peter at Westminster ), sering dirujukkan secara masyhur dan tidak rasmi sebagai Gereja Westminster (Westminster Abbey ), ialah sebuah biara dan gereja Anglikan yang terletak di Bandar Westminster, London, England. Sejak tahun 1066, ia telah menjadi lokasi upacara pertabalan 40 raja dan ratu Inggeris serta British, dan tempat pengebumian untuk 18 raja dan ratu Inggeris, Scotland, dan British. Sekurang-kurangnya 16 perkahwinan diraja telah diadakan di gereja ini sejak tahun 1100. Ia pernah memegang status katedral buat sebentar, dari tahun 1546–1556 M, dan merupakan sebuah Pengecualian Diraja atau Royal Peculiar , iaitu di bawah kuasa raja dan bukannya uskup.
Westminster Abbey | |
---|---|
Gereja Berkolej Saint Peter di Westminster | |
Lokasi | Dean's Yard, London, |
Negara | England |
Mazhab | Gereja England |
Mazhab terdahulu | Gereja Katolik |
Kepaderian | Anglo-Katolik |
Laman sesawang | westminster-abbey |
Sejarah | |
Diasaskan | s. 959 |
Ditahbiskan | 28 Disember 1065, 13 Oktober 1269 |
Seni bina | |
Status | Gereja berkolej |
Status fungsi | Aktif |
Gelaran warisan | Tapak Warisan Dunia UNESCO |
Digelarkan | 1987 |
Spesifikasi | |
Lebar ruang ibu | 85 kaki (26 m)[1] |
Tinggi | 101 kaki (31 m)[1] |
Luas lantai | 32,000 kaki persegi (3,000 m2)[1] |
Bilangan menara | 2 |
Tinggi menara | 225 kaki (69 m)[1] |
Bahan | Batu reigate; Batu Portland; Marmar Purbeck |
Loceng | 10 |
Pentadbiran | |
Kawasan biskop | Luar keuskupan (pengecualian diraja) |
Paderi | |
Dekan | David Hoyle |
Kanon | Lihat Dekan dan Persidangan |
Kakitangan luar gereja | |
Pengarah muzik | Andrew Nethsingha (Organis dan Pemimpin Koir) |
Pemain organ | Peter Holder (suborganis) Matthew Jorysz (pembantu) |
Penolong pemain organ | Dewi Rees |
Koordinat | 51°29′58″N 00°07′39″W / 51.49944°N 0.12750°WKoordinat: 51°29′58″N 00°07′39″W / 51.49944°N 0.12750°W |
Ditubuhkan pada | s. 959 |
Nama rasmi: Istana Westminster, Westminster Abbey dan Gereja Saint Margaret | |
Jenis | Kebudayaan |
Kriteria | i, ii, iv |
Direka bentuk pada | 1987 ([[[Jawatankuasa Warisan Dunia|sesi]]] ke-11) |
No. Rujukan | 426 |
Negara | United Kingdom |
Kawasan | Eropah dan Amerika Utara |
Penetapan tidak sah | |
Nama rasmi: Westminster Abbey (Gereja Berkolej St Peter) | |
Direka bentuk pada | 24 Februari 1958 |
No. Rujukan | 1291494[2] |
Walaupun asal-usul gereja ini tidak jelas, sebuah biara yang menempatkan rahib mazhab Santa Benedict telah wujud di tapak ini pada pertengahan abad ke-10. Bangunan besar pertama gereja ini dibina pada tahun 1040-an atas perintah Raja Edward Si Pengaku, yang dimakamkan di dalamnya. Pembinaan gereja yang ada sekarang bermula pada tahun 1245 atas arahan Henry III. Biara ini dibubarkan pada tahun 1559 dan gereja tersebut diisytiharkan sebagai Pengecualian Diraja—gereja Gereja England yang menjawab terus kepada raja—oleh Elizabeth I. Westminster Abbey, Istana Westminster, dan Gereja St Margaret diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1987 kerana kepentingan sejarah dan simboliknya.
Seni bina Goth gereja ini kebanyakannya diilhamkan oleh gaya Perancis dan Inggeris abad ke-13, namun beberapa bahagian gereja mempamerkan gaya Romanesque yang lebih awal atau gaya Baroque dan moden yang lebih kemudian. Capel Henry VII di hujung timur gereja merupakan contoh tipikal seni bina Renjangan Goth; ahli sejarah kepurbaan John Leland menggelarkannya satu orbis miraculum ("keajaiban dunia").
Biara ini menjadi tempat pengebumian lebih daripada 3,300 orang, termasuk tokoh-tokoh penting dalam sejarah Britain seperti raja, perdana menteri, penyair diraja, pelakon, pemuzik, saintis, pemimpin tentera, dan seorang Pahlawan Tidak Dikenali dari Perang Dunia Pertama. Disebabkan kemasyhuran tokoh-tokoh yang dikebumikan di sini, seniman William Morris menyifatkan gereja ini sebagai "Valhalla Kebangsaan."
Sejarah
suntingAhli sejarah bersetuju bahawa terdapat sebuah biara yang ditahbiskan untuk Saint Peter di tapaknya sebelum abad ke-11, tetapi asal usul khususnya tidak begitu jelas. Satu legenda mengatakan bahawa ia diasaskan oleh raja Saxon Sæberht dari Essex, dan satu lagi mengatakan bahawa pengasasnya ialah raja British fiksyen dari abad ke-2 Lucius.[3] Satu tradisi mendakwa bahawa seorang nelayan muda di Sungai Thames ternampak kelibat Saint Peter berhampiran tapak itu. Kisah ini telah dipetik sebagai asal usul salmon yang dibekalkan oleh nelayan Thames kepada biara ini, adat yang masih diikuti setiap tahun oleh Worshipful Company of Fishmongers.[4]
Biara ini umumnya berasal dari tahun 959, apabila Dunstan dan Raja Edgar menempatkan satu komuniti biarawan mazhab Santa Benedict.[5] Pada masa itu, lokasinya adalah di atas sebuah pulau di Thames yang dipanggil Pulau Thorney.[6] Bangunan ini sudah tidak wujud tetapi ahli arkeologi telah menemui beberapa tembikar dan dasar binaannya dari zaman ini di tapak biara.[7]
Biara Edward Si Pengaku
suntingAntara 1042 dan 1052, Edward Si Pengaku mula membina semula Biara Saint Peter untuk menyediakan gereja dengan tapak pengebumian diraja. Ia dibina dengan gaya Romanesque dan merupakan gereja pertama di England yang dibina mengikut pelan lantai berbentuk salib.[8] Tukang batu utama untuk projek ini ialah Leofsi Duddason,[9] dengan Godwin dan Wendelburh Gretsyd (bermaksud "dompet gemuk") sebagai penaung, dan Teinfrith sebagai "churchwright", mungkin maksudnya seseorang yang bertukang kayu dan bumbung.[10] Biaya daripada Edward menyokong komuniti yang berkembang daripada dua belas orang biarawan semasa zaman Dunstan, kepada seramai 80 orang.[11] Bangunan itu siap sekitar tahun 1060 dan ditahbiskan pada 28 Disember 1065, kira-kira seminggu sebelum kemangkatan Edward pada 5 Januari 1066.[12] Seminggu kemudian, baginda dimakamkan di dalam gereja itu; sembilan tahun kemudian, isteri baginda Edith dikebumikan di sisinya. Waris baginda, Harold Godwinson, mungkin dimahkotakan di sini, tetapi pertabalan pertama yang didokumentasikan ialah William Sang Penakluk pada akhir tahun itu.[13]
Satu-satunya gambaran biara Edward yang masih ada ialah di Dewangga Bayeux. Dasarnya masih wujud di bawah gereja masa kini, dan di atas tanah, beberapa bahagian bawah asrama rahib tinggal di kebuk bawah tanah, termasuk pintu yang dikatakan berasal dari biara Anglo-Saxon sebelumnya. Ia kecil sedikit daripada gereja kini, dengan satu menara di tengah-tengah.[14]
Pada tahun 1103, tiga puluh tujuh tahun selepas mangkat, makam Edward dibuka semula oleh abas atau ketua biara bernama Gilbert Crispin dan Henry I, yang mendapati jenazah baginda masih dalam keadaan sempurna. Ini dianggap sebagai bukti kesucian baginda, dan baginda dikanonkan pada tahun 1161. Dua tahun kemudian, baginda dipindahkan ke sebuah keramat baru, di mana cincinnya ditanggalkan dan diletakkan dalam koleksi biara.[15]
Biara ini menjadi semakin dikaitkan dengan golongan diraja dari lewat abad ke-12, apabila raja-raja bertapak di Istana Westminster yang berdekatan sebagai pusat pemerintahan.[16] Pada tahun 1222, biara itu secara rasmi diberikan pengecualian daripada bidang kuasa Uskup London, jadi ia hanya menjawab kepada ketua Gereja itu sahaja. Pada ketika itu, biara itu memiliki tanah yang luas di sekelilingnya, dari Jalan Oxford zaman moden hingga ke Thames, serta seluruh kariah di Bandar London, seperti St Alban, Jalan Wood dan St Magnus the Martyr, serta beberapa buah dermaga.[17]
Di luar London, biara itu memiliki estet-estet di tenggara England, termasuk di Middlesex, Hertfordshire, Essex, Oxfordshire dan Gloucestershire.[18] Abas juga merupakan Penguasa Rumah Agam atau Lord of the Manor di Westminster, sementara sebuah pekan dengan dua hingga tiga ribu orang bertambah di sekitar biara.[19] Sebagai pengguna dan majikan pada skala yang besar, biara itu membantu memacu ekonomi pekan, dan hubungan dengan pekan kekal mesra tetapi tiada piagam pemberian hak milik dikeluarkan semasa Zaman Pertengahan.[20]
Orang
suntingDekan dan Persidangan
suntingWestminster Abbey ditadbir oleh Dekan dan Persidangan Westminster, seperti yang ditubuhkan oleh ditetapkan melalui piagam diraja Ratu Elizabeth I pada 1560, yang mengiktirafnya sebagai Gereja Berkolej St Peter Westminster dan sebuah Pengecualian Diraja di bawah bidang kuasa peribadi Raja.[21] Pada tahun 2019, David Hoyle dilantik sebagai Dekan Westminster.[22] Ahli-ahli Persidangan terdiri daripada Dekan dan empat Kanon pemastautin, dibantu oleh Penerima Jeneral (Receiver General ) dan Setiausaha Persidangan (Chapter Clerk ).[23] Salah seorang Kanon juga ialah Rektor St Margaret’s Church Westminster Abbey (yang kini juga memegang jawatan Paderi bagi Pengerusi Dewan Rakyat) di bangunan sebelah.[24] Selain daripada Dekan dan Kanon, ada dua kanon muda[25] sepenuh waktu, seorang presentor dan yang lagi satu suksentor.
Jawatan Vikar Paderi telah dicipta pada 1970-an untuk membantu Kanon muda. Bersama dengan Paderi and Penerima Jeneral dan Setiausaha Persidangan pelbagai Pegawai Umat Awam membentuk Kolej, termasuk Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja, Pendaftar, Juruaudit, Setiausaha Guaman, Juruukur Fabrik, Guru Besar Sekolah Koir, Penyimpan Munimen dan Setiausaha Kerja, serta 12 Vikar Umat Awam dan 10 penyanyi koir dan Penyelenggara Besar dan Bentara Besar. Ada juga empat puluh Cendekiawan Ratu yang merupakan murid di Sekolah Westminster (sekolah ini memiliki Badan Pentadbirannya sendiri). Mereka yang paling terlibat dengan hal liturgi dan istiadat adalah dua Kanon Muda dan Pemain Organ dan Ketua Penyanyi Koir Gereja.
Pengutip Sedekah Raja
suntingEnam pengutip sedekah (King's atau Queen's almsmen/women) disokong oleh biara ini. Mereka dilantik melalui waran diraja atas cadangan dekan dan Setiausaha Dalam Negeri, menghadiri sembahyang pagi Matins dan petang Evensong pada hari Ahad, serta melaksanakan tugas yang diminta dengan elaun kecil. Semasa bertugas, mereka memakai jubah merah khas dengan lencana mawar bermahkota di bahu kiri.[26]
Sebuah rumah amal diasaskan berhampiran biara oleh Henry VII pada tahun 1502, dan pada asalnya menempatkan dua belas lelaki dan tiga wanita pengutip sedekah, yang merupakan pegawai mahkamah kecil yang bersara kerana usia atau kecacatan.[27] Mereka perlu berusia lebih 50 tahun, bujang, mempunyai reputasi baik, celik huruf, mampu menjaga diri sendiri, dan berpendapatan kurang daripada £4 setahun.[28] Bangunan ini terselamat daripada Pembubaran Biara 1536 – 1541, tetapi dirobohkan untuk pelebaran jalan pada tahun 1779.[29] Dari akhir abad ke-18 hingga akhir abad ke-20, pengutip sedekah biasanya terdiri daripada tentera dan pelaut tua; hari ini, mereka kebanyakannya merupakan bekas pekerja biara.[30]
Sekolah
suntingSekolah Westminster terletak di dalam biara. Pengajaran bermula sejak abad ke-14 oleh para rahib biara; sekolah ini menganggap Elizabeth I sebagai pengasasnya, yang membubarkan biara buat kali terakhir dan memperuntukkan penubuhan sekolah,[31] dekan, kanon, pembantu klerus, dan pegawai umat awam.[32] Pelajar sekolah ini dahulu sangat nakal; pelajar Westminster pernah menconteng Kerusi Pertabalan, mengganggu sembahyang berjemaah, dan sekali mencetuskan pergaduhan tumbuk-bertumbuk semasa pentahbisan empat uskup di serambi gereja.[31] Salah seorang pelajar mengukir pada Kerusi Pertabalan bahawa dia pernah tidur di situ semalaman, menjadikannya mungkin penghuni paling lama kerusi tersebut.[33] Sekolah Westminster bebas daripada Dekan dan Persidangan biara pada tahun 1868 tetapi kedua-dua institusi ini terus berhubung rapat.[32] Sekolah Koir Westminster Abbey, juga terletak di kawasan biara, mendidik budak-budak koir yang menyanyi untuk ibadat di biara.[34]
Golongan Darjah Bath
suntingYang Amat Berhormat Golongan Darjah Bath atau The Most Honourable Order of the Bath ialah golongan kesateria British yang berpusat secara rohani di Capel Henry VII gereja ini. Golongan ini diasaskan oleh George I pada tahun 1725,[35] tidak lagi popular selepas 1812, dan dihidupkan semula oleh George V pada tahun 1913.[36] Namanya berasal daripada upacara zaman pertengahan untuk melantik seorang kesateria, yang melibatkan mandi sebagai simbol penyucian.[37] Ahli-ahli diberi tempat duduk dengan sepanduk, gencana dan plak tempat duduk semasa upacara pelantikan di gereja ini setiap empat tahun.[38] Disebabkan bilangan ahli melebihi tempat duduk, sesetengah ahli menunggu bertahun-tahun sebelum pelantikan mereka dirasmikan.[39] Darjah Bath ialah golongan kesateria British keempat tertua selepas golongan Darjah Garter, Darjah Thistle, dan Darjah St Patrick (yang kini tidak aktif).[40]
Galeri
sunting-
Gerbang Besar Barat dan menara, seperti yang dilihat dari Jalan Tothill
-
Pemandangan dari London Eye yang berdekatan ke Timur Laut
-
Pada waktu malam, dari Dean's Yard ke Selatan; lampuan menyerlahkan banir berjangkang gereja
-
Pintu masuk Utara
-
Empat daripada sepuluh martir Kristian yang digambarkan dalam patung di atas Pintu Besar Barat
-
Peringatan Handel pada tahun 1784
-
Makam Henry III dari England di dalam Abbey
Nota
sunting- ^ a b c d "Dimensions of Westminster Abbey" (PDF). Westminster Abbey. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 12 Januari 2016.
- ^ "Westminster Abbey (The Collegiate Church of St Peter)". Historic England (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mei 2022. Dicapai pada 30 Januari 2023.
- ^ Jenkyns 2004, m/s. 10.
- ^ Cavendish, Richard (12 December 2015). "The consecration of Westminster Abbey". History Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2023. Dicapai pada 7 February 2023.
- ^ Summerson 2019, m/s. 17.
- ^ Jenkyns 2004, m/s. 11.
- ^ Summerson 2019, m/s. 27.
- ^ Wilkinson 2013, m/s. 6.
- ^ Corrigan 2018, m/s. 148.
- ^ Corrigan 2018, m/s. 159.
- ^ Harvey 1993, m/s. 2.
- ^ Fernie 2009, m/s. 139–143.
- ^ Carr 1999, m/s. 2.
- ^ Trowles 2008, m/s. 7–8.
- ^ Wilkinson & Knighton 2010, m/s. 11.
- ^ Harvey 1993, m/s. 6.
- ^ Binski & Clark 2019, m/s. 51.
- ^ Clark & Binski 2019, m/s. 92.
- ^ Harvey 1993, m/s. 5.
- ^ Harvey 1993, m/s. 5–6.
- ^ "Westminster Abbey 2022 Annual Report to the Visitor, His Majesty the King" (PDF). Westminster Abbey. m/s. 38–42. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-10-28. Dicapai pada 2023-10-28.
- ^ Beaney, Abigail (2022-09-19). "Waterfoot born Dean led funeral of Queen Elizabeth II". Lancashire Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-10-03.
- ^ "Westminster Abbey 2022 Annual Report to the Visitor, His Majesty the King" (PDF). Westminster Abbey. m/s. 38–42. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-10-28. Dicapai pada 2023-10-28.
- ^ "Interview: Robert Wright, Sub-dean of Westminster Abbey, Rector of St Margaret's". Church Times. 26 May 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.
- ^ "Royal Appointments". Crockford's Clerical Directory. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-10-28. Dicapai pada 2023-10-28.
- ^ Fox, Christine Merie (2012). The Royal Almshouse at Westminster c. 1500 – c. 1600 (PDF). m/s. 248–250. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 October 2022.
- ^ Fox, Christine Merie (2015). "The Tudor Royal Almsmen 1500-1600". Medieval Prosopography. 30: 139–176. ISSN 0198-9405. JSTOR 44946928.
- ^ Fox, Christine Merie (2015). "The Tudor Royal Almsmen 1500-1600". Medieval Prosopography. 30: 139–176. ISSN 0198-9405. JSTOR 44946928.
- ^ Fox, Christine Merie (2012). The Royal Almshouse at Westminster c. 1500 – c. 1600 (PDF). m/s. 248–250. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 October 2022.
- ^ Fox, Christine Merie (2012). The Royal Almshouse at Westminster c. 1500 – c. 1600 (PDF). m/s. 248–250. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 10 October 2022.
- ^ a b Jenkyns 2004, m/s. 56–57.
- ^ a b Trowles 2008, m/s. 12.
- ^ Jenkyns 2004, m/s. 65.
- ^ "Making all the right noises: An Interview with Jonathan Milton, headmaster of the Westminster Abbey Choir School". KCW Today. 15 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2019. Dicapai pada 28 July 2018.
- ^ Duckers 2004, m/s. 20.
- ^ Cannadine 2019, m/s. 326.
- ^ Wilkinson & Knighton 2010, m/s. 57.
- ^ Duckers 2004, m/s. 22.
- ^ Wilkinson & Knighton 2010, m/s. 78.
- ^ Duckers 2004, m/s. 13–14.
Rujukan
sunting- Bradley, S. and Pevsner, N. (2003) The Buildings of England - London 6: Westminster, Yale University Press 2003. ISBN 0-300-09595-3, pp. 105–207
- Harvey, B. (1993) Living and Dying in England 1100-1540: The Monastic Experience, Ford Lecture series, Oxford : Clarendon Press, ISBN 0-19-820161-3
- Morton, H.V. [1951] (1988) In Search of London, London : Methuen, ISBN 0-413-18470-6
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Westminster Abbey |
- Laman rasmi
- Keith Short - Sculptor Imej ukiran batu untuk Westminster Abbey
- Mystery Worshipper Report Diarkibkan 2008-02-15 di Wayback Machine di laman web Ship of Fools
- Gencana Berukir untuk Kesateria Golongan Bath
- Sejarah kumpulan koir dan sekolah koir Westminster Abbey Diarkibkan 2006-06-23 di Wayback Machine
- Catholic Encyclopedia: Westminster Abbey Diarkibkan 2009-05-25 di Wayback Machine
- Adrian Fletcher’s Paradoxplace Westminster Abbey Pages — Photos Diarkibkan 2013-08-12 di Wayback Machine
- Panorama Westminster Abbey pada waktu siang – versi 3D Quicktime
- Westminster Abbey di
Koordinat: 51°29′58″N 0°07′39″W / 51.49944°N 0.12750°W{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman