Tahun Masihi (bahasa Latin: Anno Domini bermaksud "Tahun Tuhan kita" disingkatkan kepada A.D) ialah gelaran yang digunakan untuk menomborkan tahun dalam Takwim Julius dan Gregorius. Ia biasanya disingkatkan menjadi M.

Era kalendar yang dirujuk kedua-dua takwim ini ialah tarikh yang secara tradisionalnya dianggap merupakan tarikh lahir Yesus Kristus (Al-Masih). Tahun-tahun sebelumnya pula dilabelkan sebagai Sebelum Masihi (SM). Di dalam skema ini tiadanya tahun kosong jadi tahun Masihi 1 segera mengikuti selepas habisnya tahun 1 Sebelum Masihi. Sistem tarikh ini telah dicipta oleh Dionysius Exiguus dari Scythia Minor pada tahun 525, tapi tidak digunakan dengan meluas hingga selepas tahun 800.[1]

Kalendar Gregory adalah kalendar yang paling banyak digunakan di dalam dunia hari ini. Untuk berabad lamanya, ia telah menjadi asas tidak rasmi yang digunapakai untuk kepentingan dalam komunikasi antarabangsa, pengangkutan, dan intergrasi komersial, dan diterima pakai oleh institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2][3]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dick Teresi (Julai 1997). "Zero". The Atlantic. Dicapai pada 15 Jun 2017.
  2. ^ Allan Eastman. "The Time of our Lives". Dicapai pada 15 Jun 2017.
  3. ^ Caryl-Sue (5 Februari 2014). "1582: Gregorian Calendar Introduced". National Geographic. Dicapai pada 15 Jun 2017.