Senarai raja England
Untuk pemerintah pelbagai kerajaan di England sebelum penyatuan rasminya, semasa Heptarchy, lihat Bretwalda. Untuk raja Britain sejak penyatuan England dan Scotland, lihat Senarai raja Britain. Untuk kronologi perbandingan raja England, Scotland dan Britain, lihat Senarai raja di Kepulauan Britain.
Ini merupakan senarai raja England. Pemerintah pertama di Britain yang menggunakan gelaran Raja Inggeris (bahasa Inggeris: King of the English , Latin: Rex Anglorum ) ialah Offa dari Mercia pada 774, walaupun senarai berterusan raja Inggeris secara tradisionalnya bermula dengan Egbert dari Wessex pada 829. Bagaimanapun, sebelum penghijrahan mereka ke Britain, orang-orang Inggeris, ataupun Angle, telahpun mempunyai raja kesatuan di kawasan yang kini dikenali sebagai Schleswig-Holstein (lihat Senarai raja Angle). Di Britain mereka menubuhkan beberapa kerajaan berasingan yang dikenali sebagai Heptarchy (pemerintahan orang tujuh), dengan salah seorang daripada mereka diterima sebagai dipertuan, atau Bretwalda, yang lain. Kerajaan-kerajaan ini tidak disatukan secara kekal hinggalah tahun 927, di bawah Athelstan. Penyatuan dengan Wales digubal pada 1536, dan dengan Scotland pada 1707 untuk membentuk Kerajaan Great Britain. Sejak tarikh itu gelaran Raja (atau Ratu) England tidak lagi tepat, walaupun masih kekal digunakan secara meluas hingga ke hari ini.
Wangsa Mercia
suntingSesetengah sumber menyatakan pemerintah pertama yang menggunakan gelaran Raja Inggeris ialah Offa pada 774, namun ini dipertikaikan.
Nama | Potret | Lahir | Perkahwinan | Mangkat |
---|---|---|---|---|
Offa (+OFFA•REX+) 774–796 |
sekitar 747 | Cynethryth lima anak |
26 atau 29 Julai 796 umur 58 |