Buka menu utama

Wikipedia β

Kilometer (simbol: km) yang merupakan sebahagian sistem metrik ialah unit untuk jarak yang sama dengan 1,000 meter. Meter ialah unit asas untuk jarak dalam Unit Sistem Antarabangsa (SI). Padanan untuk unit keluasan ialah kilometer persegi, manakala padanan untuk isi padu ialah kilometer padu.

1 kilometre =
Unit SI
1.000 km 1,000.0 m
US customary / Imperial units
0.6214 mi 3,281 ft

hektometer << kilometer << megameter


Isi kandungan

Padanan dengan unit jarak yang lainSunting

1 kilometer adalah sama dengan:

  • 1,000 meter (1 meter sama dengan 0.001 kilometer)
  • lebih kurang 0.621 batu (1 batu lebih kurang sama dengan 1.609 kilometer)
  • lebih kurang 1,094 ela (1 ela lebih kurang sama dengan 0.000914 kilometer)
  • lebih kurang 3,281 kaki (1 kaki lebih kurang sama dengan 0.000305 kilometer)

Penggunaan antarabangsaSunting

Hampir semua negara di dunia mempergunakan kilometer sebagai ukuran jarak piawai, khususnya dalam papan tanda rangkaian jalan raya untuk menunjukkan jarak ke bandar raya, bandar, kampung, subbandar, dan sebagainya. Amerika Syarikat yang menggunakan Sistem di Raja British kini beransur-ansur menukarkan papan-papan tanda jalan raya di banyak negerinya kepada Unit Sistem Antarabangsa. Kekecualian utama ialah United Kingdom yang tidak bertujuan untuk berbuat demikian pada masa jangka pendek, satu keputusan yang berasaskan tradisi. Selain daripada United Kingdom, hanya Liberia dan Myanmar masih menggunakan batu.

Simbol UnikodSunting

Untuk memastikan keserasian dengan aksara Cina, Jepun, dan Korea (CJK), Unikod mempunyai simbol yang berikut:

  • kilometer (㎞) - kod 339E
  • kilometer persegi (㎢) - kod 33A2
  • kilometer padu (㎦) - kod 33A6

Bagaimanapun, kod ini hanya berguna untuk fon-fon lebar tetap Asia Timur CJK disebabkan saiznya adalah sama dengan satu aksara Cina.

Lihat jugaSunting