Saat

unit SI bagi masa/waktu

Saat (simbol: s; Jawi: ساعت) ialah unit asas SI untuk masa. Walaupun awalan SI seperti kilo boleh digunakan untuk mewakili tempoh masa yang lebih panjang, ia jarang digunakan berbanding unit bukan-SI minit, jam dan hari. Untuk tempoh masa yang lebih pendek, awalan SI seperti mili dan mikro biasa digunakan.

Takrifan saat adalah seperti berikut:

"Saat adalah jangka masa 9,192,631,770 tempoh sinaran yang berpadanan dengan peralihan di antara dua aras hiperhalus keadaan asas atom sesium-133."[1]

Asal sunting

Pada asalnya, saat dikenali sebagai "minit kedua", iaitu pengecilan kedua (dalam bahasa Inggeris second (kedua) minute (pengecilan) dalam pembahagian satu jam. Pembahagian pertama dinamakan "minit utama" yang sepadan dengan minit yang kita ketahui pada hari ini.

Penukaran sunting

  • 60 saat = 1 minit
  • 3,600 saat = 1 jam
  • 86.4 kilosaat (86,400 saat) = 1 hari
  • 31.56 megasaat (31,557,600 saat) = 1 tahun Julian.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting