Satu minit (pinjaman akar Latin minutus "kecilan") atau jenak adalah satu unit bagi masa yang bersamaan dengan 1/60 jam dan juga 60 saat. (Sesetengah minit yang jarang-jarang berlaku mempunyai 59 atau 61 saat; lihat saat lompat.) Untuk tujuan-tujuan saintifik, minit adalah satu unit bagi masa yang adalah bersamaan dengan kira-kira 1/1600 hari, atau 54 saat (lebih tepat lagi, 53.9121 saat). Ia dikenali sebagai minit semula jadi untuk membezakannya daripada minit konvensional. Ia adalah bersamaan dengan 1045 masa Planck.

Minit

Pengungkapan minit mula diberikan dalam karya Opus Majus nukilan Roger Bacon yang membincangkan pembahagian masa antara dua fasa bulan purnama kepada "jam", "kecilan", "keduaan", "ketigaan" dan "keempatan" (horae, minuta, secunda, tertia, quarta) yang ditunjukkan pada takwim sezaman penulis;[1] ia sendirinya pelanjutan daripada ungkapan pars minuta prima pinjam terjemah ungkapan πρώτα ἑξηκοστᾰ́ prṓtā hexēkostá "enampuluhan pertama" digunakan orang Yunani Purba yang membahagikan satu bulatan kepada 60 pecahan sama panjang untuk mengukur satu lengkungnya.[2]

Dalam bidang geometri, seminit adalah satu unit bagi sudut, iaitu 1/60 darjah. Ia kemudiannya juga dikenali sebagai satu minit sudut atau minit lengkok, dan boleh dibahagikan selanjutnya kepada 60 saat lengkok.

Dalam bidang astronomi, minit adalah satu unit sudut dan masa, 1/60 sejam jarak hamal. Ia kemudiannya dikenali sebagai minit jarak hamal, dan seterusnya boleh terbahagi kepada 60 saat jarak hamal.

Simbol untuk satu minit masa (atau jarak hamal) adalah min.

Simbol untuk satu minit lengkok adalah satu prima (′). Misalnya, lima belas minit boleh ditulis sebagai 15′. Walau bagaimanapun, koma atas atau tanda petik tunggal ('), adalah lebih biasa digunakan.

Bumi berputar mengelilingi paksi kutubnya melalui lima belas minit lengkok dalam setiap minit masa. Satu minit lengkok Khatulistiwa Bumi adalah kira-kira satu batu nautika.

Sejam mengandungi 60 minit berkemungkinan disebabkan pengaruh daripada tamadun Babylon, yang menggunakan sistem pembilangan asas 60.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ R Bacon (2000) [1928]. The Opus Majus of Roger Bacon. BR Belle. University of Pennsylvania Press. table facing page 231. ISBN 978-1855068568.
  2. ^ Smith, David E. (1958). History of Mathematics. II. Dover Publications. m/s. 228–32.