Satelit
Dalam konteks astronomi, satelit (Jawi: ساتليت ) merupakan pada asasnya suatu objek di angkasa yang berputar mengelilingi suatu objek lain yang lebih besar,[1] dan kekal berada dalam graviti objek tersebut. Bulan adalah satelit kepada planet bumi kita, manakala Bumi pula merupakan satelit kepada matahari.

Umumnya, apa yang dimaksudkan dengan satelit ialah sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi.
Jenis satelit sunting
Bentuk satelit buatan berbeza-beza mengikut tujuannya. Beratnya juga daripada beberapa kilogram (satelit nano) kepada beberapa tan.
- Satelit astronomi digunakan untuk memerhati dan mengkaji planet, bintang dan objek-objek jauh lain.
- Satelit komunikasi digunakan untuk tujuan telekomunikasi. Siaran radio dan televisyen boleh dipancarkan menggunakan frekuensi gelombang mikro. Kebanyakannya menggunakan orbit geosegerak atau orbit hampir geopegun, walaupun ada yang menggunakan orbit rendah bumi.
- Satelit pantau bumi digunakan untuk memantau permukaan bumi melalui orbit untuk tujuan pemerhatian alam sekitar, kaji cuaca atau pembuatan peta.
- Satelit pandu arah digunakan untuk navigasi dan pembuatan peta. Isyarat masa radio membolehkan pengguna mengetahui kedudukan mereka dengan tepat melalui sistem GPS.
- Satelit cuaca mencatat dan mengirimkan maklumat tentang keadaan cuaca dan iklim bumi.
- Stesen angkasa merupakan satu 'bangunan' untuk membolehkan manusia hidup di angkasa lepas. Stesen ini telah direka untuk membolehkan ia didiami selama beberapa bulan, bahkan beberapa tahun.
- Satelit ketenteraan merupakan satelit komunikasi atau satelit pantau bumi yang digunakan oleh pihak tentera.
- Satelit kecil seperti satelit mini (500 – 200 kg), satelit mikro (10 – 200 kg) dan satelit nano (di bawah 10 kg).
Orbit satelit اوربيت ساتليت sunting
Orbit satelit juga berbeza dari jarak 117 km hingga ke 35,000 km di atas permukaan bumi mengikut tugas yang telah ditetapkan.
- Orbit rendah bumi (Low Earth Orbit, LEO): 200 – 1200 km
- Orbit medium bumi (Medium Earth Orbit, MEO atau ICO): 1200 - 35790 km
- Orbit geosegerak (Geosynchronous Orbit, GEO): 35790 km
- Orbit geopegun (Geostationary Orbit, GSO): sejenis orbit geosegerak
- Orbit tinggi bumi (High Earth Orbit, HEO): di atas 35790 km
Orbit-orbit berikut pula merupakan orbit khusus yang digunakan untuk mengkategorikan satelit:
- Orbit Molniya
- Orbit segerak matahari (Heliosynchronous)
- Orbit kutub
- Orbit pemindahan bulan (LTO)
Rujukan sunting
- ^ Khairul Ikhwan Khamis (24 Januari 2022). "Apakah itu Satelit serta jenis dan fungsinya?". PakcikEngineer. Dicapai pada 18 November 2022.
Pautan luar ڤاوتن لوار sunting
- (Indonesia) Satelit Mikro dalam Percaturan Satelit Internasional
- (Melayu) Satelit Pertama Malaysia