Angkasa lepas; (Jawi: اڠكاس لڤس), atau lebih ringkas angkasa; (Jawi: اڠکاس), merujuk kepada ruangan yang secara relatifnya kosong di dalam alam semesta yakni berada di luar dari atmosfera sesuatu objek astronomi. Angkasa lepas digunakan untuk membezakannya dengan ruang udara (dan kawasan-kawasan daratan) kerana angkasa merujuk kepada langit.[1] Berlawanan dengan pemahaman popular, angkasa lepas tidak sebenarnya kosong (iaitu hampagas sepenuhnya) tetapi mengandungi zarah-zarah dalam ketumpatan yang rendah, majoriti plasma hidrogen, serta sinaran elektromagnet. Angkasa lepas dikatakan turut mengandungi jirim gelap dan tenaga gelap, namun kenyataan ini cumalah bersifat hipotesis.

Batasan menuju angkasa sunting

 
  • Aras laut - 101.3 kPa (1 atm; 1.013 bar; 29.92 in Hg; 760 mm Hg; 14.5 lbf/in²) tekanan atmosfera
  • 3.9 km (12,500 ka)(2.4 batu) - FAA menghendaki bekalan oksigen untuk juruterbang dalam pesawat tidak bertekanan[2]
  • 5.0 km (16,400 ka)(3.1 batu) - 50 kPa tekanan atmosfera
  • 5.3 km (17,400 ka)(3.3 batu) - Separuh atmosfera Bumi berada di bawah altitud ini
  • 8.0 km (26,200 ka)(5 batu) - Zon maut untuk pendaki manusia
  • 8.85 km (29,035 ka)(5.5 batu) - Puncak Gunung Everest, gunung tertinggi di Bumi (26 kPa)
  • 16 km (52,500 ka)(9.9 batu) - Kabin atau pakaian bertekanan dikehendaki
  • 18 km (59,100 ka)(11.2 batu) - Sempadan antara troposfera dan stratosfera
  • 20 km (65,600 ka)(12.4 batu) - Air pada suhu bilik mendidih tanpa bekas bertekanan (Tanggapan yang cecair badan akan mula mendidih pada takat ini adalah salah kerana tubuh mengenakan tekanan yang cukup untuk menghalangnya dari berlaku)
  • 24 km (78,700 ka)(14.9 batu) - Sistem tekanan pesawat udara biasa tidak lagi berfungsi
  • 32 km (105,000 ka)(19.9 batu) - Turbojet tidak lagi berfungsi
  • 34.7 km (113,740 ka)(21.5 batu) - Rekod altitud untuk penerbangan manusia dalam belon
  • 45 km (147,600 ka)(28 batu) - Ramjet tidak lagi berfungsi.
  • 50 km (164,000 ka)(31 batu) - Sempadan antara stratosfera dan mesosfera
  • 53 km (174,000 ka)(33 batu) - Rekod altitud untuk belon udara
  • 80.5 km (264,000 ka)(50 batu) - Sempadan antara mesosfera dan termosfera. Takrifan penerbangan angkasa lepas oleh A.S.
  • 100 km (328,100 ka)(62.1 batu) - Garis Kármán, had angkasa lepas mengikut Fédération Aéronautique Internationale. Permukaan aerodinamik tidak lagi berkesan akibat ketumpatan atmosfera yang rendah. Kelajuan angkat umumnya melebihi halaju orbit. Turbopause.
  • 120 km (393,400 ka)(74.6 batu) - Seretan atmosfera mula terasa semasa masuk semula dari orbit
  • 200 km (124.2 batu) - Orbit paling rendah yang mungkin untuk kestabilan jangka-pendek (stabil untuk beberapa hari)
  • 307 km (190.8 batu) - Orbit misi STS-1
  • 350 km (217.4 batu) - Orit paling rendah yang mungkin untuk kestabilan jangka-panjang (stabil untuk banyak tahun)
  • 360 km (223.7 batu) - Orbit purata Stesen Angkasa Antarabangsa, yang masih berubah akibat seretan dan pertambahan berkala
  • 390 km (242.3 batu) - Orbit misi Mir
  • 440 km (273.4 batu) - Orbit misi Skylab
  • 587 km (364.8 batu) - Orbit Teleskop Angkasa Hubble
  • 690 km (428.7 batu) - Sempadan antara termosfera dan eksosfera, permulaan sabuk sinaran Van Allen dalam
  • 780 km (484.7 batu) - Orbit Iridium
  • 1,374 km (850 batu) - Altitud tertinggi dicapai penerbangan mengorbit Bumi bermanusia (Gemini XI dengan Agena target vehicle)
  • 10,000 km (6,213 batu) - Hujung sabuk sinaran Van Allen dalam
  • 19,000 km (11,900 batu) - Permulaan sabuk sinaran Van Allen luar
  • 20,200 km (12,600 batu) - Orbit GPS
  • 35,786 km (22,237 batu) - Ketinggian orbit geopegun
  • 63,800 km (39,600 batu) - Hujung sabuk sinaran Van Allen luar
  • 320,000 km (200,000 batu) - Graviti Bulan mengatasi graviti Bumi (pada titik Lagrange)
  • 348,200 km (238,700 batu) - perigee qamari (jarak terdekat dengan Bulan)
  • 402,100 km (249,900 batu) - apogee qamari (jarak terjauh dari Bulan)

Penemuan sunting

Pada tahun 350 S.M., ahli falsafah Yunani, Aristotle, mencadangkan bahawa alam bencikan kekosongan (nature abhors a vacuum), prinsip ini kemudiannya dikenali sebagai horror vacui. Berdasarkan pendapat ini, keadaan hampagas adalah tidak wujud, di Barat idea tiada ruang yang kosong ini tidak disanggah berkurun lamanya.[3] Sehinggalah lewat kurun ke-17, ahli falsafah Perancis René Descartes telah menyanggah tentang keseluruhan ruang perlu diisi.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Definisi angkasa". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2008-04-24.[pautan mati kekal]
  2. ^ Federal Aviation Regulation Sec. 91.211 Diarkibkan 2011-11-02 di Wayback Machine, FAA.
  3. ^ Porter, Park & Daston 2006, m/s. 27.
  4. ^ Eckert 2006, m/s. 5.

Bibliografi sunting

  • Porter, Roy; Park, Katharine; Daston, Lorraine (2006). The Cambridge History of Science: Early modern science. Early Modern Science. 3. Cambridge University Press. m/s. 27. ISBN 0521572444.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Eckert, Michael (2006). The dawn of fluid dynamics: a discipline between science and technology. Wiley-VCH. ISBN 3527405135.CS1 maint: ref=harv (link)