Buka menu utama

Wikipedia β

Stesen Angkasa Antarabangsa

Stesen Angkasa Antarabangsa (B. Inggeris: International Space Station ISS) ialah sebuah stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi. Stesen ini mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari, Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.

Stesen Angkasa Antarabangsa
Pandangan belakang Stesen Angkasa Antarabangsa yang dilingkari oleh rupa bumi. Memandangkan empat stesen bersaiz besar, berwarna emas berwarna sayap, dua di kedua-dua belah stesen, dipasang ke struktur kekuda pusat. Selanjutnya di sepanjang kekuda terdapat enam radiator putih yang besar, tiga di sebelah setiap sepasang tatasusunan. Di antara arus solar dan radiator adalah kumpulan modul bertekanan yang diatur dalam bentuk T yang panjang, juga dipasang pada kekuda. Satu set susunan solar biru dipasang ke modul di hujung belakang kluster.
Stesen Angkasa Antarabangsa pada 23 Mei 2010 seperti yang dilihat dari Bolak-balik angkasa lepas Atlantis berlepas semasa STS-132.
Statistik stesen
COSPAR ID 1998-067A
SATCAT № 25544
Pengenal Alpha, Station
Krew Dipenuhi krew: 6
Menetap kini: 3
(Ekspidisi 52)
Dilancarkan 20 November 1998 (1998-11-20)
Pelantar pelancar
Jisim ≈ 419,455 kg (924,740 lb)[1]
Panjang 72.8 m (239 ka)
Lebar 108.5 m (356 ka)
Tinggi ≈ 20 m (66 ka)
nadir-zenith, mengarahkan ke hadapan
(27 November 2009)[dated info]
Isipadu bertekanan tinggi 931.57 m3 (32,898 cu ft)[2]
(28 May 2016)
Tekanan atmosfera 101.3 kPa (29.9 inHg; 1.0 atm)
Perigee 400.2 km (248.7 mi) AMSL[3]
Apogi 409.5 km (254.5 mi) AMSL[3]
Kesendengan pengorbitan 51.64 darjah[3]
Kelajuan pengorbitan 7.67 km/s (27,600 km/h; 17,200 bsj)[3]
Tempoh orbit 92.65 minit[3]
Orbit per hari 15.54
Epok orbit 30 September 2016, 18:10:52 UTC[3]
Hari dalam orbitan 18 tahun, 9 bulan, 2 hari
(22 Ogos)
Hari diduduki 16 tahun, 9 bulan, 20 hari
(22 Ogos)
Bil. orbit 101,081 setakat Julai 2016[4]
Susutan orbit 2 km/bulan
Statistik sejak 9 Mac 2011
(melainkan dinyatakan sebaliknya)
Rujukan: [1][3][5][6][7][8]
Konfigurasi
Komponen ISS dalam rajah tercerai, dengan modul on-orbit yang diserlahkan dalam warna jingga, dan mereka yang masih menunggu pelancaran dalam warna biru atau merah jambu
Elemen stesen setakat Jun 2017
(pandangan isometri tercerai)

Stesen ini telah dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani latihan di ISS terlebih dahulu.

ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan Eropah.

ISS boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[9].

Fungsi Stesesn Angkasa Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta memantau angkasa lepas.

SejarahSunting

Selepas Perang Dingin, Amerika Syarikat telah bersetuju membina satu stesen angkasa dengan pihak Eropah, Rusia, Jepun dan Kanada. Stesen ini menggabungkan Stesen Angkasa Freedom (Amerika Syarikat), Mir-2 (Rusia) dan Columbus (Eropah). Namun, pembinaan stesen angkasa ini sering dilambatkan oleh kos yang semakin meningkat. Sehingga hari ini, bahagian-bahagian Stesen Angkasa Antarabangsa masih dibina dan dipasang oleh angkasawan-angkasawan Amerika Syarikat, Rusia dan pihak lain setiap tahun. Pembinaan stesen ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2010.

PembinaanSunting

Bahan-bahan pembinaan dihantar ke stesen lalu dipasang oleh angkasawan-angkasawan. Bahan ini dihantar oleh Kapal Angkasa Amerika Syarikat, kapal-kapal angkasa Soyuz dan Progress Rusia, dan lain-lain.

RujukanSunting

  1. ^ a b Garcia, Mark (1 October 2015). "About the Space Station: Facts and Figures". NASA. Dicapai pada 2 October 2015. 
  2. ^ "Space to Ground: Friending the ISS: 06/03/2016". YouTube.com. NASA. 3 Jun 2016. 
  3. ^ a b c d e f g Peat, Chris (30 September 2016). "ISS - Orbit". Heavens-above.com. Dicapai pada 30 September 2016. 
  4. ^ Garcia, Mark (16 Mei 2016). "Station Reaches 100,000 Orbits, Deploys Cubesats". NASA. Dicapai pada 17 May 2016. 
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan ISStD tidak disediakan
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan OnOrbit tidak disediakan
  7. ^ "STS-132 Press Kit" (PDF). NASA. 7 Mei 2010. Dicapai pada 19 Jun 2010. 
  8. ^ "STS-133 FD 04 Execute Package" (PDF). NASA. 27 February 2011. Dicapai pada 27 Februari 2011. 
  9. ^ 10 daripada negara-negara ahli sedang melibatkan diri. [1]; Austria, Finland, Ireland, Portugal, dan United Kingdom memilih untuk tidak terlibat; Greece dan Luxembourg turut sama dengan ESA kemudiannya.