20 November
tarikh
<< | November | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | |||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 |
12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 |
19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 |
26 | 27 | 28 | 29 | 30 | ||
2023 |
20 November merupakan hari ke-324 (hari ke-325 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 41 hari sebelum memasuki tahun seterusnya.
Tambahan pula, hari ini juga merupakan:
- Hari Kanak-Kanak Sedunia;
- Hari Kedaulatan Kebangsaan di Argentina;
- Hari Kesedaran Kulit Hitam di Brazil;
- Hari Revolusi di Mexico;
- Hari Guru di Vietnam.
Peristiwa sunting
- 284 - Diocletian menjadi Maharaja Rom, membawa kepada penamatan Krisis Abad Ketiga.
- 1700 - Perang Utara Besar: Angkatan Sweden pimpinan Raja Karl XII menewaskan tentera Rusia pimpinan Tsar Pyotr Agung dalam Pertempuran Narva.
- 1910 - Pemberontakan Mexico: Francisco I. Madero menyebarluas Rancangan San Luis Potosí, memulakan pemberontakan menentang Presiden Porfirio Diaz.
- 1945 - Perbicaraan Nuremberg terhadap 24 anggota utama Nazi yang terlibat dalam Holokus dan jenayah perang lain semasa Perang Dunia Kedua bermula.
- 1947 - Puteri Elizabeth, anakanda Raja George VI, berkahwin dengan Leftenan Philip Mountbatten, yang dianugerahkan gelaran Duke Edinburgh.
- 1979 - Sekumpulan pemberontak bersenjata menyerang dan mengambil alih Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi.
- 1984 - Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad merasmikan pembukaan Markas Panglima Armada dan Sistem Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak.
- 1998 - Pemasangan Stesen Angkasa Antarabangsa bermula apabila modul pertama Zarya (gambar) dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.
- 2011 - Mariano Rajoy bakal menjadi Perdana Menteri Sepanyol selepas partinya mendapat majoriti dalam pilihan raya umum.
Kelahiran sunting
- 1841 - Wilfrid Laurier, Perdana Menteri Kanada ke-7
- 1957 - Goodluck Jonathan, seorang Presiden Nigeria
- 1979 - Hend Sabry, pelakon wanita Tunisia dan Mesir