Tahun lompat

tahun kalendar dengan satu hari tambahan

Tahun lompat (bahasa Inggeris: leap year, Belanda: schrikkeljaar) atau tahun kabisat[1] (Arab: سَّنَةُ الكَبِيسَة, rumi: sannat ul-kabīsah "tahun terisi" di mana كَبِيسَةkabīsah terbitan kata kerja كَبَسَkabasa "menimbus" atau "mengisi"[2]) mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa sebanyak lama tahun falak/bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.

Dalam takwim Gregorius, sehari tambahan diletakkan selepas 28 haribulan Februari yakni pada 29 Februari keseluruhan berjumlah 366 hari berbanding 365 hari dalam setahun biasa.[3] Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan menyambut hari jadinya pada hari sebelumnya ataupun selepasnya (1 Mac).

Rujukan sunting

  1. ^ Rujukan silang:
    • Wilkinson, Richard James (1932). "tahun". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 516 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
    • "tahun kabisat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "tahun kabisat". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ke-3). Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Indonesia. 2016.
  2. ^ Lane, Edward William (1863–1893). "كبس". Arabic-English Lexicon. London. m/s. 2568 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
  3. ^ Waktu dan Permasalahannya. Jakarta: Departemen Agama Republik Indonesia. 1987. m/s. 23.