28 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
28 Februari merupakan hari ke-59 dalam takwim Gregorius. Tinggal 306 hari (atau 307 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya. Ia merupakan hari terakhir dalam bulan kedua tahun biasa.
Hari ini juga merupakan:
Peristiwa
sunting- 202 SM - Berlangsungnya upacara pemahkotaan Liu Bang selaku Maharaja Gaozu dari Han, sekaligus bermulanya empat abad pemerintahan Dinasti Han di China.
- 1700 - Hari ini diikuti 1 Mac di Sweden, maka terciptanya takwim Sweden.
- 1784 - John Wesley mempiagamkan Gereja Metodis.
- 1787 - Piagam dikurniakan untuk menubuhkan institusi yang kini dikenali sebagai Universiti Pittsburgh.
- 1838 - Pemberontakan Kanada Hilir: Pemimpin Patriote Robert Nelson mengisytiharkan kemerdekaan Kanada Hilir.
- 1850 - Universiti Utah dibuka di Salt Lake City, Utah.
- 1854 - Parti Republikan Amerika Syarikat ditubuhkan di Ripon, Wisconsin.
- 1854 - Kapal pertama kelasnya dan kapal tempur moden pertama Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Indiana (gambar) dilancarkan.
- 1883 - Teater anekarama pertama dibuka di bandar Boston, Massachusetts.
- 1885 - Syarikat Telefon dan Telegraf Amerika ditubuhkan di Negeri New York sebagai anak syarikat American Bell Telephone. (American Bell kemudian bergabung dengan anak syarikatnya ini.)
- 1900 - Perang Boer Kedua: Pengepungan Ladysmith berakhir selepas 118 hari dengan kemenangan British.
- 1953 - James D. Watson dan Francis Crick memberitahu rakan-rakan mereka bahawa mereka sudah menentukan struktur kimia DNA; pengumuman rasmi pula pada 25 April dalam jurnal Nature (terb. 2 April).
- 1935 - Bekerja dengan poliamida di syarikat DuPont, ahli kimia Wallace Carothers mencipta nilon.
- 1942 - Perang Dunia Kedua: Kapal kruiser berat USS Houston (CA-30) karam dalam Pertempuran Selat Sunda, menyebabkan 693 orang krew terkorban.
- 1947 - Peristiwa 228: Keadaan huru-hara akhirnya reda di Taiwan setelah meragut 30,000 nyawa.
- 1972 - Lawatan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon ke Republik Rakyat China berakhir pengeluaran Kenyataan Shanghai, yang berjanji berusaha memperbaiki hubungan diplomatik antara kedua-dua negara (gambar pemimpin).
- 1974 - Setelah tujuh tahun berdingin, Amerika Syarikat dan Mesir menjalinkan semula hubungan diplomatik.
- 1985 - Tentera Republikan Ireland Sementara mencetuskan serangan tomong di balai polis Pasukan Konstabel Ulster Diraja di Newry, menyebabkan sembilan orang pegawai terkorban.
- 1986 - Perdana Menteri Sweden Olof Palme dibunuh di Stockholm.
- 1991 - Berakhirnya Perang Teluk pertama.
- 1998 - Perang Kosovo: Polis Serbia mula menyerang Tentera Pembebasan Kosovo di Kosovo.
- 2008 - Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra ditahan atas tuduhan rasuah sebaik sahaja kembali di Thailand selepas berbulan-bulan tinggal dalam buangan.
- 2010 - Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 berakhir (gambar penutupan) di Vancouver, dengan tuan rumah Kanada mendapat rekod 14 pingat emas.
Kelahiran
sunting- 1970 - Daniel Handler, pengarang Amerika Syarikat dengan nama samaran Lemony Snicket