9 Februari
tarikh
<< | Februari | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | ||
2024 |
9 Februari merupakan hari ke-40 dalam kalendar Gregory. Tinggal 325 hari (atau 326 hari bagi tahun lompat) sebelum memasuki tahun selepasnya.
Peristiwa
sunting- 474 - Disebabkan Leo II dianggap terlalu muda untuk memerintah, bapanya Zeno dimahkotakan sebagai Maharaja Byzantine bersama.
- 1775 - Perang Revolusi Amerika: Parlimen Britain mengisytiharkan wilayah Massachusetts dalam keadaan memberontak.
- 1822 - Haiti menyerang Republik Dominika yang baru diasaskan.
- 1825 - Oleh sebab tiada seorang calon presiden pun yang meraih undi majoriti undian perwakilan, maka Dewan Perwakilan Amerika Syarikat memilih John Quincy Adams menjadi Presiden Amerika Syarikat.
- 1861 - Perang Saudara Amerika: Jefferson Davis dinamakan sebagai presiden sementara Negeri-Negeri Gabungan Amerika.
- 1885 - Pendatang Jepun sah yang pertama yang tiba di Hawaii.
- 1895 - Di YMCA Holyoke, Massachusetts, A.S., William G. Morgan mencipta permainan yang dipanggil Mintonette, asas kepada bola tampar (gambar) kini.
- 1920 - Perjanjian Spitsbergen ditandatangani, mengiktiraf kedaulatan Norway terhadap kepulauan Svalbard di Lautan Artik.
- 1922 - Brazil menganggotai perjanjian hak cipta Konvensyen Berne.
- 1942 - Waktu jimat siang sepanjang tahun diisytiharkan semula di Amerika Syarikat sebagai langkah menjimat sumber tenaga sewaktu berperang.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Pertempuran Guadalcanal di Kepulauan Solomon berakhir, memberikan Pihak Berikat kemenangan strategik penting dalam Perang Pasifik ke atas Jepun.
- 1959 - Peluru berpandu balistik antara benua pertama di dunia, R-7 Semyorka milik Soviet became mula beroperasi.
- 1960 - Pelakon Joanne Woodward dan 7 lagi diberi penghormatan sebagai bintang pertama di Laluan Kemasyhuran Hollywood.
- 1962 - Jamaica menjadi negara merdeka dalam lingkungan Negara-Negara Komanwel.
- 1964 - The Beatles muncul buat julung kali di rancangan The Ed Sullivan Show, dan membuat persembahan di hadapan sejumlah 73 juta orang penonton yang "memecah rekod".
- 1965 - Perang Vietnam: Angkatan tentera bertempur pertama dari Amerika Syarikat dikerah ke Vietnam Selatan.
- 1975 - Kapal angkasa lepas Soviet Soyuz 17 mendarat di Bumi.
- 1986 - Komet Halley mencapai perihelion, iaitu detik paling terdekat dengan matahari, ketika memasuki lingkungan Sistem Suria buat kali kedua pada abad ke-20.
- 1991 - Warga Lithuania mengundi untuk merdeka dari cengkaman Soviet.
- 2001 - Kapal selam Amerika Syarikat USS Greeneville tidak sengaja terlanggar dan mengaramkan kapal latihan perikanan Jepun Ehime-Maru (gambar bangkai), mengorbankan 9 orang.
- 2004 - Pelayar web Mozilla Firebird dinamakan semula sebagai Mozilla Firefox.
Kelahiran
sunting- 1773 - William Henry Harrison, Presiden Amerika Syarikat ke-9
- 1902 - Fred Harman, seorang pelukis Red Ryder
- 1988 - Ajun Perwira, pelakon lelaki Indonesia