Richard Milhous Nixon (9 Januari 1913–22 April 1994; Jawi: ريچرد ميلهاءوس نيکسن) ialah ahli politik Amerika yang berkhidmat sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-37 dari tahun 1969 hingga 1974. Beliau sebelumnya berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-36 dari tahun 1953 hingga tahun 1961. Beliau pernah berkhidmat sebagai Senator A.S. dan Ahli Dewan Perwakilan A.S. dari negeri California. Beliau merupakan presiden Amerika Syarikat yang pertama dan satu-satunya sehingga kini, yang meletak jawatan presiden. Pengundurannya disebabkan skandal beliau iaitu Skandal Watergate. Beliau juga mengumumkan berakhirnya Perang Vietnam yang telah menelan korban ribuan tentera pada 23 Januari 1973. Pengumuman itu secara tidak langsung menjadi pengakuan Amerika bahawa mereka kalah perang di kancah Asia Tenggara.

Richard Nixon
ريچرد نيکسن
Dalam jawatan
20 Januari 1969 – 9 Ogos 1974
Naib PresidenSpiro Agnew (1969-1973)
Tidak Ada (1973)
Gerald R. Ford (1973-1974)
Didahului olehLyndon B. Johnson
Digantikan olehGerald Ford
Naib Presiden Amerika Syarikat ke-36
Dalam jawatan
20 Januari 1953 – 20 Januari 1961
PresidenDwight D. Eisenhower
Didahului olehAlben W. Barkley
Digantikan olehLyndon B. Johnson
Senator Amerika Syarikat
dari California
Dalam jawatan
1 Disember 1950 – 1 Januari 1953
Didahului olehSheridan Downey
Digantikan olehThomas Kuchel
Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari daerah ke-12 California
Dalam jawatan
3 Januari 1947 – 30 November 1950
Didahului olehJerry Voorhis
Digantikan olehPatrick J. Hillings
Maklumat peribadi
Lahir(1913-01-09)9 Januari 1913
Yorba Linda, California, A.S.
Mati22 April 1994(1994-04-22) (umur 81)
Bandaraya New York, New York, A.S.
KewarganegaraanAmerika
Parti politikRepublikan
PasanganPat Ryan (k. 1940; m. 1993)
TandatanganTandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmatTentera Laut Amerika Syarikat
Tahun khidmat
  • 1942–1946 (aktif)
  • 1946–1966 (tidak aktif)
Pangkat Komander
Perang/Pertempuran

Kelahiran dan tahun-tahun awal

sunting

Nixon dibesarkan sebagai mubaligh Quaker oleh ibunya Hannah, yang berharap beliau akan menjadi mubaligh Quaker. Didikan yang diterimanya bercirikan sifat-sifat Quaker konservatif, misalnya tidak suka minuman keras, menari, dan menyumpah seranag. Ayahnya (yang dikenali sebagai Frank) adalah seorang Methodist yang beralih menjadi Quaker tetapi tidak pernah sepenuhnya menyerap jiwa ajaran itu. Disebabkan itu, belaia mempunyai sifat yang suka marah.

Namun hal ini diragukan, kerana aliran Quakerisme yang dikenali sebagai Gereja Sahabat, yang pada umumnya diuruskan oleh para mubaligh Methodist, sedikit sekali persamaannya dengan aliran Quaker yang 'tak terancang', dengan ibadahnya yang berdiam diri, pendetanya yang tidak dibayar, dan ketaatan yang penuh kepada pasifisme. Kaum Quaker 'tak terancang' percaya bahawa dalam ibadah, mereka harus berdiam diri, menantikan Roh Kudus bekerja menggerakkan hati mereka. Sikap pasifisme mereka diperlihatkan dengan penolakan yang keras untuk mengangkat senjata atau berperang.

Walau bagaimanapun, ayahnya tidak begitu kuat ibadatnya. Beliau lebih banyak menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga. Terdapat banyak perdebatan tentang apakah Nixon sungguh-sungguh lakukan seperti yang dituntut oleh seorang Quaker, iaitu memerhatikan nuraninya untuk menolak dari turut serta dalam berperang untuk Perang Dunia II sebagai keyakinan keagamaannya. Namun pada masa kerjaya politiknya, beliau tidak menjalankan hidupnya sebagai seorang Quaker.

Beliau bersekolah di Whittier College (sebuah sekolah Quaker), tamat tahap dua dari kelasnya, kemudian masuk ke Sekolah Undang-undang Universiti Duke, dengan biasiswa penuh. Beliau menjadi tentera yang tidak berperang dalam Angkatan Laut AS selama Perang Dunia II, dan menjadi pengacara untuk PepsiCo.

Kerjaya awal politik

sunting

Nixon terpilih menjadi anggota Kongres pada 1946, dengan teman-teman seangkatannya yang terdiri dari veteran perang, termasuk bakal saingannya, John F. Kennedy dari Massachusetts.

Nixon menempuh pengalaman dengan cepat, mengukir namanya sebagai seorang anti-Komunis dan tokoh tegas, yang rajin berkempen. Beliau terpilih menjadi anggota DPR AS dari California pada 1948 dan beliau menjadi anggota House Un-American Activities Committee (Jawatankuasa Aktivis Majlis yang tak bersifat Amerika). Beliau juga banyak berperanan dalam pengadilan bekas pejabat pemerintahan Alger Hiss untuk bersumpah palsu ketika beliau didakwa sebagai perisik Kesatuan Soviet.

Nixon terpilih menjadi Senator pada 1950, mengalahkan pelakon/anggota kongres Helen Gahagan, yang selama kempennya dituduh mendapatkan sokongan dari para komunis.

Naib presiden AS

sunting

Pada 1952, Nixon diangkat sebagai naib presiden yang mendampingi Presiden Dwight Eisenhower. Ketika itu, beliau baru berumur 39 tahun.

Satu peristiwa penting dalam kempennya ialah inovasi Nixon menggunakan televisyen. Nixon dituduh telah dibiayai dengan dana pemilihan yang disediakan ahli perniagaan, suatu tuduhan yang terbukti benar. Beliau muncul di TV dan membela diri dengan pidato yang kuat beremosi. Di situ, beliau menyatakan bahawa isterinya, Pat, tidak mengenakan pakaian yang menggunakan cerpelai, namun "suatu mantel kain Republikan yang bagus" dan menyatakan walaupun beliau mendapatkan seekor anjing spaniel yang dinamainya "Checkers", beliau takkan memberikannya kembali sebab anak perempuannya menyukainya. Siaran ini mengakibatkan limpahan sokongan yang mendorong Eisenhower mempertahankan Nixon sebagai pendampingnya.

Sebagai Naib Presiden, Nixon mengunjungi ke Amerika Selatan, dan dipuji kerana keberaniannya dalam menghadapi media massa yang marah memprotes kebijakan luar negeri AS.

Nixon terkenal di antara para naib presiden kerana beliau mengambil alih pentadbiran sebanyak tiga kali ketika Eisenhower jatuh sakit. Pertama pada ketika serangan jantung Eisenhower pada 24 September 1955, sewaktu Eisenhower mengalami diarhoea parah pada Jun 1956, dan ketika beliau terkena serangan lumpuh pada November 1957. Baliau juga terbukti sanggup berfikir sendiri dengan cepat yang ditunjukkannya pada 24 Julai 1959 pada pembukaan Pameran Kebangsaan Amerika di Moscow ketika pemimpin Kesatuan Soviet Nikita Khrushchev secara mengejut mengajaknya berdebat mengenai kehebatan kapitalisme dalam menghadapi komunisme.

Pilihan raya 1960 dan selepas naib presiden

sunting

Pada 1960, beliau mara sebagai calon Presiden namun dikalahkan oleh John F. Kennedy, yang ironiknya ialah teman Nixon (Kennedy merupakan salah seorang yang pertama memberi selamat ketika Nixon dipilih sebagai pasangan Eisenhower). Faktor penting yang menyebabkan kekalahannya adalah debat kepresidenannya yang pertama di televisyen. Walaupun penampilannya lusuh, Nixon menolak solekan pihak televisyen. Beliau merasa sakit kerana lututnya terluka ketika berangkat ke studio. Beliau berharap memenangkan suara melalui percakapannya dalam kebijakan luar negerinya, namun orang hanya melihat seorang lelaki yang kesakitan, bermandi peluh dan mengenakan pakaian kelabu yang tenggelam dengan latar belakang, manakala saingannya Kennedy, nampak hebat. Penelitian di kemudian hari menunjukkan bahwa pendengar debat melalui radio lebih berpihak kepada Nixon, namun ternyata penonton TV memenangkan Kennedy.

Pada 7 November 1962, beliau kalah dalam pemilihan Gabenor California. Dalam pidato pengakuan kekalahannya, Nixon menyatakan bahawa itu merupakan "persidangannya yang terakhir" dan bahawa "Dick Nixon takkan ada lagi untuk ditendang".

Kepresidenan

sunting

Suasana kekalahan itu tak bertahan. Beliau pindah ke New York City dan bekerja sebagai pengacara hebat dan pada pilihan raya 1968, berjaya kembali ke arena politik secara luar biasa dengan mengalahkan Hubert H. Humphrey untuk menjadi Presiden ke-37 AS.

Inisiatif utama selama penggal pemerintahannya:

  • Pemulihan hubungan diplomatik dengan RRT dan meninggalkan Taiwan sebagai bahagian Realpolitik, negara yang mengabaikan pertimbangan moral. Dalam waktu yang singkat Nixon berjaya memainkan peranan dalam menghadapi Kesatuan Soviet dan negara yang dibelanya, Vietnam Utara.
  • Pembentukan Lembaga Perlindungan Lingkungan Hidup.
  • Pembentukan Lembaga Pengawasan Ubat-Ubatan.
  • "Vietnamisasi": penarikan diri pasukan AS di Vietnam secara bertahap sementara secara dramatik meningkatkan pengeboman.
  • Memulakan program luar angkasa.

Nixon mengimbau kepada apa yang disebutnya sebagai "majoriti diam" dari kaum sederhana AS yang tak suka terhadap kaum "hippi" yang melawan budaya, serta aktivis hak-hak sivil dan penunjuk perasaan perdamaian. Nixon juga menjanjikan "perdamaian yang bermartabat" dengan "rencana rahsia"nya untuk mengakhiri Perang Vietnam. Beliau mengusulkan Doktrin Nixon untuk membentuk strategi untuk menyerahkan peperangan kepada bangsa Vietnam. Selama perang, pada 30 Julai 1969, Nixon membuat kunjungan mendadak ke Vietnam Selatan dan bertemu dengan Presiden Nguyen Van Thieu serta para komandan tentera AS. Perang ini berakhir pada masa Nixon, namun setelah 4 tahun lebih strategi pengeboman dan kekalahan di lapangan, dan penarikan kembali pasukan AS, menyerahkan pertempuran pada pasukan Vietnam Selatan.

Pengeboman besar-besaran Kemboja dan sokongan pemerintahan Nixon pada penggulingan pemerintahan kerajaan Norodom Sihanouk yang neutral oleh diktator tentera golongan kanan Lon Nol menyebabkan banyak kaum petani negara itu jatuh ke tangan pasukan Khmer Rouge, sebuah gerakan revolusioner Maois yang kelak membunuh 1.7 juta orang Kemboja setelah mengambil kekuasaan.

Pada 5 Januari 1972, Nixon memerintahkan pengembangan program luar angkasa. Nama Nixon muncul berdampingan dengan nama bekas Setiausaha PBB U Thant pada sebuah plat khusus yang ditempatkan di permukaan bulan.

Pada 2 Januari 1974, Nixon menandatangani RUU yang mengurangkan had laju maksimum AS hingga 55 batu/jam agar menjimatkan minyak selama embargo minyak pertama OPEC.

Akhirnya, Nixon diperiksa kerana menyuruh dan menyembunyikan pembongkaran pejabat Parti Demokrat di kompleks pejabat Watergate, salah satu rangkaian skandal yang melibatkan CREEP (Jawatankuasa Pengangkatan Kembali Presiden), yang juga merangkumi senarai musuh dan pelbagai "taktik kotor." Rakaman rahsia dari percakapannya di Rumah Putih disita oleh pihak pengadilan, dan mengungkapkan perincian penglibatannya dalam hal itu. Namun, Nixon disebutkan oleh jemaah juri yang menyelidiki kes Watergate sebagai "pengkonspirasi bersama yang belum terbukti" dalam Skandal Watergate. Beliau kehilangan sokongan dari partinya sendiri dan juga negara dalam 'Pembunuhan Sabtu Malam'. Di situ, beliau memerintahkan Archibald Cox, hakim khusus dalam kes Watergate dipecat. Demikian pula sejumlah orang bawahannya sendiri yang keberatan dengan langkah ini pun dipecat. Jawatankuasa Kehakiman DPR membuka perbicaraan rasmi dan terbuka untuk pemecatan terhadap Nixon pada 9 Mei 1974. Beliau dipecat dan dibuktikan kesalahannya oleh Senat, beliau mengundurkan diri mulai 9 Ogos 1974. Maka, beliau menjadi satu-satunya Presiden Amerika Syarikat yang mengundurkan diri.

Penggantinya Gerald R. Ford, bergegas mengeluarkan pengampunan, sehingga mengakhiri penyiasatan.

Masa pemerintahannya, Nixon seringkali dihantui oleh keperibadian Nixon, dan pandangan awam mengenai hal itu. Para kartunis editorial dan pelawak sering mengejek penampilan dan gerak-geri Nixon, sehingga perbezaan antara presiden dengan versi karikaturnya menjadi semakin kabur. Beliau biasa dilukiskan sebagai orang yang bersendiri yang selalu merungut, dengan dagu tak bercukur, bahu yang merosot, dan kening yang berkerut dan berkeringat. Bagi sebahagian orang, khususnya bagi generasi yang lebih muda, ia adalah gambaran dari orang yang kaku, personifikasi kekuasaan orang dewasa yang tak menyenangkan. Nixon cuba membuang pandangan ini dengan bergambar bersama orang muda, and muncul dalam rancangan TV popular seperti Laugh-In dan Hee Haw. Beliau juga seringkali mengacukan 2 jari "tanda perdamaian" dengan tangannya, suatu tindakan yang menjadi salah satu gayanya yang banyak dikenali.

Tahun-tahun terakhir dan kematian

sunting

Pada tahun-tahun terakhirnya, Nixon berjaya memperbaiki penampilan dirinya sedikit dan memperoleh rasa hormat sebagai negarawan tua dalam bidang luar negeri. Para penggantinya, baik Demokrat mahupun Republik, sering berunding padanya. Namun pita-pita rakaman Watergate di kemudian hari menghapuskan seluruh keraguan tentang penglibatan Nixon, baik dalam menghilangkan jejak Watergate mahupun dalam kewangan kempen yang haram serta pengawasan pemerintah yang melanggar hak-hak peribadi warga AS yang merupakan pokok skandalnya.

Pada Julai 2003, Jeb Stuart Magruder menuduh bahawa Nixon sendiri secara peribadi telah memerintahkan pencerobohan Watergate melalui telefon. Sebelumnya, satu-satunya kesalahan yang dituduhkan kepadanya ialah peranannya dalam menutupi pencerobohan itu.

Nixon menulis banyak buku setelah persaraannya dari politik, termasuk sejarah Perang Vietnam dan kenangan peribadinya.

Nixon meninggal pada 22 April 1994, dalam usia 81 kerana komplikasi yang berhubungan dengan serangan lumpuh dan dikebumikan di samping isterinya Pat Nixon di halaman Perpustakaan Presiden Richard Nixon dan tempat kelahirannya di Yorba Linda, California.

Perpustakaan Nixon memuatkan hanya dokumen-dokumen sebelum dan selepas pentadbirannya Nixon kerana surat-surat presidennya telah ditahan sebagai bukti kejahatan. Usaha-usaha Nixon untuk melindungi dokumen-dokumennya dan memperoleh keuntungan pajak darinya merupakan satu tema penting dari peristiwa Watergate. Perpustakaan ini unik sebab didana secara peribadi. Perpustakaan presiden lainnya menerima bantuan dari Arkib Negara.

Rakan kunci

sunting
  • Spiro Agnew - Naib Presiden (sampai 1973)
  • Henry Kissinger – Penasihat Keamanan Kebangsaan, ketika itu Menteri Luar Negeri (dari 1973)
  • James Schlesinger - Menteri Pertahanan (1973-1974)
  • George Shultz - Menteri Kewangan (1972-1974)
  • John Mitchell - Hakim Agung (1969-1972)
  • Caspar Weinberger – Menteri Kesihatan, Pendidikan, dan Kesejahteraan (1973-1974)
  • Richard Helms – pengarah CIA (sampai 1973)
  • J. Edgar Hoover – pengarah FBI (sampai 1972)

Rakan MA

sunting
  • Warren E. Burger – ketua MA - 1969
  • Harry Andrew Blackmun - 1970
  • Lewis Franklin Powell, Jr. - 1972
  • William Rehnquist - 1972

Nixon di media massa

sunting

Richard Nixon telah muncul sebagai watak, besar dan kecil, dalam sejumlah filem:

  • Born Again
  • The Cayman Triangle
  • Dick
  • Forrest Gump
  • Hot Shots! Part Deux
  • JFK
  • Nixon
  • Secret Honor
  • Nixon in China

Pautan luar

sunting

Templat:Wikiquote-id

  1. ^ Richard Nixon Presidential Library and Museum http://nixon.archives.gov/thelife/nixonbio.pdf Diarkibkan September 21, 2015, di Wayback Machine