Serbia (Jawi: سربيا), secara rasminya Republik Serbia (Serbia: Република Србија Republika Srbija), ialah negara dikelilingi daratan di Eropah tengah dan tenggara yang meliputi kawasan pertengahan Semenanjung Balkan dan kawasan Dataran Pannonian. Ibu negaranya Belgrade. Serbia menyempadani:

Republik Serbia
ريڤوبليك سربيا
Република Србија
Republika Srbija
Bendera Serbia
Jata Serbia
Bendera Jata
Lagu kebangsaanBože pravde
Tuhan yang Adil
Serbia di Eropah
Serbia di Eropah
Ibu negara
dan bandar terbesar
Belgrade
Bahasa rasmiBahasa Serbia
Bahasa umum
yang diakui
Bahasa Hungary, Croatia, Slovakia, Romania, Rusyn Albania
DemonimSerbian
KerajaanRepublik Semiberpresiden
• Presiden
Aleksandar Vučić
Ana Brnabić
Penubuhan
abad ke-8
• Serbia dan Montenegro dibubarkan
5 Jun 2006
• Perairan (%)
0.13
Populasi
• Perkiraan 2007
10,150,265 (ke-80)
• Bancian Penduduk 2002
7,498,001
KDNK (PPP)2007
• Jumlah
$54.310 bilion (ke-72)
$7,234 (90th)
Gini (2007)24
rendah
HDI (2004)0.811
sangat tinggi · -
Mata wangDinar Serbia
(RSD)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan381
Kod ISO 3166RS
DPT internet.rs (.yu)

Selama hampir seabad, Serbia adalah sebahagian daripada pelbagai negeri Slavik Selatan, termasuk Pemerintahan Beraja Serbia, Croatia dan Slovene dari 1918 hingga 1941 (dinamai semula sebagai Pemerintahan Beraja Yugoslavia pada 1929), Persekutuan Sosialis Republik Yugoslavia dari 1945 hingga 1992, Persekutuan Republik Yugoslavia dari 1992 hingga 2003, dan Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro dari 2003 hingga 2006. Selepas Montenegro mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Negeri, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya secara rasmi pada 5 Jun 2006, sebagai negeri pengganti kepada Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro. Pada 15 Jun 2006, Serbia mengiktiraf kemerdekaan Montenegro.

Nama sunting

Dalam karya-karya bahasa Inggeris abad ke-17 hingga awal abad ke-20, Serbia sering dirujuk sebagai Servia. [1][2] Bagaimanapun, orang Serbia berasa geram terhadap penggunaan nama ini kerana perkaitan perkataan "Servia" dengan perkataan Latin, servus, yang membawa pengertian abdi atau pembantu. [3][1] Akhbar-akhbar British menamatkan penggunaan istilah ini menjelang dekad 1930-an, hakikat apa yang dikatakan usaha-usaha Vojislav M. Petrovich, penerbit tatabahasa Serbia di London. [4] Bagaimanapun, cendekiawan-cendekiawan kini bersetuju bahawa nama Serbia tidak berasal daripada perkataan servus.

Nama Serboi berasal daripada karya-karya Tacitus, Plinius, dan Ptolemy pada abad ke-1 dan ke-2 yang memerihalkan sekumpulan penduduk yang tinggal di bahagian utara Kaukasia. Selepas penghijrahan masuk ke Eropah Tengah, Orang Serbia Putih mengasaskan negara Sorbia (Serbia Putih) pada abad ke-5. Ketibaan mereka di Balkan dipercayai berlaku pada tahun 630, ketika orang Serbia menetap di kalangan puak-puak Slavik yang lain yang menetap di sana seabad lebih awal. Mereka kemudian bersama-sama membentuk sebuah negara Serbia, dengan rajanya dimahkotai sebagai "Raja semua Orang Serb" dan bukannya "Raja Serbia", dan negara mereka dipanggil "Tanah-tanah Serb" dan bukannya Serbia. Ini kerana kebanyakan orang Serbia tinggal di berbagai-bagai kawasan puak, seperti Dioclea dan Travunija, dan bukannya di sebuah negara yang bersatu; negara bersatu yang pertama dibentuk di bawah Dinasti Vlastimirovic pada abad ke-9, dan telah muncul banyak kali dalam Sejarah Serbia.

Geografi sunting

 
Peta Serbia
 
Komponen-komponen geografi Serbia.

Serbia terletak di Eropah di semenanjung Balkan dan Dataran Pannonian, tepat di persimpangan antara Eropah Tengah, Selatan, dan Timur. Terdapat lima batang sungai di negara ini, iaitu:

  1. Sungai Danube yang sepanjang 2,850 kilometer mengalir merentasi bahagian utara satu pertiga kawasan negara ini. Sebahagian sungai ini sepanjang 588 kilometer membentuk sempadan antara Croatia dan sebahagian Romania.
  2. Sungai Sava yang membentuk sempadan selatan provinsi Vojvodina mengalir masuk ke Sungai Danube di Belgrade tengah, dan melangkau bukit-bukit Fruška Gora di barat.
  3. Sungai Tisza yang terletak enam puluh kilometer di timur laut Belgrade mengalir masuk ke Sungai Danube dan menamatkan pengalirannya sepanjang 1,350 kilometer dari Ukraine.
  4. Sungai Tamis (60 km/350 km) yang sebahagiannya boleh dilayari mengalir masuk ke Sungai Danube berhampiran dengan Pancevo.
  5. Sungai Begej (254 km) mengalir masuk ke Sungai Tisza berhampiran dengan bandar Titel.

Kesemua lima sungai ini boleh dilayari, dan menghubungkan negara ini dengan:

Sempadan timur negara ini ditetapkan oleh Banjaran Karpatos yang terbentang seluruh EropahTengah. Banjaran Karpatos bertemu dengan Banjaran Gunung Balkan, dan mengikut laluan Sungai Velika Morava, sebatang sungai yang 500 kilometer panjangnya dengan sebahagiannya boleh dilayari.

Puncak Gunung Midzor ialah puncak tertinggi di Serbia Timur pada 2,156 meter tingginya. Di tenggara, Banjaran Gunung Balkan bertemu dengan Banjaran Gunung Rhodope, dan menghubungkan Serbia dengan Greece. Banjaran Gunung Sar di Kosovo membentuk sempadan dengan Albania, dengan Gunung Djeravicanya (2,656 m) merupakan salah satu gunung yang tertinggi di wilayah ini. Rantaian Gunung Alp Dinarik di Serbia yang mengikut arah pengaliran Sungai Drina (350 kilometer panjangnya, dan hanya boleh dilayari oleh kapal-kapal kecil) menghadap puncak-puncak Dinarik di sebelah pantai bertentangan di Bosnia dan Herzegovina.

Iklim sunting

Iklim Serbia berbeza-beza antara iklim kebenuaan di utara, dengan iklim yang lebih Adriatik di selatan. Iklim kebenuaannya di utara mempunyai musim sejuk yang betul-betul sejuk, dan musim panas yang panas dan lembap, dengan pola hujan yang agak seragam, manakala iklim di selatan mempunyai musim panas dan musim bunga yang panas dan kering, serta musim sejuk dan musim luruh yang agak sejuk, dengan salji yang lebat di kawasan pedalaman.

Perbezaan-perbezaan ketinggian, kehampiran dengan Laut Adriatik dan lembangan-lembangan yang besar, serta juga pendedahkan kepada angin menyebabkan perbezaan iklim. [5] Vojvodina mempunyai iklim kebenuaan yang tipikal, dengan jisim-jisim udara dari Eropah Utara dan Barat yang membentuk profil iklim. Bagaimanapun, Banjaran Alp Dinarik menyumbangkan kepada penyejukan sebahagian besar jisim-jisim udara yang hangat. Serbia Selatan dan Tenggara dipengaruhi oleh Laut Mediterranean, manakala musim-musim sejuk di Sandžak adalah agak teruk, akibat keberadaan gunung-gunung yang mengelilingi penara. [6]

Antara tahun-tahun 196190, suhu udara tahunan purata di kawasan-kawasan Serbia, mengikut ketinggiannya, adalah seperti yang berikut:

  • altitud setinggi 300 meter: 10.9°C;
  • altitud antara 300 - 500 meter: sekitar 10.0 °C;
  • altitud melebih 1000 meter: sekitar 6.0 °C. [7]

Bandaraya-bandaraya sunting

 
Dataran utama Zrenjanin

Bandaraya-bandaraya utama (melebihi 100,000 orang penghuni) — data banci 2002.

Senarai bandaraya dan kawasan perbandaran Serbia yang terbesar
Bandar raya Jumlah penduduk
Bandar Kawasan Perbandaran
Belgrade 1,273,651 1,576,124
Novi Sad 215,659 298,139
Niš 194,790 250,518
Kragujevac 145,980 211,580
Leskovac 78,030 156,252
Subotica 99,471 147,758
Zrenjanin 79,545 131,509
Kruševac 75,256 131,368
Pančevo 77,087 127,162
Kraljevo 57,411 121,707
Čačak 73,217 117,012
Smederevo 77,808 109,867
Sombor 51,471 97,263
Valjevo 61,035 96,761

National parks sunting

Serbia has five national parks:

Sejarah sunting

Fail:Paja Jovanović-Krunisanje Cara Dušana.jpg
Pemahkotaan Maharaja Stefan Dusan Agung; Skoplje, 1346

Selepas ketibaan orang Serbia ke Balkan pada abad ke-6 dan ke-7, mereka membentuk negara bersatu yang pertama di bawah Dinasti Vlastimirovic pada tahun 812. Negara ini kemudian mencapai kemerdekaan penuh selepas berkembang menjadi Kerajaan Serbia dan Empayar Serbia di bawah Keluarga Diraja Nemanjic yang terkenal.

Serbia mencapai puncaknya dalam bidang ekonomi, undang-undang, ketenteraan, dan agama di bawah pemerintahan Keluarga Diraja Nemanjic, khususnya di bawah Maharaja Dusan. Akibat pertikaian dalaman antara keluarga-keluarga bangsawan pesaing, Serbia tunduk sama sekali kepada Empayar Turki Uthmaniyyah pada abad ke-16. Negara Serbia pertama dibentuk pada tahun 1217, dan Serbia moden muncul semula pada abad ke-19 ketika ia menjadi sebuah kerajaan kecil yang merdeka dan kemudiannya sebuah kerajaan penuh. Pada abad ke-20, Serbia menjadi tulang belakang kepada berbagai-bagai negara Slavik Selatan, termasuk:

Selepas Montenegro mengundi untuk mencapai kemerdekaan dari Kesatuan Negara, Serbia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 7 Jun 2006 sebagai negara pengganti kepada Kesatuan Negara Serbia dan Montenegro.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Ensiklopedia Britannica 1911:Servia
  2. ^ Ensiklopedik Katolik menggunakan nama "Servia"
  3. ^ "Eropah Tengah Timur sebagai [[mangsa lempar salah]] yang betul secara politik: Kes Bulgaria". URL–wikilink conflict (bantuan)
  4. ^ The period of Croatia within ex-Yugoslavia
  5. ^ Ensiklopedia Britannica: Serbia
  6. ^ Radovanović, M and Dučić, V, 2002, Keberubahan Iklim di Serbia dalam bahagian kedua Abad ke-20, Perhimpunan Agung EGS XXVII, Nice, 21 April - 26 April 2002, ikhtisar #2283, 27:2283 – dibekalkan oleh Sistem Data Astrofizik Smithson / NASA.
  7. ^ "Laman web Perkhidmatan Hidrometeorologi Serbia: Ciri-ciri Iklim Asas untuk Wilayah Serbia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-07. Dicapai pada 2007-05-29.
  8. ^ Laman web Lahana: Perang Balkan Kedua
  9. ^ Laman web Germannotes: Pencetusan dan permulaan Perang Dunia I
  10. ^ Laman web Infoplease: Garis Masa - Bekas Yugoslavia

Pautan luar sunting

Pautan-pautan kerajaan sunting

(Dalam urutan abjab nama domain)

Pautan-pautan lain sunting