Buka menu utama

Kerajaan Serbia ([Краљевина Србија / Kraljevina Srbija] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) dibina ketka putera Milan Obrenović, pemerintah Prinsipaliti Serbia menjadi raja pada 1882. Pada 1918, Serbia sertai negeri-negeri Slovenia dan Croatia untuk membentuk Yugoslavia di bawah dinasti Karađorđević.

Kerajaan Serbia

Краљевина Србија (Bahasa Serbia)
1882–1918
Flag of Serbia
{{{coat_alt}}}
Flag Coat of arms
Cogan kata: С вером у Бога, за Краља и Отаџбину
(S verom u Boga, za Kralja i Otadžbinu)
"Dengan nama Tuhan, untuk Raja"
[petikan diperlukan]
Lagu kebangsaan: Bože pravde (Боже правде)
"God of Justice"
Kerajaan Serbia pada 1914
Kerajaan Serbia pada 1914
Ibu kotaBelgrade
Bahasa lazimSerbia
Agama
Ortodoks Serbia
PemerintahanRaja berperlembagaan
Raja 
• 1882–1889
Milan I
• 1889–1903
Alexander I
• 1903–1918
Peter I
Perdana Menteri 
• 1882–1883
Milan Piroćanac (first)
• 1912–1918
Nikola Pašić (terakhir)
PerundanganPerhimpunan Kebangsaan
Era sejarahImperalisme Baru / Perang Dunia Pertama
6 Mac 1882
14 November 1885
1912–1913
30 Mei 1913
1914–1918
1 Disember 1918
MatawangDinar Serbia
Didahului oleh
Diganti oleh
Prinsipaliti Serbia
Kerajaan Montenegro
Kerajaan Yugoslavia
Hari ini sebahagian daripada Kosovo
 Macedonia
 Serbia

Isi kandungan

SejarahSunting

Prinsipaliti SerbiaSunting

Prinsipaliti Serbia merupakan sebuah negeri di Balkan yang wujud selepas berlakunya revolusi Serbia pada 1804 dan 1817. Revolusi ini merupakan kebangkitan rakyat Serbia untuk menentang ketenteraan Uthmaniyyah di negara mereka dan pemimpinnya, Miloš Obrenović mengasaskan negara ini.

Pada permulaannya, prinsipaliti ini hanya mempunyai wilayah Belgrade tetapi pada 1831–1833, ia semakin luas ke timur, selatan dan barat. Pada 1867, tentera Uthmaniyyah diusir daripada prinsipalitinya kerana ia mendapatkan kemerdekaan de factonya. Serbia semakin luas ke bahagian selatan-barat pada 1878 apabila ia memenangi pengiktirafan antarabangsa di Perjanjian Berlin. Prinsipaliti ini kali terakhir wujud sehingga 1882 apabila ia menerima status Kerajaan Serbia.

Perang Serbia-BulgariaSunting

Perang Serbia-Bulgaria merupakan peperangan yang berlaku di antara Serbia dan Bulgaria pada 14 November sehinga 28 November 1885. Serbia kalah pada peperangan ini apabila tenteranya gagal untuk mengepung wilayah Slivnitsa. Tentera Bulgaria kemudian mengalahkan tentera Serbia pada Pertempuran Slivnitsa. Dengan itu, tentera Bulgaria menawan pekan Pirot dan Niš. Ketika Austria-Hungary mengumumkan bahawa mereka ingin menyertai perang ini dan berada di sebelah Serbia, Bulgaria dengan itu meninggalkan pekan yang ditawannya. Perjanjian keamanan ditandatangani pada 19 Februari 1886 di Bucharest. Sebagai keputusan peperangan, kuasa Eropah mengakui akta penyatuan Bulgaria yang berlaku pada 6 September 1885.

Krisis BosniaSunting

Krisis Bosnia berlaku pada 5 Oktober 1908 apabila Bulgaria mengisytiharkan kemerdekaan dan pada 6 Oktober 1908, Austria-Hungary mengumumkan akan menyerang Bosnia dan Herzegovina, di mana penduduknya terdiri daripada bangsa Slavik (Serb, Croat dan Bosniak). Rusia, Empayar Uthmaniyyah, Britain, Itali, Serbia, Montenegro, Perancis dan Jerman mengambil kepentingan pada peristiwa itu. Krisis ini juga telah menegangkan hubungan antara Austria-Hungary dan Rusia, Serbia serta lain-lain. Pengilhakan itu dan reaksi pengilhakan antara sebab permulaan Perang Dunia Pertama.

Perang BalkanSunting

Kemenangan Serbia dalam dua Perang Balkan telah memberikan makna yang terbaik untuk mengawal wilayah di Balkan Tengah. Ketika Perang Balkan yang berlaku pada 1912, Kosovo diambil oleh Empayar Uthmaniyyah dari Serbia dan wilayah Metohija dari Montenegro. Populasi etnik Serb dan Albania bercenderung untuk beralih daripada penaklukan itu. Ketika etnik Albania dilarang ke wilayah Serbia, populasi anti-Albania (kebanyakannya Serb dan juga etnik Slavik yang lain) menganggap ini sebagai pembebasan. Pada 29 November 1913, wilayah Drač dari Kerajaan Serbia telah diasaskan pada sebahagian daripada wilayah Albania yang diambil oleh tentera Uthmaniyyah pada Perang Balkan Pertama.

Selepas Perang Balkan Pertama pada 1912, Kosovo sebahagian daripada Serbia pada peringkat antarabangsa dan utara Metohija sebahagian daripada Perjanjian London pada Mei 1913.

Pada Perang Balkan Kedua, Serbia dan Greece menentang Bulgaria pada 1913. Perjanjian Bucharest ditandatangani untuk menamatkan konflik pada tahun yang sama. Serbia mengawal wilayah yang dikenali sebagai Vardar Macedonia, dan pada hari ini, wilayah itu merupakan Republik Macedonia.

Pembunuhan putera mahkota AustriaSunting

Pembunuhan putera mahkota Austria, Archduke Franz Ferdinand pada 28 Jun 1914 di Sarajevo (pada masa itu Sarajevo ialah sebuah bandar tawanan Austria-Hungary) telah menimbulkan hubungan tegang antara Austria-Hungary dan Serbia. Latar belakang pembunuhan di Sarajevo telah dirancang oleh pertubuhan rahsia radikal, Black Hand dari Serbia. Austria-Hungary melancarkan perang ke atas Serbia selepas berita itu tersebar luas,

Pembunuhan itu juga telah menyebabkan peperangan berlaku di Eropah selepas 37 hari pembunuhan ke atas putera mahkota Austria.

Perang Dunia PertamaSunting

Serbia menyertai Pihak Berikat yang menang pada Perang Dunia Pertama pada 1914. Pada 1915, Serbia diduduiki oleh tentera Austria-Hungary, Jerman dan Bulgaria.

Selepas tamatnya perang, Serbia menyertai Yugoslavia untuk membentuk negeri Pan-Slavik baru iaitu Kerajaan Serb, Croat dan Slovene. Negara baru itu diperintah oleh raja Serbia.

Pautan luarSunting