Buka menu utama



Abad ke-6 merujuk kepada abad yang berlangsung dari 501 hingga 600 dalam takwim Gregorius. ABad ini sering dikatakan sebagai tamatnya Antikuiti Klasik dan bermulanya Zaman Kegelapan.

Milenium: milenium pertama
Abad:
Garis masa:
Ketua negara:
  • abad ke-5
  • abad ke-6
  • abad ke-7
Dekad:
Kategori: KelahiranKematian
PenubuhanPembubaran

Isi kandungan

Imbas laluSunting

 
Peta dunia pada 500 Masihi

Berikutan runtuhnya Empayar Rom Barat lewat abad sebelumnya, Eropah berpecah menjadi Kerajaan Jerman yang kecil dan bersepah, yang sering bersaing merebutkan tanah dan harta. Dari sini, maka terbentuklah Franks yang menguasai Perancis dan Jerman kini. Sementara itu, Empayar Rom Timur yang terselamat mula berkembang bawah pemerintahan Maharaja Justinian, yang kemudiannya menakluk Afrika Utara dari puak Vandal, dan cuba untuk menakluk semula Itali dengan harapan untuk membentuk semula kuasa Rom di kawasan yang pernah dikuasai oleh Empayar Rom Barat. Berikutan kemangkatan Justinian, kebanyakan yang dimilikinya hilang. Dinasti Sassanid mencapai kemuncak di bawah kuasa Khosrau I pada kurun ke-6. [1]

PeristiwaSunting

 
Stela Buddha dari China, zaman Wei Utara, dib ina pada awal abad ke-6.

TokohSunting

Ciptaan, penemuan dan pengenalanSunting

  • Dionysius Exiguus mencipta sistem Anno Domini, diilhamkan oleh kelahiran Jesus, pada 525. SIstem inilah yang diasaskan oleh kalendar Gregori.
  • Backgammon (nard) dicipta di Parsi oleh Burzoe
  • Catur, sebagai chaturanga, memasuki Parsi dari India dan diubahsuai kepada shatranj.
  • Empayar Byzantine memperoleh teknologi sutera dari China
  • Vaghbata, buku perubatan India
  • Pada 589, pegawai sarjana Cina Yan Zhitui membuatkan ruukan kepada kegunaan kertas tandas dalam sejarah.
  • Penonjolan sejarah agrikultur, pengarang Cina Jia Sixia menulis karangan Chi Min Yao Shu pada 535, dan walaupun ia memetikk 160 buku agronomi China, ia merupakan karangan agrikultur Cina tertua. Dengan lebih seratus ribu aksara Cina, buku itu meliputi penyediaan tanah, penyemaian, pengusahaan, pengurusan kebun, perhutanan, penternakan haiwan, perdagangan dan penggunaan masakan untuk tanaman.

RujukanSunting