Scotland
Scotland merupakan sebahagian daripada United Kingdom dan meliputi bahagian utara Pulau Great Britain dan berkongsi sempadan darat di bahagian selatan dengan England. Selain itu, Scotland juga mengandungi lebih daripada 790 buah pulau yang termsuk Pulau Arran, Pulau Orkney, Pulau Skye dan lain-lain.
Scotland Alba | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Nemo me impune lacessit | |||||
![]() | |||||
Ibu negara | Edinburgh | ||||
Bandar terbesar | Glasgow | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris, Bahasa Gaelic (bahasa tempatan) | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||
• Ratu | Elizabeth II | ||||
Boris Johnson | |||||
Nicola Sturgeon | |||||
Penyatuan | |||||
• Air (%) | 1.9 | ||||
Penduduk | |||||
• Anggaran 2005 | 5,116,900 (-) | ||||
• Bancian 2001 | 5,062,011 | ||||
KDNK (PPP) | Anggaran 2006 | ||||
• Jumlah | $172 bilion (-) | ||||
• Per kapita | $33,680 (-) | ||||
HDI (2003) | 0.939 sangat tinggi · - | ||||
Mata wang | Paun Sterling (€) (GBP) | ||||
Zon masa | GMT | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (BST) | ||||
Kod panggilan | 44 | ||||
DPT Internet | .uk |
Bandar-bandar bertaraf bandar raya (city) di Scotland (disusun mengikut bilangan penduduk) termasuk:
- Glasgow, bandar raya terbesar Scotland
- Edinburgh, ibu negara Scotland
- Aberdeen
- Dundee
- Inverness
- Stirling
Sebelum ini, Kerajaan Scotland merupakan sebuah negeri yang merdeka sehingga 1 Mei 1707 apabila Kerajaan Scotland disatukan dengan Kerajaan England secara politik membentuk Kerajaan Great Britain melalui Akta Kesatuan 1707 (Acts of Union 1707).
SejarahSunting
Sejarah bertulis Scotland bermula semasa zaman pemerintahan Empayar Rom di Britain sekitar tahun 43-410. Pada masa itu, jajahan Rom di Britain dikenali sebagai Britannia dan ia meliputi kawasan-kawasan yang kini dikenali sebagai England dan Wales. Sebahagian daripada Selatan Scotland juga dikawal secara tidak langsung oleh Empayar Rom. Kawasan di sebelah utara yang tidak dijajahi Rom dikenali sebagai Caledonia, nama Scotland pada zaman tersebut. Caledonia pada masa itu diduduki oleh orang Picts dan orang Scotland Dalriada di kawasan Argyll.
BahasaSunting
Bahasa Inggeris, bahasa Gaelik Scotland dan bahasa Scotland merupakan bahasa rasmi di Scotland. Namun begitu, Bahasa Inggeris ialah bahasa utama. Kebanyakan orang Scotland bertutur dalam bahasa Inggeris berloghat Scotland.
Bilangan penutur bahasa Gaelik telah merosot ke kira-kira 1% daripada jumlah penduduk. Penggunaan Bahasa Gaelik adalah terhad di kawasan tanah tinggi dan kepulauan Scotland, contohnya, Kepulauan Western. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha untuk memupuk penggunaan bahasa Gaelik, seperti rancangan television dalam bahasa Gaelik dan sebagainya.
30% daripada jumlah populasi dianggar berupaya berbahasa Scotland.