Edinburgh (/ˈɛdɪnbʌrə/ ( dengar); Gaelik Scotland: Dùn Èideann) ialah ibu negeri dan bandar kedua terbesar di Scotland, yang merupakan sebahagian daripada United Kingdom. Ia merupakan ibu negeri Scotland sejak 1437. Menurut data tahun 2012, Edinburgh mempunyai jumlah penduduk seramai 482,640 orang.[1]

Montaj Edinburgh

Universiti Edinburgh ialah universiti terbesar di Scotland.[2] Dalam keseluruhannya, terdapat 4 univerisiti di Edinburgh, iaitu Universiti Edinburgh, Universiti Herriot-Watt, Universiti Napier dan Universiti Queen Margaret.

Edinburgh sering diundi sebagai antara tempat paling bagus didiami, telah memenangi lebih daripada 12 anugerah dalam masa 8 tahun sehingga 2013.[3] Menarik lebih sejuta pelancong luar negara setiap tahun, ia merupakan bandar kedua paling banyak dilawati di United Kingdom, setelah London.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "City of Edinburgh factsheet" (PDF). gro-scotland.gov.uk. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-09-15. Dicapai pada 17 September 2013.
  2. ^ "University of Edinburgh". Universitas 21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-15. Dicapai pada 24 Mac 2013.
  3. ^ "Quality of life". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-10. Dicapai pada 24 Mac 2013.
  4. ^ "Edinburgh second in TripAdvisor UK tourism poll". BBC News. Dicapai pada 16 Mac 2013.

Pautan luar sunting