Baekje atau Paekche (Hangul백제; Hanja百濟,sebutan bahasa Korea: [pɛk̚tɕ͈e]) (18 SM – 660 M) ialah sebuah negara kuno yang pernah bertapak di Korea barat daya. Baekje bersama Goguryeo dan Silla merupakan Tiga Kerajaan Korea lama.

Baekje
백제(百濟)
18 SM–660
Baekje at its height in 375.
Baekje at its height in 375.
Ibu negaraWirye
(18 BC–475 AD)

Ungjin
(476–538)

Sabi
(538–660)
Bahasa yang umum digunakanKorea Lama
Agama
Buddha, Konfusianisme, Kepawangan
KerajaanRaja
Raja 
• 18 SM - 28
Onjo
• 346 - 375
Geunchogo
• 523 - 554
Seong
• 641 - 660
Uija
Era SejarahKuno
• Penubuhan
18 SM 18 SM
• Kempen Raja Geunchogo
346 - 375
• Pengenalan agama Buddha
385
• Kejatuhan Sabi
18 Julai 660 660
Populasi
• 
3,800,000[perlu rujukan] (660 M)
Didahului oleh
Diganti oleh
Kerajaan Buyeo
Gabungan Mahan
Silla
Baekje
Nama Korea
Hangul백제
Hanja百濟
Perumian SemakanBaekje
McCune–ReischauerPaekche

Baekje diasaskan oleh Onjo, putera ketiga pengasas Goguryeo, Jumong dan So Seo-no, di Wirye-sung (sekitar Seoul masa kini). Seperti Goguryeo, Baekje mengaku mewarisi negeri Buyeo yang ditubuhkan di kawasan Manchuria sewaktu kejatuhan Gojoseon.

Baekje bermusuh dan bersekutu bersilih ganti dengan Goguryeo dan Silla ketika ketiga-tiga kerajaan ini semakin menguasai semenanjung Korea. Di kemuncaknya pada abad ke-4, Baekje menguasai jajahan di China dan bahagian barat Semenanjung sejauh Pyongyang. Baekje menjadi sebuah kuasa laut serantau yang penting, dengan menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan China dan Jepun.

Pada tahun 660, Baekje ditumpaskan oleh perikatan negeri Silla dan China yang diperintah Dinasti Tang, lalu berserah kepada Silla Bersatu.

Rujukan

sunting

Lihat juga

sunting

Pautan luar

sunting