Konfusianisme (pinjaman kata bahasa Inggeris: Confucianisme daripada nama "Confucius") bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia.

Konfusianisme
Dewan Dacheng, sebuah dewan utama di Tokong Konfusianisme di Qufu
Bahasa Cina

Asas sistem pemikiran ini didirikan oleh Kongzi yang lahir di negara China pada tahun 551 SM; ajarannya dinamakan daripada nama diberikannya kepadanua dalam bahasa Latin iaitu "Confucius". Beliau merupakan seorang yang bijak sejak kecil lagi dan terkenal dengan penyebaran ilmu-ilmu baru ketika berumur 32 tahun. Kongzi banyak menulis buku-buku moral, sejarah, kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 S.M.

Ajaran ini mempunyai beberapa titik muncul yang utama:

  1. Pementingan akhlak yang mulia dengan menjaga hubungan antara manusia di langit dengan manusia di bumi dengan baik.
  2. Penganutnya diajar supaya tetap mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.
  3. Merupakan susunan falsafah & etika yang mengajar bagaimana manusia bertingkah laku shibal sekia.

Beliau tidak menghalang orang Cina menyembah keramat dan penunggu tetapi yang dipentingkan ialah setiap manusia perlu berusaha menjadi baik.

Ia dikembangkan oleh muridnya Mengzi ke seluruh tanah China dengan beberapa perubahan ketara. Konfucius disembah sebagai seorang dewa dan agama baru tetapi dia sebenarnya adalah manusia biasa. Pengagungan yang luar biasa kepada Kongzi telah menukar falsafahnya menjadi sebuah agama dengan mengadakan perayaan-perayaan tertentu bagi mengenangkannya.

Kata khidmat Konfucius mengenai Hidup Peribadi dan Keluarganya

sunting
Pada 30, Saya ambil dirian saya; (三十而立)
Pada 40, Saya tidak ada lagi keraguan; (四十不惑)
Pada 50, Saya mengetahui takdir syurga; (五十而知天命)
Pada 60, telinga saya dibiasakan; (六十而耳順)
Pada 70, Saya mengikut semua kemahuan hati saya tanpa melanggar sebarang peraturan. (七十而從心欲,不踰矩)

Pautan luar

sunting