Buka menu utama

Wikipedia β

Constantinople atau Konstantaniah (bahasa Greek: Κωνσταντινούπολις, Constantinopolis, atau Πόλις, Polis) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930 [1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.

Konstantaniah

Κωνσταντινούπολις atau Κωνσταντινούπολη (Yunani)

Constantinopolis (Latin)
Byzantine Constantinople-en.png
Peta Konstantaniah
Kedudukan Constantinople jika dilihat dari Turki
Constantinople
Shown within Turki
Nama alternatif Byzantion, Miklagard/Miklagarth, Tsargrad, Basileuousa (Queen of Cities), Megalopolis (the Great City)
Lokasi Istanbul, Wilayah Istanbul, Turki
Wilayah Thrace
Koordinat 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500Koordinat: 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500
Jenis Kota empayar
Luas

6 km2 (2.3 bt2) dipagari dalam Dinding Konstantaniah

14 km2 (5.4 bt2) dipagari dalam Dinding Theodosius
History
Pembina Maharaja Constantine Agung
Diasaskan 330 SM
Zaman Purba Akhir hingga Zaman Pertengahan Akhir
Budaya Rom, Byzantine
Peta Constantinople
Mozek Constantine dengan Constantinople

Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.

Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Turki Uthmaniyyah dari 1453 hingga 1922.

RujukanSunting

Pautan luarSunting