Byzantium (dari bahasa Latin menyerap Yunani: Βυζάντιον, rumi: Byzantion) merupakan bandar purba Yunani Purba yang dipercayai dibina pada 667 S.M. Bandar ini ditawan oleh Empayar Rom pada 196 M dan berkembang menjadi ibu kota Kerajaan Rom Timur baharu yang masih menggunakan nama kota tersebut.[1][2] Maharaja Constantine I telah menamakan semula bandar ini "Constantinopolis (Kustantiniyah)" sempena sendiri. Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih dari kerajaan Turki Uthmaniyah telah menguasai Kustantiniyah dan menamakannya semula Istanbul.

Rujukan

sunting
  1. ^ Speake, Jennifer (2003). Literature of Travel and Exploration: A to F. Taylor & Francis. m/s. 160. ISBN 9781579584252.
  2. ^ Kazhdan, A. P.; Epstein, Ann Wharton (February 1990). Change in Byzantine Culture in the Eleventh and Twelfth Centuries. University of California Press. m/s. 1. ISBN 9780520069626. Byzantion term remained used for constantinople.