Itali

(Dilencongkan dari Italy)

Itali (bahasa Itali: Italia [iˈtaːlja]; Jawi: إيتالي) atau nama rasminya Republik Itali (bahasa Itali: Repubblica italiana[note 1]) ialah sebuah negara yang terletak di Eropah selatan tengah. Itali bersempadan dengan Perancis, Switzerland, Austria dan Slovenia sepanjang pergunungan Alps di utara; di selatan wilayahnya merangkumi seluruh Semenanjung Itali, Sicily, Sardinia – dua pulau terbesar di Laut Mediterranean – dan banyak lagi pulau kecil. Negara-negara berdaulat San Marino dan Kota Vatikan merupakan enklaf dalam wilayah Itali, manakala Campione d'Italia merupakan eksklaf Itali di Switzerland. Wilayah Itali berkeluasan 301,338 km2 (116,347 bt2) dan dipengaruhi oleh iklim sederhana bermusim. Dengan 60.4 juta orang penduduk, Itali merupakan negara keenam paling ramai penduduk di Eropah, dan ke-23 teramai di dunia.

Republik Itali
ريڤوبليك إيتالي
Repubblica italiana
Bendera Itali
Jata Itali
Bendera Jata
Lagu kebangsaan[Il Canto degli Italiani] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)  
Lagu Rakyat Itali
Lokasi  Itali  (dark green) – di Eropah  (green & dark grey) – di Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Itali  (dark green)

– di Eropah  (green & dark grey)
– di Kesatuan Eropah  (green)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Rom
Bahasa rasmiItali[1]
KerajaanRepublik berparlimen unitari
• Presiden
Sergio Mattarella
Mario Draghi
Badan perundanganParlimen
Senat Republik
Dewan Rakyat
Pembentukan
• Penyatuan
17 Mac 1861
• Republik
2 Jun 1946
Keluasan
• Jumlah
301,338 km2 (116,347 bt2) (ke-71)
• Perairan (%)
2.4
Populasi
• Perkiraan 2016
60,589,445 [2] (ke-23)
201.3/km2 (521.4/sq mi) (ke-63)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$2.399 trilion [3] (ke-12)
$39,499[3] (ke-32)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
2.181 trilion[4] (ke-8)
$35,913[3] (ke-25)
Gini (2016)33.1[5]
sederhana
HDI (2015) 0.887[6]
sangat tinggi · ke-26
Mata wangEuro ()2
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan394
Kod ISO 3166IT
DPT internet.it3
  1. Bahasa Perancis berkongsi taraf rasmi di Lembah Aosta; Bahasa Slovenia berkongsi taraf rasmi di wilayah Trieste dan wilayah Gorizia; Bahasa Jerman dan Bahasa Ladin berkongsi taraf rasmi di wilayah Bolzano-Bozen.
  2. Sebelum 2002, lira Itali. Euro diterima di Campione d'Italia, tetapi matawang rasmi di situ ialah franc Switzerland.[7]
  3. Domain .eu juga digunakan kerana dikongsi bersama negara-negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.
  4. Untuk memanggil Campione d'Italia, perlunya mendail kod Switzerland (+41).

Rom, selaku ibu negara Itali, merupakan pusat politik tamadun Barat selama berabad-abad lamanya sebagai ibu kota Empayar Rom. Setelah kejatuhan empayar tersebut, Itali menahan serangan demi serangan daripada bangsa asing, baik puak-puak Germanik seperti Lombard dan Ostrogoth, mahupun Bizantium dan Norman, antara lainnya. Berabad-abad kemudian, Itali menjadi tempat kelahiran Zaman Pembaharuan,[8] sebuah pergerakan cendekiawan yang sangat berhasil dan terbukti penting dalam pembentukan hala tuju pemikiran Eropah pada zaman seterusnya.

Sepanjang sejarahnya pasca Empayar Rom, Itali terpecah-belah kepada berbilang negara dan negeri kota (seperti Kerajaan Sardinia, Kerajaan Dua Sicilia dan Duchy Milan), tetapi akhirnya disatukan pada tahun 1861,[9] ekoran peristiwa pergolakan yang dikenali sebagai "Il Risorgimento" ("Kebangkitan Semula"). Mulai akhir abad ke-19, melepasi Perang Dunia Pertama hinggalah Perang Dunia Kedua, Itali memiliki sebuah empayar jajahan yang menjangkau Libya, Eritrea, Somalia, Habsyah, Albania, Rhodes, Dodecanese dan sebuah tanah konsesi di Tianjin, China.[10]

Negara Itali moden merupakan sebuah republik demokrasi yang menduduki tangga ke-23 negara termaju di dunia[11] dan juga tangga ke-10 Indeks Kualiti Hidup.[12] Itali menikmati taraf hidup yang amat memuaskan serta KDNK per kapita yang tinggi.[13][14] Itali merupakan negara pengasas pertubuhan yang kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah dan sebahagian Eurozone. Itali juga menganggotai pertubuhan G8, G20 dan NATO. Ia juga mencatat KNDK nominal ke-7 terbesar, KDNK (PPP) ke-10 terbesar[15] dan belanjawan kerajaan keenam terbesar di dunia.[16] Itali juga menganggotai Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi, Pertubuhan Perdagangan Sedunia, Majlis Eropah, Kesatuan Eropah Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Itali mempunyai perbelanjaan pertahanan ke-9 terbanyak di dunia dan berkongsi senjata nuklear NATO.

Itali memainkan peranan penting dalam hal-ehwal ketenteraan, kebudayaan dan diplomasi Eropah dan global. Pengaruh politik, sosial dan ekonomi di Eropah menjadikannya sebuah kuasa serantau besar di samping United Kingdom, Perancis, Jerman dan Rusia.[17][18][19][20][21] Negara ini menikmati mutu pendidikan awam yang tinggi, tenaga kerja yang ramai,[22] serta tarafnya sebagai sebuah negara yang amat terglobal.[23]

Asal-usul nama sunting

Terdapat banyak sekali tanggapan yang dikemukakan oleh para ahli sejarah dan ahli linguistik mengenai asal-usul nama "Italia".[24] Menurut salah satu penjelasan yang lebih umum, istilah Italia, dari Templat:Lang-lat,[25] dipinjam menerusi bahasa Yunani dari istilah Víteliú yang bermaksud "tanah anak lembu" (cf. Lat vitulus "anak lembu", Umb vitlo "anak lembu") dalam bahasa Osca.[26] Lembu jantan merupakan satu lambang was puak-puak Itali selatan dan sering digambarkan merodok serigala Rom sebagai lambang keengganan menyerahkan kebebasan Itali sewaktu Perang Samnium. Ahli sejarah Yunani, Dionysius dari Halicarnassus mengakui perkara ini di samping kepercayaan bahawa Itali mendapat namanya sempena Italus,[27] juga disebut oleh Aristotle[28] dan Thucydides.[29]

Nama Italia pada asalnya hanya memaksudkan sebahagian kawasan yang kini menjadi Itali Selatan—menurut Antiochus dari Syracuse, di bahagian selatan semenanjung Bruttium (kini Calabria). Akan tetapi, menjelang zaman riwayat Antiochus, Oenotria dan Itali sudahpun bersinonim, dan nama itu juga digunakan untuk sebahagian besar Lucania. Lama-kelamaan, orang Yunani biasa memanggilkan "Italia" untuk sebuah kawasan yang lebih besar, tetapi pada zaman penaklukan Rom barulah nama itu diluaskan untuk meliputi seluruh semenanjung.[30]

Sejarah sunting

Zaman awal dan Empayar Rom sunting

 
Bangunan Colosseum di Rom, ca. 70 – 80 M.

Kerja-kerja ekskavasi di seluruh Itali membuktikan kehadiran manusia moden yang begitu lama sejak zaman Paleolitik, sekitar 200,000 tahun dahulu.[31] Apabila manusia mula bertamadun di rantau Itali, mereka berpecah menjadi kaum-kaum yang ketara sekali perbezaan bahasa dan budaya, seperti Oska, Umbria dan Latin. Lambat-laun, kaum Latin paling mendominasi di rantau Itali kerana membina kota Rom yang menjadi paling berpengaruh pada abad ke-4 SM, lantas membina sebuah empayar besar yang meliputi hampir seluruh benua Eropah dan rantau sekitar Laut Mediterranean, termasuk sekali bergabung dengan tamadun Yunani purba untuk bersama-sama meninggalkan pusaka yang kaya dalam bidang undang-undang,pentadbiran pusat, falsafah dan seni buat tamadun Barat hingga kini. Malangnya, Empayar Rom merosot sekitar abad ke-4 lalu berpecah menjadi negeri-negeri bebas yang saling berbalahan, lebih-lebih lagi di semenanjung Itali, dan keadaan ini berlarutan sepanjang Zaman Pertengahan hingga kedatangan zaman Pembaharuan dan zaman moden. Walaupun di tengah-tengah kacau-bilau itu, namun terdapat sesetengah negeri yang boleh membangun dengan perdagangan, yakni empat "Republik Maritim" (Venice, Genoa, Pisa dan Amalfi) yang giat berdagang dengan negara Timur.

Zaman Pembaharuan sunting

 
Penciptaan Adam oleh Michelangelo.

Walaupun belum bersatu menjadi sebuah negara, namun Itali terkenal sebagai bangsa pelopor Zaman Pembaharuan yang bertarikh lewat abad ke-13 hingga awal abad ke-17. Dengan inilah lahirnya bermacam-macam tokoh pelbagai bidang yang berjasa besar kepada tamadun moden awal Eropah dan masih tampak kesannya pada zaman sekarang, misalnya sasterawan-sasterawan seperti Francesco Petrarca (yang dikatakan memulakan seluruh Gerakan Pembaharuan) dan Niccolo Machiavelli (terkenal dengan Si Putera); pelukis-pelukis seperti Michelangelo dan Raphael, dan juga tokoh sains dan teknologi seperti Leonardo da Vinci dan Galileo Galilei. Namun di sebalik pencapaian ini, rantau Itali tetap berdepan dengan penaklukan bangsa luar seperti naungan wangsa Habsburg (1559–1796) dan Napoleon (1796–1814); diburukkan lagi oleh wabak-wabak Maut Hitam yang meragut sekitar sejuta nyawa penduduk Itali pada abad ke-14 hingga ke-17.[32][33][34]

Penyatuan Itali sunting

 
Garibaldi dan Victor Emmanuel II.

Pada tahun 1861, setelah banyak mengharungi peperangan dengan kuasa-kuasa asing, barulah lahirnya sebuah pergerakan penyatuan Itali yang terdiri daripada bekas jajahan atau naungan empayar asing di bawah sebuah pemerintahan beraja, berkat usaha nasionalis dan monarkis Itali yang taat setia kepada Wangsa Savoia untuk menubuhkan sebuah negara bersatu yang meliputi seluruh Semenanjung Itali, sehingga mampu mencabar kekuasaan empayar Habsburg. Mula-mula beribu kota di Torino, pada tahun 1965 ibu negara Itali berpindah ke Firenze. Apabila Itali berjaya merampas Negeri-Negeri Kepausan daripada Perancis, barulah ibu negara Itali yang bersatu sepenuhnya diletakkan di kota Rom.

Negara Itali yang baru itu mengamalkan sistem demokrasi yang dikuasai oleh golongan liberal (namun wanita dan golongan tidak berada dilarang daripada mengundi), di samping oleh ekonomi yang berkembang pesat, tetapi terlalu tertumpu kepada bahagian utara sehingga para penduduk bahagian selatan terpaksa berhijrah ke kawasan utara itu atau ke luar negara. Di kemuncak arah aliran emigrasi dari Itali memuncak pada tahun 1913, seramai 872,598 orang meninggalkan negara itu[35] ke negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Brazil.

Di akhir abad ke-19, Itali menjadi sebuah kuasa penjajah yang mula-mula menguasai Somalia, Eritrea, Libya (di Afrika) dan Dodecanese (di Yunani).[36] Itali berkecimpung dalam Perang Dunia Pertama atas janji menerima Trento, Trieste, Gorizia and Gradisca, Istria dan Dalmatia utara dari Empayar Austria-Hungary serta sebahagian wilayah Empayar Uthmaniyyah, walaupun ini menyebabkan seramai 650,000 orang askar Itali gugur[37] dan keruntuhan ekonomi negara. Selepas perang, Itali memperoleh sebahagian besar wilayah yang dijanjikan, kecuali Dalmatia yang diberikan kepada Yugoslavia.

Zaman fasis dan republik sunting

 
Benito Mussolini.

Kemusnahan ekonomi dan sosial akibat Perang Dunia Pertama mendorong sesetengah rakyat Itali cenderung beralih arah kepada Parti Fasis Negara yang dipimpin oleh Benito Mussolini. Parti tersebut berjaya mendirikan pemerintahan diktator yang rupa-rupanya tidak menyebelahi keadilan politik dan hak asasi manusia. Kerajaan Mussolini berpakat dengan Jerman Nazi dan Empayar Jepun, kemudian lalu terjebak dalam Perang Dunia Kedua di sisi kuasa Paksi pada tahun 1940. Kerajaan Fasis meluaskan empayar jajahan Itali ke Habsyah, Mesir dan jajahan British di Somalia. Akhirnya, Itali ditewaskan oleh musuhnya, Pihak Berikat pada Julai 1943 lalu digulingkannya kerajaan Fasis dan kehilangan semua jajahannnya di Afrika. Pada sisa-sisa Perang Dunia Kedua, Itali berpihak dengan pihak Berikat untuk menumpaskan Jerman Nazi pada tahun 1945. Pada tahun 1946, sebuah pungutan suara yang diadakan pada 2 Jun 1946 memutuskan bahawa Itali menjadi sebuah negara republik dan mengusir kerabat dirajanya. Ini juga kali pertama kaum wanita Itali diberi hak mengundi.[38] Berkat bantuan negara luar, ekonomi Itali pascaperang bangkit daripada kehancuran untuk menjadi ekonomi paling pesat pada 1950-an dan 1960-an. Sepanjang Perang Dingin, pemerintahan Itali dikuasai oleh parti haluan kanan yang disokong oleh kebimbangan rakyat akan pengaruh komunis, di samping itu, Itali menyertai NATO, dan pada tahun 1957, ia menjadi anggota pengasas Komuniti Ekonomi Eropah yang berubah menjadi Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 1993.

Pada Mac 2020, Itali menerima kesan yang amat besar akibat pandemik COVID-19 pada tahun itu. Perdana Menteri, Giuseppe Conte melaksanakan kuarantin di seluruh negara untuk mengekang penyebaran virus yang terlibat.[39][40] Pada bulan itu, Itali mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat pandemik itu dalam kalangan negara-negara dunia.[41]

Geografi sunting

 
Peta topografi Itali

Itali terletak di Eropah Selatan dan terdiri daripada Semenanjung Itali yang berbentuk kasut but dan pulau-pulau kecil, termasuk Sicily dan Sardinia yang terbesar. Ia terletak di antara garis panjang 35° dan 48° U, dan garis bujur 6° dan 19° T.

Walaupun Itali menduduki seluruh semenanjung Itali dan sebahagian besar lembangan Alps selatan, namun terdapat sebilangan wilayah Itali yang menjangkau lembangan Alps di samping beberapa pulau yang terletak di luar pentas benua Eurasia. Wilayah-wilayah ini ialah comuni Livigno, Sexten, Innichen, Toblach (separa), Chiusaforte, Tarvisio, Graun im Vinschgau (separa), ketujuh-tujuhnya di lembangan saliran Sungai Danube; Val di Lei di lembangan Sungai Rhine dan comune pulau Lampedusa e Linosa di pentas benua Afrika.

Jumlah keluasan negara ini ialah 301,230 km², iaitu 294,020 km² daratan dan 7,210 km² perairan. Termasuk sekali pulau-pulaunya, Itali mempunyai garis tepi pantai dan sempadan sepanjang 7,600 km di laut-laut Adriatik, Ionia, Tyrrhenia (740 km), dan sempadan yang dikongsi dengan Perancis (488 km), Austria (430 km), Slovenia (232 km) dan Switzerland; selebihnya dengan wilayah San Marino (39 km) dan Kota Vatikan (3.2 km).

Pergunungan Apennine membentuk tulang belakang semenanjung manakala banjaran Alps membentuk sempadan utaranya, di mana terletaknya puncak tertinggi di Itali di Mont Blanc (4,810 m/15,782 kaki). Sungai Po, sungai terpanjang di Itali (652 km/405 batu), mengalir dari sempadan barat dengan Perancis di Alps lalu merentasi dataran Padana hingga ke Laut Adriatik.

Lima tasik terbesar di Itali ialah (dari besar hingga kecil):[42] Garda (367.94 km2 atau 142 bt2*), Maggiore (212.51 km2 atau 82 bt2*), Como (145.9 km2 atau 56 bt2*), Trasimeno (124.29 km2 atau 48 bt2*) dan Bolsena (113.55 km2 atau 44 bt2*).

Negara ini terletak di titik pertemuan Plat Eurasia dan Plat Afrika, maka ia mengalami banyak aktiviti seismik dan gunung berapi. Terdapat 14 buah gunung berapi di Itali, tiga daripadanya adalah hidup: Etna (tempat yang dikatakan terletaknya bengkel tukang besi dewa Vulcanus), Stromboli dan Vesuvius. Vesuvius ialah satu-satunya gunung berapi yang hidup di tanah besar Eropah dan digeruni kerana memusnahkan kota Pompeii dan Herculanum. Beberapa pulau dan bukit di Itali adalah hasil kegiatan gunung berapi, dan masih terdapat sebuah kaldera besar yang aktif, iaitu Campi Flegrei di barat laut Naples.

Pembahagian pentadbiran sunting

Itali dibahagikan kepada 20 daerah (jamak: regioni, tunggal: regione). Lima daripada daerah ini mendapat taraf autonomi khas yang membolehkannya menggubal perundangan mengenai hal-ehwal setempat; daerah-daerah berkenaan ditandai bintang (*) dalam jadual do bawah. Negara ini dibahagikan lagi kepada 110 wilayah (province) dan 8,100 kawasan perbandaran (comuni).


Itali Ibu daerah Keluasan (km²) Penduduk
Abruzzo L'Aquila &&&&&&&&&&010794.&&&&&010,794 &&&&&&&&01324000.&&&&&01,324,000
Lembah Aosta* Aosta &&&&&&&&&&&03263.&&&&&03,263 &&&&&&&&&0126000.&&&&&0126,000
Apulia Bari &&&&&&&&&&019362.&&&&&019,362 &&&&&&&&04076000.&&&&&04,076,000
Basilicata Potenza &&&&&&&&&&&09992.&&&&&09,992 &&&&&&&&&0591000.&&&&&0591,000
Calabria Catanzaro &&&&&&&&&&015080.&&&&&015,080 &&&&&&&&02007000.&&&&&02,007,000
Campania Naples &&&&&&&&&&013595.&&&&&013,595 &&&&&&&&05811000.&&&&&05,811,000
Emilia-Romagna Bologna &&&&&&&&&&022124.&&&&&022,124 &&&&&&&&04276000.&&&&&04,276,000
Friuli-Venezia Giulia* Trieste &&&&&&&&&&&07855.&&&&&07,855 &&&&&&&&01222000.&&&&&01,222,000
Lazio Rom &&&&&&&&&&017207.&&&&&017,207 &&&&&&&&05561000.&&&&&05,561,000
Liguria Genoa &&&&&&&&&&&05421.&&&&&05,421 &&&&&&&&01610000.&&&&&01,610,000
Lombardy Milan &&&&&&&&&&023861.&&&&&023,861 &&&&&&&&09642000.&&&&&09,642,000
Marches Ancona &&&&&&&&&&&09694.&&&&&09,694 &&&&&&&&01553000.&&&&&01,553,000
Molise Campobasso &&&&&&&&&&&04438.&&&&&04,438 &&&&&&&&&0320000.&&&&&0320,000
Piedmont Turin &&&&&&&&&&025399.&&&&&025,399 &&&&&&&&04401000.&&&&&04,401,000
Sardinia* Cagliari &&&&&&&&&&024090.&&&&&024,090 &&&&&&&&01666000.&&&&&01,666,000
Sicily* Palermo &&&&&&&&&&025708.&&&&&025,708 &&&&&&&&05030000.&&&&&05,030,000
Tuscany Florence &&&&&&&&&&022997.&&&&&022,997 &&&&&&&&03677000.&&&&&03,677,000
Trentino-Alto Adige* Trento &&&&&&&&&&013607.&&&&&013,607 &&&&&&&&01007000.&&&&&01,007,000
Umbria Perugia &&&&&&&&&&&08456.&&&&&08,456 &&&&&&&&&0884000.&&&&&0884,000
Veneto Venice &&&&&&&&&&018391.&&&&&018,391 &&&&&&&&04832000.&&&&&04,832,000

Iklim sunting

Iklim Itali beraneka ragamnya, dan bergantung pada keadaan setempat, ia mungkin jauh bezanya dengan stereotaip iklim Mediterranean. Kebanyakan kawasan utara pedalaman di Itali, misalnya Piemonte, Lombardy dan Emilia-Romagna, mempunyai iklim yang disifatkan sebagai kebenuaan lembap atau sederhana. Adriana Rigutti (dalam Meteorologia, Giunti 2005) menyatakan bahawa iklim “kawasan lembah Po [adalah] kebenuaan ... dengan musim sejuk yang teruk dan musim panas yang terik”.[43] Kawasan pantai Liguria dan sebahagian besar semenanjung di selatan Florence amat sepadan dengan kelaziman iklim Mediterranean (pengelasan iklim Köppen Csa). Keadaan di kawasan pantai semenanjung amat berbeza dengan kawasan tanah tinggi dan lembah di pedalaman, terutamanya pada musim sejuk apabila di kawasan tinggi amat sejuk, lembap dan bersalji. Kawasan pantai pula mengalami musim sejuk yang ringan dan musim panas yang hangat dan kering pada amnya, namun di lembah pamah juga agak panas pada musim panas.

Alam sekitar sunting

 
Pantai timur Sardinia, Taman Negara Gennargentu.

Setelah pesat berkembang dalam sektor industri, Itali mengambil masa yang agak lama untuk berdepan dengan masalah alam sekitarnya. Setelah beberapa peningkatan, Itali kini menduduki tangga ke-84 di dunia dari segi kemapanan ekonomi.[44] 5% daratan negara diliputi oleh taman negara.[45] Sejak tahun 2000, Itali menjadi salah sebuah pengeluar tenaga boleh baharu yang terbesar di dunia, termasuklah menjadi pengeluar tenaga suria kelima terbesar di dunia pada tahun 2009[46][47] dan pengeluar kuasa angin keenam terbesar pada tahun 2008.[48]

Walaupun begitu, pencemaran udara masih menjadi isu yang serius, terutamanya di bahagian utara yang kuat berindustri, sehingga menjadi negara pelepas karbon dioksida ke-10 tertinggi di seluruh dunia pada 1990-an.[49] Kini, Itali merupakan pengeluar karbon dioksida ke-12 tertinggi.[50][51]

Lalulintas yang berat dan kesesakan di kawasan-kawasan kota raya terbesar masih menjadi punca isu alam sekitar dan kesihatan yang mendesak, meskipun tahap asbut banyak menurun sejak 1970-an dad 80-an, dan pencemaran asbut ini semakin jarang dialami di samping pengurangan tahap sulfur dioksida.

Sebilangan besar saluran air dan tepi pantau juga dicemari oleh kegiatan industri dan pertanian, manakala kota Venice sering mengalami banjir akhir-akhir ini kesan kenaikan paras air. Sisa buangan kegiatan perkilangan tidak semestinya dilupuskan secara di sisi undang-undang dan telah mengakibatkan kesan kesihatan yang berlarutan pada para penduduk kawasan terjejas, seperti mana dalam kes bencana Seveso. Negara ini juga mengendali beberapa buah reaktor nuklear sejak tahun 1963 hingga 1990, tetapi ekoran bencana Chernobyl dan pungutan suara mengenai isu ini, program nuklear Itali akhirnya berkubur, tetapi keputusan itu dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 2008. Itali menandatangani perjanjian dengan Perancis untuk membina sebanyak empat buah loji nuklear pada tahun 2009. Pembasmian hutan, projek pembangunan haram dan dasar-dasar pengurusan tanah yang tidak cekap telah menyebabkan hakisan pergunungan di serata Itali, sehingga mengakibatkan bencana ekologi yang dahsyat seperti banjir Empangan Vajont 1963, dan gelongsoran lumpur di Sarno (1998)[52] dan di Messina (2009).

Politik sunting

 
Giorgio Napolitano, Presiden Republik Itali ke-11.

Sistem politik Itali merupakan republik demokrasi berparlimen yang disertai oleh berbilang parti politik. Kuasa eksekutif dilaksanakan bersama oleh Majlis Menteri-Menteri yang diketuai oleh seorang Presiden (Presidente del Consiglio dei Ministri) yang juga digelar primo ministro (“perdana menteri”). Kuasa perundangan terletak pada dua dewan Parlimen terutama sekali, diikuti oleh Majlis Menteri-Menteri. Cabang kehakiman pula bebas daripada pengaruh eksekutif dan perundangan. Itali mengamalkan sistem republik demokrasi sejak 2 Jun 1946, apabila pemerintahan beraja dimansuhkan oleh sebuah pungutan suara rakyat (rujuk "kelahiran Republik Itali"). Perlembagaan negara ini diisytiharkan pada 1 Januari 1948.

Giorgio Napolitano ialah Presiden Republik Itali, manakala Mario Monti ialah Perdana Menteri negara (Presiden Majlis Menteri-Menteri).

Presiden Republik Itali (Presidente della Repubblica) dipilih oleh parlimen untuk berjawat selama tujuh tahun, bersama sebilangan kecil wakil tempatan. Selaku ketua negara, Presiden Republik melambangkan perpaduan negara dan menjalankan banyak tugas yang pernah ditugaskan kepada Raja Itali. Presiden ini berkhidmat sebagai titik perhubungan antara ketiga-tiga cabang kuasa: beliau dipilih oleh pembuat undang-undang, beliau melantik para petugas eksekutif, beliau merupakan presiden kehakiman dan beliau juga panglima besar angkatan tentera.

 
Palazzo Montecitorio, pusat Dewan Rakyat Itali.

Presiden mencalonkan Perdana Menteri yang mengusulkan menteri-menteri lain (yang dinamakan secara rasmi oleh Presiden). Majlis Menteri-Menteri mesti memenangi undian percaya daripada kedua-dua dewan Parlimen.

Rakyat Itali memilih parlimen yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat (Camera dei Deputati, “Dewan Para Timbalan”) yang dianggotai oleh 630 orang ahli, dan Senat Republik (Senato della Repubblica) yang terdiri daripada 315 ahli yang dipilih serta sebilangan kecil senator seumur hidup). Kedua-dua dewan boleh menggubal rang undang-undang yang mesti diluluskan dalam bentuk sama oleh majoriti di kedua-dua dewan sekali. Para ahli kedua-dua dewan parlimen dipilih secara langsung oleh rakyat melalui sistem pengundian yang rumit (pindaan terakhir pada 2005) yang menggabungkan perwakilan berkadar dengan hadiah majoriti untuk parti campuran terbesar. Semua warganegara Itali yang berusia 18 tahun ke atas boleh mengundi. Bagaimanapun, untuk mengundi ahli Senat, pengundi mestilah berusia 25 tahun ke atas.

Sistem pengundian Senat berdasarkan perwakilan mengikut daerah. Pada 17 Ogos 2010, terdapat enam senator seumur hidup (termasuk dua bekas Presiden). Kedua-dua dewan dipilih untuk penggal tak lebih lima tahun, tetapi boleh dibubarkan oleh Presiden sebelum berakhirnya penggal biasa jika Parlimen tidak dapat memilih kerajaan yang stabil. Dalam sejarah pasca-perang, ini berlaku pada tahun 1972, 1976, 1979, 1983, 1994, 1996, dan 2008.

Parlimen Itali unik kerana memperuntukkan perwakilan kepada warganegara Itali yang bermastautin di luar negara (sekitar 2.7 juta orang). Di kalangan 630 Wakil Rakyat dan 315 Senator, masing-masing terdapat 12 dan 6 orang yang dipilih oleh empat buah kawasan pengundian luar negara. Ahli-ahli Parlimen ini dilantik buat kali pertama pada April 2006, dan mendapat kuasa yang sama rata dengan ahli-ahli yang dipilih oleh pengundi di Itali.

Undang-undang sunting

Sistem kehakiman Itali berasaskan undang-undang Rom yang diubahsuai oleh hukum Napoleon diikuti oleh statut. Mahkamah Rayuan Agung merupakan mahkamah terakhir untuk kebanyakan pertikaian. Mahkamah Perlembagaan Itali (Corte Costituzionale), satu inovasi pasca Perang Dunia Kedua, membuat keputusan tentang keakuran undang-undang dengan Perlembagaan.

Hubungan luar sunting

 
Itali ialah sebuah negara pengasas Kesatuan Eropah. Ia menandatangani Perjanjian Lisbon pada tahun 2007.

Itali merupakan negara pengasas Komuniti Eropah, kini Kesatuan Eropah (EU). Itali diterima masuk ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1955, di samping menjadi anggota dan penyokong kuat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Perjanjian Am ke atas Tarif dan Perdagangan/Pertubuhan Perdagangan Sedunia (GATT/WTO), Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Majlis Eropah, dan Inisiatif Eropah Tengah. Itali pernah menyandang jawatan presiden pertubuhan antarabangsa seperti Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (CSCE), pendahulu OSCE, pada tahun 1994; G8; dan EU pada Julai hingga Disember 2003 serta tahun 2009.

Itali menyokong PBB dan kegiatan-kegiatan keselamatan antarabangsa anjurannya. Itali mengerah tentera untuk menyokong misi pengamanan PBB di Somalia, Mozambique, dan Timor Timur, serta memberikan sokongan kepada operasi NATO dan PBB di Bosnia, Kosovo dan Albania. Itali mengerahkan seramai 2,000 askar ke Afghanistan untuk menyokong Operasi Enduring Freedom (OEF) pada Februari 2003. Itali tetap menyokong usaha antarabangsa untuk membina semula dan menstabilkan Iraq, tetapi menarik balik kontinjen tenteranya yang seramai 3,200 askar pada November 2006, sambil meninggalkan petugas kemanusiaan dan kakitangan awam yang lain di Iraq.

Pada Ogos 2006, Itali menghantar seramai 2,450 askar ke Lubnan untuk misi pengamanan UNIFIL.[53]

Tentera sunting

 
Kapal induk pesawat udara MM Cavour.

Angkatan tentera Itali terdiri daripada Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gendarmerie yang terletak di bawah perintah Majlis Pertahanan Agung yang diketuai oleh Presiden Republik Itali. Mulai tahun 1999, kemasukan tentera adalah secara sukarela.[54] Pada tahun 2010, tentera Itali dianggotai oleh 293,202 orang kakitangan aktif,[55] termasuk 114,778 ahli Gendarmerie (polis tentera).[56] Jumlah perbelanjaan tentera Itali pada 2010 adalah $35.8 bilion atau 1.7% KNDK-nya, menduduki tangga ke-10. Sebagai peserta strategi perkongsian nuklear NATO, Itali juga menyimpan 90 butir bom nuklear milik Amerika Syarikat di pangkalan udara Ghedi dan Aviano.[57]

Tentera Darat Itali ialah angkatan pertahanan daratan negara yang dianggotai 109,703 orang pada tahun 2008. Antara kenderaan tempur milik tentera Itali yang paling digeruni ialah kereta pejuang infantri Dardo, pemusnah kereta kebal Centauro dan kereta kebal Ariete, dan helikopter penyerang Mangusta. Tentera Darat Itali juga menyimpan seangkatan besar kereta perisai Leopard 1 dan M113.

 
Sebuah Eurofighter Typhoon kendalian Tentera Udara Itali.

Pada tahun 2008, Tentera Laut Itali dianggotai 35,200 kakitangan aktif dengan 85 buah kapal dan 123 buah pesawat dalam kegunaan.[58] Pada zaman moden, Tentera Laut Itali selaku anggota NATO banyak mengambil bahagian dalam operasi kerjasama di serata dunia.

Tentera Udara Itali pula dikuatkan oleh 43,882 orang dan 585 pesawat, termasuk 219 jet tempur dan 114 helikopter.

Tentera Itali dilengkapi kor berautonomi Carabinieri iaitu polis tentera Itali yang mengawal keselamatan tentera dan orang awam di samping angkatan polis yang lain di Itali. Walaupun Carabinieri terdiri daripada berbagai-bagai cabang yang melapor diri kepada kementerian-kementerian berasingan bagi setiap fungsi individunya, namun kor ini melapor diri kepada Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mengenai hal ketenteraman dan keselamatan awam.[59]

Ekonomi sunting

Itali mengamalkan ekonomi kapitalis dengan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) per kapita yang tinggi serta prasarana yang cukup maju. Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa, pada tahun 2008, Itali merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia dan keempat terbesar di Eropah. Itali menganggotai Kumpulan Lapan (G8) negara berindustri, Kesatuan Eropah dan OECD.

Pada zaman pasca-perang, Itali bertukar dari sebuah ekonomi berasaskan pertanian yang teruk terjejas akibat Perang Dunia Kedua, menjadi salah sebuah negara paling berindustri di dunia,[60] dan sebuah negara peneraju dalam perdagangan dan eksport dunia. Pada tahun 1987, ekonomi Itali mengatasi UK dari segi KDNK (nominal) untuk masa yang singkat dalam peristiwa yang dikenali sebagai 'il sorpasso'[61] (pemintasan), dan pada tahun 1991, Itali menjadi kuasa ekonomi keempat atau kelima terbesar di dunia sehingga pernah mengatasi Perancis juga.[62] Tetapi kini, setelah pertumbuhan lembap yang berlarutan serta prestasi China yang mengatasi semua ekonomi negara Eropah, Itali tersungkur ke tangga ketujuh (menurut ranking IMF dan Bank Dunia) dalam senarai negara mengikut KDNK (dan juga tangga ke-10 dari segi pariti kuasa beli).

Pada tahun 1980, hutang kerajaan hanya 56.9% KDNK, tetapi menjelang tahun 1994, ia mencapai takat 121.8% KDNK, lebih dua kali ganda had maksimum yang ditetapkan oleh perjanjian Maastricht dan juga tahap keterhutangan yang tertinggi di kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.[63] Pada 15 November 2010, badan statistik EU, Eurostat melaporkan bahawa pada tahun 2009, nisbah hutang Itali adalah 116%, iaitu yang kedua terbesar selepas Greece dengan 126.8%.[64] Berbeza dengan Greece, hutang Itali berupa domestik; sebenarnya, kebanyakan pemegang hak milik hutang merupakan warganegara Itali yang sama. Perindustrian Itali pada umumnya tidak terhutang, kadar tabungan keluarga Itali adalah antara yang tertingi di dunia, dan sistem perbankan Itali tidak teruk terjejas oleh krisis yang melanda negara besar yang lain, maka Itali mampu mengawal defisit tahunan negara.

Ekonomi Itali berdepan dengan tiga masalah utama: pertumbuhan yang rendah, ketidakcekapan pihak berkuasa dan kawasan selatan yang kurang terbangun. Sejak 1990-an, ekonomi Itali disifatkan amat rendah pertumbuhannya berbanding negara-negara Eropah yang lain. Pada tahun 2000 hingga 2007, purata pertumbuhannya 1.5%, berbanding 2.4% bagi seluruh Kesatuan Eropah.

 
Itali menganggotai kesatuan monetari Eurozone (biru tua), dan pasaran tunggal Kesatuan Eropah.

Menurut Bank Dunia, Itali menikmati tahap kebebasan yang tinggi untuk pelaburan, perniagaan dan perdagangan. Itali ialah sebuah negara maju yang mencatat mutu hidup kelapan tertinggi di dunia menurut majalah The Economist.[12] Negara ini juga menikmati taraf hidup yang sangat tinggi. Menurut data Eurostat terkini, KDNK per kapita Itali mengikut pariti kuasa beli masih setara dengan purata EU,[65] manakala kadar penganggurannya (8.5%) adalah antara yang terendah di EU.[66]

Itali menyimpan rizab emas keempat terbesar.[67] Negara ini juga terkenal kerana sektor ekonomi perniagaan yang berpengaruh dan berinovasi, [68] sektor pertanian yang berindustri dan berdaya saing[68] (Itali is the world's largest wine producer[69]), dan sektor automotif, perkilangan, kelengkapan dan reka fesyen yang berdaya cipta dan bermutu tinggi.[68]

Namun demikian, ekonomi negara mengharungi pelbagai cabaran. Setelah pertumbuhan KDNK yang mendadak pada +8% mulai tahun 1964,[70] purata kadar pertumbuhan tahunan sejak tahun 2000 melarat pada 1.23% berbanding dengan purata EU sebanyak 2.28%.[71] Selain itu, taraf hidup di Itali ketara bezanya antara utara dan selatan. Purata KDNK per kapita di Itali Utara jauh mengungguli purata EU, sementara sesetengah daerah di Itali Selatan jauh ketinggalan.[72] Itali sering mendapat jolokan “orang sakit Eropah”[73][74] kerana ekonominya yang terbantut, ketidakstabilan politik dan masalah pelaksanaan rancangan pembaharuan.

 
Ladang anggur di Trentino Alto-Adige. Itali ialah pengeluar wain terunggul di dunia.

Lebih-lebih lagi, Itali mengalami kelemahan struktur kerana bentuk buminya serta ketandusan bahan mentah dan sumber tenaga: pada tahun 2006, negara ini mengimport lebih daripada 86% jumlah penggunaan tenaganya (99.7% bahan api pejal, 92.5% petroleum, 91.2% gas asli dan 15% elektrik).[75][76] Ekonomi Itali juga dicacatkan oleh kekurangan pembangunan prasarana, pembaharuan pasaran dan pelaburan penyelidikan, serta defisit awam yang tinggi.[68] Menurut Indeks Kebebasan Ekonomi 2008, negara ini menduduki tangga ke-64 di dunia dan ke-29 di Eropah, iaitu yang terendah di zon euro. Itali masih menerima bantuan pembangunan dari Kesatuan Eropah setiap tahun. Pada tahun 2000 hingga 2006, Itali menerima €27.4 bilion dari EU.[77]

Mengikut Indeks Persepsi Korupsi 2010, Itali merupakan negara paling korup di Eropah barat.[78]


Perusahaan sunting

 
Ferrari 458 Italia. Itali ialah pengeksport barangan ke-7 terbesar di dunia.

Itali mempunyai bilangan syarikat multinasional bertaraf dunia yang sedikit berbanding ekonomi-ekonomi lain yang setanding saiznya, tetapi mempunyai banyak perusahaan kecil dan sederhana, dan juga “segi tiga perindustrian” utara (Milan-Turin-Genoa) atau segi tiga perindustrian Tuscany (Florence-Prato-Pistoia), iaitu tempat-tempat letaknya kawasan pengeluaran industri dan jentera yang hebat. Ini telah melahirkan sektor perindustrian yang selalu tertumpu pada eksport keluaran mewah atau pasaran ceruk, iaitu walaupun kurang mampu bersaing dari segi jumlah keluaran, namun menjadikan keluaran bermutu tinggi sebagai kelebihan untuk berdepan dengan persaingan dari China dan ekonomi-ekonomi Asia yang membangkit dengan asas kos buruh yang rendah.[79]

Negara ini merupakan negara pengeksport ketujuh terbesar di dunia pada tahun 2009.[80] Barangan dan syarikat eksport utama Itali mengikut sektor ialah kenderaan bermotor (Fiat, Aprilia, Ducati, Piaggio); kimia dan petrokimia (Eni); tenaga dan kejuruteraan elektrik (Enel, Edison); kelengkapan rumah (Candy, Indesit), teknologi aeroangkasa dan pertahanan (Alenia Aeronautica, Agusta, Finmeccanica), senjata api (Beretta), fesyen (Armani, Valentino, Versace, Dolce & Gabbana, Roberto Cavalli, Benetton, Prada, Luxottica); pemprosesan makanan (Ferrero, Barilla Group, Martini & Rossi, Campari, Parmalat); kereta sport dan mewah (Ferrari, Maserati, Lamborghini, Pagani); perahu layar (Ferretti, Azimut). Itali paling rapat menjalin hubungan perdagangan dengan negara-negara Kesatuan Eropah yang lain yang menyumbangkan kira-kira 59% jumlah dagangannya, khususnya (dari segi bahagian pasaran) Jerman (12.9%), Perancis (11.4%), dan Sepanyol (7.4%).[81]

Pelancongan sunting

Pelancongan merupakan salah sebuah sektor yang paling pesat bertumbuh dan lumayan dalam ekonomi negara: dengan 43.7 juta ketibaan pelancong antarabangsa dan jumlah pendapatan dianggarkan $42.7 bilion, Itali merupakan negara yang keempat terbanyak pendapatan pelancongan dan yang kelima paling kerap dilawati di dunia.[82] Meskipun merosot pada lewat 1980-an dan sewaktu Perang Teluk, namun Itali berjaya membina semula industri pelancongannya pada pertengahan 1990-an.[83] Antara tarikan pengunjung paling terkenal di Itali termasuk Colosseum (4 juta orang pelawat setahun) dan puing-puing Pompeii (2.5 juta orang pelawat setahun).

Pengangkutan sunting

 
Kereta api berkelajuan tinggi Frecciarossa yang mampu mencapai 355 km/j (220.59 mph).[84][85][86]

Pada tahun 2004, sektor pengangkutan di Itali menjana pusing ganti sekitar 119.4 bilion euro, mengambil kerja 935,700 orang di 153,700 perusahaan. Berkenaan rangkaian jalan raya negara, pada tahun 2002, terdapat sejumlah 668,721 km (415,612 batu) jalan raya yang boleh digunakan di Itali, termasuk 6,487 km (4,031 batu) lebuh raya yang milik negara tetapi dikendali oleh syarikat swasta Atlantia. Pada tahun 2005, sekitar 34,667,000 kereta penumpang (590 kereta per 1,000 orang) dan 4,015,000 kenderaan pengangkut yang berjalan atas rangkaian jalan raya negara.[87]

Rangkaian kereta api negara yang milik negara dan dikendali oleh Ferrovie dello Stato, berjumlah 16,287 km (10,122 batu) yang digunakan oleh 4,937 lokomotif dan relkar pada tahun 2003; 69% daripadanya dielektrikkan. Rangkaian jalan air pedalaman negara terdiri daripada sungai-sungai dan terusan-terusan yang boleh dilayari berjumlah 1,477 km (918 batu) pada tahun 2002. Pada tahun 2004, terdapat kira-kira 30 lapangan terbang utama (termasuk dua buah pusat iaitu Malpensa di Milan dan Leonardo Da Vinci di Rom) serta 43 pelabuhan utama (termasuk pelabuhan di Genoa, iaitu yang terbesar di negara dan kedua terbesar di Laut Mediterranean). Pada tahun 2005, Itali menyimpan armada pesawat awam sebanyak 389,000 unit dan armada saudagar sebanyak 581 kapal.[87]

Demografi sunting

 
Kependudukan 1960–2006. Bilangan penduduk (ribu orang).

Dengan sekitar 60.6 juta orang, Itali mempunyai jumlah penduduk yang keempat teramai di Kesatuan Eropah dan yang ke-23 teramai di dunia. Kepadatan penduduknya pada lebih 200 orang per kilometer persegi (lebih 500 sebatu persegi), merupakan yang kelima tertinggi di EU. Kawasan yang paling padat ialah Itali Utara yang hanya merangkumi satu pertiga tanah negara tetapi diduduki oleh hampir separuh jumlah penduduk negara.

Selepas Perang Dunia Kedua, Itali menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berpanjangan sehingga penduduk luar bandar beramai-ramai berhijrah ke kota, dan pada masa yang sama mengubah wajah Itali daripada punca emigrasi besar-besaran menjadi negara penerima imigran bersih. Kesuburan tinggi berkekalan hingga 1970-an, kemudian menjunam di bawah kadar penggantian, maka pada tahun 2008, satu perlima orang Itali berusia lebih 65 tahun.[88] Namun demikian, berkat kedatangan penghijrahan beramai-ramai sejak 1990-an, pada dekad pertama abad ke-21, Itali mencatatkan pertumbuhan dalam kadar kelahiran kasar (khususnya di kawasan utara) buat kali pertama sejak bertahun-tahun lamanya.[89] Kadar jumlah kesuburan juga banyak meningkat pada 1990-an hingga 2000-an, kesan peningkatan kelahiran di kalangan wanita tempatan mahupun kelahiran luar negara, maka ia meningkat daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.18 anak per ibu pada tahun 1995, kepada 1.41 pada tahun 2008.[90]

Pembandaran sunting

Menurut OECD,[91] bandar-bandar gabungan yang terbesar ialah:

Penghijrahan sunting

 
Little Italy di New York, sekitar tahun 1900.

Itali menjadi negara punca penghijrah beramai-ramai sebaik sahaja selepas negara disatuka semula pada lewat abad ke-19. Dari tahun 1898 hingga 1914, iaitu zaman kemuncak diaspora Itali, kira-kira 750,000 orang Itali berhijrah setiap tahun.[92] Komuniti-komuniti Itali pernah mekar di bekas jajahan Afrika di Eritrea (hampir 100,000 orang pada awal Perang Dunia II),[93] Somalia dan Libya (150,000 orang Itali menetap di Libya, untuk membentuk 18% jumlah penduduk).[94] Semua warga Itali di Libya diusir dari negara Afrika Utara tersebut pada tahun 1970.[95]

Sedekad selepas Perang Dunia Ke-II, lebih 350,000 orang yang terdiri daripada etnik Itali telah meninggalkan Yugoslavia (lihat Penghijrahan Istrian).[96] Ramai penduduk berketurunan Itali yang tinggal di Brazil (25 juta),[97] Argentina (20 juta),[98] Amerika Syarikat (17.8 juta),[99] Perancis (5 juta),[100] Uruguay (1.5 juta),[101] Kanada (1.4 juta),[102] Venezuela (900,000)[103] dan Australia (800,000).[104]

Pada awal tahun 2010, terdapat 4,235,059 orang warganegara asing (7.1% penduduk negara[105]) yang menetap di Itali dan berdaftar dengan pihak berkuasa.[106] Perangkaan ini merangkumi lebih setengah juta kanak-kanak yang lahir kepada warganegara asing di Itali (pendatang generasi kedua makin menonjol dalam demografi negara) tetapi tidak termasuk warganegara asing yang meraih kewarganegaraan Itali (53,696 orang pada 2008).[107] Ini juga tidak termasuk pendatang haram (clandestini) yang sukar ditentukan jumlahnya. Pada Mei 2008, The Boston Globe menganggarkan seramai 670,000 pendatang haram berada di Itali.[108]


Pada tahun 2009, asal-usul penduduk imigran Itali terdiri daripada yang berikut: Eropah (53.5%), Afrika (22.3%), Asia (15.8%), benua Amerika (8.1%) dan Oseania (0.06%). Taburan penduduk kelahiran asing juga tidak sekata di Itali: 87.3% pendatang tinggal di kawasan utara dan tengah negara (iaitu kawasan termaju), manakala hanya 12.8% yang tinggal di selatan semenanjung.

Asal-usul penduduk Itali pada 1 Januari 2010
Asal-usul Jumlah penduduk Peratus
Itali Templat:Number table sorting/positive56,118,099 92.98%
Romania Templat:Number table sorting/positive887,763 1.47%
Afrika Utara Templat:Number table sorting/positive646,624 1.07%
Albania Templat:Number table sorting/positive466,684 0.77%
Cina Templat:Number table sorting/positive188,352 0.28%
Ukraine Templat:Number table sorting/positive153,998 0.31%
Asia (bukan Cina) Templat:Number table sorting/positive499,013 0.83%
Amerika Latin Templat:Number table sorting/positive324,917 0.54%
Afrika sub-Sahara Templat:Number table sorting/positive285,169 0.47%
Lain-lain Templat:Number table sorting/positive782,549 1.29%

Bahasa sunting

 
Dunia berbahasa Itali. Biru tua: bahasa rasmi; hijau: sekunder, dituturkan atau difahami ramai; biru muda: difahami oleh sesetengah orang kesan penjajahan dahulu.

Bahasa kebangsaan Itali ialah bahasa Itali. Ethnologue menganggarkan bahawa terdapat sekitar 55 juta orang penutur bahasa Itali di Itali dan 6.7 juta orang lagi di luar negara.[109] Bagaimanapun, seramai 120 hingga 150 juta orang menuturkan bahasa Itali sebagai bahasa kedua atau bahasa budaya di seluruh dunia.[110]

Bahasa Itali yang menjadi bahasa kebangsaan negara selepas penyatuan Itali, adalah berasaskan loghat Florence dalam bahasa Tusca dan agak berada di perantaraan rumpun bahasa Italo-Dalmatia di Selatan dan rumpun bahasa Itali Utara Gallo-Romawi. Perkembangannya juga dipengaruhi oleh bahasa-bahasa Germanik daripada puak penjajah pasca Empayar Rom.

Di Itali terdapat bermacam-macam loghat yang dituturkan di seluruh negara dan terdapat sesetengah orang Itali yang tidak boleh berbahasa Itali langsung.[111] Namun begitu, penubuhan sistem pendidikan kebangsaan telah menyebabkan kurangnya kelainan dalam pertuturan bahasa Itali di seluruh negara. Pembakuan bahasa dirancakkan lagi pada 1950-an dan 1960-an berkat pembangunan ekonomi dan kebangkitan media massa dan televisyen (penyiar negara, RAI membantu menentukan bahasa Itali baku).

Sesetengah kelompok etnik mendapat pengiktirafan di sisi undang-undang,[112] dan sebilangan bahasa minoriti menikmati taraf rasmi bersama bahasa Itali di sesetengah kawasan di Itali. Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi bersama di Valle d’Aosta, walaupun sebenarnya bahasa Franco-Provencal lebih meluas di situ. Bahasa Jerman mendapat taraf yang seumpamanya di Wilayah Bolzano-Bozen, begitu juga dengan bahasa Ladin di beberapa bahagian di wilayah itu dan juga daerah Trentino. Bahasa Slovenia diiktiraf secara rasmi di wilayah-wilayah Trieste, Gorizia dan Udine di daerah Friuli Venezia Giulia.

Di kawasan-kawasan terbabit, persuratan rasmi ditulis dalam dua bahasa (atau tiga bahasa di kawasan Ladin), ataupun disediakan atas permintaan dalam bahasa Itali ataupun bahasa rasmi bersama itu. Papan tanda lalulintas juga berbilang bahasa, kecuali di Valle d’Aosta di mana toponim Perancis diutamakan (kecuali bandar Aosta yang mengekalkan bahasa Itali); hasrat untuk mengitalikan Valle d’Aosta pada zaman Fasis telah pun dipendamkan. Pendidikan dalam bahasa minoriti dibenarkan di mana letaknya sekolah-sekolah sedemikan.

Agama sunting

Agama di Itali, 2001[113]
Agama Peratus
Kristian
  
91.6%
Tiada
  
5.8%
Islam
  
1.9%
Buddha
  
0.3%
Hindu
  
0.2%
Sikh
  
0.1%
Yahudi
  
0.1%

Agama Katolik Rom merupakan agama yang terbesar di negara, namun Gereja Katolik bukan lagi agama rasmi. 87.8% orang Itali mengakui diri sebagai penganut Katolik Rom,[114] namun hanya kira-kira satu pertiga penganut mengakui kuat pegangan agamanya (36.8%).

Kebanyakan orang Itali percaya kepada Tuhan ataupun sesuatu kuasa hidup yang rohani. Menurut tinjauan Eurobarometer yang terkini (2005):[115] 74% warganegara Itali menjawab bahawa 'mereka percaya akan kewujudan Tuhan', 16% menjawab bahawa 'mereka wujud akan suatu jenis roh atau kuasa hidup' dan 6% lagi menjawab bahawa 'mereka tidak percaya akan sebarang jenis roh, Tuhan, atau kuasa hidup'.

Kristian sunting

Gereja Katolik Itali ialah sebahagian Gereja Katolik Rom sedunia di bawah kepimpinan Paus, kuria di Rom, dan Persidangan Biskop Itali. Selain Itali, dua buah negara berdaulat yang lain terangkum dalam kawasan uskup yang bertapak di Itali, iaitu San Marino dan Kota Vatikan. Terdapat 225 kawasan uskup di Gereja Katolik Itali. Walaupun Kota Vatikan bukan wilayah Itali mengikut undang-undang, namun ia terletak dalam lingkungan Rom, dan bahasa Itali merupakan bahasa yang paling kerap dituturkan dan bahasa kedua Kuria Rom selain bahasa Latin.[116]

 
Gereja besar Santa Maria del Fiore di Florence, yang mempunyai kubah bata terbesar di dunia,[117][118] dan dianggap sebagai sebuah mahakarya seni bina Itali.

Itali kaya dengan kebudayaan Katolik, terutamanya kerana ramai santo, martir dan paus Katolik merupakan orang Itali. Seni Katolik Rom di Itali mekar pada zaman-zaman Pertengahan, Pembaharuan dan Barok, ketika ia digiatkan oleh tokoh-tokoh seni seperti Michelangelo, Leonardo Da Vinci, Raphael, Caravaggio, Fra Angelico, Gian Lorenzo Bernini, Sandro Botticelli, Tintoretto, Titian, Raphael dan Giotto. Seni bina Katolik Rom di Itali juga tidak kurang kaya dan mengagumkan, dengan gereja-gereja dan basilika-basilika seperti Basilika St Peter, Gereja Besar Florence dan Basilika St Mark. Itali juga tempat tinggal bilangan kardinal yang teramai di dunia,[119] dan juga negara yang paling banyak gereja Katolik Rom per kapita.[120]

Walaupun mazhab Kristian utama Itali ialah Katolik Rom, namun juga terdapat golongan minoriti yang bermazhab Protestan, Waldensian, Ortodoks Timur dan lain-lain.

Pada abad ke-20, Saksi Jehovah, Pentekostalisme, Evangelikalisme tak bermazhab, dan Mormonisme merupakan cabang-cabang Protestan yang paling pesat berkembang. Kedatangan penghijrah dari Afrika Barat, Tengah, dan Timur pada awal abad ke-21 telah meningkatkan jumlah penganut Baptis, Anglikan, Pentekosta dan Evangelikal di Itali, sementara penghijrahan dari Eropah Timur pula membesarkan komuniti Ortodoks Timur.

Pada tahun 2006, 2.1% penduduk Itali menganut Protestan, sementara 1.2% yang lain menganut Ortodoks Timur. Kelompok-kelompok Kristian yang lain di Itali terdiri daripada, antara lainnya, lebih 700,000 Kristian Ortodoks Timur, termasuk 180,000 Ortodoks Yunani,[121] 550,000 Pentekosta dan Evangelis (0.8%), termasuk 400,000 ahli Perhimpunan Tuhan, 235,685 Saksi Jehovah (0.4%),[122] 30,000 Waldensian,[123] 25,000 Adventis Hari Ketujuh, 22,000 Mormon, 15,000 Baptis (termasuk 5,000 Baptis Bebas), 7,000 Lutheran, 4,000 Methodist (bersekutu dengan Gereja Waldensian).[124]

Agama lain sunting

Agama yang paling lama wujud di Itali ialah agama Yahudi, kerana bangsa Yahudi sudah lama menetap di Rom Kuno sebelum kelahiran Nabi Isa. Di Itali lahirnya ramai tokoh Yahudi yang berpengaruh, seperti Luigi Luzzatti yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1910; Ernesto Nathan yang berkhidmat sebagai datuk bandar Rom pada tahun 1907 hingga 1913; dan Shabbethai Donnolo, seorang ahli sains Zaman Pertengahan. Sewaktu Holokus, Itali menyerap ramai orang pelarian Yahudi dari Jerman Nazi. Bagaimanapun, apabila Itali diambil alih oleh kerajaan boneka Nazi, sekitar 15% orang Yahudi Itali dibunuh walaupun kerajaan Fasis enggan menghantar golongan Yahudi ke kem maut Nazi. Oleh sebab peristiwa ini dan juga emigrasi sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua, komuniti Yahudi di Itali sudah mengecil kepada sekitar 45,000 orang sekarang.

Kesan penghijrahan dari merata dunia, jumlah penganut bukan Kristian semakin ramai. Pada tahun 2009, terdapat 1.0 juta umat Islam di Itali[125] yang membentuk 1.6% jumlah penduduk, namun hanya 50,000 orang Muslim yang memegang kewarganegaraan Itali. Pihak berkecuali menganggarkan jumlah penduduk Muslim di Itali antara 0.8 juta[126] hingga 1.5 juta.[127]

Itali juga diduduki oleh 200,000 penganut agama yang berasal dari benua kecil India, termasuk 70,000 orang Sikh yang beribadah di 22 gurdwara di seluruh negara,[128] 70,000 orang Hindu, dan 50,000 orang penganut agama Buddha.[129] Juga terdapat kira-kira 4,900 orang Bahá'í di Itali pada tahun 2005.[130]

Pendidikan sunting

 
Universiti la Sapienza di Rom adalah yang terbesar di Eropah dengan 140,000 orang pelajar.[131]

Pendidikan awam di Itali adalah percuma dan wajib untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 15 tahun.[132] Sistem pendidikan Itali terdiri daripada tahap rendah lima tahun dan tahap menengah lapan tahun yang terbahagi kepada sekolah menengah gred pertama (sekolah menengah rendah) dan sekolah menengah gred kedua (sekolah tinggi). Itali juga menawarkan pendidikan swasta.

Mengikut National Science Indicators (1981–2002), pangkalan data yang dibentuk oleh Research Services Group dan mengandungi senarai statistik output dan petikan untuk lebih 90 negara, Itali mencatat output kertas kerja saintifik yang melebihi purata dunia (dari segi bilangan kertas kerja yang dikarang oleh sekurang-kurangnya seorang pengarang dari Itali) dalam bidang sains angkasa (9.75% kertas kerja di dunia dari Itali), matematik (5.51% kertas kerja di dunia), sains komputer, neurosains, fizik, sains sosial, psikologi dan psikiatri, dan ekonomi dan perniagaan.[133]

 
Universiti Bologna adalah yang tertua di Eropah, diasaskan pada tahun 1088.

Itali menempatkan beraneka institusi pengajian tinggi, baik universiti, kolej, mahupun akademi. Universiti Bocconi di Milan bertempat di kalangan 20 maktab perniagaan terunggul di dunia oleh akhbar The Wall Street Journal, khususnya berkat program M.B.A. yang menaikkan institusi ini ke tangga ke-17 dari segi keutamaan perekrutan siswazah pada tahun 2007.[134] Selain itu, Forbes juga menempatkan Bocconi di tangga teratas sedunia untuk kategori Berbaloi dengan Harga.[135] Pada Mei 2008, Bocconi mengatasi beberapa maktab perniagaan terunggul sedunia yang lain dalam ranking pendidikan eksekutif Financial Times untuk mendapat tangga ke-5 di Eropah dan ke-15 di dunia.[136]

Antara universiti-universiti dan politeknik-politeknik terunggul yang lain termasuk Politeknik Milan (pada tahun 2009, ia merupakan universiti teknikal ke-57 tertinggi di dunia oleh kajian Top Universities bagi pihak Times Higher Education[137]; dan juga institusi terbaik di Itali dari segi pengeluaran saintifik, penarikan pelajar asing, dan lain-lain menurut kajian tempatan[138]), Universiti Rom la Sapienza (universiti ke-33 terbaik di Eropah pada tahun 2005,[139] di kalangan 50 kolej terunggul di Eropah dan 150 yang terunggul di dunia[140]) dan Universiti Milan (satu-satunya anggota Itali dalam Liga Universiti Penyelidikan Eropah (LERU), sekumpulan prestij 20 Universiti Eropah yang berintensif penyelidikan; nombor satu di Itali dan ke-7 di Eropah mengikut Leiden Ranking).

Maktab pengajian tertua yang masih wujud di Itali dan seluruh dunia Barat ialah Universiti Bologna.[141] Pada tahun 2009, Universiti Bologna ialah satu-satunya maktab Itali dalam 200 Universiti Terbaik di Dunia keluaran The Times.

Kesihatan sunting

 
Kad insurans kesihatan awam Itali

Itali mengamalkan sistem penjagaan kesihatan awam sejak tahun 1978.[142] Perbelanjaan penjagaan kesihatan di Itali menyumbangkan 9.0% KDNK negara pada tahun 2008, sedikit melebihi purata negara OECD iaitu 8.9%.[143] Bagaimanapun, Itali menduduki tempat kedua sistem penjagaan kesihatan terbaik di dunia,[142][144] dan tempat ketiga prestasi penjagaan kesihatan di dunia.[145]

Itali mencatat jangka hayat ke-12 tertinggi di dunia pada tahun 2010,[146] tetapi juga berdepan dengan peningkatan orang yang terlebih berat badan atau obes dengan 34.2% orang Itali yang mengaku terlebih berat badan dan 9.8% melaporkan diri sebagai obes.[147] 22% penduduk Itali merokok setiap hari pada tahun 2008.[148] Merokok di tempat awam, termasuk bar, kedai makan, kelab malam dan pejabat telah dihadkan kepada bilik has yang berudara sejak tahun 2005.[149]

Sains dan teknologi sunting

 
Galileo Galilei merupakan salah seorang pelopor sains moden.[150][150][151][152]

Selama ratusan tahun, Itali telah melahirkan ramai ahli sains yang handal-handal belaka, antara mereka ialah mungkin polimat yang paling terkenal dalam sejarah, iaitu Leonardo da Vinci yang membuat bermacam-macam sumbangan kepada pelbagai bidang, termasuk seni, biologi, dan teknologi. Galileo Galilei ialah seorang ahli fizik, matematik, dan astronomi yang memainkan peranan utama dalam Revolusi Sains. Antara pencapaian beliau ialah pemerhatian astronomi menerusi teleskop, dan sokongan kepada fahaman Copernicus. Enrico Fermi, ahli fizik yang memenangi hadiah Nobel merupakan ketua pasukan yang membina reaktor nuklear pertama dan juga dikenang kerana banyak lagi sumbangannya kepada bidang fizik, termasuklah pembangunan teori kuantum.

Antara tokoh-tokoh Itali lain yang mengembangkan ilmu sains dan teknologi sedunia ialah Giovanni Domenico Cassini, ahli astronomi yang membuat banyak penemuan penting tentang Sistem Suria; Alessandro Volta, ahli fizik yang mencipta bateri elektrik; ahli-ahli matematik yang menjayakan kemajuan besar dalam bidang mereka, iaitu Lagrange, Fibonacci, dan Gerolamo Cardano yang terkenal kerana Ars Magna yang diiktiraf umum sebagai layanan moden yang pertama pada matematik; Marcello Malpighi, seorang doktor dan pengasasanatomi mikroskopik; Lazzaro Spallanzani, ahli biologi yang menjalankan penyelidikan penting tentang fungsi badan, pembiakan haiwan, dan teori sel; Camillo Golgi, ahli fizik, patologi, dan pemenang hadiah Nobel yang terkenal kerana menemui kompleks Golgi serta membuka laluan kepada penerimaan doktrin Neuron; dan Guglielmo Marconi yang menerima Hadiah Nobel dalam Fizik kerana mencipta radio.

Budaya sunting

Itali dikatakan sebagai sebuah negara yang pelbagai warisan budaya kerana ia hanya disatukan pada tahun 1861, dengan perbezaan ketara antara daerah-daerah. Itali telah menyebarkan pengaruh budaya secara meluas di dunia, juga kerana ramai orang Itali berhijrah ke negara lain dalam sejarah.

Seni dan sastera sunting

 
Menara Condong Pisa.

Di Itali letaknya jumlah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terbanyak (45) setakat ini, serta menyimpan kekayaan seni, budaya dan sastera sedunia dari pelbagai zaman. Di Itali letaknya sejumlah kira-kira 100,000 monumen yang beraneka jenis (muzium, istana, binaan, patung, gereja, balai seni, vila, pancutan air, rumah bersejarah dan tinggalan arkeologi).[153] Antara binaan-binaan terhebat dalam seni bina Barat terletak di Itali, seperti Colosseum, Gereja Besar Milan,Gereja Besar Florence, Menara Condong Pisa dan reka bina kota Venice.

Bidang seni lukis Itali menemui kemuncak kegemilangannya pada zaman-zaman Romanesque, Gothik, Pembaharuan dan Barok, apabila lahirnya pelukis-pelukis handalan seperti Michelangelo, Leonardo da Vinci, Donatello, Caravaggio, Bernini, Titian dan Raphael. Kesenian Itali bangkit semula pada abad ke-20 dengan gaya Futurisme, terutamanya hasil seni Umberto Boccioni dan Giacomo Balla, disusuli oleh lukisan metafizik Giorgio de Chirico yang berpengaruh hebat terhadap gerakan Surealisme dan generasi-generasi seniman yang seterusnya.

Asas bahasa Itali moden ditetapkan oleh pemuisi Florence, Dante Alighieri yang karya paling agungnya, Divina Commedia (Komedi Kudus), diangkat sebagai kenyataan sastera terulung yang dihasilkan di Eropah pada Zaman Pertengahan. Sasterawan-sasterawan berbangsa Itali tiada kurangnya: Giovanni Boccaccio, Giacomo Leopardi, Alessandro Manzoni, Torquato Tasso, Ludovico Ariosto, dan Francesco Petrarca yang terkenal kerana mencipta gaya puisi soneta. Itali juga berbangga kerana namanya diharumkan oleh ramai sasterawan moden yang memenangi hadiah Nobel pula termasuk pemuisi nasionalis Giosuè Carducci (1906), pengarang realis Grazia Deledda (1926), pengarang teater Luigi Pirandello (1936), pemuisi Salvatore Quasimodo (1959) dan Eugenio Montale (1975), ahli satira dan pengarang teater Dario Fo (1997).[154]


Kesenian Itali diserikan lagi oleh industri fesyen yang hebat dan banyak berpusat di bandaraya Milan. Jenama-jenama fesyen utama dari Itali seperti Gucci, Prada, Versace, Valentino, Armani, Dolce & Gabbana, Missoni, Fendi, Moschino, Max Mara dan Ferragamo, dipandang sebagai syarikat-syarikat fesyen yang terunggul di dunia. Begitu juga, Vogue Italia disanjungi sebagai majalah fesyen yang paling terkemuka dan berprestij di dunia.[155]

Muzik dan filem sunting

 
Giacomo Puccini, penggubah Itali yang terkenal kerana karya opera yang tersohor, seperti La bohème, Tosca, Madama Butterfly, dan Turandot[156][157]


Muzik klasikal sebati dengan jati diri Itali, di mana terciptanya alat-alat muzik seperti piano dan biola, di samping banyak jenis muzik klasikal yang menonjol seperti simfoni, konserto, dan sonata, yang dikatakan lahir sekitar abad ke-16 dan ke-17. Antara penggubah-penggubah muzik terkenal dari Itali termasuklah Palestrina, Monteverdi, Vivaldi, Rossini, Verdi dan Puccini pada zaman Pembaharuan dan Moden Awal. Muzik pop pula diserikan oleh Berio dan Nono yang terkenal sebagai perintis muzik eksperimental dan elektronik, serta artis-artis yang disanjungi di mata dunia seperti Andrea Bocelli, Laura Pausini, dan Eros Ramazzotti. Walaupun tradisi muzik klasikal masih teguh di Itali, seperti yang terbukti dengan puluhan dewan opera yang terkenal seperti La Scala di Milan dan San Carlo di Naples, serta para seniman seperti pemain piano Maurizio Pollini dan penyanyi tenor mendiang Luciano Pavarotti, namun rakyat Itali tidak kurang menyambut baik persada muzik kontemporari yang rancak di negara itu.

 
Luciano Pavarotti, salah seorang tenor termasyhur sepanjang zaman.

Itali terkenal sekali sebagai tempat kelahiran opera.[158] Opera Itali dipercayai diasaskan pada awal abad ke-17, di bandar-bandar Itali seperti Mantua dan Venice.[158] Lama-kelamaan, karya-karya yang digubah oleh tokoh Itali pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 seperti Rossini, Bellini, Donizetti, Verdi dan Puccini, berada di kalangan opera-opera paling sohor yang pernah digubah dan kini masih dipersembahkan di dewan-dewan opera di merata dunia. Dewan opera La Scala di Milan merupakan salah sebuah dewan opera yang terunggul di dunia. Antara bakat-bakat nyanyian opera Itali yang termasyhur sekali ialah Enrico Caruso, Alessandro Bonci, Luciano Pavarotti, Andrea Bocelli, dan ramai lagi.

Sejarah perfileman Itali bermula beberapa bulan selepas Lumière bersaudara memulakan pameran wayang gambar bergerak. Filem buatan Itali yang sulung hanya beberapa saat panjangnya, menunjukkan Paus Leo XIII menyampaikan restu ke hadapan kamera. Industri perfileman Itali pada awalnya terbukti mendapat perhatian di pasaran dunia. Kemudian, ia juga dimanfaatkan oleh Benito Mussolini yang mengasaskan studio Cinecittà yang masyhur di Rom untuk penghasilan bahan dakyah Fasis hingga Perang Dunia Kedua.[159] Selepas peperangan, filem-filem Itali tetap diminati di dunia sehingga 1980-an apabila ia mengalami kemerosotan kesenian. Antara pengarah-pengarah filem Itali yang terkenal dari zaman tersebut termasuk Vittorio De Sica, Federico Fellini, Sergio Leone, Pier Paolo Pasolini, Luchino Visconti, Michelangelo Antonioni dan Dario Argento. Antara filem-filem Itali yang menjadi pusaka perfileman sedunia ialah La dolce vita, Il buono, il brutto, il cattivo dan Ladri di biciclette. Baru-baru ini, persada perfileman Itali sekali-sekala mendapat perhatian antarabangsa, antaranya La vita è bella arahan Roberto Benigni dan Il postino oleh Massimo Troisi.

Sukan sunting

Itali mengamalkan tradisi kesukanan sejak sekian lama. Dalam pelbagai sukan, baik berpasukan mahupun perseorangna, Itali bermaruah tinggi dan mencapai banyak kejayaan. Sukan yang paling diminati ramai tak lain tak bukan bola sepak, diikuti oleh bola keranjang dan bola tampar yang turut dikuasai oleh Itali. Pasukan bola sepak Itali memenangi empat Piala Dunia FIFA setakat ini, kali terakhir pada tahun 2006.[160] Itali juga mempertaruhkan jaguh-jaguh handalan dalam sukan lumba basikal, tenis, balapan dan padang, lawan pedang, sukan musim sejuk dan ragbi. Scuderia Ferrari dari Itali ialah pasukan paling lama yang masih aktif dalam perlumbaan Grand Prix semenjak mulai bertanding pada tahun 1948, apatah lagi ia juga pasukan Formula Satu yang paling cemerlang dalam sejarah dengan rekod 15 kejuaraan pemandu dan 16 kejuaraan pengeluar kereta (setakat 2010).

Masakan sunting

 
Piza Neapolitan yang asli.

Masakan Itali moden telah berevolusi seiring dengan perubahan sosial dan politik berabad-abad, dengan akar umbinya seawal-awal abad ke-4 SM. Perubahan hebat berlaku apabila Dunia Baru ditemui dan jenis sayur-sayuran baru ditemui, seperti ubi kentang, tomato, cili kembung dan jagung. Bagaimanapun, ramuan-ramuan utama masakan Itali moden ini tidak diperkenalkan secara besar-besaran sebelum abad ke-18.[161]

Ramuan dan hidangan tempatan berbeza-beza mengikut setempat. Bagaimanapun, banyak juga hidangan daerah yang telah tersebar ke merata negara dalam pelbagai bentuk kelainan. Keju dan wain sebati sekali dalam masakan Itali kerana memainkan peranan-peranan yang berbeza di peringkat daerah dan negara dengan kepelbagaian jenisnya serta undang-undang Denominazione di origine controllata (penamaan terlaras). Tidak lupa juga minuman kopi, khususnya espresso, yang sudah menjadi mustahak sekali dalam masakan kebudayaan Itali. Some famous dishes and items include pasta, pizza, cappuccino, spaghetti, maccheroni, salami, lasagna, focaccia, dan gelato.

Catatan sunting

  1. ^ Di Itali, bahasa-bahasa lain juga diiktiraf sebagai bahasa setempat asli mengikut Piagam Bahasa Setempat atau Minoriti Eropah. Nama rasmi negara Itali dalam semua bahasa berkenaan adalah seperti berikut:

Petikan sunting

Catatan
  1. Menurut Mitrica, laporan Romania pada tahun 2005 menganggarkan bahawa 1,061,400 orang Romania tinggal di Itali, membentuk 37.2% daripada 2.8 juta pendatang di negara itu[162] tetapi tidak jelas bagaimana andaian itu dibuat, maka tidak pasti sama ada ia harus dipandang berat.
  1. Lihat juga: L. Lepschy e G. Lepschy, La lingua italiana: storia, varietà d'uso, grammatica, Milano, Bompiani (dalam bahasa Itali)
  1. Peta rasmi Perancis menunjukkan sempadan yang melencong ke selatan puncak utama, serta mendakwa puncak tertinggi di Itali ialah Mont Blanc de Courmayeur (4,748 m), tetapi ini tidak konsisten dengan konvensyen 1861 dan analisa legeh topografi.
Rujukan
  1. ^ "Ethnologue report". Ethnologue.com. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  2. ^ "National demographic estimate, December 2016". Institut Statistik Negara Itali. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2017. Dicapai pada 23 Oktober 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b c http://www.imf.org/external/pubs/ft/weo/2018/01/weodata/weorept.aspx?pr.x=66&pr.y=15&sy=2016&ey=2023&scsm=1&ssd=1&sort=country&ds=.&br=1&c=136&s=NGDPD%2CPPPGDP%2CNGDPDPC%2CPPPPC&grp=0&a=
  4. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". www.imf.org.
  5. ^ "Gini coefficient of equivalsed disposable income (source: SILC)". Luxembourg: Eurostat. 15 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 24 Jun 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "2016 Human Development Report" (PDF). Rancangan Pembangunan PBB. 2016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Mac 2017. Dicapai pada 23 Mac 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Comune di Campione d'Italia". Comune.campione-d-italia.co.it. 14 July 2010. Dicapai pada 30 October 2010.
  8. ^ "European Rennaisance and Reformation" (PDF). Township of Washington, NJ: Immaculate Heart Academy. [n.d.] Dicapai pada 20 December 2009. Cite journal requires |journal= (bantuan); Check date values in: |publication-date= (bantuan); |contribution= ignored (bantuan).
  9. ^ "Unification of Italy". Library.thinkquest.org. 4 April 2003. Dicapai pada 19 November 2009.
  10. ^ "The Italian Colonial Empire". All Empires. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  11. ^ Human Development Report 2010. The United Nations. Diambil pada 5 Oktober 2009.
  12. ^ a b The Economist Intelligence Unit’s quality-of-life index, Economist, 2005
  13. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. 14 September 2006. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  14. ^ "DDP Quick Query". Ddp-ext.worldbank.org. 20 July 2004. Dicapai pada 2 August 2010.
  15. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. 14 September 2006. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  16. ^ "CIA World Factbook, Budget". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-06. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  17. ^ "jstor.org". Links.jstor.org. JSTOR 198801). Missing or empty |url= (bantuan)
  18. ^ foreignaffairs.org| Ben W. Heineman, Jr., and Fritz Heimann speak of Italy as a major country or "player" along with Germany, France, Japan, and the United Kingdom, in "The Long War Against Corruption".
  19. ^ M. De Leonardis, Il Mediterraneo nella politica estera italiana del secondo dopoguerra, Bologna, Il Mulino, 2003, p. 17
  20. ^ "carabinieri.it". Translate.google.com. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  21. ^ books.google.com. books.google.com. 1998-11-24. ISBN 9780415140447. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  22. ^ "CIA – The World Factbook – Country Comparison :: Labor force". Cia.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-30. Dicapai pada 27 October 2009.
  23. ^ "KOF – Pressemitteilung" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-04-27. Dicapai pada 27 October 2009.
  24. ^ Alberto Manco, Italia. Disegno storico-linguistico, 2009, Napoli, L'Orientale, ISBN 978-88-95044-62-0
  25. ^ OLD, p. 974: "first syll. naturally short (cf. Quint.Inst.1.5.18), and so scanned in Lucil.825, but in dactylic verse lengthened metri gratia."
  26. ^ J.P. Mallory and D.Q. Adams, Encyclopedia of Indo-European Culture (London: Fitzroy and Dearborn, 1997), 24.
  27. ^ Dionysius of Halicarnassus, Roman Antiquities, 1.35, on LacusCurtius
  28. ^ Aristotle, Politics, 7.1329b, on Perseus
  29. ^ Thucydides, The Peloponnesian War, 6.2.4, on Perseus
  30. ^ Pallottino, M., History of Earliest Italy, trans. Ryle, M & Soper, K. in Jerome Lectures, Seventeenth Series, p.50
  31. ^ Kluwer Academic/Plenum Publishers 2001, ch. 2. ISBN 0-306-46463-2.
  32. ^ History of Plague, Texas Department of State Health Services
  33. ^ Karl Julius Beloch,Bevölkerungsgeschichte Italiens, volume 3, pp. 359–360.
  34. ^ "Naples in the 1600s". Faculty.ed.umuc.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-20. Dicapai pada 3 November 2008.
  35. ^ Monticelli, Giuseppe Lucrezio (Summer, 1967). "Italian Emigration: Basic Characteristic and Trends with Special Reference to the Last Twenty Years". International Migration Review. The Center for Migration Studies of New York, Inc. 1 (3, Special issue, The Italian Experience in Emigration): 10–24. doi:10.2307/3002737. JSTOR 3002737. ISSN 01979183. Check date values in: |date= (bantuan)
  36. ^ (Bosworth (2005), pp. 49.)
  37. ^ Mortara, G (1925). La Salute pubblica in Italia durante e dopo la Guerra. New Haven: Yale University Press.
  38. ^ (Itali) Italia 1946: le donne al voto, dossier a cura di Mariachiara Fugazza e Silvia Cassamagnaghi
  39. ^ "Italy extends emergency measures nationwide".
  40. ^ Beaumont, Peter; Sample, Ian (2020-03-10). "From confidence to quarantine: how coronavirus swept Italy". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2020-03-12.
  41. ^ Ellyatt, Holly (19 March 2020). "Italy's lockdown will be extended, prime minister says as death toll spikes and hospitals struggle". CNBC. Dicapai pada 19 March 2020.
  42. ^ "Morphometric and hydrological characteristics of some important Italian lakes". Largo Tonolli 50, 28922 Verbania Pallanza: Istituto per lo Studio degli Ecosistemi. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-05. Dicapai pada 3 March 2010.CS1 maint: location (link)
  43. ^ Thomas A. Blair, Climatology: General and Regional, Prentice Hall pages 131–132; Adriana Rigutti, Meteorologia, Giunti, p, 95, 2009.
  44. ^ "Italy – Environment". Dev.prenhall.com. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  45. ^ "National Parks in Italy". Parks.it. 1995–2010. Dicapai pada 15 Mac 2010.CS1 maint: date format (link)
  46. ^ REN21 (15 Julai 2010). "Renewables 2010 Global Status Report" (PDF). REN21. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-08-20. Dicapai pada 16 Julai 2010.
  47. ^ "Photovoltaic energy barometer 2010 – EurObserv'ER". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-26. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  48. ^ Global installed wind power capacity (MW) Global Wind Energy Council 6.2.2008
  49. ^ "Italy – Environment". Encyclopedia of the Nations. Dicapai pada 7 April 2010.
  50. ^ United Nations Statistics Division, Millennium Development Goals indicators: Carbon dioxide emissions (CO2), thousand metric tons of CO2 (dikumpul oleh CDIAC)
  51. ^ Pelepasan karbon dioksida secara langsung keluaran manusia sahaja. Tidak termasuk gas rumah tanaman; kegunaan tanah, perubahan kegunaan tanah dan perhutana (LULUCF); dan aliran latar belakang CO2 semula jadi (Lihat juga: Kitaran karbon)
  52. ^ Nick Squires (2 Oktober 2009). "Sicily mudslide leaves scores dead". London: The Daily Telegraph. Dicapai pada 2 Oktober 2009.
  53. ^ "Italian soldiers leave for Lebanon Corriere della Sera, 30 August 2006
  54. ^ "Law n°6433 of September, 3 1999". Difesa.it. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  55. ^ "The Military Balance 2010", ms. 141–145. International Institute for Strategic Studies, 3 Februari 2010.
  56. ^ (Itali) Kementerian Pertahanan Itali. "Nota aggiuntiva allo stato di previsione per la Difesa per l'anno 2009" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2011-05-04. Dicapai pada 27 April 2009.
  57. ^ NRDC: U.S. Nuclear Weapons in Europe • Hans M. Kristensen / Natural Resources Defense Council, 2005 Diarkibkan 2011-01-01 di Wayback Machine.
  58. ^ (Itali) Italian Navy
  59. ^ "The Carabinieri Force is linked to the Ministry of Defence". Carabinieri. Dicapai pada 14 Mei 2010.
  60. ^ "Hobsons Careers in Europe | Country profiles". Careersineurope.hobsons.com. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  61. ^ Itali: a difficult economy?, Graduate School of Business Administration, University of Virginia
  62. ^ "Abbiamo Superato Anche La Francia Secondo Business International>". Ricerca.repubblica.it. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  63. ^ "Report for Selected Countries and Subjects". Imf.org. 14 September 2006. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  64. ^ "Europolitics". Europolitics.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-01. Dicapai pada 26 Januari 2011.
  65. ^ "GDP per capita in PPS" (PDF). Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-07-11. Dicapai pada 25 Jun 2009.
  66. ^ [1] Ocse, tasso di disoccupazione stabile nell'eurozona
  67. ^ "Please login to download > World Gold Council, the information resource for gold, investment, jewellery, science and technology, historical and culture > Please login to download" (PDF). Gold.org. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-03-22. Dicapai pada 27 Januari 2010.
  68. ^ a b c d "Italy – Economics". Dev.prenhall.com. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  69. ^ "UK tops world wine imports table". BBC. 14 Januari 2009.
  70. ^ "Italy :: Italy since 1945 – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  71. ^ Eurostat. "Real GDP growth rate – Growth rate of GDP volume – percentage change on previous year". Dicapai pada 10 Mei 2009.
  72. ^ "EUROPA – Press Releases – Regional GDP per inhabitant in the EU27, GDP per inhabitant in 2006 ranged from 25% of the EU27 average in Nord-Est in Romania to 336% in Inner Londo". Europa.eu. 19 Februari 2009. Dicapai pada 30 October 2010.
  73. ^ "The real sick man of Europe". The Economist. 19 Mei 2005. Dicapai pada 10 Mei 2009.
  74. ^ "Italy: The sick man of Europe". London: The Daily Telegraph. 29 Disember 2008. Dicapai pada 10 Mei 2009.
  75. ^ Eurostat. "Energy, transport and environment indicators" (PDF). Dicapai pada 10 Mei 2009.
  76. ^ Eurostat. "Panorama of energy" (PDF). Dicapai pada 10 Mei 2009.
  77. ^ "European Cohesion Policy in Italy" (PDF). Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  78. ^ Transparency International – the global coalition against corruption Diarkibkan 2011-06-15 di Wayback Machine. Diambil 2 November 2010.
  79. ^ "Knowledge Economy Forum 2008: Innovative Small And Medium Enterprises Are Key To Europe & Central Asian Growth". The World Bank. 19 Mei 2005. Dicapai pada 17 Jun 2008.
  80. ^ 26 March 2010 INTERNATIONAL TRADE STATISTICS http://www.wto.org/english/news_e/pres10_e/pr598_e.htm
  81. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan cia.gov tidak disediakan
  82. ^ World Tourism Organization. "Tourism Highlights 2008 Edition" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-28. Dicapai pada 10 May 2009.
  83. ^ "Italy – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  84. ^ "Nuovo record di velocità sulla linea AV Milano-Bologna" (dalam bahasa Italian). FSNews. 3 Mac 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2008. Dicapai pada 31 Disember 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  85. ^ "Record italiano di velocità" (dalam bahasa Itali). Tutto Treno. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-29. Dicapai pada 2 Januari 2009. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  86. ^ "200 giorni al primo treno Alta Velocità sulla Milano-Bologna" (dalam bahasa Itali). FSNews. 28 May 2008. Dicapai pada 31 Disember 2008.
  87. ^ a b Suruhanjaya Eropah. "Panorama of Transport" (PDF). Dicapai pada 3 Mei 2009.
  88. ^ EUROSTAT. "Ageing characterises the demographic perspectives of the European societies – Issue number 72/2008" (PDF). Dicapai pada 28 April 2009.
  89. ^ (Itali) ISTAT. "Crude birth rates, mortality rates and marriage rates 2005–2008" (PDF). Dicapai pada 10 Mei 2009.
  90. ^ (Itali) ISTAT. "Average number of children born per woman 2005–2008" (PDF). Dicapai pada 3 Mei 2009.
  91. ^ OECD. "Competitive Cities in the Global Economy" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-14. Dicapai pada 30 April 2009.
  92. ^ "Causes of the Italian mass emigration". Library.thinkquest.org. 15 Ogos 1999. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  93. ^ "L'emigrazione italiana in Africa orientale" (PDF) (dalam bahasa Itali). Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  94. ^ Libya – Italian colonization. Britannica Online Encyclopedia.
  95. ^ Libya cuts ties to mark Italy era.. BBC News. 27 Oktober 2005.
  96. ^ Election Opens Old Wounds In Trieste. The New York Times. 6 Jun 1987.
  97. ^ Consulta Nazionale Emigrazione. Progetto ITENETs – “Gli italiani in Brasile”; pp. 11, 19 . Diambil pada 10 September 2008.
  98. ^ Lee, Adam (3 April 2006). "Unos 20 millones de personas que viven en la Argentina tienen algún grado de descendencia italiana" (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 27 Jun 2008.
  99. ^ "U.S Census Bureau – Selected Population Profile in the United States". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2011-04-21.
  100. ^ "The Cambridge survey of world migration". Robin Cohen (1995). Cambridge University Press. p.143. ISBN 0-521-44405-5
  101. ^ "Ethnic origins, 2006 counts, for Uruguay, provinces and territories – 20% sample data".
  102. ^ "Ethnic origins, 2006 counts, for Canada, provinces and territories – 20% sample data". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-23. Dicapai pada 2011-04-21.
  103. ^ Santander Laya-Garrido, Alfonso. Los Italianos forjadores de la nacionalidad y del desarrollo economico en Venezuela. Editorial Vadell. Valencia, 1978
  104. ^ "20680-Ancestry by Country of Birth of Parents – Time Series Statistics (2001, 2006 Census Years) – Australia". Australian Bureau of Statistics. 27 June 2007. Dicapai pada 30 December 2008.
  105. ^ "Italy wakes up to the realities of immigration". The Guardian. 21 Februari 2010.
  106. ^ http://www.istat.it/salastampa/comunicati/non_calendario/20101012_00/testointegrale20101012.pdf
  107. ^ "La popolazione straniera residente in Italia al 1° gennaio 2009" (PDF) (dalam bahasa Itali). Istat. 8 Oktober 2009. m/s. 1–3. Dicapai pada 27 Oktober 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  108. ^ Elisabeth Rosenthal, "Italy cracks down on illegal immigration". The Boston Globe. 16 Mei 2008.
  109. ^ Ethnologue report for language code:ita (Italy) – Gordon, Raymond G., Jr. (ed.), 2005. Ethnologue: Languages of the World, Fifteenth edition. Dallas, Tex.: SIL International. Online version
  110. ^ Italian Language: Geographic Distribution Discovery Media'.' Diambil pada 16 Mei 2010.
  111. ^ "Italian language – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com. 3 November 2008. Dicapai pada 19 November 2009.
  112. ^ [L.cost. 26 febbraio 1948, n. 4, Statuto speciale per la Valle d'Aosta; L.cost. 26 febbraio 1948, n. 5, Statuto speciale per il Trentino-Alto Adige; L.cost. 31 gennaio 1963, n. 1, Statuto speciale della Regione Friuli Venezia Giulia]
  113. ^ Religious Populations Office for National Statistics
  114. ^ (Itali) "Italy: 88% of Italians declare themselves Catholic". Corriere della Sera. 18 Januari 2006. Dicapai pada 10 Mei 2009.
  115. ^ "ReportDGResearchSocialValuesEN2.PDF" (PDF). Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  116. ^ "Country profile: Vatican". BBC News. 26 Oktober 2009. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  117. ^ "The Duomo of Florence | Tripleman". www.tripleman.com. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  118. ^ "brunelleschi's dome – Brunelleschi's Dome". Brunelleschisdome.com. Dicapai pada 25 Mac 2010.
  119. ^ "The Cardinals of the Holy Roman Church – Living cardinals arranged by country". Fiu.edu. 15 Oktober 2010. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  120. ^ "Italy – Italian Language, Culture, Customs and Business Etiquette". Kwintessential.co.uk. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  121. ^ "The Holy Orthodox Archdiocese of Italy and Malta". Ortodossia.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  122. ^ (Itali) I Testimoni di Geova e i loro scismi
  123. ^ (Itali) Waldensian Evangelical Church Diarkibkan 2012-07-24 di archive.today
  124. ^ "World Council of Churches". Oikoumene.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-09. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  125. ^ "Italy: Country's muslims raise funds to help quake victims – Adnkronos Religion". Adnkronos.com. 7 April 2003. Dicapai pada 30 October 2010.
  126. ^ "Muslims in Europe: Country guide". BBC News. 23 Disember 2005. Dicapai pada 5 Mei 2010.
  127. ^ Rosenthal, Elisabeth (25 Julai 2005). "Pressure is growing on Muslims in Italy". The New York Times. Dicapai pada 31 Mac 2010.
  128. ^ "NRI Sikhs in Italy". Nriinternet.com. 15 November 2004. Dicapai pada 30 October 2010.
  129. ^ "Unione Buddhista Italiana – UBI: L'Ente". Buddhismo.it. 18 Ogos 2009. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  130. ^ "Most Baha'i Nations (2005)". QuickLists > Compare Nations > Religions >. The Association of Religion Data Archives. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-24. Dicapai pada 30 Januari 2010.
  131. ^ "Il Tempo – È il più grande ateneo d'Europa". Iltempo.ilsole24ore.com. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  132. ^ "Si abbassa l'obbligo scolastico a 15 anni. L'apprendistato diventa scuola". Flcgil.it. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  133. ^ Nancy Imelda Schafer, ISI. "SCI-BYTES: Science in Italy, 1998–2002". In-cites.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 27 Januari 2010.
  134. ^ "Conferenze, ospiti, news ed eventi legati agli MBA della SDA Bocconi|MBA SDA Bocconi". Mba.sdabocconi.it. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-09. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  135. ^ "Gatech :: OIE :: GT Study Abroad Programs". Web.archive.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-08. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  136. ^ "Sda Bocconi supera London Business School – ViviMilano". Corriere.it. 12 November 2008. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  137. ^ "Politecnico di milano". Top Universities. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  138. ^ "Vision Forum Web Site". Visionwebsite.eu. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  139. ^ "Top 100 European Universities". Arwu.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-30. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  140. ^ "ARWU2008". Arwu.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  141. ^ "Università di Bologna (oldest university in the world)". Virtual Globetrotting. 21 Oktober 2006. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  142. ^ a b "Italy – Health". Dev.prenhall.com. Dicapai pada 2 Ogos 2010.
  143. ^ "OECD Health Data 2008 How Does Italy Compare" (PDF). OECD. 2008. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-12-06. Dicapai pada 2011-04-21.
  144. ^ "The World Health Organization's ranking of the world's health systems". Photius.com. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  145. ^ "Health system attainment and performance in all Member States". Photius.com. Dicapai pada 27 Oktober 2009.
  146. ^ United Nations World Population Prospects: 2006 revision – Table A.17 for 2005–2010
  147. ^ "Global Prevalence of Adult Obesity" (PDF). International Obesity Taskforce. Dicapai pada 29 Januari 2008.
  148. ^ World Health Organization (2008). WHO Report on the Global Tobacco Epidemic, 2008: the MPOWER package (PDF). World Health Organization. m/s. 267–288. ISBN 978-92-4-159628-2. Dicapai pada 1 Januari 2008.
  149. ^ "Smoking Ban Begins in Italy". Deutsche Welle. 10 Januari 2005. Dicapai pada Ogos 2010. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  150. ^ a b Weidhorn, Manfred (2005). The Person of the Millennium: The Unique Impact of Galileo on World History. iUniverse. m/s. 155. ISBN 0-595-36877-8.
  151. ^ Finocchiaro (2007)
  152. ^ "Galileo and the Birth of Modern Science, by Stephen Hawking, American Heritage's Invention & Technology, Spring 2009, Vol. 24, No. 1, p. 36
  153. ^ Eyewitness Travel (2005), ms. 19
  154. ^ "All Nobel Laureates in Literature".
  155. ^ http://books.google.com/books?id=pkeaOOxb_isC&pg=PA16&sig=JJmC6YC-Hmmm6Z5P2Cfbvz_jrSA#v=onepage&q=&f=false
  156. ^ "Quick Opera Facts 2007". OPERA America. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-01. Dicapai pada 23 April 2007.
  157. ^ Alain P. Dornic (1995). "An Operatic Survey". Opera Glass. Dicapai pada 23 April 2007.
  158. ^ a b Kimbell, David R. B (29 April 1994). Italian Opera – Google Books. Books.google.co.uk. ISBN 9780521466431. Dicapai pada 20 Disember 2009.
  159. ^ "The Cinema Under Mussolini". Ccat.sas.upenn.edu. Dicapai pada 30 Oktober 2010.
  160. ^ "Previous FIFA World Cups™". FIFA.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-18. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  161. ^ Del Conte, 11–21.
  162. ^ Mitrica, Mihai Un milion de romani s-au mutat in Italia ("Sejuta orang Romania berpindah Itali"). Evenimentul Zilei, 31 October 2005. Visited 11 April 2006.

Pautan luar sunting

Profil negara
Am