Hadiah Nobel dalam Fizik

Hadiah Nobel dalam Fizik (Svensk: Nobelpriset i fysik, bahasa Inggeris: Nobel Prize in Physics) dianugerahkan setahun sekali oleh Akademi Sains Diraja Sweden, sebagai salah satu dari lima Hadiah Nobel yang ditubuhkan atas wasiat Alfred Nobel pada tahun 1895 dan dianugerahkan sejak tahun 1901; hadiah-hadiah lain ialah Hadiah Nobel dalam Kimia, Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Hadiah Keamanan Nobel, dan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan. Hadiah Nobel pertama dalam bidang fizik dikurniakan kepada Wilhelm Conrad Röntgen yang berbangsa Jerman, "sebagai pengiktirafan kepada jasa luar biasa beliau melalui penemuan sinar-sinar luar biasa (atau sinar X)". Anugerah ini ditadbir oleh Yayasan Nobel dan dipandang ramai sebagai anugerah paling berprestij yang boleh diraih oleh mana-mana ahli sains yang menceburi bidang Fizik. Hadiah ini dipersembahkan di majlis penganugerahan tahunan pada setiap 10 Disember (ulang tahun pemergian Nobel) di bandar Stockholm.

Hadiah Nobel dalam Fizik
JenisHadiah Nobel Sunting nilai ini di Wikidata
PeneranganSumbangan cemerlang kepada manusia dalam bidang Fizik
Tarikh10 Disember 1901; 122 tahun yang lalu (1901-12-10)
LokasiStockholm, Sweden
NegaraSweden Sunting nilai ini di Wikidata
Disampaikan olehAkademi Sains Diraja Sweden
Ganjaran9 juta SEK (2017)[1]
Kali pertama1901
Kini dipegang olehGérard Mourou, Arthur Ashkin, Donna Strickland (2018)
Anugerah terbanyakJohn Bardeen (2)
Lebih tinggiNobel%20prize%20medal.svg Sunting nilai ini di Wikidata
Lebih rendahNobel%20prize%20medal.svg Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak web
nobelprize.org
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pencalonan dan pemilihan

sunting

Selebih-lebihnya tiga orang Pemenang Nobel dan dua hasil usaha berlainan boleh dipilih untuk meraih Hadiah Nobel dalam Fizik.[2] Proses pencalonan dan pemilihan pemenang Hadiah Nobel memakan masa yang lama dan banyak memerlukan penelitian berbanding hadiah-hadiah lain, oleh yang demikian Hadiah Nobel menjadi hadiah terpenting dalam bidang fizik.[3]

Pemenang Hadiah Nobel dalam Fizik dipilih oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri dari lima orang ahli yang dilantik oleh Akademi Sains Diraja Sweden. Pada peringkat awal, beberapa ribu orang diminta menamakan calon. Nama-nama yang dicalonkan ini diteliti dan dibincangkan oleh para pakar sehingga hanya pemenangnya yang tinggal. Proses yang perlahan dan menyeluruh inilah yang menaikkan kepentingan hadiah ini.

Borang-borang yang berbentuk jemputan peribadi dan eksklusif dihantar ke hampir 3,000 individu terpilih untuk menjemput mereka agar menghantar pencalonan. Nama calon-calon tidak diumumkan serta-merta, dan calon-calon tersebut juga tidak dimaklumkan pencalonan mereka. Rekod-rekod pencalonan disimpan selama 50 tahun.

Setelah pencalonan dipantau oleh jawatankuasa, senarai kira-kira 200 calon dihasilkan lalu dihantar kepada pakar-pakar terpilih dalam bidang ini untuk dikurangkan kepada 15 orang calon. Jawatankuasa menghantar laporan cadangan kepada institusi yang berkenaan. Walaupun pencalonan anumerta (selepas mati) tidak dibenarkan, namun seseorang yang mati dalam tempoh antara pencalonan dan keputusan jawatankuasa penghadiahan masih dibenarkan.

Anugerah dalam bidang kimia ini menekankan pentingnya pencapaian itu "bertahan lama", iaitu sela masa antara penemuan dan penganugerahan biasanya 20 tahun atau lebih lama lagi. Contohnya, separuh Hadiah Nobel dalam Fizik 1983 dihadiahkan kepada Subrahmanyan Chandrasekhar kerana kerjanya mengenai struktur dan evolusi bintang yang dijalankan pada 1930-an. Malangnya, bukan semua saintis boleh hidup cukup lama untuk menikmati pengiktirafan Nobel untuk pencapaian mereka, maka adanya penemuan sains yang tidak dapat dipertimbangkan untuk Hadiah Nobel gara-gara tokoh-tokohnya sudah meninggal dunia sebelum kesan usaha-usaha mereka direalisasikan. Sebelum tahun 1974, penganugerahan anumerta dibenarkan sekiranya penerimanya meninggal selepas dicalonkan.[4]

Senarai penerima

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • The politics of excellence, beyond the nobel prize; R. Friedman ; 2002
  • Nobel Century: a biographical analysis of physics laureates, in Interdisciplinary Science Reviews, by Claus D. Hillebrand ; June 2002; No 2. p.87-93

Rujukan

sunting
  1. ^ "Nobel Prize amount is raised by SEK 1 million". Nobelprize.org.
  2. ^ "What the Nobel Laureates Receive", dicapai 1 November 2007.
  3. ^ "The Nobel Prize Selection Process", Encyclopaedia Britannica, accessed November 5, 2007 (Flowchart).
  4. ^ FAQ nobelprize.org

Pautan luar

sunting