Akademi Sains Diraja Sweden

Akademi Sains Diraja Sweden (Svensk: Kungliga Vetenskapsakademien) ialah salah satu Akademi Diraja Sweden. Ia merupakan organisasi saintifik bukan kerajaan bebas yang bertanggungjawab secara khususnya untuk sains semula jadi dan matematik, tapi ia juga berusaha untuk menggalakkan pertukaran idea di antara berbagai-bagai disiplin sains.

Akademi Sains Diraja Sweden
اكاديمي ساءين س دراج سويدين
MotoAtt främja vetenskaperna och stärka deras inflytande i samhället
(Menggalakkan perkembangan sains dan memperkasakan pengaruhnya dalam masyarakat)
Pembentukan2 Jun 1739
Ibu pejabatStockholm, Sweden
Ahli470 ahli
175 ahli warga asing
PresidenChristina Moberg
Setiausaha AmGöran K. Hansson
Laman web rasmiwww.kva.se/en

Pada setiap tahun, Akademi ini akan menganugerahkan Hadiah-Hadiah Nobel dalam Fizik dan Kimia, Hadiah Sains Ekonomi Sveriges Riksbank Memperingati Alfred Nobel, Hadiah Crafoord, Hadiah Sjöberg serta beberapa hadiah yang lainnya.

Hadiah-hadiah yang dianugerahkanSunting

Peringkat antarabangsaSunting

Peringkat negaraSunting

KeahlianSunting

Akademi ini telah melantik sekitar 1,700 orang dari Sweden dan 1.200 orang dari negara luar sejak pengasasannya pada tahun 1739. Pada hari ini, ia mempunyai keahlian sebanyak kira-kira 470 warga Sweden dan 175 warga asing yang dibahagikan kepada sepuluh "kelas" mewakili bidang saintifik yang pebagai:[8]

SejarahSunting

Akademi ini didirikan pada 2 Jun 1739 oleh ahli alamiah Carl Linnaeus, pemaham mekantil Jonas Alströmer, jurutera mekanikal Mårten Triewald, penjawat awam Sten Carl Bielke dan Carl Wilhelm Cederhielm serta negarawan/pengarang Anders Johan von Höpken.[9]

Tujuan akademi ini adalah untuk menumpukan kepada ilmu pengetahuan yang berguna serta menyebarkan penemuan sains akademi dengan banyaknya melalui penerbitan dalam bahasa Sweden. Akademi ini bertujuan untuk menjadi berbeza daripada Persatuan Sains Diraja Uppsala yang diasaskan di 1719 dan membuat penerbitan mereka dalam bahasa Latin. Lokasinya yang terletak berdekatan dengan kegiatan komersial di ibu kota Sweden (yang tidak mempunyai universiti seperti di Uppsala pada ketika itu) juga disengajakan. Pembentukan akademi ini diilhamkan daripada akademi-akademi terdahulu yang diketahui oleh sebahagian para pengasasnya seperti The Royal Society of London dan Academie Royale des Sciences di Paris, Perancis.

RujukanSunting

  1. ^ "Nobel Prizes - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  2. ^ "Prize in Economic Sciences - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  3. ^ "Crafoord Prize - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  4. ^ "Sjöberg Prize - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  5. ^ "Rolf Schock Prizes - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  6. ^ "Gregori Aminoff Prize - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  7. ^ "Tobias Prize - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  8. ^ "The members - The Royal Swedish Academy of Sciences". www.kva.se. Dicapai pada 4 Julai 2017.
  9. ^ "History". The Royal Swedish Academy of Sciences. Dicapai pada 18 Oktober 2009.