Piza

(Dilencongkan dari Pizza)

Piza (Jawi: ڤيزا, Itali: pizza dari akar Jerman Hulu bizzo "gigitan"[1]) merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Piza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran piza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizzja Hut, Shakey`s Pizza, Domino Pizza, dan lain-lain lagi.

Piza
Piza yang baru dimasak
JenisMakanan mudah, finished good, Roti rata, Pizzas, casseroles, snek Sunting ini di Wikidata
Jenis sajianMakan tengahari atau malam
Tempat asal Itali
Suhu penghidanganPanas atau suam
Bahan utamaDoh, sos (biasanya sos tomato), keju
Bahan yang biasa digunakanDoh, tomato sauce, keju Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Piza biasanya berasaskan doh disapu tomato, keju, dan sering pelbagai bahan-bahan lain (seperti ikan bilis, cendawan, bawang, zaitun, nanas, daging, dan lain-lain), yang kemudian dipanggang pada suhu tinggi, secara tradisional di dalam ketuhar dengan api kayu.[2]

Di Itali, piza yang disajikan dalam suasana formal, seperti di restoran, disajikan tanpa roti, dan dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu.[3][4] Namun, dalam suasana santai, dipotong menjadi pisau untuk dimakan sambil dipegang di tangan.

Sejarah

sunting
 
Piza Margherita di Napoli

Masyarakat Yunani Purba menabur minyak zaitun, herba dan keju atas roti.[5] Masyarakat Rom Purba pula mencipta kek plasenta, sekeping doh dihiasi dengan keju dan madu dan berperasa daun bay.[perlu rujukan]

Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti piza . Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku.

Penungkapan tertua pizza yang paling bertahan berasal dari suatu surat janji tanah terhimpun dalam Codex Diplomaticus Cajenatus pada 997 Masihi kepada penghuni sebidang tanah termasuk tapak kincir air sewaan keuskupan Gaeta yang mengehendakkan:[6]

...in dies natali domini sive vos sive vestris heredes in suprascripto episcopio tam nobis quam a nostris posteris successores duodecim pizze et una spatula de porco...
("...pada hari kelahiran Tuan kita, kepada kami para atau para pengganti kami, dua belas keping piza dan sepotong daging bahu babi...")

Piza Napolita dan Margherita

sunting
 
Piza Napoli yang dimasak

Penciptaan piza yang sempurna berlaku pada Zaman Pembaharuan di Napoli, Itali. Para petani di sana membuat roti tawar dari gandum dan minyak zaitun. Manakala di tengah-tengahnya pula ditabur hirisan keju mozzarella. Seterusnya tomato diperkenalkan. Campuran tomato menjadikan piza itu lebih lazat. Dengan itu, keju mozzarella dan tomato menjadi bahan utama dalam penyediaan piza .

Oleh itu, tidak hairanlah dikatakan kota Napoli merupakan ibu kota piza . Malah, piza Napolita adalah salah satu piza yang paling popular di dunia. Piza bukan termasyhur di kalangan rakyat biasa, malah di kalangan golongan istana. Dengan itu, muncul piza Margherita yang diambil sempena nama Ratu Margherita dari Itali.

Piza telah dibawa ke Amerika Syarikat dan menjadi terkenal dalam sekelip mata. Malah, piza sudah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia.

Piza sate

sunting
 
Piza sate

Piza sate adalah ciptaan Malaysia dan sekarang terkenal di Nusantara Melayu, terutamanya di Malaysia, dan juga di negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Piza jenis inilah telah membuat makanan Malaysia berbeza dari negara-negara lain di Asia (contohnya Thailand dengan sos cili manis dan Jepun dengan sushi).

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "pizza". Vocabolario on line (dalam bahasa Itali). Istituto della Enciclopedia Italiana. 2023. s. f. [voce già presente nel lat. mediev., forse der. da un ant. alto-ted. bizzo, pizzo «boccone, pezzo di pane, focaccia», diffusa in epoca recente attraverso il napoletano]. – 1. Preparazione culinaria, a base di farina di grano (o anche di granturco, castagne, ecc.), impastata con acqua o latte, lievito, uova, e olio o sugna o burro, con l’aggiunta di ingredienti varî e cotta in forno, generalm. in forme rotonde e basse
  2. ^ "144843". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  3. ^ Naylor, Tony (6 September 2019). "How to eat: Neapolitan-style pizza". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  4. ^ Godoy, Maria (13 January 2014). "Italians To New Yorkers: 'Forkgate' Scandal? Fuhggedaboutit". National Public Radio. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2019. Dicapai pada 20 September 2019.
  5. ^ Talati-Padiyar, Dhwani. Travelled, Tasted, Tried & Tailored: Food Chronicles. ISBN 1304961354. Dicapai pada 4 Januari 2015.
  6. ^ Riciniello, Salvatore (1987). Codice Diplomatico Gaetano. 1. La Poligrafica.