Buka menu utama

Wikipedia β

Tapak Balai Keadilan Sedunia di Haifa, Israel yang merupakan badan pentadbir bagi penganut Bahá'í
Kuil Báb di Haifa, Israel.
Kuil Bahá'u'lláh di Akko, Israel.

Bahai[1] ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850M).

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu (?), walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata: "Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini seperti agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama agama ini berada di Haifa, Israel.

Ciri-ciri Agama BahaiSunting

a. Pengasasnya adalah jelmaan Allah SWT.

b. Semua agama sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai

c. Alam ini bersifat baqa’ (kekal)

d. Nabi Isa mati disalib

e. Menggunakan kod 19 sehingga al-Quran dipengaruhi dengan kod tersebut

f. Menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga dan neraka

g. Memansuhkan agama Islam

h. Acre di Palestin sebagai kiblat baru

i. Mengubah ibadah puasa 19 hari, bersolat 9 rakaat 3 kali sehari dan wuduk dengan air mawar atau diganti dengan bacaan ‘Bismillah al-athar (5 kali)

j. Menghapuskan jihad

k. Kitab Suci Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi.

RujukanSunting

  1. ^ "Bahai", Pusat Rujukan Persuratan Melayu: Kamus Bahasa Melayu, DBP. Diambil pada 2011-02-14