Iran

negara berdaulat di Asia Barat

Iran, (Jawi: ايران; Īrān), atau nama rasminya Republik Islam Iran (Parsi: جمهوری اسلامی ايران, Jomhuriye Eslamiye Iran), juga dikenali sebagai Parsi di negara-negara barat, adalah sebuah negara di Asia Barat. Ia bersempadan dengan Armenia, Azerbaijan dan Turkmenistan di utara, Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur, dan Turki dan Iraq (Kurdistan wilayah) di sebelah barat. Iran juga berkongsi Teluk Parsi dengan Kuwait, Iraq, Arab Saudi, Bahrain, Oman, Qatar dan juga Emiriah Arab Bersatu. Agama rasminya ialah Islam Syiah dan bahasa rasminya ialah Bahasa Parsi.

Republik Islam Iran
جمهوری اسلامی ایران (Parsi)
Jomhuri-ye Eslāmi-ye Irān
Bendera Iran
Lambang Iran
Bendera Lambang
Cogan kata
استقلال، آزادی، جمهوری اسلامی
Esteqlāl, Āzādi, Jomhuri-ye Eslāmi
(Untuk Kemerdekaan Kebebasan, Republik Islam)
Lagu kebangsaanسرود ملی جمهوری اسلامی ایران
Sorud-e Melli-ye Jomhuri-ye Eslāmi-ye Irān
Ibu negara
dan bandar terbesar
Tehran
35°41′N 51°25′E / 35.683°N 51.417°E / 35.683; 51.417
Bahasa rasmiBahasa Parsi
Kumpulan etnik
  • 61% Parsi
  • 16% Azerbaijanis
  • 10% Kurdi
  • 6% Bakhtiari
  • 2% Turkmen
  • 2% Baloch
  • 2% Arab
  • 1% lain-lain
KerajaanRepublik Islam
Ali Khamenei
• Presiden
Ebrahim Raisi
• Naik Presiden
Mohammad Mokhber
• Ketua Parlimen
Mohammad Bagher Ghalibaf
• Ketua Hakim Negara
Gholam-Hossein Mohseni-Eje'i
Badan perundanganMajlis Perundingan Islam
Sejarah Penubuhan
s. 678 BC
550 BC
247 BC
224 AD[1]
• Dinasti Buyid
934
• Safavid Iran
1501[2]
• Dinasti Afsharid
1736
• Dinasti zand
1751
• Qajar Iran
1796
• Pahlavi Iran
15 December 1925
11 February 1979
• Perlembagaan Iran
3 December 1979
• perlembagaan Iran 1989
28 July 1989
Keluasan
• Jumlah
1,648,195 km2 (636,372 bt2) (17th)
• Perairan (%)
1.63 (as of 2015)[3]
Penduduk
• Perkiraan 2019
83,183,741[4] (17th)
48/km2 (124.3/sq mi) (162nd)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$1.007 trillion[5] (18th)
$11,963[5] (66th)
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$611 billion[5] (21st)
$7,257[5] (78th)
Gini (2018)negative increase 42.0[6]
sederhana
HDI (2019) 0.783[7]
tinggi · 70th
Mata wangRial Iran ریال
(IRR)
Zon waktuUTC+3:30 (IRST)
• Musim panas (DST)
UTC+4:30 (IRDT)
Format tarikhyyyy/mm/dd (SH)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+98
Kod ISO 3166IR
DPT internet

Iran merupakan sebuah negara yang menyimpan antara tamadun yang tertua di dunia. Berumur hampir 6000 tahun, Iran terletak di tengah-tengah benua Eurasia dan ini menjadikan ia cukup penting dalam tamadun dunia kerana mempunyai kedudukan geografi yang strategik. Iran juga adalah ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Persidangan Islam, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan Organisasi Kerjasama Ekonomi. Merupakan antara kuasa rantau yang terpenting di Asia Barat Daya, Iran memainkan peranan yang penting dalam ekonomi dunia melalui simpanan minyaknya yang banyak. Nama Iran ini berkait rapat dengan Arya, dan bermaksud "Tanah Arya" dalam bahasa Parsi.

Iran adalah nombor satu dalam hukuman mati kanak-kanak di dunia. [8]

Sejarah sunting

Lihat juga Empayar Parsi

Sejarah awal, Empayar Median dan Empayar Achaemenid (3200 SM – 330 SM) sunting

Daripada tulisan-tulisan sejarah, tamadun Iran yang pertama ialah Iran-Proto, diikuti dengan tamadun Elam. Pada milenium kedua dan ketiga, Orang Arya berhijrah ke Iran dan menubuhkan empayar pertama Iran, Empayar Medes (728-550 SM). Empayar ini telah menjadi simbol kepada pengasas bangsa dan juga empayar Iran. Ia disusuli dengan Empayar Achaemenid (648–330 SM) yang ditubuhkan oleh Cyrus Agung.

Cyrus Agung juga terkenal sebagai pemerintah pertama yang mewujudkan undang-undang mengenai hak-hak kemanusiaan, tertulis di atas artifak dikenali sebagai Silinder Cyrus. Beliau juga merupakan pemerintah pertama yang memakai gelaran Agung dan juga Shah Iran. Di zaman beliau, perhambaan dilarang di kawasan-kawasan taklukan beliau (turut dikenali sebagai Empayar Parsi.) Idea ini kemudiannya memberi kesan yang besar kepada tamadun-tamadun manusia selepas zaman beliau.

Empayar Parsi kemudiannya diperintah oleh Cambyses selama tujuh tahun (531-522 M) dan kemangkatan beliau disusuli dengan perebutan kuasa dimana akhirnya Darius (522-486 M) diisytihar sebagai raja.

Ibu kota Parsi ketika zaman Darius dipindahkan ke Susa dan beliau mula membina Persepolis. Sebuah terusan di antara Sungai Nil dan Laut Merah turut dibina dan menjadikan beliau pelopor untuk pembinaan Terusan Suez. Sistem jalan juga turut diperbaharui dan sebuah lebuh raya dibina menghubungkan Susa dan Sardis. Lebuh raya ini dikenali sebagai Jalan Diraja.

Selain itu, pensyilingan di dalam bentuk daric (syiling emas) dan juga Shekel (syiling perak) diperkenalkan diseluruh dunia. Bahasa Parsi Lama turut diperkenalkan dan diterbitkan di dalam inskripsi diraja.

Dibawah pemerintahan Cyrus Agung dan Darius Agung, Empayar Parsi menjadi sebuah empayar yang terbesar dan terkuat di dunia ketika itu. Pencapaian utamanya ialah ia sebuah empayar besar pertama yang mengamalkan sikap toleransi dan menghormati budaya-budaya dan agama-agama lain di kawasan jajahannya.

Empayar Iran Ketiga: Empayar Parthia (248 SM – 224 M) sunting

Parthia dimulakan dengan Dinasti Arsacid yang menyatukan dan memerintah Penara Iran. Ia juga turut menawan wilayah timur Yunani pada awal abad ke tiga Masihi dan juga Mesopotamia antara tahun 150 SM dan 224 M. Parthia juga merupakan musuh ketat Rom di sebelah timur, dan mereka berjaya menyekat kemaraan Rom di Anatolia. Tentera-tentera Parthia terbahagi kepada dua kumpulan berkuda, tentera berkuda yang berperisai dan membawa senjata berat, dan tentera berkuda yang bersenjata ringan dan kudanya lincah pergerakan. Manakala, tentera Rom terlalu bergantung kepada infantri, menyebabkan Rom sukar untuk mengalahkan Parthia. Tetapi, Parthia kekurangan teknik dalam perang tawan, menyebabkan mereka sukar mengawal kawasan taklukan. Ini menyebabkan kedua-dua belah pihak gagal menawan satu sama lain.

Empayar Parthia wujud selama lima abad (Berakhir pada tahun 224 M,) dan raja terakhirnya kalah ditangan empayar lindungannya, iaitu Sassanid

 
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
sunting


Empayar Iran Keempat: Empayar Sassanid (226–651) sunting

Ardashir I, shah pertama bagi Empayar Sassanid, mula membentuk semula ekonomi dan tentera Parsi. Wilayahnya meliputi kawasan Iran moden, Iraq, Syria, Pakistan, Asia Tengah dan wilayah Arab. Ketika zaman Khosrau II (590-628) pula, empayar ini diluaskan sehingga ke Mesir, Jordan, Palestin, dan Lebanon. Orang-orang Sassanid pula menamakan empayar mereka Erānshahr (atau Iranshæhr, "Penguasaan Orang Arya".)

 
Empayar Sassanid ketika zaman kegemilangannya.

Sejarah Iran seterusnya diikuti dengan konflik selama enam ratus tahun dengan Empayar Rom dan Empayar Islam. Menurut sejarahwan, kekalahan Parsi didalam Perang al-Qādisiyyah (632 M) di Hilla, Iraq disebabkan oleh keputusan seorang panglima Parsi iaitu Rostam Farrokhzād. Beliau dikritik kerana keputusannya untuk berperang dengan orang Arab di bumi Arab sendiri. Kekalahan Sassanid di Iraq menyebabkan tentera mereka tidak keruan dan akhirnya ini memberi jalan kepada penawanan Islam ke atas Parsi.

Era Sassanid menyaksikan kemuncak tamadun Parsi, dan merupakan empayar Parsi terakhir sebelum kedatangan Islam. Pengaruh dan kebudayaan Sassanid kemudiannya diteruskan selepas pemelukan Islam oleh Parsi.

Islam Parsi dan Zaman Kegemilangan Islam Parsi (700–1400) sunting

Selepas pemelukan Islam, orang-orang Parsi mula membentuk imej Islam Parsi, dimana mereka mengekalkan imej sebagai orang Parsi tetapi pada masa yang sama juga sebagai muslim. Pada tahun 8 M, Parsi memberi bantuan kepada Abbassiyah memerangi tentera Umayyah, kerana Bani Umayyah hanya mementingkan bangsa Arab dan memandang rendah kepada orang Parsi. Ketika zaman Abbassiyah, orang-orang Parsi mula melibatkan diri dalam pentadbiran kerajaan. Sesetengahnya pula menubuhkan dinasti sendiri.

Pada kurun ke sembilan dan ke sepuluh, terdapat beberapa kebangkitan nasionalis Parsi yang menentang idea Arab sebagai Islam dan Muslim. Tetapi kebangkitan ini tidak menentang identiti Islam. Salah satu kesan kebangkitan ini ialah penggunaan bahasa Parsi sebagai bahasa rasmi Iran sehingga ke hari ini.

Ketika zaman ini juga, ahli-ahli sains Parsi membentuk Zaman Kegemilangan Islam. Manakala Parsi menjadi tumpuan kepada penyebaran ilmu sains, filasafah dan kejuruteraan. Ini kemudiannya mempengaruhi sains di Eropah dan juga pembangkitan zaman pembaharuan.

Bermula pada tahun 1220, Parsi dicerobohi oleh tentera Mongolia di bawah pimpinan Genghis Khan, diikuti dengan Timurlang, di mana kedua-dua pencerobohan menyebabkan kemusnahan yang teruk di Parsi.

Islam Syiah, Empayar Safawi, Dinasti Qajar/Pahlavi dan Iran Moden (1501 – 1979) sunting

Parsi mula bertukar menjadi Islam Syiah ketika zaman Safawi, pada tahun 1501. Dinasti Safawi kemudiannya menjadi salah sebuah kuasa dunia yang utama dan mula mempromosikan industri pelancongan di Iran. Di bawah pemerintahnya, seni bina Parsi berkembang semula dan menyaksikan pembinaan monumen-monumen yang indah. Kejatuhan Safawi disusuli dengan Parsi menjadi sebuah medan persaingan antara kuasa Imperial Rusia dan Empayar Inggeris (yang menggunakan pengaruh Dinasti Qajar). Namun begitu, Iran tetap mengekalkan kemerdekaan dan wilayah-wilayahnya, menjadikannya unik di rantau itu. Permodenan Iran yang bermula pada lewat kurun ke sembilan belas, membangkitkan keinginan untuk berubah oleh orang-orang Parsi. Ini menyebabkan berlakunya Revolusi Perlembagaan Parsi pada tahun 1905 hingga 1911. Pada tahun 1921, Reza Khan (juga dikenali sebagai Reza Shah) mengambil alih takhta melalui rampasan kuasa daripada Qajari yang semakin lemah. Sebagai penyokong permodenan, Shah Reza memulakan pembangunan industri moden, jalan kereta api, dan penubuhan sistem pendidikan tinggi di Iran. Malangnya, sikap aristokratik dan ketidakseimbangan pemulihan kemasyarakatan menyebabkan ramai rakyat Iran tidak berpuas hati.

Ketika Perang Dunia Kedua, tentera Inggeris dan Kesatuan Soviet menceroboh Iran dari 25 Ogos hingga 17 September 1941, untuk menyekat kuasa-kuasa paksi dan mengawal infrastruktur penggalian minyak Iran. Kuasa-kuasa bersekutu memaksa Shah untuk melantik anak beliau, Mohammad Reza Pahlavi menggantikan beliau, dengan harapan Mohammad Reza menyokong mereka.

Malangnya, pemerintahan Shah Mohammad Reza bersifat autokratik. Dengan bantuan dari Amerika dan Inggeris, Shah meneruskan permodenan Industri Iran, tetapi pada masa yang sama menghancurkan parti-parti pembangkang melalui badan perisikannya, SAVAK. Ayatollah Ruhollah Khomeini menjadi pembangkang dan pengkritik aktif terhadap pemerintahan Shah Mohammad Reza dan kemudiannya beliau dipenjarakan selama lapan belas bulan. Melalui nasihat general Hassan Pakravan, Khomeini dibuang negeri dan dihantar ke Turki dan selepas itu ke Iraq.

Revolusi Islam dan Perang Iran Iraq (1979–88) sunting

 
Ayatollah Ruhollah Musavi Khomeini, pemimpin Revolusi Islam dan juga pengasas Republik Islam Iran

Protes menentang Shah semakin meningkat dan akhirnya terjadilah Revolusi Iran. Shah Iran terpaksa melarikan diri ke negara lain selepas kembalinya Khomeini dari buangan pada 1 Februari 1979. Khomeini kemudiannya mengambil alih kuasa dan membentuk kerajaan sementara, pada 11 Februari yang dikepalai Mehdi Bazargan sebagai perdana menteri. Selepas itu, Khomeini membuat pungutan suara bagi membentuk sebuah Republik Islam. Keputusan undian menunjukkan lebih 98% rakyat Iran bersetuju dengan pembentukan itu. Sistem kerajaan baru yang dibentuk adalah berasaskan undang-undang Islam yang konservatif.

Tetapi, hubungan Iran dengan Amerika menjadi keruh selepas revolusi ini, terutamanya apabila mahasiswa-mahasiswa Iran menawan kedutaan Amerika pada 4 November 1979, atas alasan kedutaan itu menjadi pusat perisikan Amerika. Khomeini pula tidak mengambil sebarang tindakan mengenai tawanan ini sebaliknya memuji mahasiswa-mahasiswa itu. Sebagai tukaran, Iran mahukan Shah Mohammad Reza Pahlavi dikembalikan ke Iran, tetapi ini tidak dipersetujui Amerika. Selepas 444 hari didalam tawanan, akhirnya tebusan-tebusan itu dibebaskan menerusi Deklarasi Algiers.

Pada masa yang sama, Saddam Hussein, presiden Iraq ketika itu, mengambil kesempatan diatas kekabutan selepas revolusi Iran dan juga kekurangan populariti Iran di negara-negara barat, untuk melancarkan perang ke atas Iran. Tujuan utama peperangan ini ialah bagi menakluk beberapa wilayah yang dituntut Iraq, terutamanya wilayah Khuzestan yang kaya dengan sumber minyak. Saddam pula ketika itu mendapat sokongan dari Amerika, Kesatuan Soviet dan beberapa negara Arab lain. Tentera Iran pula yang suatu masa dahulu merupakan sebuah tentera yang kuat, telah dibubarkan ketika itu. Walau bagaimanapun, mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Iraq seterusnya menawan semula wilayah Iran yang ditakluki Iraq. Dalam peperangan ini puluhan ribu nyawa, baik penduduk awam mahupun askar Iran, terkorban. Kebanyakan mereka mati kerana serangan senjata kimia yang digunakan oleh Iraq. Jumlah korban dianggarkan antara 500,000 hingga 1,000,000, menjadikannya sebagai jumlah korban senjata kimia kedua terbesar dalam sejarah manusia.

Kerajaan dan politik sunting

Iran adalah antara ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga ahli kepada Pertubuhan Persidangan Islam dan juga Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Sistem politik di Iran adalah berasaskan perlembagaan yang dinamakan "Qanun-e Asasi" (Undang-undang asas)

Pemimpin Agung sunting

Pemimpin Agung Iran bertanggung jawab terhadap "polisi-polisi umum Republik Islam Iran". Beliau juga merupakan ketua pasukan bersenjata dan badan perisikan Iran dan mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan perang. Ketua kehakiman, stesen radio dan rangkaian televisyen, ketua polis dan tentera dan enam daripada dua belas ahli Majlis Wali Iran juga dilantik oleh Pemimpin Agung. Majlis Pakar pula bertanggungjawab mengundi dan juga memecat Pemimpin Agung atas justifikasi kelayakan dan populariti individu itu. Majlis ini juga bertanggung jawab memantau tugasan Pemimpin Agung.

Eksekutif sunting

Orang kedua terpenting dalam kerajaan Iran pula ialah presiden Iran. Setiap presiden diundi dan akan memerintah Iran selama empat tahun. Setiap calon presiden pula mesti mendapat kelulusan daripada Majlis Wali Iran sebelum undian dibuat supaya mereka serasi dengan idea negara Islam. Tanggung jawab presiden pula adalah memastikan perlembagaan negara diikuti dan juga mempraktikan kuasa eksekutif. Tetapi presiden tidak berkuasa diatas perkara-perkara yang dibawah kuasa Pemimpin Agung. Presiden pula melantik dan memantau Kabinet Iran, dan berkuasa membuat keputusan mengenai pentadbiran negara. Terdapat lapan timbalan presiden dan dua puluh satu menteri yang turut sama menolong presiden dalam pentadbiran, dan kesemua mereka mestilah mendapat kelulusan badan perundangan. Tidak seperti negara-negara lain, cabang eksekutif tidak berkuasa dalam pasukan bersenjata, tetapi presiden Iran berkuasa melantik Menteri Pertahanan dan Perisikan dan harus mendapat persetujuan Pemimpin Agung dan kelulusan badan perundangan.

Majlis Wali sunting

Majlis Wali Iran mempunyai dua belas pakar undang-undang, dan enam daripada mereka dilantik oleh Pemimpin Agung. Ketua Kehakiman pula akan mencadangkan enam ahli selebihnya dan mereka akan dilantik secara rasminya oleh parlimen Iran atau Majles. Majlis ini akan mentafsirkan perlembagaan dan mempunyai kuasa veto untuk keputusan dan keahlian parlimen Iran. Jikalau terdapat undang-undang yang tidak sesuai dengan hukum Sharia, maka ia akan dirujuk semula oleh parlimen.

Majlis Penyesuaian sunting

Majlis Penyesuaian berkuasa untuk menyelesaikan konflik antara parlimen dengan Majlis Wali Iran. Badan ini juga turut menjadi penasihat kepada Pemimpin Agung.

Parlimen sunting

Majles-e Shura-ye Eslami (Majlis Perundingan Islam) mempunyai 290 ahli yang dilantik dan akan bertugas selama empat tahun. Semua calon Majles dan rang undang-undang daripada parlimen haruslah mendapat persetujuan Majlis Wali.

Kehakiman sunting

Pemimpin Agung akan melantik ketua kehakiman Iran, dan beliau pula akan melantik Mahkamah Agung dan juga ketua pendakwa awam. Terdapat beberapa jenis mahkamah di Iran termasuklah mahkamah awam yang bertanggungjawab atas kes-kes awam dan jenayah. Terdapat juga "Mahkamah Revolusi" yang mengadili beberapa kes-kes tertentu termasuklah isu mengenai keselamatan negara.

Majlis Pakar sunting

Majlis Pakar yang bermesyuarat selama seminggu setiap tahun mempunyai 86 ahli yang pakar dalam ilmu-ilmu agama. Mereka diundi secara umum dan akan bertugas selama lapan tahun. Majlis ini akan menentukan kelayakan calon-calon presiden dan ahli parlimen. Majlis ini juga akan mengundi untuk jawatan Pemimpin Agung dan juga mempunyai kuasa untuk memecat beliau.

Majlis Bandar dan Kampung sunting

Majlis tempatan akan diundi secara umum untuk bertugas selama empat tahun di ke semua bandar dan kampung. Kuasa majlis ini adalah pelbagai, daripada melantik datuk bandar hinggalah kepada menjaga kebajikan rakyat.

Geografi sunting

Iran adalah negara ketujuh belas terbesar di dunia. Keluasannya dianggarkan seluas 1,648,000 km² dimana 1,636,000 km² adalah daratan dan 12,000 km² adalah air.

Iran juga adalah antara negara yang bergunung ganang, dan gunung tertinggi ialah Gunung Damavand (setinggi 5,604 m). Kawasan baratnya dipenuhi dengan gunung-gunung manakala kawasan timurnya pula adalah padang pasir.

Iklim Iran adalah subtropikal sepanjang laut Kaspia dan kering sepanjang tahun. Disebelah utara pula, suhu ketika musim salji pula jatuh di bawah tahap beku tetapi kekal panas sepanjang musim-musim lain. Suhu di musim panas pula jarang naik setinggi 29 °C. Disebelah barat Iran iklimnya lebih sejuk dan musim salji yang terlalu sejuk. Di kawasan timur dan tengah lembangan, iklimnya lebih sederhana tetapi kering dan mengalami sedikit hujan dan suhu puratanya sepanjang musim panas pula naik melebihi 38 °C. Di kawasan dataran pinggir Teluk Parsi dan Teluk Oman di Iran Selatan, suhunya sederhana ketika musim salji dan panas lembap ketika musim panas.

Ekonomi sunting


Ekonomi Iran adalah campuran Ekonomi Perancangan Berpusat dengan sumber minyak dan perusahaan-perusahaan utamanya dimiliki kerajaan, dan juga terdapat beberapa perusahaan-perusahaan swasta. Pertumbuhan ekonomi Iran adalah stabil semenjak dua abad yang lalu.

Pada awal abad ke-21, peratusan sektor perkhidmatan dalam pengeluaran negara kasarnya,PNK, adalah yang tertinggi, diikuti dengan perlombongan dan pertanian. 45% daripada belanjawan negara adalah hasil perlombongan minyak dan gas asli, dan 31% pula adalah dari cukai. Pada tahun 2004, PNK Iran dianggarkan sebanyak $163 bilion atau $2,440 per kapita.

Rakan dagangan Iran pula adalah China, Rusia, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Korea Selatan. Manakala, semenjak lewat 90-an, Iran mula meningkatkan kerjasama ekonomi dengan beberapa negara membangun termasuklah Syria, India dan Afrika Selatan.

Komunikasi Dan Pengangkutan sunting

 
Peta menunjukkan jalan raya dan jalan kereta api utama di Iran.

Jaringan jalan raya di Iran adalah antara yang terbaik di dunia. Ia menghubungkan bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, Iran mempunyai 178,152 km (111,000 batu) jalan raya dan 66% daripadanya adalah berturap. Manakala, terdapat 30 pengguna kereta bagi setiap 1000 penduduknya. Jalan keretapi di Iran pula adalah sepanjang 6,405 km (3,980 batu). Pelabuhan utama Iran ialah pelabuhan Bandar Abbas yang terletak di Selat Hormuz. Pelabuhan ini dihubungkan dengan sistem jalan raya dan jalan kereta api bagi pengangkutan kargo. Jaringan kereta api Tehran-Bandar Abbas dibina pada tahun 1995 yang menghubungkan Bandar Abbas dengan seluruh Iran dan Asia Tengah melewati Tehran dan Mashad. Pelabuhan-pelabuhan lain pula ialah pelabuhan Bandar Anzali di Laut Kaspia, pelabuhan Bandar Turkmen juga berhadapan dengan Laut Kaspia, dan pelabuhan korramshahr dan pelabuhan Bandar Khomeyni di Teluk Parsi. Bandar-bandar utama di Iran juga dihubungkan dengan Pengangkutan Udara. Iran Air pula adalah syarikat penerbangan kebangsaan Iran yang bertanggungjawab dalam pengangkutan udara di Iran dan luar Iran. Sistem transit pula terdapat di semua bandar-bandar utama manakala Tehran, Mashad, Shiraz, Tabriz, Ahwaz dan Isfahan sedang didalam proses membina jalan kereta api bawah tanah.

Pentadbiran sunting

 
wilayah-wilayah Iran mengikut nombor di sebelah kiri

Iran dibahagikan kepada tiga puluh wilayah yang diperintahi seorang governor (استاندار, ostāndār). Peta di sebelah tidak menunjukkan wilayah Hormozgan, (#20 di dalam senarai) yang merupakan sebuah pulau:

Demografi sunting


Iran adalah sebuah negara yang berbilang suku dan agama. Etnik majoriti ialah etnik Parsi (51% daripada rakyatnya,) dan tujuh puluh peratus daripada rakyatnya adalah bangsa Iran, keturunan orang Arya. Kebanyakan penduduk Iran bertutur dalam bahasa yang tergolong dalam keluarga Bahasa Iran, termasuklah bahasa Parsi. Kumpulan minoriti Iran pula ialah Azeris (24%), Gilaki dan Mazandarani (8%), Kurdi (7%), Arab (3%), Balochi (2%) Lurs (2%) Turkmen (2%), dan juga suku-suku lain (1%). Penutur ibunda bagi Bahasa Iran dianggarkan seramai 40 juta di Iran, dan jumlah keseluruhannya (merangkumi negara-negara lain) adalah seramai 150-200 juta.

Populasi Iran pada tahun 2006 adalah seramai 70 juta. Sebanyak dua pertiga daripada jumlah penduduknya dibawah umur 30 tahun dan peratusan penduduk yang celik huruf ialah 86%. Kadar pertambahan penduduknya semenjak setengah abad yang lepas adalah tinggi dan diramalkan akan menurun di masa depan.

Kebanyakan penduduk Iran adalah muslim, dimana 90% Shia dan 8% pula adalah Sunah Waljamaah. 2% lagi adalah penganut agama Bahai, Sabea, Hindu, Zoroastrianisme, Yahudi dan Kristian. Zoroastrianisme, Yahudi dan Kristian diiktiraf oleh kerajaan Iran dan turut mempunyai perwakilan di parlimen. Agama Bahai pula tidak diiktiraf.

Bandar-Bandar Utama sunting

Iran mempunyai kadar pertumbuhan kawasan bandar antara yang tertinggi di dunia. Dari tahun 1950 hingga tahun 2002, peratusan penduduk bandar meningkat dari 27 peratus hingga 60 peratus[9][10]. PBB menjangkakan pada tahun 2030, populasi di bandar akan mencecah 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Iran[10]. Tumpuan migrasi dalam negeri pula ialah Teheran yang merupakan bandar terbesar di Iran. Teheran mempunyai penduduk seramai 7,160,094 dan kawasan metropolisnya pula seramai 14 juta. Kebanyakan industri Iran bertumpu di kota ini. Antaranya ialah industri otomobil, elektronik dan elektrikal, pembuatan senjata api, tekstil, dan industri kimia. Berikut adalah lapan bandar terbesar Iran dan juga jumlah penduduknya.

Ketenteraan sunting

 
Pasukan wanita dalam tentera Basij.

Ketenteraan Iran terbahagi kepada dua pasukan iaitu pasukan tentera negara dan pasukan tentera revolusi. Pasukan tentera Iran keseluruhannya berjumlah seramai 545,000 pegawai.[11] Kedua-dua pasukan bersenjata ini diletakkan dibawah kuasa Menteri Pertahanan dan Logistik Pasukan Bersenjata Iran. [12]

Tentera nasional Iran mempunyai 420,000 pegawai yang dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Tentera Darat Iran sebanyak 350,000 pegawai, Tentera Laut Iran sebanyak 18,000 pegawai dan Tentera Udara Iran sebanyak 52,000 pegawai.[13] Tentera revolusi pula mempunyai seramai 125,000 pegawai yang terbahagi kepada lima cabang iaitu Pasukan Qods (pasukan khas), Basij (para-ketenteraan), Tentera Laut Revolusi, Tentera Udara Revolusi dan Tentera Darat Revolusi.[14]

Tentera Basij adalah tentera para-ketenteraan yang mempunyai keahlian penuh seramai 90,000 askar dan juga 30,000 askar simpanan ditambah dengan 11 juta lelaki dan perempuan yang berkemampuan dalam mobiliti.[15]

Kekuatan tentera Iran dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Namun, pada tahun lepas, Iran mengumumkan pembangunan beberapa senjata seperti peluru berpandu Fajr-3, peluru berpandu Kowsar, peluru berpandu Fateh-110, peluru berpandu Shahab-3 dan beberapa pembinaan jentera tentera.

Peluru berpandu Fajr-3 adalah antara pembangunan ketenteraan Iran yang paling berjaya buat masa ini. Ia dibina di Iran sendiri dan menggunakan bendalir minyak untuk pembakaran bahan api. Julat peluru berpandu ini dirahsiakan.

Kebudayaan sunting

 
Rumi, seorang ahli Sufi.

Iran mempunyai sejarah yang lama dalam kesenian, muzik, puisi, filasafah dan idelogi.

Kebudayaan Iran telah lama mempengaruhi kebudayaan-kebudayaan lain di Timur Tengah dan Asia Tengah. Malahan, Bahasa Parsi merupakan bahasa intelektual ketika milenium kedua AD. Kebanyakan hasil tulisan Parsi diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab ketika zaman empayar Islam. Ketika zaman awal pemelukan Islam oleh orang Parsi, kebanyakan karya Parsi ditulis dalam Bahasa Arab. Tetapi, ketika zaman pemerintahan Umayyah, orang-orang Parsi ditindas oleh bangsa Arab. Ini menyebabkan ramai ahli-ahli intelektual Parsi mula menggunakan bahasa Parsi dalam tulisan mereka. Salah satu karya ini ialah kitab Shahnameh hasil tulisan Ferdowsi, sebuah karya mengenai sejarah negara Iran.

Kesasteraan Iran juga tidak kurang hebatnya. Antara sasterawan Iran yang terkenal ialah Rumi dan Saadi. Kedua-dua mereka merupakan ahli Sufi dan banyak menyumbang dalam puisi-puisi Sufi.

Rujukan sunting

  1. ^ Sarkhosh Curtis, Vesta; Stewart, Sarah (2005), Birth of the Persian Empire: The Idea of Iran, London: I.B. Tauris, m/s. 108, ISBN 978-1-84511-062-8, Similarly the collapse of Sassanian Eranshahr in AD 650 did not end Iranians' national idea. The name 'Iran' disappeared from official records of the Saffarids, Samanids, Buyids, Saljuqs and their successor. But one unofficially used the name Iran, Eranshahr, and similar national designations, particularly Mamalek-e Iran or 'Iranian lands', which exactly translated the old Avestan term Ariyanam Daihunam. On the other hand, when the Safavids (not Reza Shah, as is popularly assumed) revived a national state officially known as Iran, bureaucratic usage in the Ottoman empire and even Iran itself could still refer to it by other descriptive and traditional appellations.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Andrew J. Newman 2006 tidak disediakan
  3. ^ "Surface water and surface water change". Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). Dicapai pada 11 October 2020.
  4. ^ "داده‌ها و اطلاعات آماری". www.amar.org.ir. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 March 2018. Dicapai pada 13 September 2017.
  5. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2020". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 4 January 2020.
  6. ^ "GINI index (World Bank estimate)". Data.worldbank.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2015. Dicapai pada 10 July 2021.
  7. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 December 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Dicapai pada 16 December 2020.
  8. ^ https://eng-archive.aawsat.com/theaawsat/news-middle-east/iran-ranks-first-world-wide-for-executing-minors
  9. ^ Payvand. ""Iran: Focus on reverse migration"". Dicapai pada 2006-04-17.
  10. ^ a b Cultural Heritage New Agency. ""Tourism and Travel: About Iran"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-23. Dicapai pada 2006-04-17.
  11. ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, p.187
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-16. Dicapai pada 2007-02-13.
  13. ^ IISS Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, m/s:187
  14. ^ Military Balance 2006, Routledge for the IISS, London, 2006, m/s:187
  15. ^ http://www.globalsecurity.org/intell/world/iran/basij.htm]

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Kerajaan sunting

Pautan lain sunting