Lubnan

negara di Timur Tengah
(Dilencongkan dari Lebanon)

Lubnan (bahasa Arab: لبنان, Lubnān) merupakan sebuah negara di barat laut Asia di sebelah timur Laut Mediterranean dan bersempadan dengan Syria serta Israel.

Republik Lubnan

الجمهورية اللبنانية
Al-Jumhūriyyah al-Lubnāniyyah
Bendera Lubnan
{{{coat_alt}}}
Bendera Lambang
Cogan kata: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(
Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
Lagu kebangsaan: 'كلنـا للوطـن للعـلى للعـلم
(Kūllūnā li-l-waṭan, li-l-'ula wa-l-'alam)
LocationLebanon.svg
Ibu negara
dan bandar terbesar
Beirut
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRepublik
• Presiden
Michel Aoun
Mustapha Adib
Kemerdekaan
• Diisytiharkan
26 November 1941
• Diiktiraf
22 November 1943
• Air (%)
1.6
Penduduk
• Anggaran 2019
6,053,244 (110)
• Bancian 1999
2,500,000
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Jumlah
$94.12 bilion (101)
• Per kapita
$15,548 (85)
HDI (2018) 0.730[1]
tinggi
Mata wangPaun Lubnan (LL) (LBP)
Zon masaUTC+2 (EET3)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (EEST)
Kod panggilan+961
DPT Internet.lb

Selepas Perang Saudara Lubnan (1975-1990), negara ini telah mengalami kemajuan dan pembangunan yang pesat terutamanya dalam industri pelancongan, agrikultur dan sektor perbankan. Lubnan dipanggil pusat perbankan di dunia Arab dan juga dikenali sebagai "Switzerland Timur Tengah" kerana kemajuan kewangannya. Lubnan juga telah menarik banyak pelancong ke ibu negaranya, Beirut sehingga diberikan nama "Paris Timur Tengah".

Namun, peperangan antara kumpulan Hezbollah dan Israel pada tahun 2006 telah melumpuhkan infrastruktur dan seterusnya ekonomi Lubnan. Banyak nyawa telah terkorban dan bandar raya Beirut telah mengalami kemusnahan yang teruk. Usaha sedang dijalankan oleh kerajaan untuk membina semula infrastruktur bandar-bandar tersebut.

PenamaanSunting

Nama Lubnan menyerap kata Bahasa Arab: لبنان‎, translit. Lubnān khususnya dari Gunung Lubnan, nama gunung ini pula berasal dari akar bahasa Semitik 𐤋𐤁𐤍 "LBN", yang berkait dengan sejumlah makna yang berkait erat dalam berbagai bahasa seperti putih dan susu[2] - ini dianggap sebagai gambaran kepada puncak gunung ini yang bersalji.[3][4]

Nama ini muncul dalam 12 tablet Epik Gilgamesh (2900 SM), teks perpustakaan Ebla (2400 SM). Ia juga disebutkan 71 kali dalam Alkitab Perjanjian Lama melalui ungkapan Bahasa Ibrani: לְבָנוֹן‎, translit. levonon.[5][6][7] Ia dilanjutkan ke dalam konteks badan politik dalam tiga zaman:

SejarahSunting

Kawasan Lubnan merupakan tapak manusia Zaman Neolitik yang wujud 7,000 yang lalu. Kawasan itu pernah dikuasai oleh kerajaan Phoenicia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantine, Arab dan sebagainya. Akhirnya, kawasan itu dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kerajaan ini mangalami kemerosotan selepas Perang dunia Pertama dan kawasan Lubnan diserahkan kepada kuasa Perancis. Akibat tekanan diplomatik dan penduduk Lubnan, Perancis bersetuju memberi kemerdekaan kepada Republik Lubnan pada 1943.

Lubnan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948 tetapi tidak mengambil bahagian dalam Perang Enam Hari 1967 dan Perang Yom Kippur 1973. Namun Perang Saudara Lubnan tercetus pada 1975 akibat rusuhan antara golongan Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang saudara ini ditamatkan pada 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang penduduk telah terkorban dalam perang ini.

Pada Ogos 2020, Lubnan dikejutkan dengan dua letupan kuat menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira 73 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 2,000 cedera. Impaknya menyebabkan kerosakan pada bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan. Malah letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian. Letupan awal dengan mengakibatkan kepulan asap tebal, api marak, dan menggegarkan bangunan di ibu kota. Kebanyakan daripada mereka menyangkakan insiden itu adalah gempa bumi. Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

GeografiSunting

Lubnan terletak di kawasan Asia Barat (Timur Tengah) di antara latitud 33° dengan 35° U, dan di antara longitud 35° dengan 37° T. Kawasan Lubnan dikatakan berkedudukan di "barat laut Plat Arab". Lubnan berkeluasan 10,452 kilometer persegi. Qurnat aawda' ialah puncak tertinggi Lubnan dengan ketinggian mencecah 3,088 meter.[8]

PolitikSunting

Antara syarat yang terkandung dalam Perjanjian Taif ialah pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat. Oleh itu, Presiden Lubnan mesti merupakan seorang beragama Kristian] beraliran Maruniyah, Perdana Menteri adalah sentiasa seorang pengikut Sunah, dan Speaker Parlimen adalah sentiasa seorang pengikut Syiah.

Pada 14 Februari 2005, bekas Perdana Menteri, Rafik Hariri telah dibunuh akibat ledakan bom kereta di Beirut. Pembunuhan ini disyaki diarahkan oleh pemimpin Syria. Pihak Syria telah campur tangan dalam sistem politik Lubnan sejak Perang Suadara 1975-1990. Pembunuhan ini telah mangakibatkan krisis politik yang membabitkan pihak pro-Syria dan pihak anti-Syria. Pihak pro-Syria termasuklah Presiden Emile Lahoud, Speaker Nabih Berri, Jeneral Michel Aoun dan kumpulan Hezbollah. Pihak anti-Syria termasuklah Perdana Menteri Fouad Siniora, Amine Gemayel, Samir Geagea dan anak Hariri, Saad Hariri.

Perang antara Hezbollah dan Israel pada Julai 2006 dan pembunuhan pemimpin Kristian Maronite Pierre Amine Gemayel pada November 2006 telah memburukkan lagi krisis tersebut. Gerakan pro-Syria telah mengadakan pelbagai protes dan demonstrasi sejak Disember 2006 meminta kerajaan Siniora meletak jawatan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan kerjasama kerajaan telah meluluskan satu Mahkamah Khas Lubnan untuk menyiasat pembunuhan Rafik Hariri.

RujukanSunting

  1. ^ "Human Development Report 2019" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). UNDP. 10 Disember 2019. Dicapai pada 10 Disember 2019.
  2. ^ Medlej, Joumana. "The Mountain" (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 18 Oktober 2006.
  3. ^ Harb, Antoine. "Lebanon: A Name through 4000 Years"" (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 30 Ogos 2006.
  4. ^ Room, Adrian (2005). Placenames of the World: Origins and Meanings of the Names for 6,621 Countries, Cities, Territories, Natural Features and Historic Sites (ed. 2nd). McFarland. halaman 214–216. ISBN 978-0-7864-2248-7. Diarkib daripada yang asal pada 5 September 2015. Dicapai pada 20 June 2015.
  5. ^ "Lebanon Historically Linked to the Bible". Christian World News.
  6. ^ Yazbeck, Roger. "Lebanon was mentioned 71 times in the Holy Bible..." (dalam bahasa Inggeris). Diarkib daripada yang asal pada 18 Februari 2007.
  7. ^ Bienkowski, Piotr; Millard, Alan Ralph (2000). Dictionary of the ancient Near East. University of Pennsylvania Press. m/s. 178. ISBN 978-0-8122-3557-9.
  8. ^ "Qurnat al-Sawdāʾ". Britannica Online Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Diarkib daripada yang asal pada 7 April 2020. Dicapai pada 2 September 2011.

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Lubnan di Wikimedia Commons

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.