Alawiyah, Alawit, Syiah, Ansari atau al-Anṣariyyah merupakan kumpulan agama terkemuka yang dilihat mistik dan sinkretik. Kumpulan agama ini berpusat di Syria dan sering digambarkan sebagai cabang Islam Syiah.

Alawiyah علوية
Pembela lang Alawiyah di Baniyas, Syria, sewaktu Perang Dunia Kedua
Jumlah populasi

Lebih kurang 4 juta

Bilangan penduduk mengikut wilayah
 Syria Lebih kurang 3.5 juta[1]
 Lubnan Anggaran 100,000[2][3]
 Turki Lebih kurang 450,000 [4]
Lubnan/Tanah Tinggi Golan Lebih kurang 2,000 orang tinggal di Ghajar[5]
 Australia Alawiyah menjadi lebih kurang 2% Australia keturunan Lubnan[6]
Agama / Kepercayaan
Syiah
Penulis asas agama
al-Quran, Kitab al Majmu[7]
Bahasa
Arab, Turki

Syria sunting

Secara tradisinya Alawit tinggal di Pergunungan Alawite sepanjang pantai Lautan Mediterranean bersempadan dengan Syria. Mereka tinggal di bandar-bandar utama seperti Latakia dan Tartus, sekeliling bandar Hama dan Homs. Jumlah mereka 15% daripada penduduk Syria atau 3.5 juta rakyat daripada 23,1 juta penduduk di Syria (Bancian 2011).

Terdapat empat Konfederasi Alawi iaitu - Kalbiyah, Khaiyatin, Haddadin, dan Matawirah. Masing-masing dibahagikan mengikut puak-puak di sekitar Latakia, Syria hingga ke Antioch (Antakya), Turki, dan Homs serta Hama.

Sebelum tahun 1953, mereka mempunyai kerusi di Parlimen Syria, seperti semua masyarakat agama lain. Selepas Banci 1960, hanya ada kerusi Islam dan Kristian,tanpa menyebut kumpulan kecil untuk mengurangkan "perkauman" (taifiyya).

Lubnan sunting

Terdapat kira-kira 40,000 hingga 100,000 pengikut Alawis di Lubnan dan mereka diiktiraf sebagai satu daripada 18 golongan di Lubnan. Pemimpin mereka Ali Eid berjaya menandatangani Perjanjian Taif 1989 yang memberi mereka dua kerusi Parlimen. Alawis Lubnan menetap di Jabal Mohsen Tripoli dan Akkar. Mereka diwakili oleh Parti Demokratik Arab.

Turki sunting

Mereka menyebut diri mereka sebagai "Arab Alevis" di Turki .Di Çukurova , mereka dinamakan sebagai Fellah dan Arabuşağı. Istilah kedua sangat menyakitkan hati pada orang Alawis, oleh itu penduduk Sunni . Tahun 1930-an ,pihak berkuasa Turki menamakan mereka Eti Türkleri ( "Het Turks"), untuk menyembunyikan asal-usul Arab mereka. Istilah ini hampir usang tetapi ia masih digunakan oleh beberapa orang generasi yang lebih tua sebagai satu eufemisme.

Jumlah sebenar 'Alawi di Turki dianggarkan 185 000 pada 1970 .Kemudian 400 000 pada tahun 2009. Bahasa ibunda mereka ialah bahasa Arab .

Alawis tradisional bercakap dialek yang sama dengan Bahasa Arab dan Alawis Syria. Golongan muda di bandar-bandar Çukurova dan di İskenderun cenderung untuk bercakap bahasa Turki. Pengetahuan abjad Arab adalah terhad kepada pemimpin-pemimpin agama dan orang-orang yang telah bekerja atau belajar di negara-negara Arab.

Sehingga tahun 1960-an , mereka antara yang paling miskin di Çukurova.Kini mereka terlibat dalam sektor pengangkutan dan perdagangan .Mereka juga mengamlakan eksogami, terutamanya di kalangan lelaki yang belajar di universiti.Perkahwinan ini adalah sangat bertolak ansur.

Alawi, seperti Alevis dikira sebagai berhaluan kiri. Ada juga yang menyokong pihak konservatif sekular. Kebanyakan Alawit merasa didiskriminasikan

Bukit Golan sunting

Terdapat kira-kira 2000 Alawis yang tinggal di kampung Ghajar, berpecah antara Lubnan dan Bukit Golan yang kini diduduki Israel.

Asal usul nama sunting

Alawis sempena nama 'Ali bin Abi Talib iaitu sepupu dan menantu Nabi Muhammad. Puak Syiah mempercayai Ali adalah Imam Syiah yang pertama dan keempat dan terakhir dari "Khulafa Al Rasyidin" bagi Sunni Islam. Alawis juga dirujuk sebagai "Nusairis", sempena nama Abu Shuaib Muhammad bin Nusair. (270 h, 863 AD). Pada September 1920, Perancis menggunakan istilah "Alawi".

Sejarah sunting

Asal Alawis sering dipertikaikan. Mereka dikatakan pengikut Imam ke-11, Hassan al-Askari (d. 873), dan muridnya Ibn Nuṣair (d. 868)

Mazhab tersebut diasaskan oleh pengikut Muhammad ibn Nuṣair yang dikenali sebagai al- Khasibi, yang meninggal dunia di Aleppo pada 969. Pada 1032 cucu Al-Khaṣībī dan murid al-Tabarani berpindah ke Latakia, yang ketika itu dikuasai oleh Empayar Byzantine. Al-Tabarani menjadi rujukan iman Alawi melalui pelbagai tulisan-tulisan beliau. Beliau berada di Gunung Pantai Syria dan dataran Cilicia.

Di bawah Empayar Uthmaniyah mereka menentang cubaan untuk menukar mazhab mereka kepada Islam Sunni. Mereka memberontak terhadap Uthmaniyah beberapa kali, dan mengekalkan autonomi maya di kawasan gunung.

Selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah, Syria dan Lubnan berada di bawah kekuasaan Perancis. Perancis menduduki Syria pada tahun 1920 dan memberi autonomi kepada mereka dan kumpulan minoriti yang lain dan menerima mereka menyertai tentera penjajah.Ramai ketua-ketua Alawi cuba menukar autonomi mereka kepadakemerdekaan. Wilayah " Alaouites dimulakan pada 1925. Pada Mei 1930, Kerajaan Latakia telah diwujudkan; berlangsung sehingga 28 Februari 1937, apabila ia dimasukkan ke dalam Syria.

Pada tahun 1939 bahagian barat laut Syria, iaitu Sanjak Alexandretta (kini Hatay) banyak menggunakan istilah Alawis, telah diberikan kepada Turki. Pungutan suara yang dijalankan di bawah seliaan League of Nations mendapati mereka mahu menyertai Turki. Tindakan ini menyebabkan kemarahan masyarakat Alawi dan Syria secara umum. Pada tahun 1938, tentera Turki pergi ke Alexandretta dan menghalau penduduk Arab dan Armenia. Sebelum ini, Alawi Arab dan Armenia merupakan majoriti penduduk .Zaki al-Arsuzi, pemimpin muda Alawi dari wilayah Iskandarun dalam Sanjak Alexandretta menjadi pengasas Parti Ba'ath bersama-sama dengan Kristian Ortodoks.Selepas Perang Dunia II, Salman Al Murshid memainkan peranan penting dalam menyatukan wilayah Alawi dengan Syria. Syria baru merdeka pada 12 Disember 1946.

Syria mencapai kemerdekaan pada 17 April 1946. Berikutan Perang Arab-Israel 1948, Syria berhadapan Rampasan kuasa tentera 1949, Kebangkitan Parti Ba'ath, dan penyatuan negara dengan Mesir 1958. UAR berlangsung selama tiga tahun dan berpecah pada tahun 1961, apabila satu kumpulan pegawai tentera merampas kuasa dan mengisytiharkan Syria yang bebas merdeka. Pegawai tentera termasuk Hafez al-Assad dan Salah Jadid membantu Parti Ba'ath mengambil kuasa pada tahun 1963. 1966, pegawai-pegawai tentera berorientasikan Alawi memberontak kerana menentang pemimpin Kristian Michel Aflaq dan pemimpin Sunni Muslim Salah al-Din al-Bitar. Zaki al-Arsuzi dianggap sebagai "Socrates" Parti Ba'ath.

Keluarga Assad sunting

Pada tahun 1970, Ketua Tentera Udara Hafez al-Assad, Alawit, mengambil kuasa dan melakukan "Pergerakan Correctionist" terhadap Parti Ba'ath.

Pada tahun 1971, al-Assad menjadi Presiden Syria. Perlembagaan Syria hanya membenarkan Sunni Muslim. Tahun 1973, Perlembagaan Syria yang baru dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan Presiden Syria mestilah seorang Islam. Pada 1974, Musa Sadr, seorang pemimpin Syiah Imam Dua Belas Lubnan dan pengasas Pergerakan Amal cuba menyatukan Alawis dan Syiah Lubnan di bawah Majlis Agung Islam Syiah tapi tidak berjaya.

Selepas kematian Hafez al-Assad pada tahun 2000, anak beliau Bashar al-Assad menjadi Presiden Syria.Ramai Alawis menonjol di kalangan tentera dan pejabat perisikan. Tetapi ramai pegawai awam dan ekonomi dipimpin oleh Sunni, yang mewakili kira-kira 74% daripada penduduk Syria.13% penduduk keturunan Turki dan 9% penduduk keturunan Kurd Sunni. 67% daripada penduduk Syria adalah Sunni Arab. Hari ini, Alawis wujud sebagai minoriti.

Kepercayaan sunting

 
Alawiyah meraikan perayaan di Banyas, Syria, semasa Perang Dunia Kedua.

Para Alawiyah mempercayai bahawa manusia pada asalnya merupakan penduduk langit akan tetapi menjadi manusia oleh sebab keingkaran mereka. Justeru, manusia perlu dilahirkan semula sehingga disucikan sebelum dapat pulang ke langit. Perbuatan jahat akan menyebabkan mereka dilahirkan semula sebagai Kristian atau bangsa lain, zina akan menyebabkan mereka dilahirkan sebagai binatang (maskh).[8][9]

Alawiyah selalunya menyorokkan kepercayaan mereka. Tradisi ini (taqiyyah) disebabkan penindasan pada zaman lampau.[10]

Alawiyah merumuskan kepecayaan mereka daripada para Nabi Islam, al-Quran, dan daripada kitab-kitab para Imam Ahlul Bait seperti Nahj al-Balagha yang disandarkan kepada Saidina Ali bin Abi Talib. Alawiyah mengatakan bahwa mereka penganut Syiah, dan diiktiraf sebagai Syiah oleh para ulama Syiah seperti Ayatollah Ruhollah Khomeini dan ulama Syiah Lubnan yang berpengaruh, Musa al-Sadr.[11][12][13][14][15][16]

Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin al-Husseini, juga mengeluarkan fatwa yang mengiktiraf mereka sebagai umat Islam atas alasan nasionalisme Arab.[17][18] Sebelum itu, beberapa ulama Sunah wal Jamaah seperti Ibnu Kathir telah pun mengatakan dalam penulisan mereka bahawa Alawiyah ialah agama pagan.[19] and documents.[20][21]

 
Orang lelaki Alawiyah di Latakia, awal abad ke-20

Beberapa rukun iman Alawiyah dirahsiakan dan diketahui hanya oleh segelintir penganutnya.[20][22] They have been described as a mystical sect.[23] Selain perayaan Islam, Alawiyah juga dilaporkan meraikan beberapa perayaan Kristian tertentu, termasuk perayaan Kelahiran Jesus dan Palm Sunday.[24][25] Perayaan utama mereka ialah Eid al-Ghadeer.

Dakwaan bahawa Alawiyah mempercayai bahawa Ali ialah tuhan disanggah beberapa sarjana.[26] Mengikut beberapa laporan Alawiyah mempercayai kejadian penjelmaan semula.[27]

 
Wanita Alawiyah di Syria, awal abad ke-20

Ada beberapa sumber yang mencadangkan bahawa mahupun kepercayaan lama Alawiyah tidak ortodoks, kepercayaan tersebut mungkin sudah berubah pada dasawarsa-dasawarsa kebelakangan. Pada awal tahun 1970-an, sebuah buku kecil berjudul al-Alawiyyun Shi'atu Ahl al-Bait (Alawiyah adalah Pengikut Ahlul Bait) diterbitkan, dan dalam buku tersebut, doktrin-doktrin Syiah diperikan sebagai doktrin Alawiyah dan "ditandatangani ramai ulama Alawiyah".[28]

Seorang sarjana mengutarakan bahawa faktor-faktor seperti profil menonjol Alawiyah di Syria, kebencian orang Islam terhadap kemurtadan, dan ketiadaan doktrin keagamaan Alawiyah mungkin telah mendorong ketua Syria, Hafez al-Assad dan anaknya, Bashar al-Assad, untuk menekan saudara seagama mereka untuk "berkelakuan sebagai 'Muslim biasa', dan membuang ataupun merahsiakan aspek-aspek Alawiyah yang menonjol"[29]

Alawiyah mempunyai para sarjana atau ulama mereka sendiri, disebut "Syeikh", mahupun kebelakangan ini terdapat usaha untuk membawa Alawiyah dan cabang-cabang Syiah lain (khususnya Syiah Imam Dua Belas) lebih dekat dengan program pertukaran pendidikan di Syria dan Qom.[30]

Ada sumber yang menyatakan tentang usaha untuk "Mensunahkan" Alawiyah di bawah Hafez al-Assad, seorang pengikut aliran politik Ba'atisme dan penganut Alawiyah.[31] Joshua Landis, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah, (Center for Middle East Studies), menulis bahawa Hafez al-Assad "mencuba untuk mengubah Alawiyah menjadi Muslim 'baik' (baca Sunah wal Jamaah) dengan balasan sedikit sekularisme dan toleransi dikekalkan dalam masyarakat." Sebaliknya pula, al-Assad "mengisytiharkan bahawa Alawaiyah tidak lain dan tidak bukan Syiah Imam Dua Belas".[31] Dalam sebuah kertas ilmiah tentang "Pendidikan Islam di Syria" Landis menulis bahawa "tiada sebutan" dibuat dalam buku-buku teks yang dikawal kerajaan al-Assad tentang Alawiyah, Druze, dan Ismailiyah, mahupun Syiah. Islam dipersembahkan sebagai agama monolitik.[32] Ali Sulayman al-Ahmad, ketua hakim negara Syria Ba'atis, pernah menyatakan: "Kami adalah Muslim Alawiyah. Kitab kami al-Quran. Rasul kami Muhammad. Kiblat kami Kaabah, dan agama kami Islam."[33]

Heterodoks sunting

Rukun iman mereka adalah rahsia dan hanya diketahui oleh beberapa Alawi terpilih sahaja. Bagaimanapun, seorang Alawite bernama Sulaiman al-Adni memeluk agama Kristian pada 1863, menyusun sebuah buku yang berjudul "Buah Pertama Sulaiman dalam mengungkap Rahsia Agama Nusairi".

Ada pengkaji menyatakan Alawis bersepadu dengan agama-agama lain (sinkretisme), khususnya dari Ismail Islam dan Kristian. Alawi diserap unsur-unsur "dari agama yang berbeza yang mempengaruhi kawasan mereka dari zaman Hellenistik dan pada masa yang sama mengekalkan kepercayaan mereka sendiri, dan "berpura-pura mematuhi agama dominan." Pengikut Alawit dilaporkan merayakan perayaan-perayaan tertentu Kristian, "dengan cara mereka sendiri", [38] termasuk Krismas, Easter dan upacara keagamaan menggunakan roti dan anggur.

Unsur Kristian dalamagama Syiah amat signifikan. Antaranya termasuk konsep triniti; sambutan Krismas, sanggup korban, iaitu, sakramen daging dan darah Kristus yang ditawarkan kepada murid-murid-Nya. Selain itu sambutan daripada Quddas (Doa panjang kepada ketuhanan Ali).

Mereka juga merayakan sambutan Parsi, Naw Ruz.

Alawis mempunyai banyak persamaan dengan Ismailis dari segi kepercayaan keseluruhan, dan mereka kadang-kadang dianggap sebagai cabang kumpulan ini. Kepercayaan mereka mempunyai unsur esoterik, kiasan (Batini), literal dan tujuan tersembunyi. Alawis percaya esoterik iaitu para Imam disembunyikan walaupun kepada nabi Islam Muhammad itu sendiri.

Alawis percaya kepada konsep "triniti" atau "skema",`Ain-Miim-Sin, yang bermaksud `Ali, Muhammad, dan Salman al-Parsi, seorang sahabat Parsi Muhammad. Muhammad dikenali sebagai ism, atau "nama", Ali sebagai bab, atau "pintu", dan Salman al-Parsi sebagai makna. Muhammad dan Ali dianggap terbitan Salman al-Parsi. Ketiga-tiga dikatakan suatu penjelmaan Tuhan. Bagaimanapun, Ali merupakan bahagian yang paling penting dalam trinitas.

Lihat juga sunting

  • Hamdanids
  • Mirdasids
  • Uqailids

Rujukan sunting

  1. ^ http://thegulfblog.com/2011/05/17/map-of-religion-in-the-middle-east/
  2. ^ "Tharwa Project". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-28. Dicapai pada 2011-08-06. The Alawis have been present in modern-day Lebanon since the 16th century and are estimated to number 100,000 today, mostly in Akkar and Tripoli. The sect is managed through the Islamic Alawi Union, a council of 600 members that are elected every four years.
  3. ^ Riad Yazbeck. Return of the Pink Panthers? Diarkibkan 2012-02-19 di Wayback Machine. Mideast Monitor. Vol. 3, No. 2, August 2008
  4. ^ http://www.state.gov/g/drl/rls/irf/2007/90204.htm
  5. ^ N.K. Singh (2009). Global Encyclopedia of Islamic Mystics and Mysticism (ed. Hardcover). Global Vision Publishing House. m/s. 20. ISBN 8182202272.
  6. ^ Ghassan Hage (2002). Arab-Australians today: citizenship and belonging (ed. Paperback). Melbourne University Publishing. m/s. 40. ISBN 0522849792.
  7. ^ "Alawiyah". GlobalSecurity.org. Dicapai pada 2008-05-31. Their prayer book, the source of religious instruction, is the Kitāb al-Majmu‘, believed to be derived from Ismā‘īlī writings. Alawis study the Qur'ān and recognize the five pillars of Islam, which they interpret in a wholly allegorical sense to fit community tenets.
  8. ^ "Alawi Islam". Globalsecurity.org
  9. ^ Alawis, Countrystudies.us, U.S. Library of Congress.
  10. ^ Secretive sect of the rulers of Syria, The Telegraph, 05 Aug 2011
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan KaplanSadr tidak disediakan
  12. ^ Strategic Implications of Intercommunal Warfare in Iraq. DIANE Publishing. ISBN 9781428910133. Dicapai pada 25 December 2012.
  13. ^ Kramer, Martin. "Syria's Alawis and Shi'ism". In their mountainous corner of Syria, the 'Alawī claim to represent the furthest extension of Twelver Shi'ism.
  14. ^ Fisk, Robert. "This election will change the world. But not in the way the Americans imagined". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-06. Dicapai pada 21 October 2006. But outside Iraq, Arab leaders are talking of a Shia "Crescent" that will run from Iran through Iraq to Lebanon via Syria, whose Alawi leadership forms a branch of Shia Islam.
  15. ^ The Plain of Saints and Prophets: The Nusayri-Alawi Community of Cilicia and its sacred places, Gisela Procházka-Eisl, Verlag, 2010, page 81
  16. ^ Arıkan, Pınar. "Syria's Nusayri Side and Iran". Orsam. Dicapai pada 6 August 2013.
  17. ^ doi:10.1080/00263200902940251
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  18. ^ Me'ir Mikha'el Bar-Asher; Gauke de Kootstra; Arieh Kofsky (2002). The Nuṣayr−i-ʻalaw−i Religion: An Enquiry Into Its Theology and Liturgy. BRILL. m/s. 1. ISBN 978-90-04-12552-0. Dicapai pada 18 March 2011.
  19. ^ Syria crisis: Deadly shooting at Damascus funeral
  20. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GlobSec tidak disediakan
  21. ^ Abd-Allah, Umar F., Islamic Struggle in Syria, Berkeley : Mizan Press, c1983, pp. 43–48
  22. ^ The Nuaayri-Alawis (2009) Yaron Friedman
  23. ^ Lebanon: current issues and background, John C. Rolland (2003). Nova. 1 August 2003. ISBN 9781590338711. Dicapai pada 25 December 2012.
  24. ^ Kaplan, Robert (1993-02). "Syria: Identity Crisis". The Atlantic. Check date values in: |date= (bantuan)
  25. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Glasse tidak disediakan
  26. ^ "The 'secretive sect' in charge of Syria". BBC. 17 May 2012. Dicapai pada 25 December 2012.
  27. ^ Nicolas Pelham, A New Muslim Order, p.236 and 'The Alawis BBC, Owen Bennett-Jones, 4 February 2013
  28. ^ Abd-Allah, Umar F. (1983). Islamic Struggle in Syria. Berkeley: Mizan Press. m/s. 43–48. ISBN 0933782101.
  29. ^ Rubin, Barry (2007). The Truth about Syria. New York: Palgrave Macmillan. m/s. 49. ISBN 9781403982735.
  30. ^ Esther, Pan (18 July 2006). "Syria, Iran, and the Mideast Conflict". Backgrounder. Council on Foreign Relations. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-23. Dicapai pada 30 April 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ a b Syrian comment. Asad's Alawi dilemma, 8 October 2004
  32. ^ "Islamic Education in Syria: Undoing Secularism". OU. Dicapai pada 25 December 2012.
  33. ^ 'Abd al‑Latif al‑Yunis, Mudhakkirat al‑Duktur 'Abd al‑Latif al‑Yunis, Damascus: Dar al‑`Ilm, 1992, p. 63.