Qatar

negara berdaulat

Qatar (Arab: قَطَر, rumi: Qatar [ˈqɑtˤɑr]; sebutan dalam lahjah tempatan: [ˈɡɪtˤɑr])[8][9] atau nama rasminya Negara Qatar (Arab: دَوْلَة قَطَر, rumi: Dawlat Qatar) adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di Asia Barat, menduduki Semenanjung Qatar kecil di timur laut Semenanjung Arab. Satu-satunya sempadan daratnya adalah dengan Arab Saudi di selatan manakala sempadan selebihnya dikelilingi oleh Teluk Parsi; yang mana memisahkan Qatar dengan negara pulau yang berjiran iaitu Bahrain.

Negara Qatar
نڬارا قطر

دولة قطر (Arab)
Dawlat Qatar
Flag of Qatar
Lagu kebangsaanالسلام الأميري
As Salam al Amiri  (transliterasi)
Amiri Salute

Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Kedudukan Qatar (hijau tua) di Semenanjung Arab.
Ibu negara
dan bandar terbesar
Doha
25°18′N 51°31′E / 25.300°N 51.517°E / 25.300; 51.517
Bahasa rasmiArab
Bahasa-bahasa yang diakuiInggeris
Kumpulan etnik
(2019)
Agama
Islam
DemonimQatar
KerajaanMonarki Berperlembagaan Kesatuan
• Emir
Tamim bin Hamad Al Thani
• Timbalan Emir
Abdullah bin Hamad bin Khalifa Al Thani
Mohammed bin Abdulrahman Al Thani
Badan perundanganDewan Perundingan
Pendirian
18 Disember 1878
• Kemerdekaan diistiharkan

1 September 1971
• Kemerdekaan daripada United Kingdom

3 September 1971
Keluasan
• Jumlah
11,586 km2 (4,473 bt2) (ke-164)
• Perairan (%)
0.8
Populasi
• Perkiraan 2016
2,675,522[a][1] (ke-142)
• Bancian Penduduk 2010
1,699,435[2] (ke-148)
176/km2 (455.8/sq mi) (ke-76)
KDNK (PPP)2017
• Jumlah
$353.143 bilion[3] (ke-49)
$145,894[3] (pertama)
KDNK (nominal)2015
•  Jumlah
$185.395 bilion[3]
$68,940[4] (ke-4)
Gini (2007)41.1[5]
sederhana
HDI (2014) 0.850[6]
sangat tinggi · ke-32
Mata wangRiyal
(QAR)
Zon waktuAST
(UTC+3)
Bahagian memandukanan[7]
Kod panggilan+974
Kod ISO 3166QA
DPT internet

Selepas pemerintahan Uthmaniyah, Qatar menjadi sebuah jajahan naungan Britain pada awal kurun ke-20 sehingga ia mendapat kemerdekaan pada tahun 1971. Qatar telah diperintah oleh Kerabat Thani sejak awal kurun ke-19. Sheikh Jassim bin Mohammed Al Thani merupakan pengasas Negara Qatar. Qatar adalah sebuah negara monarki warisan dan ketua negaranya adalah Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani. Sama ada Qatar dianggap sebagai sebuah monarki berperlembagaan[10][11] atau monarki mutlak[12][13][14][15] hanya satu perbezaan pendapat. Pada tahun 2003, perlembagaan telah diluluskan dalam satu pungutan suara, dengan hampir 98% bersetuju.[16][17] Pada awal tahun2017, jumlah penduduk Qatar adalah 2.6 juta: 313,000 orang adalah warganegara Qatar dan 2.3 juta orang ekspatriat.[18]

Qatar adalah sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi, disokong oleh simpanan gas asli dan minyak ketiga terbesar di dunia .[19] Negara ini merupakan negara pendapatan per kapita tertinggi di dunia. Qatar dikelaskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu sebagai sebuah negara dengan pembangunan manusia tertinggi dan merupakan negara Arab paling maju dalam pembangunan manusia.[20] Qatar adalah sebuah kuasa penting di Dunia Arab, menyokong beberapa kumpula pejuang semasa Rusuhan Arab dari segi kewangan dan melalui kumpulan media yang berkembang di peringkat global, Al Jazeera Media Network.[21][22][23] Berdasarkan saiznya, Qatar membawa pengaruh besar di dunia, dan telah dikenalpasti sebagai sebuah kuasa pertengahan.[24][25] Qatar telahpun menganjurkan Piala Dunia FIFA 2022, menjadi negara Arab pertama yang melakukannya.[26]

Pada 5 Jun 2017, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Mesir menamatkan hubungan diplomatik dengan Qatar, dengan menuduhnya membiayai keganasan dan mencampuri hubungan dalaman negara-negara yang berjiran dengannya yang mana menyebabkan krisis diplomatik Qatar 2017.

SejarahSunting

Setelah Perang Dunia Kedua, Qatar berusaha untuk memperoleh kemerdekaan, terutama setelah India mencapai kemerdekaannya pada tahun 1950-an. Usaha Qatar semakin giat setelah pihak British memberikan kemerdekaan kepada Kuwait pada tahun 1961. Pihak British menyatakan akan menghentikan penguasaan politik tetapi tetap meneruskan penguasaan ekonomi di Qatar. Sebagai tindak balas, Qatar dengan membentuk Persekutuan Arab Teluk bersama dengan Bahrain. Setelah taklukan oleh pihak Inggeris dan Empayar Uthmaniyah di Qatar, akhirnya Qatar menjadi negara yang merdeka pada 3 September 1971.

PolitikSunting

Qatar ialah sebuah sebagai negara raja berperlembagaan separa yang dipimpin oleh keluarga Al Thani, dengan Amir sebagai ketua negara, dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan.[27][28] Dinasti Al Thani telah memimpin Qatar sejak 1825. Amir terkini Qatar ialah Tamim bin Hamad Al Thani anakanda Hamad bin Khalifa Al Thani yang menyerahkan kekuasaan padanya 25 Jun 2013. Pada 2003, Qatar menerapkan perlembagaan yang membolehkan 30 dari 45 anggota Dewan Perundangan negara dipilih secara demokratik.[29][30] Perlembagaan ini disetujui secara mutlak dalam pungutan suara dengan angka 98%.[16][17]

Bahagian pentadbiranSunting

 
Perbandaran di Qatar sejak tahun 2004

Sejak tahun 2004, Qatar telah dibahagikan kepada tujuh buah perbandaran (bahasa Arab: baladiyah).[31]

  1. Madinat ash Shamal
  2. Al Khor
  3. Umm Salal
  4. Al Daayen
  5. Al Rayyan
  6. Doha
  7. Al Wakrah

Untuk tujuan statistik, perbandaran ini dibahagikan lagi kepada 98 zon (setakat 2010),[32] di mana ia kemudian ditukarkan menjadi blok.[33]

GeografiSunting

Qatar ialah sebuah negara semenanjung di timur Semenanjung Tanah Arab, bersempadan dengan Teluk Parsi dan Arab Saudi berdekatan kawasan petroleum utama. Qatar berkeluasan 11,437 km2 (4,416 bt2).[34] Dengan lebar antara 55 dan 90 km (34 dan 56 bt), tanah Qatar secara amnya rata, dengan titik tertinggi cuma 103 m (338 ka), dan berbatu.[34]

CuacaSunting

Data iklim untuk Qatar
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 22
(72)
23
(73)
27
(81)
33
(91)
39
(102)
42
(108)
42
(108)
42
(108)
39
(102)
35
(95)
30
(86)
25
(77)
33.3
(91.9)
Purata rendah °C (°F) 14
(57)
15
(59)
17
(63)
21
(70)
27
(81)
29
(84)
31
(88)
31
(88)
29
(84)
25
(77)
21
(70)
16
(61)
23
(73.4)
Kerpasan mm (inci) 12.7
(0.5)
17.8
(0.701)
15.2
(0.598)
7.6
(0.299)
2.5
(0.098)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
2.5
(0.098)
12.7
(0.5)
71
(2.795)
Sumber: http://us.worldweatheronline.com/doha-weather-averages/ad-dawhah/qa.aspx

DemografiSunting

Pada tahun 2017, jumlah penduduk Qatar mencapai 2.6 juta dengan warganegara Qatar hanya 313,000 orang (12%) dan 2.3 juta yang lain ialah ekspatriat.[35] Warga asing bukan Arab menyumbang kepada majoriti populasi Qatar; orang India merupakan yang terbesar dengan 650,000 orang (2017), diikuti dengan 350,000 orang Nepal, 280,000 orang Bangladesh, 260,000 orang Filipina, 200,000 orang Mesir, 145.000 orang Sri Lanka dan 125,000 orang Pakistan. Jumlah penduduk di Qatar adalah bergantung kepada musim kerana negara ini sangat bergantung dari imigran asing.

BahasaSunting

Bahasa rasmi Qatar ialah bahasa Arab. Bahasa Inggeris ialah bahasa kedua lazim bagi masyarakat Qatar.[36] Corak masyarakat Qatar dengan kaum yang pelbagai juga membawa kepada sejumlah bahasa asing ditutur di negara ini seperti bahasa Parsi, Tagalog dan Indonesia.[37]

PetaSunting

 
Lokasi Qatar, di Asia Barat

RujukanSunting

  1. ^ "Population structure". Ministry of Development Planning and Statistics. 31 January 2017.
  2. ^ "Populations". Qsa.gov.qa. Dicapai pada 2 October 2010.
  3. ^ a b c "Report for qatar (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  4. ^ "Report for Selected Countries and Subjects (PPP valuation of country GDP)". IMF. October 2016.
  5. ^ "GINI index". World Bank. Dicapai pada 22 January 2013.
  6. ^ "2015 Human Development Report" (PDF). United Nations Development Programme. 2015. Dicapai pada 14 December 2015.
  7. ^ "List of left- & right-driving countries - World Standards". Dicapai pada 5 June 2017.
  8. ^ Johnstone, T. M. (2008). "Encyclopaedia of Islam". Ķaṭar. Brill Online. Dicapai pada 22 January 2013. (langganan diperlukan)
  9. ^ "How do you say 'Qatar'? Senate hearing has the answer". Washington Post. 12 June 2014. Dicapai pada 12 March 2015.
  10. ^ BBC News, How democratic is the Middle East?, 9 September 2005.
  11. ^ United States Department of State Country Reports on Human Rights Practices for 2011: Qatar, 2011.
  12. ^ "US State Dept's Country Political Profile - Qatar" (PDF).
  13. ^ Gardener, David. "Qatar shows how to manage a modern monarchy". Financial Times.
  14. ^ "The World Factbook". CIA Factbook.
  15. ^ "Canada – Qatar Bilateral Relations". Government of Canada.
  16. ^ a b "IFES Election Guide - Elections: Qatar Referendum Apr 29 2003". www.electionguide.org. Dicapai pada 5 June 2017.
  17. ^ a b "Qatar 2003". www.princeton.edu. Dicapai pada 5 June 2017.
  18. ^ "Population of Qatar by nationality - 2017 report". Dicapai pada 7 February 2017.
  19. ^ "Indices & Data | Human Development Reports". United Nations Development Programme. 14 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2013. Dicapai pada 27 June 2013.
  20. ^ "Qatar human development".
  21. ^ Dagher, Sam (17 October 2011). "Tiny Kingdom's Huge Role in Libya Draws Concern". Online.wsj.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  22. ^ "Qatar: Rise of an Underdog". Politicsandpolicy.org. Dicapai pada 30 December 2013.
  23. ^ Ian Black in Tripoli. "Qatar admits sending hundreds of troops to support Libya rebels". Theguardian.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  24. ^ Cooper, Andrew F. "Middle Powers: Squeezed out or Adaptive?". Public Diplomacy Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-29. Dicapai pada 12 March 2015.
  25. ^ Kamrava, Mehran. "Mediation and Qatari Foreign Policy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-07. Dicapai pada 12 March 2015.
  26. ^ Paul Rhys in Doha. "Blatter reaches out to Arabia". Aljazeera.com. Dicapai pada 30 December 2013.
  27. ^ "BBC NEWS - Middle East - How democratic is the Middle East?". news.bbc.co.uk. Dicapai pada 5 June 2017.
  28. ^ http://www.state.gov/documents/organization/186656.pdf
  29. ^ Lambert, Jennifer (2011). "Political Reform in Qatar: Participation, Legitimacy and Security". 19 (1). Middle East Policy Council. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  30. ^ "Qatar to hold advisory council elections in 2013". Reuters (UK edition). Reuters. 1 November 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-20. Dicapai pada 4 March 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  31. ^ "Qatar Municipalities". Qatar Ministry of Municipality and Urban Planning. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 December 2011.
  32. ^ "Administrative Division of the State" (PDF). The General Census of Population and Housing, and Establishment Apr 2010. State of Qatar Statistics Authority. m/s. 25.
  33. ^ "Population By Gender, Municipality And Zone, March 2004". General Secretariat for Development Planning. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2006.
  34. ^ a b Toth, Anthony (1994). "Qatar: Geography". Dalam Metz, Helen Chapin (penyunting). Persian Gulf states: country studies (ed. 3rd). Washington, D.C.: Federal Research Division, Library of Congress. m/s. 162–163. ISBN 0-8444-0793-3. OCLC 29548413.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.CS1 maint: postscript (link)
  35. ^ "Population of Qatar by nationality – 2017 report" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2017.
  36. ^ Baker, Colin; Jones, Sylvia Prys (1998). Encyclopedia of Bilingualism and Bilingual Education. Multilingual Matters. m/s. 429. ISBN 978-1853593628.
  37. ^ "Qatar Facts". First Qatar Orthodontic Conference. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 July 2014. Dicapai pada 23 January 2013.

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Qatar di Wikimedia Commons
  •   Panduan pelancongan Qatar dari Wikivoyage