Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat

(Dilencongkan dari Library of Congress)

Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: Library of Congress) merupakan perpustakaan penyelidikan yang berkhidmat untuk Kongres Amerika Syarikat dan merupakan perpustakaan negara untuk Amerika Syarikat. Ia merupakan institusi budaya persekutuan tertua di Amerika Syarikat. Perpustakaan ini ditempatkan di tiga bangunan di Capitol Hill di Washington, D.C.; selain menguruskan Kampus Packard di Culpeper, Virginia, yang menempatkan Pusat Pemuliharan Pandang-Dengar Kebangsaan. [3]

Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat
Library of Congress
Library of Congress Sunting ini di Wikidata
the word "library" in bold, narrow letters, with "library of congress" to its left in small orange type

schematic round seal of eagle of the Library of Congress
Bendera Perpustakaan Kongres
Maklumat umum
JenisPerpustakaan negara, United Nations Depository Library, parliamentary archive, legislative branch agency Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan24 April 1800; 223 tahun yang lalu (1800-04-24)
Laman sesawangloc.gov Sunting ini di Wikidata
Koleksi
Saiz koleksiLebih daripada 38 juta buku dan bahan cetak lain, 3.6 juta rakaman, 14 juta gambar, 5.5 juta peta, 8.1 juta keping helaian muzik dan 70 juta manuskrip, 5,711 incunabula, dan 122,810,430 item dalam koleksi yang tidak dikelaskan (khas):
lebih daripada 167 juta jumlah barangan[1]
Capaian dan penggunaan
EdaranPerpustakaan tidak diedarkan secara awam
Populasi diberi khidmat535 anggota Kongres Amerika Syarikat, kakitangan mereka, dan rakyat Amerika.
Anggota bagi
Senarai:
Société de l’histoire de France, Digital Library Federation, Association of Research Libraries, World Digital Library, International Confederation of Architectural Museums, Biodiversity Heritage Library, Konsortium Jaringan Sejagat, Persatuan Arkib Bunyi dan Pandang Dengar Antarabangsa, Komuniti GLAM Labs Antarabangsa, Geheugen van Nederland, Flickr Commons, Konsortium Pemeliharaan Internet Antarabangsa, Persekutuan Persatuan dan Institusi Perpustakaan Antarabangsa, Coalition for Networked Information, National Digital Stewardship Alliance Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Librarian of Congress Sunting ini di WikidataCarla Hayden Sunting ini di Wikidata
PengarahCarla Hayden (Pustakawan Kongres)
SubsidiariUS Center for the Book, Pejabat Pendaftaran Filem Kebangsaan, Office of the Inspector General, Library of Congress, Perkhidmatan Penyelidikan Kongres, Federal Research Division, United States Copyright Office, Cataloging Distribution Service, National Audio-Visual Conservation Center, Library of Congress African and Middle Eastern Division, Library of Congress Police, American Folklife Center, Library of Congress Geography and Map Division, Library of Congress Prints and Photographs Division, Library of Congress Music Division, Library of Congress Network Development and MARC Standards Office, Library of Congress Publishing Office, Library of Congress Manuscript Division Sunting ini di Wikidata
Pemilik bagi
Senarai:
American Memory, World Digital Library, Lincoln Bible, Veterans History Project, Library of Congress Linked Data Service, Library of Congress Online Catalog, Mary Pickford Theater, Library of Congress National Digital Library project, Feleky Collection Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Belanjawan$684,040,000[2]
Kakitangan3,105[2]
Lokasi
Map
Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat is located in Bumi
Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat
Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat (Bumi)
Koordinat38°53′19″N 77°00′17″W / 38.88861°N 77.00472°W / 38.88861; -77.00472Koordinat: 38°53′19″N 77°00′17″W / 38.88861°N 77.00472°W / 38.88861; -77.00472
NegaraAmerika Syarikat Sunting ini di Wikidata
LokasiWashington, D.C., Amerika Syarikat
Bilangan cawanganN/A
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perpustakaan Kongres ini merupakan perpustakaan terbesar di dunia. .[4] Koleksinya adalah universal, tidak terhad kepada subjek, format, mahupun sempadan negara, serta termasuk bahan-bahan penyelidikan dari seluruh dunia dan dalam lebih dari 450 bahasa. Dua pertiga daripada buku-buku yang diperoleh setiap tahun adalah dalam bahasa selain bahasa Inggeris. [3]

Perpustakaan Kongres berpindah ke Washington pada tahun 1800 selepas sebelas tahun berada di New York (Bandar Raya New York) dan Philadelphia. John J. Beckley, merupakan Pustakawan Kongres pertama dan dibayar sebanyak $ dua setiap hari. [5]

Perpustakaan Kongresional kecil terletak di Kapitol Amerika Syarikat sekitar abad ke-19 sehingga awal 1890-an. Kebanyakan koleksi asal telah dimusnahkan oleh British pada tahun 1814, ketika Perang 1812. Untuk membina semula koleksi mereka, perpustakaan telah membeli koleksi peribadi bekas Presiden Amerika Syarikat, Thomas Jefferson sebanyak 6,487 buah buku. Namun, pada tahun 1851, kebakaran telah berlaku dan memusnahkan sejumlah besar koleksinya, termasuk buku-buku Jefferson. Selepas Perang Saudara Amerika, Perpustakaan Kongres berkembang pesat dalam membina saiz dan kepentingannya, yang mencetuskan kempen membeli salinan penggantu untuk koleksi-koleksi yang telah musnah dari sumber, koleksi dan perpustakaan lain.

Perpustakaan menerima hak pemindahan semua koleksi yang mempunyai hak cipta dengan menyimpan dua buah salinan bagi setiap buku, peta, ilustrasi dan diagram yang dicetak di Amerika Syarikat. Merka turut mula membina koleksi British dan karya-karya dari Eropah serta karya-karya yang diterbitkan di negara-negara berbahasa Inggeris.

Walaupun Perpustakaan Kongres dibuka untuk orang ramai, namun hanya pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi sahaja dibenarkan untuk meminjam buku-buku dan bahan-bahan dalam Perpustakaan Kongres (kecuali peminjaman melalui Pinjaman Antara Perpustakaan, yang dibenarkan untuk orang awam).

Sejarah sunting

 
Pembinaan Bangunan Thomas Jefferson, dari 8 Julai 1888 sehingga 15 Mei 1894

1800–51: Awal mula dan sumbangan dari Jefferson sunting

James Madison telah mencetuskan idea untuk membina perpustakaan kongresional dengan mencadangkannya pada tahun 1783. .[6] Perpustakaan Kongres telah dibina pada 24 April 1800, apabila Presiden John Adams menandatangani akta Kongres untuk memindahkan pusat pemerintahan dari Philadelphia ke Washington. Turut disebut dalam akta tersebut adalah peruntukan $5,000 “untuk pembelian buku-buku yang diperlukan untuk kegunaan Kongres..., dan membina tempat yang sesuai untuk menyimpannya...” Buku-buku telah dipesan dari London, dan koleksi terdiri daripada 740 buah buku dan 3 buah peta telah disimpan di Kapitol yang baru.[7]

Sebagai Presiden, Thomas Jefferson memainkan peranan yang penting dalam membina struktur Library Kongres. Pada 26 Januari 1802, beliau telah menandatangani satu rang undang-undang yang membolehkan Presiden untuk melantik “pegawas” Perpustakaan Kongres (Pustakawan Perpustakaan Kongres) dan penubuhan Jawatankuasa Bersama Perpustakaan untuk mengawal selia dan menyelia Perpustakaan. Undang-undang baru juga membenarkan Presiden dan Naib Presiden untuk meminjam buku. .[8]

Ketika Perang 1812, pihak British telah melakukan pembakaran di Washington termasuk Kapitol pada Ogos 1814 yang turut memusnahkan Perpustakaan Kongres serta koleksinya.[7] Satu-satunya bahan yang terselamat adalah buku akaun penerimaan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun 1810.[9] Ia telah diambil oleh Komander British sebagai cenderahati dan kemudiannya telah dipulangkan kepada kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1940.

Dalam masa sebulan, bekas Presiden, Jefferson menawarkan untuk menjual koleksi peribadinya[10][11] sebagai ganti. Pada Januari 1815, Kongres menerima tawaran Jefferson dengan membayar $23,650 bagi membeli sebanyak 6,487 buah buku.[7] Walau bagaimanapun, terdapat ahli Dewan Perwakilan yang menentang pembelian tersebut, termasuk Daniel Webster, anggota Dewan Perwakilan dari New Hampshire yang mahu memulangkan “semua buku yang atheistikal, tidak beragama dan tidak bermoral.”[12] Jefferson telah meluangkan masa selama 50 tahun untuk mengumpul pelbagai buku dalam pelbagai bahasa dan dalam pelbagai subjek, termasuk falsafah, sains, kesusasteraan, seni bina, perundangan, agama dan matematik. Beliau turut mengumpul buku-buku yang biasa dilihat di perpustakaan perundangan, seperti buku masakan. Walau bagaimanapun, beliau percaya kesemua subjek mempunyai tempat di Perpustakaan Kongres. Koleksi-koleksi Jefferson ini telah diklasifikasikan mengikut skim oleh Francis Bacon. Ia mengkelaskan buku-buku tersebut kepada Memori, Punca, dan Imiginasi, yang dipecahkan kepada 44 subdivisi yang lain. Perpustakaan Kongress mengikut pengelasan Francis Bacon sehingga akhir abad ke-19, apabila Pustakawan Herbert Putnam memulakan Pengelasan Perpustakaan Kongress (bahasa Inggeris: Library of Congress Classification) yang kini digunapakai ke atas lebih 138 juta koleksi.

Pada tahun 1851, kebakaran telah memusnahkan dua pertiga koleksi Jefferson, dengan hanya 2,000 buah buku berjaya diselamatkan.

1851–65: Masa sulit sunting

Ketika 1950-an, pustakawan Institusi Smithsonian, Charles Coffin Jewett cuba menjadikan organisasi tersebut sebagai perpustakaan negara buat Amerika Syarikat. Namun usaha beliau dihalang oleh setiausaha Smithsonian, Joseph Henry, yang mahukan Smithsonian fokus terhadap penyelidikan dan penerbitan saintifik serta lebih berminat melihat pembangunan Perpustakaan Kongres menjadi perpustakaan negara. Setelah Henry memecat Jewett pada Julai 1854, usaha menjadikan Smithsonian menjadi perpustakaan negara berakhir. Pada tahun 1866, Henry telah memindahkan empat puluh ribu koleksi Institusi Smithsonian kepada Perpustakaan Kongres.[7]

24 Disember 1851, kebakaran besar telah memusnahkan 35,000 buah buku, termasuk dua per tiga koleksi Jefferson. Setahun kemudian, Kongres menyediakan peruntukan sebanyak $168,700 kepada Perpustakaan Kongres untuk menggantikan buku-buku yang telah musnah terbakar, tetapi tidak untuk membeli buku baru. Ini menandakan permulaan kepada era konservatif dalam pentadbiran Perpustakaan oleh Pustakawan John Silva Meehan dan pengerusi jawatankuasa bersama, James A. Pearce yang membataskan aktiviti Perpustakaan. Pada tahun 1857, Kongres mengalihkan aktiviti pengagihan dokumen terbitan kerajaan kepada Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat dan program pertukaran buku antarabangsa kepada Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat. Pelantikan John G. Stephenson sebagai pustakawan Perpustakaan Kongres oleh Abraham Lincoln telah melemahkan Perpustakaan kerana Stephensen lebih fokus terhadap hal-hal luar perpustakaan seperti perkhidmatan sebagai sukarelawan dalam pertempuran Chancellorsville dan Gettysburg semasa Perang Saudara Amerika. Setelah tamat perang, Perpustakaan Kongres hanya memiliki 7 orang kakitangan dan koleksi sebanyak 80,000 buah sahaja. .[7] Pemusatan hak cipta kepada Pejabat Paten Amerika Syarikat pada tahun 1859 telah mengakhiri peranan tiga belas tahun Perpustakaan Kongres sebagai pusat pendeposit bagi buku-buku dan risalah dengan hak cipta.

1865–97: Pengembangan oleh Spofford sunting

 
Perpustakaan Kongres di dalam bangunan Kapitol c. 1890

Perpustakaan Kongres kembali berkmbang ketika di bawah Pustakawan Ainsworth Rand Spofford, yang mengetuai Perpustakaan dari tahun 1865 sehingga 1897 serta ditambah dengan iklim polik yang baik. Spofford telah membina sokongan bipartisan untuk Perpustakaan Kongres menjadi perpustakaan negara dan pisat sumber perundangan, bermula dengan membina koleksi Amerikana dan kesusasteraan Amerika selain pembinaan bangunan baru untuk Perpustakaan dan mentransformasikan jawatan Pustakawan Kongres yang kuat dan bebas. Di antara tahun 1865 dan 1870, Kongres memperuntukan dana untuk pembinaan Bangunan Thomas Jefferson, dan semua aktiviti pendaftaran hak cipta dan pendepositan diletakkan di bawah kawalan Perpustakaan serta mengembalikan pengelolaan pertukaran buku antarabangsa. Perpustakaan Kongres juga menerima koleksi dari Smithsonian dan sejarahwan Peter Force untuk menguatkan koleksi saintifik dan Amerikana. Pada tahun 1876, Perpustakaan Kongres mempunyai 300,000 buah koleksi dan menyamai Perpustakaan Awam Boston sebagai perpustakaan terbesar negara. Pemindahan Perpustakaan dari bangunan Kapitol ke ibu pejabat yang baru pada tahun 1897, Perpustakaan Kongres memiliki 840,000 buah koleksi yang mana 40% daripadanya diterima menerusi pendepositan hakcipta.[7]

 
Sebahagian koleksi Perpustakaan Kongres yang belum disusun di dalam bangunan Thomas Jefferson yang baru dibuka pada tahun 1897

Setahun sebelum Perpustakaan berpindah ke lokasi baru, Jawatankuasa Bersama Perpustakaan mengadakan sesi perbincangan untuk menilai keadaan Perpustakaan dan merancang pertumbuhan masa depan serta kebarangkalian penyusunan semula. Spofford dan enam orang pakar telah dihantar oleh Persatuan Perpustakaan Amerika, termasuk bakal Pustakawan Kongres, Herbert Putnam dan Melvil Dewey dari Perpustakaan Awam New York untuk memberi keterangan di hadapan jawatankuasa mengenai pengembangan Perpustakaan Kongres menjadi perpustakaan negara. Hasil perbincangan dan bantuan dari Senator Vermont, Justin Morrill dan Senator Indiana, Daniel Voorhees, Kongres bersetuju untuk menambah kakitangan Perpustakaan dari 42 orang kepada 108 orang dan membina unit pentadbiran baru untuk semua aspek koleksi Perpustakaan. Kongres juga memperkuatkan kuasa Pustakawan Kongres untuk mentadbir Perpustakaan dan melantik kakitangan Perpustakaan, selain memerlukan kelulusan Senat untuk pelantikan Pustakawan AS. .[7]

1897–1939: Pasca pengorganisasian semula sunting

 
Perpustakaan Kongres pada tahun 1898

Selepas pengorganisasian semula pada tahun 1897, Perpustakaan mula berkembang dan membangun dengan cepat. Meskipun hanya memegang jawatan Pustakawan Kongres selama dua tahun, namun pengganti Spofford, John Russell Young telah memperbaiki birokrasi Perpustakaan dengan menggunakan pengaruhnya sebagai bekas diplomat untuk mendapatkan lebih banyak bahan dari serata dunia, dan membangunkan program bantuan pertama Perpustakaan untuk golongan cacat penglihatan dan fizikal. Pustakawan Herbert Putnam menggantikan Young dari tahun 1899 sehingga 1939 dan selepas dua tahun Putnam mengepalai Perpustakaan Kongres, ia menjadi perpustakaan pertama di Amerika Syarikat yang mempunyai koleksi berjumlah 1 juta.[7] Putnam memfokuskan usaha beliau untuk menjadi Perpustakaan lebih terbuka dan berguna kepada masyarakat awam perpustakaan lain. Beliau memperkenalkan perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan, sekaligus menjadikan Perpustakaan Kongres sebagai “perpustakaan jalan terakhir”.[13] Putnam juga memperluaskan akses Perpustakaan kepada "penyiasat saintifik dan individu yang berkelayakan" dan mula menerbitkan sumber utama untuk manfaat para sarjana[7]

Putnam turut mempelbagaikan koleksi Perpustakaan. Pada tahun 1903, beliau memujuk Presiden Theodore Roosevelt untuk menempatkan kertas-kertas Bapa Pengasas Amerika Syarikat dari Jabatan Luar Negeri kepada Perpustakaan Kongres. Putnam turut menambah perolehan bahan asing, termasuk perolehan 4,000 naskah mengenai Indika pada tahun 1904, 18,000 naskah Rusia milik G. V. Yudin pada tahun 1906, koleksi Schatz pada tahun 1908, serta koleksi dari Perpustakaan keluarga Romanov dalam pelbagai topik pada tahun 1930-an. Perpustakaan turut membeli koleksi Ibrani, Cina dan Jepun. Pada tahun 1929, ahli Kongres dari Mississippi, Ross Collins berjaya mencadangkan pembelian koleksi Otto Vollbehr dengan jumlah $1.5 juta, termasuk satu daripada tiga salinan vellum sempurna dari Kitab Gutenberg. [14][7]

 
Satu salinan Kitab Gutenberg yang dipamerkan di Perpustakaan Kongres

Pada tahun 1914, Putnam membangunkan Perkhidmatan Rujukan Perundangan di Perpustakaan. Unit ini bertanggungjawab memberi maklumat mendalam bagi setiap pertanyaan rujukan dalam pelbagai topik yang berkaitan dengan Kongres. Pada tahun 1965, Kongres meluluskan akta membenarkan Perpustakaan Kongres menubuhkan lembaga tabung amanah untuk menerima sumbangan dan hibah, sekaligus menjadikan Perpustakaan ini sebagai penaung seni. Perpustakaan Kongres menerima sumbangan dan hibah dari individu seperti John D. Rockefeller, James B. Wilbur dan Archer M. Huntington

Walaupun rak buku telah ditambah pada tahun 1910 dan 1927, namun koleksi terus berkembang sehingga tidak mampu ditampung oleh bangunan utama Perpustakaan. Pada tahun 1928, Kongres membeli tanah berhampiran dan meluluskan pembinaan Bangunan Annex (kemudian dikenali sebagai Bangunan John Adams) pada tahun 1930. Walaupun berhadapan dengan kemelesetan ekonomi, bangunan ini berjaya disiapkan pada tahun 1938 dan dibuka kepada umum pada tahun 1939.[7]

1939–kini: Sejarah moden sunting

 
Erotica, lukisan mural di Perpustakaan Kongres oleh George Randolph Barse (1861–1938)

Apabila Putnam bersara pada tahun 1939, Presiden Franklin D. Roosevelt melantik Archibald MacLeish bagi menggantikan Putnam. Berkhidmat dari tahun 1939 sehingga 1944 ketika Perang Dunia Kedua, MacLeish menjadi Pustakawan Kongres paling menyerlah dalam sejarah Perpustakaan Kongres. MacLeish menggalakkan pustakawan lain untuk menolak totalitarianisme sebagai sebahagian daripada demokrasi. Beliau turut mendedikasikan ruang bacaan utara Bangunan Adams kepada Thomas Jeffeson, mengarahkan pelukis Ezra Winter untuk melukis empat lukisan dinding, dan membangunkan “kubu demokrasi” di ruang baca utama Bangunan Jefferson untuk dokumen penting seperti Deklarasi, Perlembagaan dan ‘’The Federalist Papers’’. Perpustakaan Kongres turut membantu dalam usaha perang, mulai dengan menyimpan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat dan Perlembagaan Amerika Syarikat di Fort Knox serta membantu juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat mendapatkan maklumat berkenaan cuaca di Himalaya. MacLeish meletak jawatan pada tahun 1944 dan Presiden Harry Truman melantik Luther H. Evans sebagai Pustakawan Kongres yang baru. Evans, yang berkhidmat sehingga 1953, telah memperkayakan perolehan, pengkatalogan dan perkhidmatan bibliografik Perpustakaan. Namun, pencapaian terbesar beliau adalah mencipta misi Perpustakaan ke seluruh dunia. Perpustakaan di bawah Evans memainkan banyak peranan dalam dunia pasca perang: misi di San Francisco dengan membantu para peserta dalam perjumpaan membangunkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; di Eropah pula misi mendapatkan penerbitan Eropah untuk Perpustakaan Kongres dan perpustakaan-perpustakaan lain di Amerika Syarikat; serta misi membantu Jepun mencipta Perpustakaan Diet Kebangsaan.[7]

L. Quincy Mumford menggantikan Evan pada tahun 1953 sehingga 1974. Bangunan ketiga Perpustakaan iaitu Bangunan Peringatan James Madison dibangunkan ketika era pentadbiran Mumford. Ketika itu juga, kerajaan sedang meningkatkan perbelanjaan untuk pendidikan sehingga membolehkan Perpustakaan membuka pusat perolehan baru di luar negara termasuk Cairo dan New Delhi. Pada tahun 1967, Perpustakaan memulakan teknik pemeliharaan buku melalui Pejabat Pemiliharaan, yang berkembang menjadi usaha penyelidikan dan pemuliharaan perpustakaan terbesar di Amerika Syarikat. Pentadbiran Mumford juga memperlihatkan debat umum terbesar dan terakhir mengenai peranan Perpustakaan Kongres sebagai perpustakaan perundangan dan perpustakaan negara. Sebuah memorundum 1962 oleh Douglas Bryant dari Perpustakaan Universiti Harvard Harvard University Library, mencadangkan pembaharuan organisasi, termasuk memperluaskan aktiviti dan perkhidmatan nasional serta beberapa perubahan organisasi yang mana akan mengubah Perpustakaan lebih ke arah peranan nasional berbanding perundangan. Bryant juga mencadangkan nama Perpustakaan Kongres ditukar, tetapi ditolak oleh Mumford sebagai “keganasan tidak terperi terhadap tradisi”. Debat diteruskan di kalangan komuniti perpustakaan sehingga Akta Penyusunan Semula Perundangan 1970 yang mengembalikan Perpustakaan Kongres sebagai perpustakaan perundangan, dengan lebih fokus dalam penyelidikan untuk Kongres dan jawatankuasa dalam Kongres serta menamakan semula Perkhidmatan Rujukan Perundangan kepada Perkhidmatan Penyelidikan Kongresional. [7]

Setelah Mumford bersara pada tahun 1974, Gerald Ford melantik Daniel J. Boorstin sebagai Pustakawan Kongres. Cabaran pertama Boorstin adalah perpindahan ke Bangunan Madison yang baru, di mana dilakukan sekitar tahun 1980 sehingga 1982. Perpindahan ini melegakan kakitangan Perpustakaan dan membenarkan Boorstin menumpukan perhatian dalam hal selain pentadbiran seperti perolehan dan koleksi. Dengan kenaikan peruntukan dari $116 juta pada tahun 1975 kepada lebih $250 juta pada tahun 1987, Boorstin secara aktif menjalinkan hubungan dengan cendekiawan, pengarang, penerbit, ketua kebudayaan, dan komuniti perniagaan.

Presiden Ronald Reagan menamakan James H. Billington sebagai Pustakawan Kongres ke-13 pada tahun 1987 dan dipersetujui oleh Senat.[15] Billington telah menggandakan saiz koleksi analog Perpustakaan dari 85.5 juta koleksi pada tahun 1987 kepada 160 juta koleksi pada tahun 2014. Dalam masa yang sama, beliau turut memperkenalkan program baru dan menggunakan teknologi terkini


Carla Hayden telah dilantik menjadi Pustakawan Kongres ke-14 pada 14 September 2016 selepas persaraan Billington. Hayden bukan sahaja menjadi wanita pertama menjawat jawatan tersebut, malah beliau juga merupakan masyarakat Afrika-Amerika pertama menjadi Pustakawan Kongres. [16][17]

Pustakawan Kongres sunting

  1. John J. Beckley (1802–1807)
  2. Patrick Magruder (1807–1815)
  3. George Watterston (1815–1829)
  4. John Silva Meehan (1829–1861)
  5. John Gould Stephenson (1861–1864)
  6. Ainsworth Rand Spofford (1864–1897)
  7. John Russell Young (1897–1899)
  8. Herbert Putnam (1899–1939)
  9. Archibald MacLeish (1939–1944)
  10. Luther H. Evans (1945–1953)
  11. Lawrence Quincy Mumford (1954–1974)
  12. Daniel J. Boorstin (1975–1987)
  13. James H. Billington (1987–2015)
  14. Carla Hayden (2016–)

Rujukan sunting

  1. ^ "Fascinating Facts". Library of Congress. Dicapai pada 2018-04-25.
  2. ^ a b "2017 Annual Report of the Librarian of Congress" (PDF). Library of Congress. Dicapai pada 2018-11-27.
  3. ^ a b "Fascinating Facts". The Library of Congress. Dicapai pada 2016-02-21.
  4. ^ "Fascinating Facts - Statistics". The Library of Congress. Dicapai pada 16 February 2017.
  5. ^ "John James Beckley - Previous Librarians of Congress". Library of Congress. Dicapai pada 2015-01-04.
  6. ^ Murray, Stuart. The Library: An Illustrated History (New York, Skyhouse Publishing, 2012): 155.
  7. ^ a b c d e f g h i j k l m "Jefferson's Legacy • A Brief History of the Library of Congress". Library of Congress. March 6, 2006. Dicapai pada January 14, 2008.
  8. ^ Murray, Stuart P. (2009). The library : an illustrated history. New York, NY: Skyhorse Pub. m/s. 158. ISBN 9781602397064.
  9. ^ Murray, Stuart (2009). The Library An Illustrated History. Chicago, Illinois: Skyhorse Publishing. m/s. 159.
  10. ^ "Thomas Jefferson's personal library, at LibraryThing, based on scholarship". LibraryThing. Dicapai pada 2012-11-04.
  11. ^ LibraryThing profile page for Thomas Jefferson's library, summarizing contents and indicating sources
  12. ^ Murray, Stuart P. (2009). The library : an illustrated history. Chicago: Skyhorse Pub. m/s. 162. ISBN 9781602397064.
  13. ^ "Interlibrary Loan (Collections Access, Management and Loan Division, Library of Congress)". Library of Congress website. October 25, 2007. Dicapai pada December 4, 2007.
  14. ^ Snapp, Elizabeth (April 1975). "The Acquisition of the Vollbehr Collection of Incunabula for the Library of Congress". The Journal of Library History (1974-1987). University of Texas Press. 10 (2): 152–161. JSTOR 25540624. (restricted access)
  15. ^ "Key Milestones of James H. Billington's Tenure | News Releases - Library of Congress". Loc.gov. Dicapai pada 2015-09-22.
  16. ^ McGlone, Peggy; McGlone, Peggy (July 13, 2016). "Carla Hayden confirmed as 14th librarian of Congress". Washingtonpost.com. Dicapai pada May 5, 2017.
  17. ^ "Carla Hayden to be sworn in on September 14 - American Libraries Magazine". Americanlibrariesmagazine.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-10. Dicapai pada May 5, 2017.

Bacaan tambahan sunting

  • Aikin, Jane (2010). "Histories of the Library of Congress". Libraries & the Cultural Record. 45 (1): 5–24. doi:10.1353/lac.0.0113.
  • Anderson, Gillian B. (1989), "Putting the Experience of the World at the Nation's Command: Music at the Library of Congress, 1800-1917", Journal of the American Musicological Society, 42 (1): 108–49, doi:10.2307/831419
  • Bisbort, Alan, and Linda Barrett Osborne. The Nation's Library: The Library of Congress, Washington, D. C. (Library of Congress, 2000)
  • Cole, John Young. Jefferson's legacy: a brief history of the Library of Congress (Library of Congress, 1993)
  • Cole, John Young. "The library of congress becomes a world library, 1815-2005." Libraries & culture (2005) 40#3: 385-398. in Project MUSE
  • Cope, R. L. "Management Review of the Library of Congress: The 1996 Booz Allen & Hamilton Report," Australian Academic & Research Libraries (1997) 28#1 online
  • Mearns, David Chambers. The Story Up To Now: The Library Of Congress, 1800-1946 (1947), detailed narrative
  • Ostrowski, Carl. Books, Maps, and Politics: A Cultural History of the Library of Congress, 1783-1861 (2004) online
  • Rosenberg, Jane Aiken. The Nation's Great Library: Herbert Putnam and the Library of Congress, 1899–1939 (University of Illinois Press, 1993)
  • Shevlin, Eleanor F.; Lindquist, Eric N. (2010). "The Center for the Book and the History of the Book". Libraries & the Cultural Record. 45 (1): 56–69. doi:10.1353/lac.0.0112.
  • Tabb, Winston; dll. (2003). "Library of Congress". Encyclopedia of Library and Information Science. 3: 1593–1612.
  • Cole, John Y. and Henry Hope Reed. The Library of Congress: The Art and Architecture of the Thomas Jefferson Building (1998) excerpt and text search
  • Small, Herbert, and Henry Hope Reed. The Library of Congress: Its Architecture and Decoration (1983)

Pautan luar sunting