Buka menu utama

Tentera Udara Amerika Syarikat

Tentera Udara Amerika Syarikat ialah cabang tentera udara Angkatan Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu daripada tujuh perkhidmatan beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ia telah ditubuhkan sebagai Kor Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947.[2] dan merupakan cawangan angkatan tentera A.S terakhir yang ditubuhkan.

Tentera Udara Amerika Syarikat
Seal of the United States Department of the Air Force.svg
Cop mohor Tentera Udara Amerika Syarikat
Aktif18 September 1947 - kini
Negara Amerika Syarikat
KesetiaanPresiden Amerika Syarikat
Peranan"Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber"[1]
Saiz328,600 anggota tetap
5,778 pesawat (2,402 buah adalah pesawat pejuang)
450 peluru berpandu ICBM
Garison/HQPentagon
PenaungJabatan Pertahanan
Jabatan Tentera Udara
Moto"Above All"
WarnaBiru dan Emas
PertempuranLihat senarai
Komander
SetiausahaYang Berhormat Deborah Lee James
Ketua TurusJen. Mark A. Welsh III
Timbalan Ketua TurusJen. Larry O. Spencer
Tanda kebesaran
Simbol
pengenalan
USAF logo.png
Simbol
pengenalan
Roundel of the USAF.svg

Latar belakangSunting

Tentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat (4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Kebangsaan Udara; dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara);[3] kira-kira 156 buah Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu kruis pelancaran udara,[4] dan 450 peluru berpandu balistik antara benua. Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan 106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara asing.[5]

Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya daripada 333,000 kepada 316,000 anggota, yang merupakan kekuatan terkecil sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley.[6] Kekuatan anggota tugas aktif sekarang ialah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.[7]

Bukan semua pesawat tempur angkatan tentera Amerika Syarikat dikendalikan oleh Tentera Udara A.S. Sebagai contoh, Tentera Darat Amerika Syarikat mengendalikan sendiri helikopternya yang kebanyakannya digunakan untuk menyokong serangan darat; ia juga memiliki dan menyelenggara sejumlah kecil pesawat kepak kaku (terutamanya Pesawat Udara Tanpa Pemandu) (UAV). Tentera Laut Amerika Syarikat pula bertanggungjawab atas pelbagai jenis pesawat, termasuk pesawat tempur udara dan rondaan maritim yang beroperasi di atas 11 buah kapal pengangkut pesawat dan pesawat pengangkut yang beroperasi di beberapa pangkalan udara di seluruh dunia. Kor Marin pula menggunakan pesawat tempur dan pengangkut mereka sendiri untuk menyokong misi darat dan sering kali digunakan bersama dengan penerbangan laut. Pengawal Pantai Amerika Syarikat juga mengoperasi pesawat pengangkut dan Cari dan Selamat (SAR), yang berperanan dalam pertempuran dan penguatkuasaan undang-undang. Kesemua cabang dalam angkatan tentera A.S mengoperasi helikopter.

Jabatan Tentera Udara diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Setiausaha Tentera Udara yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal pentadbiran. Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah satu cabang Jabatan Pertahanan, yang diketuai oleh Setiausaha Pertahanan. Pangkat tertinggi bagai pegawai tentera di Jabatan Pertahanan Tentera Udara ialah Ketua Turus Tentera Udara Amerika Syarikat.

MisiSunting

1. Berdasarkan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947 (61 Stat. 502) yang membawa kepada penubuhan Tentera Udara:

In general the United States Air Force shall include aviation forces both combat and service not otherwise assigned. It shall be organized, trained, and equipped primarily for prompt and sustained offensive and defensive air operations. The Air Force shall be responsible for the preparation of the air forces necessary for the effective prosecution of war except as otherwise assigned and, in accordance with integrated joint mobilization plans, for the expansion of the peacetime components of the Air Force to meet the needs of war.

2. §8062 of Title 10 US Code (10 USC 8062) mentakrifkan tujuan Tentera Udara seperti berikut:

  • Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan, dan bersedia untuk mempertahankan, Amerika Syarikat, Tanah Jajahannya, Negera-negara Berdaulat, dan hak miliknya, dan sebarang kawasan yang diduduki oleh Amerika Syarikat;
  • Untuk menyokong Polisi Negara;
  • Untuk melaksanakan objektif negara;
  • Untuk menentang negara-negara yang bertindak agresif yang membahayakan keamanan dan keselamatan Amerika Syarikat.

3. Misi Tentera Udara Amerika Syarikat ialah "Menyediakan pilihan untuk mempertahankan kedaulatan Amerika Syarikat dan kepentingan globalnya. Terbang dan bertempur di udara, angkasa dan alam siber".[8]

Cari dan SelamatSunting

Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan memperakui Pengawal Pantai Amerika Syarikat sebagai sebuah agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk menjalankan operasi Cari dan Selamat (SAR) di laut , dan Peronda Udara Awam Tentera Udara Bantuan Amerika Syarikat bertanggungjawab terhadap tugas Cari dan Selamat di tanah besar.[9] Kedua-dua agensi berkerjasama dalam Pusat Penyelaras Penyelamatan untuk menyelaraskan usaha ini.[3]

SejarahSunting

 
Roundel yang pernah digunakan pada pesawat A.S
1. 17/5-18/2 2. 18/2-19/8 3. 19/8-5/1942
4. 5/1942-6/1943 5. 6/-9/1943 6. 9/1943-1/1947
7. 1/47-kini

Tentera Udara Amerika Syarikat menjadi cabang perkhidmatan tentera yang berasingan pada 18 September 1947, dengan pelaksanaan Akta Keselamatan Kebangsaan 1947.[10] Akta ini telah menubuhkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada tiga cabang tentera iaitu, Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara yang baru dibuka.[11] Sebelum 1947, tanggungjawab bagi penerbangan tentera dikongsi antara Tentera Darat (bagi operasi di darat) dan Tentera Laut, bagi operasi pesawat di atas kapal pengangkut pesawat dan peperangan amfibia. Tentera Darat A.S mencipta permulaan penubuhan bagi Tentera Udara pada 1907, melalui perubahan pada organisasi, gelaran, dan misi yang mana telah berkembang ke arah pemisahan fungsi 40 tahun berikutnya. Organisasi sebelum Tentera Udara A.S. sebelumnya ialah:

PeperanganSunting

Tentera Udara A.S terlibat dalam banyak peperangan, konflik, dan operasi sejak dan sebelum pengkonsepsiannya yang merangkumi:

Operasi kemanusiaanSunting

Tentera Udara A.S. banyak melibatkan diri dalam pelbagai operasi kemanusiaan. Beberapa operasi kemanuasian adalah seperti berikut:[14]

Organisasi pentadbiranSunting

Tentera Udara A.S merupakan satu daripada 3 jabatan perkhidmatan, dan diuruskan oleh seorang (kakitangan awam) daripada Jabatan Tentera Udara. Arahan diterima daripada Setiausaha Tentera Udara(SECAF) dan kakitangan dan penasihatnya. Kepemimpinan tentera terletak di bahu Staf Udara, yang diketuai oleh Ketua Staf.

Struktur ketenteraanSunting

  Ibu pejabat, Tentera Udara Amerika Syarikat, Pentagon, Arlington, Virginia

Kakitangan tetap Tentera Udara A.S. sehingga 30 September 2006,[15] terdiri daripada:

  • Tentera dalam perkhidmatan aktif:
    • 57 sayap penerbangan, 8 sayap angkasa, dan 55 sayap bukan penerbangan
    • 9 kumpulan penerbangan, 8 kumpulan bukan penerbangan
      • 134 skuadron penerbangan, 43 skuadron angkasa
  • Tentera Udara Simpanan
    • 35 sayap penerbangan, 1 sayap angkasa
    • 4 kumpulan penerbangan
      • 67 skuadron penerbangan, 6 skuadron angkasa
  • Pengawal Udara Kebangsaan
    • 87 sayap penerbangan
      • 101 skuadron penerbangan, 4 skuadron angkasa

Tentera Udara A.S dan pasukan simpanan udaranya berjumlah 302 skuadron penerbangan.[16]

PesawatSunting

Tentera Udara A.S memiliki lebih 7,500 buah pesawat yang ditauliahkan setakat tahun 2004. Sehingga tahun 1962, Tentera Darat dan Tentera Udara mengekalkan sistem yang serupa penamaan pesawat, sementara Tentera Laut pula menggunakan sistem yang berlainan. Pada tahun 1962, penamaan ini digabungkan dan memberi kesan secara langsung akan kaedah yang digunakan oleh Tentera Darat/Udara.

Pesawat dalam pemilikan tentera udara sekarang[17]:

Serangan (Sokongan dekat udara)Sunting

PengebomSunting

Pengangkut Operasi KhasSunting

Peperangan elektronik (AWACS)Sunting

PejuangSunting

HelikopterSunting

PenangkiSunting

PengawasanSunting

LatihanSunting

RujukanSunting

  1. ^ Jabatan Tentera Udara - Keutamaan perubahan
  2. ^ 80 P.L. 235, 61 Stat. 495 (1947); Hubungan Tentera Udara, (2006)Fakta: Tentera Udara Amerika Syarikat. Dicapai 7 April, 2006.
  3. ^ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.61.
  4. ^ "Galeri senjata Tentera Udara A.S, Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.155. Tentera Udara A.S bercadang untuk menghentikan penggunaan 460 AGM-129 pada 2008, dan 528 ALCM sebelum tahun 2012.
  5. ^ "Almanak Tentera Udara 2008", Majalah AIR FORCE, Mei 2008, m/s.48. Rakyat asing yang di ambil bekerja adalah 6,617 orang.
  6. ^ Wawancara, Air Internationals ? vol.74 ?.
  7. ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2006: Kekuatan Anggota Tentera Udara A.S" (PDF). AIR FORCE Magazine. Dicapai 20 Jan.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan) 1991 510,000; 2006 352,000
  8. ^ Hubungan Tentera Udara, (2005). Tentera Udara mengeluarkan Penyataan Misi terkini. Dicapai 8 Disember, 2005.
  9. ^ Rancangan Pencarian dan Penyelamatan Kebangsaan 2007
  10. ^ Komuniti Perisikan A.S (Oktober 2004). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
  11. ^ Jabatan Negara A.S (2006). Akta Keselamatan Dalam Negara 1947. Dicapai 14 April 2006.
  12. ^ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [1].
  13. ^ Risalah Tentera Udara 36-2241 (1 Julai 2007). [2].
  14. ^ Sumber utama bagi operasi kemanusiaan Tentera Udara A.S. adalah Panduan Kajian Penyeliaan Pemeriksaan Tentera Udara A.S. (2005)
  15. ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Major Commands" (PDF). AIR FORCE Magazine. Dicapai 9 Feb.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  16. ^ "Almanak Tentera Udara A.S 2007: Skuadron Tentera Udara A.S mengikut jenis misi" (PDF). AIR FORCE Magazine. Dicapai 9 Feb.  Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  17. ^ Susunan pesawat Tentera Udara A.S - termasuk jumlah pesawat dalam perkhidmatan aktif
  18. ^ http://www.airliners.net/open.file/775218/L/

Pautan luarSunting