Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat ( Bahasa Inggeris : United States Department Of Defense ; singkatan : DOD dan USDOD ) merupakan sebuah jabatan persekutuan yang dipertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia kesemua agensi dan fungsi kerajaan yang berkait rapat keselamatan negara dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat, bersamaan dengan Kementerian Pertahanan di negara lain. Organisasi dan fungsi Jabatan Pertahanan A.S ada diterangkan di dalam Judul 10 di dalam Kanun Amerika Syarikat.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
United States Department Of Defense
United States Department of Defense Seal.svg
Cap Mohor
The Pentagon January 2008.jpg
Ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di
The Pentagon
Gambaran keseluruhan
Dibentuk18 September 1947
(oleh Akta Keselamatan Negara 1947)
Agensi terdahulu
JenisJabatan
Ibu pejabatThe Pentagon
Kaunti Arlington, Virginia
Kakitangan2.87 juta orang [1]
Belanjawan tahunan$716 billion dolar [1]
Eksekutif jabatan
Agensi-agensi anak
Laman web rasmihttps://www.defense.gov

Jabatan Pertahanan AS merupakan penyewa terbesar di Bangunan The Pentagon berhampiran Washington, DC. Jabatan ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu — Jabatan Tentera Darat Amerika Syarikat, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Agensi-agensi Jabatan Pertahanan yang lain adalah Agensi Pertahanan Peluru Berpandu, Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Termaju, Agensi Pasukan Perlindungan Pentagon, Agensi Perisikan Pertahanan, Agensi Perisikan Geospatial Negara dan Agensi Keselamatan Negara. Jabatan ini juga mengoperasikan beberapa sekolah-sekolah perkhidmatan bersama, termasuk Kolej Peperangan Negara.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b Dari laman web rasmi pada 24 Disember 2020

Pautan luarSunting