Tentera Angkasa Amerika Syarikat

Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat

Tentera Angkasa Amerika Syarikat (United States Space Force atau USSF) ialah cabang perkhidmatan angkasa dalam Angkatan Tentera AS. Bersama dengan Tentera Udara AS, ia adalah sebahagian daripada Jabatan Tentera Udara, dipimpin oleh Setiausaha Tentera Udara.[6] Para panglima tenteranya ialah Ketua Operasi Angkasa, yang merupakan salah seorang anggota Ketua Turus Bersama, dan Naib Ketua Operasi Angkasa.

Tentera Angkasa Amerika Syarikat [1]
Ditubuhkan pada20 Disember 2019; 4 tahun yang lalu (2019-12-20)
Negara Amerika Syarikat
JenisTentera angkasa
PerananPeperangan angkasa
Saiz16,000–22,000 anggota bertugas [2][3]
Sebahagian daripadaJabatan Tentera Udara Amerika Syarikat
Ibu pejabatThe Pentagon
Kaunti Arlington, Virginia
MotoSemper Supra (Sentiasa Di Atas) [4]
KawatThe United States Space Force March [5]
Peringatan20 Disember 2019
Laman webwww.spaceforce.mil
Komander
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat
Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat
Ketua Operasi Angkasa Gen B. Chance Saltzman
Naib Ketua Operasi Angkasa Gen Michael Guetlein
Chief Master Sergeant Tentera Angkasa CMSSF John F. Bentivegna
Tanda kebesaran
Mohor
Delta, Glob, dan Orbit
Bendera

Sebagai sebuah Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang keenam dan termuda, ia merupakan cabang pertama tentera yang ditubuhkan sejak pembentukan Tentera Udara Amerika Syarikat bebas pada tahun 1947.

Sejarah sunting

 
Pada 20 Disember 2019, Presiden AS ke-45 Donald Trump telah mengumumkan penubuhan Tentera Angkasa Amerika Syarikat di dalam pangkalan tentera Joint Base Andrews, Maryland, Amerika Syarikat

Pada 01 September 1982, Air Force Space Command telah dibentuk dengan tanggungjawab untuk operasi peperangan angkasa.[7]

Pada 20 Disember 2019, Presiden Amerika Syarikat ke-45 Donald Trump telah mengumumkan penubuhan Tentera Angkasa Amerika Syarikat yang baru dengan menandatangani S.1790, National Defense Authorization Act (NDAA) untuk Tahun Fiskal 2020 di dalam pangkalan tentera Joint Base Andrews, Camp Springs, Prince George's County, Maryland, Amerika Syarikat.[7][8]

Akta tersebut mengarahkan bahawa Air Force Space Command direka semula sebagai sebuah cabang tentera yang bebas dengan nama "Tentera Angkasa Amerika Syarikat" dan menjadikannya sebagai Cabang Angkatan Tentera Amerika Syarikat yang keenam di bawah Jabatan Tentera Udara Amerika Syarikat.[7][8][9][10][11][12]

Hierarki sunting

Susunan pemerintahan Tentera Angkasa Amerika Syarikat dalam sistem hierarki Angkatan Tentera Amerika Syarika.[1]

Organisasi sunting

 
Insignia Tentera Angkasa AS

Unit dan organisasi dalam Tentera Angkasa Amerika Syarikat :[13]

Pejabat Ketua Operasi Angkasa sunting

Ia berfungsi sebagai Pejabat Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan berada di dalam The Pentagon.

  • Ketua Operasi Angkasa
    • Naib Ketua Operasi Angkasa
      • Director of Staff
        • Deputy Director of Staff
      • Deputy Chief Space Operations for Operations, Cyber, and Nuclear
      • Deputy Chief Space Operations for Personnel and Logistics
      • Deputy Chief Space Operations for Strategy, Plans, Programs, Requirements and Analysis
      • Deputy Chief Space Operations for Technology and Innovation
      • Mobilization Assistant
    • Chief Master Sergeant Tentera Angkasa

Space Operations Command sunting

 
Maklumat unit dan organisasi dalam Space Operations Command pada tahun 2020
 
Logo Space Operations Command

Unit dan organisasi dengan pangkalan mereka dalam Space Operations Command yang telah diaktifkan pada 21 Oktober 2020 : [14] [15]

Delta sunting

  • Space Training And Readiness (STAR) Delta Provisional ; direka semula sebagai STAR Command pada 23 Ogos 2021 ; sekolah untuk Tentera Angkasa AS dan berada di dalam Peterson Space Force Base, Colorado [16]
  • Delta 2 : Peterson Space Force Base, Colorado
  • Delta 3 : Peterson Space Force Base, Colorado
  • Delta 4 : Buckley Space Force Base, Colorado
  • Delta 5 : Vandenberg Space Force Base, California
  • Delta 6 : Schriever Space Force Base, Colorado
  • Delta 7 : Peterson Space Force Base, Colorado
  • Delta 8 : Schriever Space Force Base, Colorado
  • Delta 9 : Schriever Space Force Base, Colorado

Garrison sunting

  • Buckley Garrison : Buckley Space Force Base, Colorado
  • Peterson-Schriever Garrison : Peterson Space Force Base, Schriever Space Force Base dan Cheyenne Mountain Space Force Station di Colorado[17]

Space Systems Command sunting

 
Logo Space Systems Command

Space Systems Command telah diaktifkan secara rasmi pada 13 Ogos 2021 : [13] [18]

Center sunting

Penjaga peluru berpandu balistik antara benua[19] dan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat[20]

  • Space Missile Systems Center :
Los Angeles Air Force Base, California[21]

SLD sunting

Melancarkan kenderaan ke angkasa lepas

  • Space Launch Delta 30 :
Vandenberg Space Force Base, California[22] [23]
  • Space Launch Delta 45 :[24]
Patrick Space Force Base[25] dan Cape Canaveral Space Force Station yang berada di Brevard County, Florida[26] [27]

STAR Command sunting

 
Logo STAR Command

Space Training And Readiness (STAR) Command ; juga dikenali sebagai "STARCOM" ; bekas STAR Delta Provisional ; direka semula sebagai STAR Command pada 23 Ogos 2021 dan dibahagi kepada 5 bahagian ; pusat pendidikan untuk kadet ahli Tentera Angkasa Amerika Syarikat : [13] [18] [28]

Delta sunting

  • Delta 01 : Vandenberg Space Force Base, California
  • Delta 10 : United States Air Force Academy, Colorado
  • Delta 11 : Schriever Space Force Base, Colorado
  • Delta 12 : Schriever Space Force Base, Colorado
  • Delta 13 : Maxwell Air Force Base, Alabama

Bajet sunting

Pada 10 Februari 2020, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah meminta $ 15.4 bilion untuk Tentera Angkasa Amerika Syarikat yang termasuk :[29]

  • 3 Pelancaran Angkasa Keselamatan Negara ( "National Security Space Launch" ataupun "Evolved Expendable Launch Vehicle" ; juga dikenali sebagai "roket kapal angkasa lepas" ) : $ 1.6 bilion
  • 2 Projek Sistem Kedudukan Sejagat Generasi 3 ( GPS III ) : $ 1.8 bilion
  • Overhead Berasaskan Overhed Sistem Infelasi Berterusan : $ 2.5 bilion

Keanggotaan sunting

Ahli sunting

Bermula pada 18 Disember 2020, semua ahli Tentera Angkasa Amerika Syarikat telah dikenali sebagai "Guardians".[30] [31]

Anggota sunting

Pada 01 Mei 2020, ia secara rasmi membuka permohonan untuk anggota Tentera Udara Amerika Syarikat memindahkan ke cabangnya.[32][33]

Pada 06 Mei 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan pertamanya di Twitter[34] dan YouTube dengan tajuk "Purpose".[35]

Pada 23 Oktober 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan keduanya di YouTube dengan tajuk "Atmosphere".[36]

Pada 28 Mei 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan ketiganya di YouTube dengan tajuk "Make History".[37] [38]

Pada 13 Ogos 2020, ia ada agak 16,000 orang anggota yang sedang bertugas di Tentera Angkasa Amerika Syarikat dan ia merancang untuk menambah 6,000 lagi kepada sejumlah 22,0000 orang.[2][3]

Pada 28 Oktober 2020, ia mengeluarkan iklan jawatan keempat di YouTube dengan tajuk "Origins".[39]

Pakaian sunting

Terdapat 3 jenis pakaian yang digunakan oleh anggota Tentera Angkasa Amerika Syarikat, iaitu: pakaian kadet, pakaian seragam dan pakaian tempur.

Pangkat sunting

Berikut adalah pangkat tentera yang diguna oleh seorang ahli pegawai[40] dan anggota lain-lain pangkat.[41] Bermula pada 01 Februari 2021, ia telah menukar beberapa nama gelaran dan singkatan untuk Lain-lain pangkat dalam cabang tentera ini.[42]

Pegawai sunting

Gaji O-1 O-2 O-3 O-4 O-5 O-6 O-7 O-8 O-9 O-10
Insignia                    
Pakaian seragam                    
Gelaran Second Lieutenant First Lieutenant Captain Major Lieutenant Colonel Colonel Brigadier general Major General Lieutenant general General
Singkatan 2d Lt 1st Lt Capt Maj Lt Col Col Brig Gen Maj Gen Lt Gen Gen
Lencana pangkat NATO OF-1 OF-1 OF-2 OF-3 OF-4 OF-5 OF-6 OF-7 OF-8 OF-9

Lain-lain pangkat sunting

Gaji E-1 E-2 E-3 E-4 E-5 E-6 E-7 E-8 E-9
Insignia (Tiada)                      
Gelaran Specialist 1 Specialist 2 Specialist 3 Specialist 4 Sergeant   Technical Sergeant Master Sergeant Senior Master Sergeant Chief Master Sergeant Command Chief Master Chief Master Sergeant Tentera Angkasa Senior Enlisted Advisor Chairman
Singkatan Spc1 Spc2 Spc3 Spc4 Sgt TSgt MSgt SMSgt CMSgt CCM CMSSF SEAC
Lencana pangkat NATO OR-1 OR-2 OR-3 OR-4 OR-5 OR-6 OR-7 OR-8 OR-9 OR-9 OR-9 OR-9

Rujukan sunting

  1. ^ a b (Bahasa Inggeris) informasi dari laman web rasmi pada 11 Jun 2020
  2. ^ a b "8K Airmen volunteer to go to Space" dari laman web rasmi pada 13 Ogos 2020
  3. ^ a b "More than 8,500 Air Force personnel volunteer to join US Space Force" dari space.com
  4. ^ "Space Force unveils delta logo and 'semper supra' motto" dari Fox News
  5. ^ "Official Interim Space Force March" dari Dvids
  6. ^ "Fact Sheet". United States Space Force. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2020. Dicapai pada 27 January 2020.
  7. ^ a b c "Air Force Space Command" dari laman web rasmi pada 13 Ogos 2020
  8. ^ a b "Donald Trump Officially Establishes United States Space Force" di "space.com"
  9. ^ "S. 1790: National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2020". 19 December 2019.
  10. ^ 20170622 Markup of HR2810 FY18NDAA — Strategic Forces (ID: 106134) U.S. House Armed Services Committee di YouTube
  11. ^ H.R.2810 — National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2018 — House version, United States Congress
  12. ^ S.1519 — National Defense Authorization Act for Fiscal Year 2018 — Senate version, United States Congress
  13. ^ a b c "Space Force to stand up three major commands, lower echelons to be called ‘deltas’" dari Space News pada 30 Jun 2020
  14. ^ "Space Force reorganizes former Air Force space wings into “Deltas” and “Garrisons” dari Space News pada 24 Julai 2020
  15. ^ Space Force activates first field command "SpOC" dari USSF
  16. ^ Dari laman web rasmi pada 30 September 2020
  17. ^ "Peterson, Schriever, Cheyenne Mountain cultivate a new identity" dari Peterson-Schriever Garrison di United States Space Force pada 26 Julai 2021
  18. ^ a b "Space Force to establish new command in Colorado focused on training and education" dari Space News pada 20 Ogos 2021
  19. ^ "Air Force Space Command : ICBM test, launch range operations" dari Air Force Magazine pada Jun 2017
  20. ^ "GPS III SV05 Arrives Safely in Florida" dari Space Missile Systems Center di Los Angeles Air Force Base pada 06 April 2021
  21. ^ "About Us" di Los Angeles Air Force Base pada 12 Disember 2020
  22. ^ "Vandenberg AFB gets new U.S. Space Force name" di Vandenberg Space Force Base pada 14 Mei 2021
  23. ^ "Space Launch Delta 30" di Vandenberg Space Force Base pada 21 Julai 2021
  24. ^ "Space Launch Delta 45 History" di Patrick Space Force Base pada 21 Julai 2021
  25. ^ "Vice President Pence announces official name change of Patrick Space Force Base" dari Florida Today pada 09 Disember 2020
  26. ^ "Cape Canaveral, Patrick Air Force Base renamed as Space Force bases" dari Space News pada 09 Disember 2020
  27. ^ Remarks by Vice President Pence at Installation Renaming Ceremony, Cape Canaveral, FL dari White House pada 09 Disember 2020
  28. ^ "STAR Command Stands Up" dari Air Force Magazine pada 23 Ogos 2021
  29. ^ "DOD Releases Fiscal Year 2021 Budget Proposal" dari laman rasmi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat
  30. ^ "'Guardians' of the galaxy: Space Force personnel get a name" dari Space.com
  31. ^ "Remarks by Vice President Pence at the Space Force’s 1st Birthday Celebration dari White House
  32. ^ "Watch the first-ever Space Force recruiting ad" dari Military Times
  33. ^ "US Space Force released its first recruitment ad – here it is" dari American Military News
  34. ^ Dari Twitter rasmi
  35. ^ "United States Space Force: Purpose :30 Commercial" dari YouTube rasmi
  36. ^ "U.S. Space Force: Atmosphere" dari YouTube rasmi
  37. ^ "U.S. Space Force debuts new recruiting ad entitled ‘Make History’" dari laman web rasmi
  38. ^ "United States Space Force: Make History :30 Commercial" dari YouTube rasmi
  39. ^ "U.S. Space Force: Origins" dari YouTube rasmi
  40. ^ "Space Force Officer Ranks" dari military.com
  41. ^ "Space Force Enlisted Ranks" dari military.com
  42. ^ "Space Force releases service-specific rank names" dari United States Space Force pada 29 Januari 2021

Pautan luar sunting