Gaji ialah suatu bayaran sejumlah wang atau pampasan tetap diberikan majikan kepada pekerja yang barangkalinya diperincikan dalam kontrak pekerjaan sebagai pertukaran kepada tugasan atau kerja yang dilakukan. Ia biasanya dibayar mengikut tempoh tertentu. Ia juga ditakrifkan dari sudut pandang menjalankan suatu perniagaan sebagai kos pemerolehan dan pengekalan tenaga manusia untuk tujuan menjalankan operasi, lalu dikenali sebagai perbelanjaan kakitangan atau perbelanjaan gaji (personnel expense dan salary expense). Ia turut dicatatkan dalam bentuk senarai dalam perakaunan.

Jumlah gaji yang dibayar ditentukan dengan membandingkan kadar pasaran untuk mereka yang bekerja dalam industri yang serupa dalam kawasan yang sama. Ia ditentukan oleh penyeimbangan kadar bayaran dan julat gaji yang ditentukan majikan perseorangan, malah ia turut terjejas oleh bilangan pekerja yang diperlukan untuk melakukan suatu kerja yang dikhususkan dalam tempat pekerjaan majikan.[1]

SejarahSunting

PeristilahanSunting

"Gaji" diserap dari perkataan Bahasa Belanda: gage[2] di mana ia sendiri meminjam kata bahasa Perancis gages yang bermaksud "perjanjian";[3] kata ini dulu pernah dieja secara rumi sebagai gadjih atau gadjie.[2][4]

PerkembanganSunting

Catatan pertama yang menyatakan fungsi upahan atau gaji dalam sejarah tamadun manusia ditemui dalam suatu batu loh bertulisan pepaku ditarikhkan sekitar 3100 SM di Mesopotamia yang menerangkan catuan bir yang diberikan untuk setiap pekerja dengan sukatan ditetapkan..[5]

RujukanSunting

  1. ^ Susan M. Heathfield. "Salary". About.com Money. Dicapai pada 5 Mac 2016.
  2. ^ a b Pijnappel, Jan (1875). "gadjih". Maleisch-Hollandsch woordenboek. John Enschede en Zonen, Frederik Muller.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "gage". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^ van Eysinga, Philippus Pieter Roorda (1824). Nederduitsch en Maleisch woordenboek, onder goedkeuring en begunstiging der Hooge Regering van Nederlandsch Indië / Kitāb loghat ya’îtu kitāb mengatākan bahāsa nederland dān bahāsa melāyū. Batavia (Jakarta):Landsdrukkerij. m/s. 27, 229.
  5. ^ "The first writing: counting beer for the workers". Google Arts & Culture (dalam bahasa Inggeris). Google Cultural Institute. Dicapai pada 29 Mei 2010.