Washington, D.C. merupakan ibu negara Amerika Syarikat. "D.C." merupakan singkatan untuk District of Columbia (bahasa Melayu: Daerah Columbia), daerah persekutuan yang sama luas dengan bandar raya Washington. Bandar ini dinamakan sempena George Washington, komander tentera semasa Revolusi Amerika dan Presiden Amerika Syarikat yang pertama. Columbia merupakan nama puisi awal Amerika Syarikat, yang diambil sempena Christopher Columbus.

Washington, D.C.
Pemandangan Washington, D.C.
Pemandangan Washington, D.C.
Bendera Washington, D.C.
Bendera
Mohor rasmi bagi Washington, D.C.
Mohor
Nama samaran: DC, The District
Moto: Justitia Omnibus (Keadilan untuk Semua)
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Lokasi Washington, D.C. berbanding negeri Maryland dan Virginia
Koordinat: 38°53′42.4″N 77°02′12.0″W / 38.895111°N 77.036667°W / 38.895111; -77.036667
Daerah persekutuan Daerah Columbia
Kerajaan
 - Datuk Bandar Muriel Bowser (D)
 - Dewan bandaraya Phil Mendelson (D), Pengerusi
Anita Bonds (D), Besar
Christina Henderson (B), Besar
Robert White (D), Besar
Elissa Silverman (B), Besar
Brianne Nadeau (D), Wad 1
Brooke Pinto (D), Wad 2
Mary Cheh (D), Wad 3
Brandon Todd (D), Wad 4
Kenyan McDuffie (D), Ward 5
Charles Allen (D), Wad 6
Vincent C. Gray (D), Wad 7
Trayon White (D), Wad 8
Kepadatan (2005)
 - Bandar 582,049[1]
 - Kaw. perbandaran 5.8 juta
 - Metro 8,026,807
Zon masa EST (UTC-5)
 - Musim panas (DST) EDT (UTC-4)
Laman web: http://www.dc.gov/

Pusat ketiga-tiga badan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman terletak di Washington. Pertubuhan antarabangsa seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Pertubuhan Negara-Negara Amerika juga beribu pejabat di Washington. Taman National Mall merupakan tarikan pelancong dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia kerana merupakan pusat sejarah dan budaya Amerika Syarikat. Disebabkan statusnya sebagai ibu negara Amerika Syarikat, Washington mempunyai banyak memorial, muzium, tugu peringatan dan galeri.

Sejarah sunting

Washington, D.C. sebenarnya merupakan sebuah bandar terancang. Ia dibina khususnya sebagai ibu negara Amerika Syarikat. Daerah Columbia ditubuhkan pada 16 Julai 1790 sebagai daerah persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Amerika Syarikat. Tanahnya diambil daripada negeri Maryland dan Virginia. Bagaimanapun, kawasan di selatan Sungai Potomac (dalam 39 batu persegi) dipulangkan kepada Virginia pada tahun 1847. Tanah Daerah Columbia sekarang adalah kawasan yang diambil dari Maryland termasuk kawasan di Sungai Potomoc.

Destinasi pelancongan sunting

 
Memorial Jefferson ketika senja
 
Tugu Smithsonian

Washington, D.C. adalah tempat bagi banyak simbol penting Amerika Syarikat dan merupakan destinasi popular pelancongan. Antaranya adalah taman besar yang di dalamnya terletak monumen penting pemimpin Amerika Syarikat yang juga menghubungkan Rumah Putih dan bangunan Kapitol. Di sini juga terdapat Monumen Washington, Memorial Jefferson, Memorial Lincoln, Memorial Franklin Delano Roosevelt, Memorial Perang Dunia Kedua, Memorial Veteran Perang Korea, Memorial Veteran Vietnam, Memorial Albert Einstein dan sebagainya.

Institut Smithsonian yang merupakan koleksi muzium-muzium percuma juga terletak di Washington, D.C. Selain itu terdapat juga muzium seni seperti Galeri Seni Kebangsaan dan Muzium Kebangsaan Seni Wanita.

Juga terdapat Perpustakaan Kongress dan Arkib Nasional yang menyimpan beribu-ribu dokumen penting dalam sejarah Amerika. Antaranya dokumen-dokumen asal Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, Perlembagaan Amerika Syarikat dan Undang-Undang Hak Asasi Amerika Syarikat.

Tempat menarik lain adalah National Geographic Society, Chinatown, Teater Ford (tempat Abraham Lincoln ditembak), Muzium Peringatan Holocaust Amerika Syarikat, Memorial Mangsa Komunis dan Gereja Besar Nasional Washington. Washington, D.C. juga merupakan bandar kesenian dengan banyaknya teater yang aktif dengan persembahan dari yang klasik kepada moden.

Universiti sunting

Antara universiti di Washington, D.C adalah:

Plat kereta sunting

Plat kereta yang digunakan di Washington, D.C. tertulis "Taxation Without Representation" (Cukai Tanpa Perwakilan). Ia adalah satu protes kerana penduduk D.C. tidak diwakili di Kongres tetapi mereka masih dikenakan cukai. Mereka mempunyai wakil di Dewan Perwakilan dan wakil mereka boleh mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi tidak boleh mengundi. Ironinya, Revolusi Amerika tercetus kerana 13 koloni marah dikenakan cukai tanpa mempunyai hak untuk mengundi.

Rujukan sunting

  1. ^ Washington Post. "Population Revision 'Big Deal' For D.C." Dicapai pada 2006-07-26.

Pautan luar sunting