Perlembagaan Amerika Syarikat

Perlembagaan Amerika Syarikat (Constitution of the United States) merupakan undang-undang tertinggi Amerika Syarikat dan himpunan perlembagaan kebangsaan tertulis tertua yang masih digunakan. Ia sempurna pada 17 September 1787, dan diterimapakai oleh Persidangan Perlembagaan Amerika Syarikat di Philadelphia, Pennsylvania, dan kemudiannya disahkan oleh perhimpunan khas yang diadakan khusus untuk tujuan tersebut disetiap negeri-negeri Amerika yang wujud ketika itu. Ia menubuhkan kerajaan yang lebih bersatu berbanding negeri-negeri separuh-bebas yang beroperasi dibawah Articles of Confederation. Ia dikuatkuasakan pada tahun 1789 dan dijadikan model untuk perlembagaan bagi banyak negara lain.

Undang-undang Hak Asasi Amerika Syarikat.

Latarbelakang

sunting

Kandungan Perlembagaan

sunting

Mukadimah Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:

“Kami rakyat Negeri-Negeri Bersatu, Bagi membentuk Persatuan yang sempurna, mewujudkan Keadilan, menjaminkan Kesejahteraan dalam negara, menyediakan pertahanan awam, menggalakkan Kebajikan awam, dan mendapatkan Restu Kebebasan kepada diri kami dan Generasi depan kami, mentahbiskan dan mewujudkan Perlembagaan ini untuk Persatuan Negeri-negeri Amerika.

We the People of the United States, in Order to form a more perfect Union, establish Justice, insure domestic Tranquility, provide for the common defense, promote the general Welfare, and secure the Blessings of Liberty to ourselves and our Posterity, do ordain and establish this Constitution for the United States of America.

Mukadimah ini bukan satu undang-undang tetapi memberi sebab kepada penulisan Perlembagaan. Tiga perkataan pertama, "We the people," selalu digunakan.

Perlembagaan ini terbahagi kepada 7 bahagian utama yang dipanggil "Artikel".

  • Artikel 1: Legislatif
  • Artikel 2: Eksekutif
  • Artikel 3: Kehakiman
  • Artikel 4: Kuasa dan had kuasa negeri
  • Artikel 5: Proses pindaan
  • Artikel 6: Kuasa Federal
  • Artikel 7: Ratifikasi

Pindaan

sunting

Perlembagaan Amerika Syarikat mempunyai 27 pindaan. Sepuluh yang pertama dikenali sebagai Undang-Undang Hak Asasi dan telah diratifikasi serentak. 17 selebihnya diratifikasi berasingan.

Antara pindaan-pindaan ini, Pindaan Pertama selalu dikaitkan dengan Amerika Syarikat sebagai negara demokrasi ideal. Pindaan Pertama menjamin kebebasan beragama, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, dan

Helaian asal Perlembagaan

sunting

Pautan luar

sunting