Kawasan perbandaran

entiti wilayah pentadbiran yang mempunyai undang-undang dan biasanya menjalankan kuasa eksekutif tempatan dan mengawal selia wilayah dan perkhidmatan yang ditadbirnya sendiri

Kawasan pembandaran ialah entiti pentadbiran yang memiliki wilayah serta penduduk yang ditetapkan dengan jelas dan merupakan daerah serba guna, berbeda dengan daerah tujuan khas. Konsep "kawasan perbandaran" merangkumi kawasan bandar tetapi tidak terhadap kepadanya. Sebaliknya, ia biasanya merupakan sebuah bandar raya, bandar, desa, atau sekumpulan kecil entiti-entiti yang tersebut.

Kawasan perbandaran biasanya diperintah oleh seorang datuk bandar serta sebuah majlis bandar atau majlis perbandaran. Di kebanyakan negara, kawasan perbandaran ialah sebahagian pentadbiran kecil yang mempunyai pucuk pimpinan sendiri yang dipilih menerusi pilihan raya tempatan.

"Kawasan perbandaran" di sesetengah negara juga dirujuk sebagai "komun", misalnya, commune Perancis, commune Itali, comună Romania, kommun Sweden, dan kommune Norway/Denmark. Istilah itu berasal daripada konsep komun Zaman Pertengahan. Kawasan perbandaran yang terbesar didapati di Kanada, Greenland, Australia, dan Brazil.

Lihat juga sunting