Kongres Amerika Syarikat

Kongres Amerika Syarikat merupakan dewan perundangan dwidewan di dalam kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kedua-dua ahli senator dan perwakilan dipilih melalui pemilihan langsung.

Kongres Amerika Syarikat
کوڠريس اميريکا شريکت
United States Congress
Cap mohor Kongres Amerika Syarikat
Kongres Amerika Syarikat ke-117
Jenis
Jenis
Dewan
Kepimpinan
Struktur
Ahli535
100 Senator
435 Perwakilan
6 ahli bukan pilihan
Komposisi terkini di Dewan Perwakilan
Kumpulan politik di Dewan Senat

Majoriti

Minoriti

Komposisi terkini di Senat Amerika Syarikat
Kumpulan politik di Dewan Perwakilan

Majoriti

Minoriti

Kosong

  •      Kosong (2)
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir Dewan Senat
3 November 2020
Pilihan raya terakhir Dewan Perwakilan
3 November 2020
Pilihan raya seterusnya bagi Dewan Senat
8 November 2022
Pilihan raya seterusnya bagi Dewan Perwakilan
8 November 2022
Tempat persidangan
United States Capitol west front edit2.jpg
Kapitol Amerika Syarikat
Washington, DC
A.S.
Laman sesawang
Senat
Dewan Perwakilan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Seperti yang disyaratkan di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, setiap daripada 435 ahli Dewan Perwakilan akan mewakili daerah dan akan berkhidmat selama dua penggal. Kerusi-kerusi Dewan diagihkan di antara negeri-negeri mengikut populasi. 100 orang senator akan berkhidmat selama enam tahun. Setiap negeri akan memiliki dua orang senator, tanpa mengira jumlah penduduk. Setiap dua tahun, kira-kira dua-pertiga anggota Senat baru akan dipilih.

Perkara I Perlembagaan A.S memberi semua kuasa perundangan kepada Kongres A.S. Dewan Perwakilan dan Senat merupakan rakan setara dalam proses perundangan (undang-undang tidak boleh diaktakan tanpa kelulusan kedua-dua dewan); walau bagaimanapun, Perlembagaan memberi kuasa yang unik bagi setiap dewan. Senat secara uniknya diberi kuasa bagi mengesahkan perjanjian dan meluluskan perlantikan presiden. Rang undang-undang meningkatkan hasil mesti bermula di Dewan Perwakilkan, yang mana memiliki kuasa tunggal mencabar, sementara itu Senat pula memiliki kuasa tunggal bagi cubaan kes-kes cabaran.

Kongres akan bermesyuarat di Kapitol A.S di Washington, D.C.

Istilah Kongres juga digunakan bagi merujuk pada mesyuarat tertentu bagi perundangan negara, mengambil kira penggal para perwakilan. Oleh sebab itu, tempoh "Kongres" adalah meliputi dua tahun. Kongres Amerika Syarikat ke-117 kini telah bermesyuarat pada 3 Januari 2021.

KuasaSunting

Mengikut perlembagaan, dua dewan ini mempunyai sedikit perbezaan kuasa. Semua rang undang-undang hasil hendaklah datang dari Dewan Perwakilan, dan Dewan Senat meluluskan perjanjian dan perlantikan presiden. Perbezaan ini hilang apabila dibandingkan dengan kuasa kedua-dua dewan dalam menggubal undang-undang. Sebelum rang undang-undang dikemukakan kepada presiden untuk ditandatangani, ia mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan dalam bentuk yang sama. Hasilnya kuasa tidak tertumpu kepada satu dewan lebih dari yang lain.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting