Emiriah Arab Bersatu

Emiriah Arab Bersatu (Arab: الإمارات العربية المتحدة; bahasa Inggeris: United Arab Emirates, sering disingkatkan kepada UAE) ialah sebuah negara yang terletak di tenggara Semenanjung Arab di barat daya Asia. Negara ini terdiri daripada tujuh buah wilayah emiriah iaitu:,

Emiriah Arab Bersatu
أميرية عرب برساتو
الإمارات العربيّة المتّحدة Al-Imārāt al-ʿArabīyaṯ al-Muttaḥidaṯ
Bendera
Jata
Bendera Jata
Cogan kataTuhan, Negara, Keluarga DiRaja
Lagu kebangsaanIshy Bilady
Lokasi
Ibu negaraAbu Dhabi
Bandar terbesarDubai
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanMonarki Persekutuan Raja Berperlembagaan
• Presiden
Mohammed bin Zayed Al Nahyan
Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Penubuhan 
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Penduduk
• Perkiraan 2019
9,628,512 (92)
• Bancian Penduduk 2005
4,104,695
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$670.33 billion (23)
$69,623 (8)
HDI (2019)0.913
sangat tinggi · 16
Mata wangDirham Emiriah Arab Bersatu
(AED)
Zon waktuUTC+4 (GMT+4)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (tidak diperhatikan)
Bahagian memandukanan
Nombor telefon+971
DPT internet.ae, امارات.

Islam ialah agama rasmi manakala bahasa Arab pula ialah bahasa rasmi. Rizab minyak dan gas asli UAE masing-masing merupakan yang keenam dan ketujuh terbesar di dunia.[1][2] Zayed bin Sultan Al Nahyan, pemerintah Abu Dhabi dan Presiden pertama negara tersebut, menyelia pembangunan Emiriah dengan melabur dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur daripada hasil minyak.[3]

UAE diiktiraf sebagai kuasa pusat dan serantau.[4][5] UAE ialah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam, OPEC, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) [6] [7]

Sejarah sunting

Kependudukan manusia telah dikesan berdasarkan pada kemunculan manusia moden secara anatomi dari Afrika kira-kira 124,000 SM melalui penemuan di tapak Faya-2 di Mleiha, Sharjah. Tanah perkuburan dari Zaman Neolitik dan Zaman Gangsa termasuk tapak pedalaman tertua di Jabal Buhais. Dikenali sebagai Magan oleh penduduk Sumeria, kawasan ini menjadi penempatan kebudayaan perdagangan Zaman Gangsa yang makmur semasa zaman Umm Al Nar yang melibatkan perdagangan di kawasan Lembah Indus, Bahrain dan Mesopotamia serta Iran, Bactria dan Levant. Zaman Wadi Suq berikutnya dan tiga Zaman Besi menyaksikan kemunculan nomadisme serta pembangunan pengurusan air dan sistem pengairan yang menyokong penempatan manusia di kedua-dua kawasan pesisir pantai dan pedalaman. Era Islam di UAE bermula dari pengusiran penduduk Sasania dan Pertempuran Dibba yang menyusulinya. Sejarah perdagangan UAE membawa kepada kemunculan Julfar, yang kini dikenali sebagai emiriyah Ras Al Khaimah yang menjadi hab perdagangan dan maritim serantau di kawasan tersebut. Kekuasaan maritim di Teluk Parsi oleh pedagang Emiriyah menyebabkan berlakunya konflik dengan kuasa-kuasa Eropah, termasuk Empayar Portugis dan Empayar British.[8]

Selepas beberapa dekad belakunya konflik maritim, emiriyah pesisir pantai dikenali sebagai Negeri-negeri Gencatan Senjata dengan termeterainya Perjanjian Maritim Am dengan British pada tahun 1820 (disahkan pada tahun 1853 dan sekali lagi pada tahun 1892), yang menyebabkan Negeri-negeri Gencatan Senjata ini dikenali sebagai negeri naungan British. Peristiwa ini berakhir dengan kemerdekaan dan penubuhan Emiriyah Arab Bersatu pada 2 Disember 1971 berikutan penarikan balik British daripada tuntutan perjanjiannya. Enam emiriyah menyertai UAE pada tahun 1971; yang ketujuh, Ras Al Khaimah, menyertai persekutuan tersebut pada 10 Februari 1972.[9]

Negeri-negeri (lebih dikenali sebagai Emiriah) di sepanjang pesisir pantai Teluk Parsi memberikan kuasa pertahanan dan hal ehwal luar kepada Kerajaan United Kingdom di bawah suatu gabungan politik khusus iaitu Negeri-Negeri Gencatan Senjata pada kurun kesembilan belas. Pada tahun 1971, enam daripada negeri ini - Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain - bergabung untuk menubuhkan Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 1972, persekutuan ini disertai pula oleh Ras al-Khaimah.

zaman purba sunting

Penemuan peralatan batu mendedahkan penempatan penduduk dari Afrika kira-kira 127,000 tahun dahulu dan peralatan batu yang digunakan untuk menyembelih haiwan yang ditemui di pesisir pantai Arab mencadangkan penempatan yang lebih tua yang berusia 130,000 tahun dahulu.[10] Hubungan ini berterusan dan menjadi lebih luas yang berkemungkinan didorong oleh perdagangan tembaga dari Gunung Hajar, yang bermula sekitar 3,000 SM.[11] Sumber dari Sumeria mengatakan bahawa UAE adalah tempat tinggal orang 'Makkan' atau Magan.[12] Tiada bukti hubungan dengan dunia luar pada tahap tersebut, walaupun pada masa itu hubungan perdagangan sedang rancak berkembang dengan tamadun di Mesopotamia, Iran dan kebudayaan Harappan di Lembah Indus. Pada zaman purbakala, Al Hasa (hari ini dikenali sebagai Wilayah Timur Arab Saudi) adalah sebahagian daripada Al Bahrain dan bersebelahan dengan Wilayah Besar Oman (UAE dan Oman pada hari ini).

Politik sunting

Majlis Tertinggi mengandungi pemerintah-pemerintah dari tujuh negeri. Jawatan Presiden dan Naib Presiden dilantik oleh Majlis Tertinggi setiap lima tahun. Majlis Tertinggi juga melantik barisan kabinet sementara Majlis Persekutuan Kebangsaan yang mempunyai ahli seramai 40 orang dari ketujuh-tujuh negeri meneliti dan membincangkan undang-undang yang dicadangkan. Terdapatnya satu sistem mahkamah persekutuan; kesemua negeri kecuali Dubai dan Ras al-Khaimah telah menyertai sistem persekutuan ini; kesemua negeri mempunyai undang-undang sekular dan Islam untuk kes-kes sivil, jenayah, dan mahkamah tinggi.

Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan merupakan Presiden kesatuan ini daripada penubuhan negara ini sehinggalah hari kematiannya pada 2 November 2004. Anak lelakinya, Khalifa bin Zayed Al Nahayan dilantik menjadi presiden keesokkan harinya.

Ekonomi sunting

Kekayaan UAE adalah berdasarkan kepada pengeluaran minyak dan gas iaitu 33% daripada GDP negara itu. UAE adalah negara pengeluar minyak ketiga terbesar di kawasan teluk selepas Arab Saudi dan Iran. Sejak 1973, UAE telah mengalami perubahan daripada negara kecil yang terletak di gurun kepada negara moden dengan taraf kehidupan yang tinggi.

Wilayah sunting

UAE terdiri daripada tujuh amiriah:

Geografi sunting

 
Map of the United Arab Emirates

UAE terletak di barat daya Asia dengan dikelilingi Teluk Oman dan Teluk Parsi iaitu diantara Oman dan Arab Saudi. Ia adalah sebuah negara yang mempunyai dataran yang kontang dan mempunyai padang pasir yang luas dengan gunung-ganang disebelah timur. Kedudukan strategiknya menjadikannya tempat persinggahan eksport dan import bekalan minyak dunia.

Perjanjian sempadan di antara Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pada tahun 1974 dan 1977 tidak pernah disebarkan kepada umum. Oleh itu sempadan tepat bagi kedua-dua negara hanya diketahui oleh kerajaan masing-masing.

Demografi sunting

Populasi UAE seramai 4 juta orang mempunyai seramai 1.6 juta orang bukan warganegara - dengan 50% daripadanya datang dari Asia Selatan. Kebanyakkan masyarakat pribumi datang daripada salsilah keturunan Parsi. Kadar peningkatan populasi adalah rendah berbanding negara-negara jirannya. Hampir semua rakyat di UAE merupakan Muslim. Sekitar 80% populasi UAE boleh membaca dan menulis.

Agama sunting

Agama di Emiriah Arab Bersatu (bancian 2022)[13]

  Islam (Rasmi) (76%)
  Kristian (9%)
  Hinduisme (10%)
  Lain-lain (termasuk agama Buddha dan fahaman Baha'i) (5%)

Islam adalah agama rasmi dan majoriti di Emiriah Arab Bersatu, yang dianuti oleh kira-kira 76% penduduk.[14][13][15] Keluarga pemerintah Al Nahyan dan Al Maktoum berpegang kepada Islam Sunni dari mazhab Maliki. Ramai pengikut mazhab Hanbali Islam Sunni terdapat di Sharjah, Umm al-Quwain, Ras al-Khaimah dan Ajman.[16] Pengikut mereka termasuk keluarga pemerintah Al Qasimi. Agama lain yang diwakili di negara ini termasuk Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi, dan Sikh diamalkan oleh bukan warganegara.[14]

Kebudayaan sunting

UAE mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan masyarakat Arab lain di seluruh dunia. Kerajaan berdedikasi untuk mempertahankan unsur-unsur tradisional dalam kesenian dan kebudayaan termasuk melalui Yayasan Kebudayaan Abu Dhabi. Perubahan dalam kehidupan sosial juga berubah - perasaan terhadap kaum wanita sedang berubah, dan sukan-sukan baru sedang menjadi popular di samping perlumbaan unta.

Islam sunting

Penyebaran Islam hingga ke penghujung Timur Laut Semenanjung Tanah Arab dipercayai telah diikuti secara langsung daripada surat yang dihantar oleh Nabi Muhammad, seorang utusan Islam, kepada pemerintah Oman pada tahun 630 CE, iaitu sembilan tahun selepas hijrah. Ini mendorong sekumpulan pemerintah untuk mengembara ke Madinah, memeluk Islam dan seterusnya mendorong pemberontakan yang berjaya menentang Sasanid yang kurang popular, yang ketika itu menguasai pantai Utara.[25] Selepas kewafatan Nabi Muhammad, komuniti Islam baharu di selatan Teluk Parsi mengancam untuk berpecah, dengan mengadakan pemberontakan terhadap pemimpin Islam. Khalifah Abu Bakar menghantar tentera dari ibu kota Madinah dan menyempurnakan penaklukan semula wilayah tersebut (Perang Ridda) dengan Pertempuran Dibba yang dipercayai meragut 10,000 nyawa. Ini menjamin keutuhan integriti Khalifah dan penyatuan Semenanjung Arab di bawah Khulafa ar-Rasyidin yang baru muncul. Pada tahun 637, Julfar (yang terletak di kawasan Ras Al Khaimah hari ini), ialah sebuah pelabuhan penting yang digunakan sebagai pos pertahanan untuk penaklukan Islam ke atas Empayar Sasanid. Kawasan Oasis Al Ain/Buraimi dikenali sebagai Tu'am dan merupakan pos perdagangan yang penting untuk laluan unta antara pantai dan pedalaman Arab.[17] (1996). From Trucial States to United tapak Kristian terawal di UAE mula-mula ditemui pada tahun 1990-an, sebuah kompleks monastik yang luas di kawasan yang kini dikenali sebagai Pulau Sir Bani Yas dan yang wujud sejak abad ke-7. Dianggap sebagai Nestorian dan dibina pada 600 CE, gereja nampaknya telah ditinggalkan secara aman pada 750 CE.

Rujukan sunting

  1. ^ "Production of Crude Oil including Lease Condensate 2016" (CVS download). U.S. Energy Information Administration.
  2. ^ U.S. Energy Information Administration, International Energy Statistics, accessed 17 January 2019.
  3. ^ "United Arab Emirates profile". BBC News. 14 November 2012.
  4. ^ Laipson, Ellen (3 September 2014). "The UAE and Egypt's New Frontier in Libya". The National Interest. Retrieved 26 October 2014.
  5. ^ Evans, Gareth (29 July 2011). "Middle Power Diplomacy".
  6. ^ Nations, United. "Member States". United Nations. Retrieved 7 July 2021.
  7. ^ "Arab League | History, Purpose, Members, & Achievements". Encyclopedia Britannica. Retrieved 7 July 2021.
  8. ^ thedigitalphilatelist (8 January 2021). "United Arab Emirates". The Digital Philatelist. Retrieved 8 July 2021.
  9. ^ Heard-Bey, Frauke (2004). From Trucial States to United Arab Emirates. Motivate. p. 370. ISBN 978-1860631672.
  10. ^ Pennington, Roberta (5 February 2014). "UAE archaeologist discovers the Swiss Army knife from 130,000 years ago". The National. Retrieved 19 February 2017.
  11. ^ "Abu Dhabi Islands Archaeological Survey (ADIAS)". Adias-uae.com. Retrieved 12 February 2016.
  12. ^ Woolley, Leonard (1963). The Early History of Civilisation. UNESCO. p. 611.
  13. ^ a b "United Arab Emirates - Languages and religion". Britannica. Dicapai pada 22 Mac 2023.
  14. ^ a b "United Arab Emirates". State.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2009. Dicapai pada 24 November 2010.
  15. ^ "United Arab Emirates - Religions". countryeconomy.com. Dicapai pada 22 Mac 2023.
  16. ^ Barry Rubin (2009), Guide to Islamist Movements, Volume 2, ME Sharpe, ISBN 978-0765617477, p. 310
  17. ^ 28

Pautan luar sunting