Portal:Emiriah Arab Bersatu

Portal Emiriah Arab Bersatu

Bendera Emiriah Arab Bersatu
Lambang Emiriah Arab Bersatu
Peta Emiriah Arab Bersatu dalam Asia.

Emiriah Arab Bersatu (Arab: الإمارات العربية المتحدة; Inggeris: United Arab Emirates, sering disingkatkan kepada UAE) terletak di tenggara Semenanjung Arab di barat-daya Asia, dan ia terdiri dari tujuh wilayah emiriah iaitu: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain.

Islam ialah agama rasmi manakala bahasa Arab pula ialah bahasa rasmi. Rizab minyak dan gas asli UAE setiap satunya merupakan yang keenam dan ketujuh terbesar di dunia. Zayed bin Sultan Al Nahyan, pemerintah Abu Dhabi dan Presiden pertama negara tersebut, menyelia pembangunan Emiriah dengan melabur dalam penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur daripada hasil minyak.


Kategori