Pendapatan per kapita

Pendapatan per kapita bermakna jumlah wang yang seseorang penduduk akan terima jika pendapatan negara tahunan dibahagikan kepada setiap penduduk dengan sama rata. Ia biasanya dilaporkan dalam unit mata wang. Sedangkan pendapatan per kapita biasanya digunakan untuk membandingkan negara, ia juga digunakan untuk membandingkan kawasan perbandaran di dalam negara. Untuk membandingkan pendapatan per kapita di dalam sesebuah komuniti, jumlah pendapatan perseorangan komuniti itu dibahagikan dengan bilangan penduduk.

2018

Pendapatan per kapita sebagai ukuran kekayaan sunting

Pendapatan per kapita seringnya digunakan sebagai ukuran kekayaan penduduk di dalam sesebuah negara, khususnya dalam pembandingan antara negara. Ia biasanya diungkapkan melalui mata wang antarabangsa yang biasa digunakan seperti euro atau dolar Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita amat berguna bukan sahaja kerana ia dikenali secara meluas tetapi juga kerana ia menghasilkan statistik yang jelas dan mudah untuk pembandingan.

Bagaimanapun, pendapatan per kapita mempunyai sebilangan kelemahan sebagai ukuran kekayaan, khususnya apabila membandingkan negara-negara yang mempunyai tahap kekayaan yang amat berbeza:

  • Kegiatan ekonomi yang tidak menghasilkan pendapatan wang seperti perkhidmatan yang diberikan di dalam keluarga atau perdagangan tukar barang biasanya tidak diambil kira. Pentingnya perkhidmatan itu amat berbeza antara ekonomi, baik antara negara mahupun antara kelompok yang berbeza di dalam sesebuah negara.
  • Pendapatan per kapita tidak menunjukkan sebarang pengagihan pendapatan di dalam negara dan oleh itu, segolongan kecil yang amat kaya boleh meningkatkan pendapatan per kapita yang diukur jauh melebihi pendapatan sebenar yang diterima oleh kebanyakan penduduk. Fungsi kebajikan sosial Amartya Sen yang mempergunakan pendapatan median kekadang disarankan untuk mengatasi kelemahan tersebut.
  • Kadar pertukaran mata wang yang berbeza antara negara bermakna bahawa sesuatu jumlah wang, misalnya satu dolar Amerika Syarikat, mempunyai nilai yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza.

Lihat juga sunting