Koordinat: 26°01′39″N 50°33′00″E / 26.02750°N 50.55000°E / 26.02750; 50.55000

Bahrain (Arab: مملكة البحرين) ialah sebuah negara yang tidak mempunyai sempadan. Lokasi Bahrain sebagai sebuah negara pulau di Teluk Parsi (Timur Tengah). Jiran Bahrain, Arab Saudi terletak disebelah barat dan disambungkan ke Bahrain menerusi Tambak Raja Fahd (dibuka secara rasmi pada 25 November 1986), dan Qatar di sebelah selatan menyeberangi Teluk Parsi.

Kerajaan Bahrain
كراجاءن بحرين
مملكة البحرين
Mamlakat al-Baḥrain
Bendera Bahrain
Lambang Bahrain
Bendera Lambang
Lagu kebangsaan بحريننا  (Baḥraynunā)
"Bahrain Kita"
Lokasi Bahrain
Ibu negara
dan bandar terbesar
Manama
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanRaja berperlembagaan
• Raja
Hamad Bin Isa Al Khalifa
Khalifah bin Sulman al-Khalifah
Salman Bin Hamad Al Khalifa
Kemerdekaan 
• Tarikh
15 Ogos 1971
• Perairan (%)
0
Penduduk
• Perkiraan 2019
1,227,681a (164)
• Bancian Penduduk 2004
496,611
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$61.62 bilion (120)
$50,192 (20)
HDI (2019) 0.870
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 29
Mata wangDinar Bahrain
(BHD)
Zon waktu()
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+973
Kod ISO 3166BH
DPT internet.bh
a Termasuk 235,108 bukan-warganegara (Anggaran Julai 2005).

Sejarah sunting

Bahrain telah diduduki oleh manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Lokasinya yang strategik di Teluk Parsi telah membawa kepada pengaruh daripada orang-orang Assyria, Babylon, Yunani, Parsi, dan akhir sekali Arab (penduduknya kemudian menjadi Muslim). Bahrain pada zaman silam dikenali sebagai Dilmun, Tylos (nama Greeknya), Awal, malah Mishmahig sewaktu dibawah pemerintahan Empayar Parsi.

Pulau-pulau di Bahrain yang terletak di tengah-tengah sebelah selatan Teluk Parsi berjaya menarik penjajah sepanjang sejarah. Bahrain dalam Bahasa Arab bermaksud "Dua Laut". Hal ini sama ada merujuk kepada fakta yang pulau ini mempunyai dua sumber air berbeza, air tawar dan air masin atau kepada air disebelah utara dan selatan teluk ini, memisahkannya daripada Semenanjung Arab dan Iran.

Sebagai sebuah pulau yang strategik, subur, dan mempunyai bekalan air mentah, Bahrain menjadi antara pusat tamadun dunia sepanjang sejarah. Selama 2300 tahun, Bahrain menjadi pusat perdagangan dunia di antara Mesopotamia (sekarang Iraq) dan Lembah Indus (sekarang sebuah wilayah di India). Hal ini ialah tamadun Delmon yang mempunyai kait rapat dengan Tamadun Sumeria pada kurun ke-3 SM. Bahrain menjadi sebahagian daripada Babylon lebih kurang pada tahun 600 SM. Rekod-rekod sejarah menunjukkan Bahrain dikenali melalui pelbagai gelaran yang antaranya "Mutiara Teluk Parsi".

Dari kurun ke-16 masihi sehingga tahun 1743, pemerintahan Bahrain sentiasa berubah-ubah di antara Portugis dan Parsi. Akhirnya, Raja Parsi, Nadir Shah menguasai Bahrain dan sebagai sebab politik menyokong majoriti Syiah. Pada lewat kurun ke-18 masihi Keluarga Al-Khalifa menawan pulau ini. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan United Kingdom dan menjadi negeri naungan British.

Minyak dijumpai pada tahun 1931. Hal ini membawa kepada pemodenan dan pembangunan kepada Bahrain. Ia juga menjadikan hubungan dengan United Kingdom lebih baik. Hal ini dibuktikan dengan British membina lebih banyak pangkalan di pulau itu. Pengaruh British berkembang sambil negara ini berkembang. Hubungan ini mencapai ke tahap kemuncak apabila Charles Belgrave dilantik menjadi penasihat. Belgrave kemudiannya menubuhkan satu sistem pendidikan moden di Bahrain.

Selepas Perang Dunia II, sentimen anti-British tersebar dengan meluas di seluruh dunia Arab dan ini mengakibatkan berlakunya rusuhan di Bahrain. Pada tahun 1960-an, pihak British menggesa supaya isu Bahrain diberi perhatian oleh masyrakat antarabangsa dan PBB. Pada tahun 1970, Iran secara terus menerus menuntut haknya terhadap Bahrain dan pulau-pulau lain di Teluk Parsi. Walau bagaimanapun, dalam satu perjanjian dengan pihak UK, mereka bersetuju untuk tidak meneruskan tuntutannya terhadap Bahrain jika tuntutan Iran yang lain dipersetujui. Hal ini menjamin kemerdekaan Bahrain dan identiti Arabnya. Bahrain sehingga ke hari ini merupakan ahli Liga Arab.

British berundur daripada Bahrain pada bulan Ogos 1971, menjadikan Bahrain sebagai sebuah negara merdeka. Peningkatan harga minyak pada tahun 1980-an sangat menguntungkan Bahrain, tetapi penurunannya amat dirasai. Bagaimanapun, negara ini mula mempelbagaikan sektor ekonominya. Peristiwa perang saudara di Lubnan menguntungkan Bahrain apabila mereka menggantikan Beirut sebagai pusat kewangan Timur Tengah.

Selepas berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979, fundamentalis Syiah Bahrain pada tahun 1981 telah melancarkan perebutan kuasa. Walau bagaimanapun, percubaan mereka gagal. Pada tahun 1994, rusuhan demi rusuhan dilakukan oleh golongan Syiah yang tidak berpuas hati dengan ketidakadilan kerajaan.

Pada bulan Mac 1999, Hamad ibn Isa al-Khalifah menggantikan ayahandanya sebagai ketua negara. Beliau menjalankan pelbagai perubahan, antaranya; memberi hak mengundi kepada kaum wanita dan membebaskan semua tahanan politik.

Politik sunting

Bahrain ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Pentadbiran sunting

 
Peta menunjukkan wilayah-wilayah pentadbiran di Bahrain

Bahrain dipecahkan kepada lima pentadbiran berbeza. Sehingga 3 Julai 2002, ia dipecahkan kepada dua belas majlis perbandaran. Lihat Majlis Perbandaran di Bahrain.

  1. Pentadbiran Ibu Negara
  2. pentadbiran Tengah
  3. Pentadbiran Al Muharraq
  4. Pentadbiran Utara
  5. Pentadbiran Selatan

Untuk maklumat lanjut lihat: Undang-undang Pentadbiran Bahrain daripada laman web rasmi Bahrain.

Ekonomi sunting

Kerana Bahrain terletak di rantau yang kadar peningkatan harga minyak yang tinggi, Bahrain sekarang mempunyai ekonomi yang bergerak pantas dalam dunia Arab. Bahrain juga mempunyai ekonomi bebas di Timur Tengah menurut Indeks Kebebasan Ekonomi 2006 terbitan Yayasan Heritage.

Geografi sunting

 
Map of Bahrain

Bahrain secara umumnya kepulauan yan rata dan bergurun, mengandungi dataran padang pasir yang rendah. Kawasan tertinggi di Bahrain ialah Jabal ad-Dukhan, berketinggina 122 meter. Bahrain menikmati musim sejuk yang singkat dan menghadapi musim panas yang hangat.

Sumber asli Bahrain termasuklah kuantiti minyak mentah dan gas yang besar, di samping bekalan ikan yang mencukupi. Gurun meliputi 92% daripada keseluruhan kawasan lain di Bahrain. Musim panas yang melampau dan ribut pasir adalah bencana alam utama untuk penduduk Bahrain.

Isu-isu alam sekitar yang melanda Bahrain ialah kemusnahan padang pasir dan pesisir pantai kerana kekurangannya tanah (kemusnahan kepada pantai, terumbu karang, dan tumbuhan laut). Pengeroken tanah mengakibatkan pencemaran berikutan tumpahan minyak.

Demografi sunting

 
Bahrain dari angkasa lepas, Jun 1996

Agama rasmi Bahrain ialah Islam, dengan majoriti populasinya mengamalkan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, dengan kebanjiran pendatang dan pekerja asing dari negara bukan Islam seperti Filipina dan Sri Lanka, peratusan keseluruhan masyarakat Muslim di negara terbabit telah jatuh pada tahun yang terkini. Mengikut banci pada tahun 2001, 81.2% populasi Bahrain ialah Muslim, 9% Kristian, dan 9.8% mengamalkan ajaran lain-lain.

Baru-baru ini, Bahrain telah bertukar menjadi masyarakat kosmopolitan dengan dua masyarakat campuran: dua pertiga populasi Bahrain terdiri daripada masyarakat Arab, manakala yang lain adalah pendatang dan pekerja dari negara seperti Iran, Asia Selatan, dan Asia Tenggara.

Masyarakat terkini boleh diklasifikasikan sebagai Al-Khalifa, puak Arab yang bersekutu dengan Al-Khalifa, masyarakat Baharnah (Syiah Arab), masyarakat Howilla (Sunah Arab dari Parsi), Sunah Arab (dari tanah besar), Ajam (Syiah Parsi), masyarakat India yang berdagang dengan Bahrain dan menetap di sana sebelum terjumpanya minyak (sebelum ini dikenali sebagai Banyan), kelompok masyarakat Yahudi yang kecil, dan masyarakat-masyarakat lain.

Kebudayaan sunting

Liberalisasi politik di bawah pemerintahan Raja Hamad bin Isa Al Khalifa didampingi dengan kemahuan yang besar untuk mengkaji sikap sosial masyarakat terdauhulu. Sekarang adalah satu perkara yang biasa untuk mendengar seminar tentang subjek yang tidak pernah didengar sebelum ini seperti masalah rumah tangga, seks, dan penderaan.

Telah diketahui secara umum pada 20 Oktober 2005 yang Michael Jackson sememangnya berhasrat meninggalkan Amerika Syarikat untuk memulakan hidup baru di Bahrain. Micheal Jackson pernah diberitakan yang dia mula merasai keseronokan menjadi rakyat Bahrain. Selebriti lain ialah pemandu Formula Satu, Jenson Button, yang juga mempunyai hartanah di Bahrain, dan penyanyi Shakira.

Bahasa sunting

Bahasa Arab ialah bahasa rasmi Bahrain. Dua dialek utama ialah dialek Arab Baharna, dituturkan oleh masyarakat Syiah Baharna, dan dialek Arab Teluk dituturkan oleh masyarakat Sunah Waljamaah. Bahasa Parsi, Bahasa Urdu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Malayalam juga dituturkan oleh sebahagian daripada populasi Bahrain.

Formula Satu sunting

Bahrain ialah tuan rumah perlumbaan Formula Satu di Timur Tengah. Ia mula menganjurkan Grand Prix Gulf Air pada 4 April 2004 Ini diikuti dengan penganjuran Grand Prix Bahrain pada tahun 2005. Bahrain juga dipilih untuk menganjurkan perlumabaan pertama Grand Prix bagi musim 2006 pada 2 Mac.

Hari cuti umum sunting

Tarikh Perayaan Sebab
1 Januari Tahun Baru -
1 Mei Hari Buruh
16 Disember Hari Kebangsaan -
17 Disember Hari Perlantikan -
tarikh boleh berubah Hari Raya Aidiladha (4 hari) Memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s., berlaku pada akhir bulan Haji
tarikh boleh berubah Hari Raya Aidilfitri (3 hari) Meraikan tamatnya bulan Ramadhan
tarikh boleh berubah Tahun Baru Hijrah/ Awal Muharram Tahun Baru Islam
tarikh boleh berubah Al-Isra' ul-Miraj Meraikan peristiwa Isra dan Mi'raj
tarikh boleh berubah Hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Maulidur Rasul
tarikh boleh berubah Ashura (2 hari)

Pelancongan sunting

Bahrain sememangnya satu dinasti percutian yang popular bagi pelancong dari negara jiran, tetapi kesedaran tentang kekayaan tamadun Filmun bermakna negara ini semakin menarik para pelancong dari jauh.

Bahrain menggabungkan infrastruktur moden dan masyarakat yang liberal menjadikannya ideal di Timur Tengah. Tempat-tempat pelancongan termasuklah tempat bersejarah seperti istana dan kompleks arkeologi Qalat Al Bahrain, beribu-ribu kubur semasa tamadun Dilmun, kebudayaan Arab tradisional, beli-belah di pasar raya, dan berehat di hotel dan spa.

Pendidikan sunting

Berbagai-bagai institut dan sekolah pendidikan antarabangsa ditubuhkan di Bahrain. Cuma sekolah-sekolah Pengajian Al Quran terdapat di Bahrain semasa awal kurun ke-20 masihi. Selepas Perang Dunia I, keadaan berubah dan Bahrain menjadi terbuka dalam menerima sistem pendidikan cara barat.

Oleh kerana semua ini, satu permintaan untuk institusi pendidikan moden yang berlainan telah timbul dalam erti kata sistem, kurrikular, dan objektif.

Tahun 1919 menandakan bermulanya sistem sekolah awam yang moden di Bahrain. Sekolah Lelaki Al-Hidayah Al-Khalifa dibuka di Muharraq. Pada tahun 1926, Jawatankuasa Pendidikan telah membuka sekolah awam lelaki kedua di Manama.

Pada tahun 1928, sekolah awam pertama untuk perempuan dibuka di Muharraq.

Institut Pengajian Tinggi pertama ialah Kolej Politeknik Teluk berjaya dibuka pada tahun 1968. Pada 1986, Politeknik Teluk bergabung dengan Kolej Universiti Kesenian, Sains, dan Pendidikan (ditubuh pada 1979). Penggabungan untuk menjadikan satu universiti baru iaitu, Universiti Bahrain.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting