Pars atau Fars adalah antara suku yang tergolong dalam Bangsa Iran, menggunakan Bahasa Parsi dan juga mempunyai persamaan dalam kebudayaan dengan Bangsa Iran yang lainnya. Ia adalah suku majoriti di Iran dan minoriti di beberapa negara-negara lain seperti Amerika, Kuwait, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Iraq dan juga beberapa negara di Timur Tengah.

Parsi
Kawasan ramai penduduk
Iran
Bahasa
Bahasa Parsi
Agama
Syiah, Sunni, Kristian, Bahai, Yahudi dan Zoroastrianisme
Kumpulan etnik berkaitan
Bangsa Iran

Sejarah sunting

Etnik Parsi adalah keturunan Bangsa Arya yang berhijrah dari Asia Tengah ke Iran pada milenium kedua sebelum masihi (SM).[1][2] Bangsa Arya ini kemudiannya berpecah kepada dua menjadi bangsa Parsi dan bangsa Medes dan mereka berasimilasi dengan suku-suku tempatan seperti Elam.[3][4] Dari sini, lahirlah Bahasa Parsi dan bahasa-bahasa Iran lain. Sumber sejarah bertulis pertama mengenai orang Parsi ini ialah inskripsi Assyria (834 SM), dan di dalam inskripsi itu ada menyentuh tentang orang Parsua (Parsi) dan Muddai (Medes)[5][6] Ketika itu, orang Assyria menggunakan istilah 'Parsua' bagi merujuk kepada suku-suku di Penara Iran. Kemudiannya orang Yunani mengadaptasikan istilah ini bagi merujuk kepada tamadun-tamadun dari Iran. Ketika pemelukan Islam oleh orang Parsi, orang Arab menggelar mereka 'Fars' kerana abjad 'P' tidak terdapat dalam tulisan Arab.

Kawasan Parsi kemudiannya diperintah oleh beberapa kerajaan yang membentuk empayar-empayar yang kuat. Antara empayar-empayar ini adalah empayar Parsi seperti Achaemenid, Parthia , Sassanid, Buwayhid dan Samanid. Empayar-empayar lain yang pernah memerintah Parsi ialah Seleusid, Ummayyah, Abbasiyyah, Seljuk Turki, Afsharid dan Qajar.

Bahasa Parsi sunting

Bahasa Parsi adalah antara bahasa yang tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Ia turut terkenal kerana tradisi sasteranya dan sasterawan-sasterawannya yang terkenal dan berbakat. Antaranya ialah Hafez, Ferdowsi, Khayyam, Attar, Saadi, Nezami, Roudaki dan juga Rumi. Bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah dan ia merupakan bahasa rasmi di Iran.

Bahasa Parsi turut mempengaruhi bahasa Melayu dari segi nama yang merupakan nama tempat Parsi purba, seperti Zal, Buzurjamir, Shahrezad, Johansyah (Johan Shah) dan Firmansyah. Selain itu beberapa perkataan Parsi lain turut diserap seperti arak, atar, bahlul, bait, serbat, dalal, dayus, dukan, gogah, hamam, inai, khanjar, kisa, komkoma, mamlakat, masnawi, maus, menara, nagara (nakora), panus, ratna (rakna), jahanam, topan (taufan), uktab, ujrat, dan waswas.

Agama sunting

 
Faravahar adalah pengawal Zoroastrianisme mengikut kepercayaan Zoroastrianisme.

Tamadun Parsi telah memperkenalkan tiga agama utama iaitu Zoroastrianisme, Manichaeanisme, dan Bahá'í. Agama-agama lain termasuklah Mazdak dan Manichaenisme yang dimana kedua-dua agama ini secara tidak langsungnya mempengaruhi agama Kristian: Kedua-duanya berakar daripada agama Zoroastrianisme. Pada hari ini, ramai cendiakawan memperdebatkan tentang agama yang mana terbit dahulu, Zoroastrianisme atau Yahudi. Tetapi mereka telah bersetuju bahawa Zoroastrianisme datang dahulu kalau diambil daripada perspektif angelologi (teori malaikat), demonologi (teori syaitan) dan doktrin mengenai kiamat dan bencana alam.[7]

Pada hari ini, majoriti orang Parsi adalah beragama Islam Shia dan juga terdapat kumpulan minoriti beragama Islam Sunnah Waljamaah, Zoroastrianisme, Kristian, Yahudi dan Bahá'í. Terdapat juga Ateis dan Agnostik. Orang Parsi mula memeluk Islam ketika sekitar tahun 637 - 651. Ia berkait rapat dengan penyebaran Islam ketika zaman Khulafa' Ar-Rashidin.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://wwwa.britannica.com/eb/article-230041?tocId=230041[pautan mati kekal]
  2. ^ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 20
  3. ^ "Iran. The Columbia Encyclopedia, Edisi ke enam. 2001-05". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-01. Dicapai pada 2007-01-24.
  4. ^ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 12-19
  5. ^ Abdolhossein Zarinkoob "Ruzgaran : tarikh-i Iran az aghz ta saqut saltnat Pahlvi" m/s. 37
  6. ^ Bahman Firuzmandi "Mad, Hakhamanishi, Ashkani, Sasani" m/s. 155
  7. ^ JewishEncyclopedia.com - Zoroastrianisme

Pautan Luar sunting